Tuesday, July 19, 2011

Stonebriar Centre Mall

Sambung lagi cerita jalan-jalan Frisco. 

Perghh... macam pergi Ostolia aje kan gaya bercerita. Semua nak gebang. Oh well, what to do. Sabar aje lah kekawan, k ;)

Esok pagi tu awal-awal kami dah ronda, nak cari breakfast. Tapi bertuah punya kedai-kedai di Frisco,nak dekat pukul 10 pagi pun tak bukak lagi. Nasib baik ada Google Map di telefon, godek godek jumpa la Stonebriar Centre Mall. Diorang bukak jam 10 pagi, jadi memang cantek sangat le tu. 

Kami masuk ikut entrance Dillard's. Keluar aje dari kedai, ternampak tempat budak-budak main. Banyak mak-mak yang dah parking stroller, tunggu anak main sesama. Aku pun terus cadang kat Cik Abe, moh le kita beli kopi, pas tu kasi Cik Aiyu main. Kesian dia, tak senang duduk bila langkah dah tak panjang. Asyik terikat kat carseat ngan stroller adalah amat tidak bermakna bagi bayi yang baru boleh berjalan.


Cik Aiyu pun gumbira. Nasib baik kau dapat mak yang memahami nak oi.



Kesian anak aku terperuk celah anak mat salleh. Nasib baik takde kecederaan sepanjang masa bermain.


Cik Aiyu duk asyik nak memanjat slide. Salah mazhab anakku ni, orang turun le ikut slide. Terpaksa diselamatkan kekadang, kasi peluang budak-budak lain nak turun.


Salah satu yang aku gumbira bila pergi mall, adalah bila nursing room nye amat nyaman. Siap ada pilihan, nak rocking chair, atau kerusi biasa. 


Changing dresser pun ado.


Sudah kasi anak makan, mak pulak la nak makan kan. Aku dah booking tempat dengan Cik Abe, sejak ternampak signboard Cheesecake Factory masa nak parking tadi. Kalau-kalau korang datang Amerika, haruslah pergi ke kedai ini. Kek dia, I tell youuu... Secret Recipe pun menangis! 


Nampaknya ramai mak-mak yang datang. Siap parking stroller tu yang gua tak tahan. Tapi kami eksyen, bawak stroller Cik Aiyu gi meja. Bukan apa, masa masuk tu dia tengah tido. Takkan nak pangku pulak, tak sesueeiiii....


Cik Abe cakap, mana tak ramai mak-mak. Kalau dah kata kedai tu jual "death by chocolate" product, haruslah yang masuk tu pompuan saje.

Eleh, kalau kita beli, dia jugak yang makan :P


Kat US ni kalau gi kedai makan, selalu diorang kasi bread & butter while waiting. Takdelah rasa nak naik angin kalau-kalau waiter lambat. Yang tak eloknya, kekadang bila makanan sampai, kita dah kenyang makan roti, hehehe...

Yang sweet nye, kedai ni siap kasi roti & pisang untuk Cik Aiyu. Very baby friendly kan.


Bila makanan sampai, mak bapak buruk lantak terus lupa nak snap gambar, hehehehe....

Tapi serious, kalau korang datang sini, cari tau Cheesecake Factory. Highly recommended!




10 comments:

nazayiena said... BALAS

seronoknya cik Aiyu dpt main dan memang nasib baiklah dpt mak yg memahami ye tak.....cik Aiyu ni naik ikut slide nak shortcut yea....

sedapnya klu dpt mkn cheesecake 2......

Amyz! said... BALAS

Wuhuuu.. Kalo secret recipe bleh nangis maknenye sedap gilerrr la tu. kirim sket kat sini. hihi.

seronoknya ada tempat main indoor utk budak2 kat mall. ini balik2 gelungsur kat mcD. yg main tu pulak geganas. mak dia yg takut nak lepaskan anak dia. hahaha.

Anonymous said... BALAS

sronok tgk aiyu happy duk main kat ctu. dah x pedulik mak ayah dia dah..hehehe..kak, kirim cheesekekkkk seketol...peberet tuh..wawa lh habis kn 1/2 yg saiz stengah kilo nyer kek..(^__^)..ms peknen thun lpas asyik nak telan cheesekek S.R yg tujuh hinggt lbh seketol tuh..mau tok laki wawa x bising..hahahaa..dh nm peknen kn..lyn je la..klu skg mntak ? nan hado la !!! hehehe

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said... BALAS

wah wah..amat terliur mendengar promosi mummy cik aiyu..

harus segera ke SR..
uwaaa...
bila nak terbang ke sana..

Dinas Aldi said... BALAS

kat Mesia pun hangen, banyak kedai tak bukak wpun dah 10 pagi. meniaga hapa tah camtu.

kiut betoi dema park stroller, bersusun cantek ja, haha!

Anonymous said... BALAS

Fuyoooooooooo!

Taman mainan! Tak mau balik anak-anak akak kalo cam ni. Tidur situ pun mahu.

Tabik spring kat depa na. Disiplin sungguh. Tak pernah tengok strollers in parking.

Lagi terkezut tengok nursing room.

Kalo ai pun, terkezut beruk nengok cheesecake dan coklat. Mau mati terkezut agaknya. nauzubillah!

4X terkojot. Ko batak ke Azian?

Azian

ahkakbatik said... BALAS

ooo stonebriar tu cuma 7 minit dr rumah kaktek...
ikea cuma 8 minit..
factory outlet cuma 17 minit...

saja nak gitau...:)

farah said... BALAS

I love cis cake! Waduhh bila mau sampe US makan cis kek faktori ni...cik Aiyu diberi makan cis kek x? Hehe...

Madam Sooyaree said... BALAS

Ina,
Kat rumah ni Cik Aiyu ada slide, dia dah terbiasa pnajat ikut depan, hahaha.. Dasar takleh dibawa berjalan! Eh, kek tu memang sedap. Sampai har ini angau, hehe

Amyz,
Memang sedap gilos, macam nak tamak makan semua rasa, hahaha... Ha ah, mall ni best ada tempat main. Free lak tu, heheh.. Macam McD tu tak sesuai untuk anak2 kita kan, diorang jalan kedek-kedek, sat gi kena langgar habis berpusing kat spiral slide kang

Wawa,
Amboi amboi amboi, 1/2 kek setengah kilo, 250 gm tu! Hehehe.. takpe, time pregnant semua kita nak orang cari kan. Kita dulu time preggy takde la nak makan apa sangat, cuma kita makan semua benda, hehehe.. Nasib baik takde allergy ke morning sickness, tu yang Aiyu keluar 4.05kg~

Nur,
SR pun sedap gak kan.. tapi ni lagi sedap, hehehe.. Eh, dulu time Form 4 cuti sekolah kita kerja SR tau ;)

Kak Azian,
Terkojot banyak kali ni elok kak, nanti kulit tegang persis Kak Nita, heheheheeh

Ahkak Batik,
Hewah hewah, bakar line nampak! Eleh, kalau dekat tapi tak sampai apa guna (ayat orang dengki, hehehe)

Farah,
Kita kasi Cik Aiyu, tapi dia buat muka geli. Tah la dia, coklat pun dia geli. Tak ikut mak langsung, hehehe... Insya allah, kalau ada rezeki nanti sampai sini :)

misha.w said... BALAS

dengar nama pon dah lazat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...