Friday, December 25, 2009

Merry Christmas

Ho ho ho, Merry Christmas kekawan. Ramai gak yang tanya, Christmas ni org buat pe ek? Ikut pada kitorang, tak buat ape2, hehehe. Cik abe keje pun hari ni, pukul 9 tadi dah ke ofis. Tapi dia cakap, kalau kat rumah mak nye, malam Christmas tu selalu diorg akan famili dinner. Dinner tu ala Thanksgiving, ada turkey, cranberry sauce gitu lah. Pastu bukak2 hadiah malam tu, atau pun pada pagi raya.

Yang pasti, aku tak sabar tunggu tengah malam ni. Sale you, feewwwiiitttt!!!

Kat bawah ni serba sedikit gambar di rumahku. Hari tu dah panas balik, cecah 0 degC. Punya la aku happy, pasal tak sejuk sangat bila keluar. Dua hari lepas, snow turun balik. Kesian jiran aku yang baru shovel pathway ke rumah. Sia2 kerja nya. Cantik jugak kan snow ni, bila duk perati time kita tengah sesorang. Especially bila snow tu turun dengan tenang (takde angin yang kuat), dan snowflakes tu besar2. Memang cantik. Subhanallah.

Terbayangkan kalau ada anak2 sedara kat sini, mesti diorg jakun. Hari tu diorang cakap, nak ikut balik pasal nak main snow. Tapi itulah, kalau nak mengangkut 4 sekali ke sini, tak larat den. Lagi pun kang siapa pulak nak hantar diorang balik. Nanti la kan, mana tau rezeki ada, bila diorg dah besar sikit, leh main snow ngan Ateh nya :D


Oh, lupa lak nak cakap. Semalam cuba buat nasi lemak lagi. Hari tu buat sekali, tapi nasi jadi lembik sikit. Semalam cuba lagi. Semua benda dalam freezer tgh keras, perut lak dah lapar. So apa lagi, tgk ada ikan bilis, ada telur, jeng jeng jeng, jawapannya, nasi lemak!

Cuma kena tukar sana sini serba sedikit, ikut bahan yang ada dalam dapur. Pergh, layan pulak ngan teh ais kan, memang rasa home sweet home!

Sunday, December 20, 2009

Avatar Movie

Semalam hari Sabtu, cik abe ade rumah sepanjang hari (dah 2 hari tak balik rumah). So bila tanya dia nak masak apa tengahari ni, dia kata 'jom makan luar nak, kita dating hari ni'. Cantik sungguh, tak yah pening2 nak masak apa. Susah gak kan bila tinggal sendiri, nak makan ape pun penat nak fikir. Kalau kat rumah sah2 kita makan je apa mak masak.

So kul 4 camtu kitorg gi makan. Aku order battered cod. Tapi bila sampai, alahai, sedihnye tengok. Dia ada kasi jagung sebagai side dish, tapi jagung tu dah naik birat dah. Pastu ikan dia lak tak berapa sedap. Tapi makan je la kan, dah lapar. On the way balik kitorg singgah McD, beli milkshake. Tatau ngape, sejak dua menjak ni, suka betul aku ngan McD, hahaha.

Balik rumah kitorg layan Rockband jap. Cik abe main drum, aku nyanyi. Kul 7.30 ptg kitorg keluar gi tgk Avatar.

Kepada sesiapa yg belum tgk, gi lah tgk. Movie tu cam pelik sikit, tapi unik la org kata. Pemandangan dia.. perghh... kalau betul ade pemandangan cam tu, harus la kan pergi visit tempat tu. Cantik sgt2 :D

Kisah movie tu camni, ada sekumpulan manusia nak mining batu berharga di bawah tempat tinggal Avatar ni. Avatar ni makhluk berwarna biru yg tinggal di hutan. So seorg saintis ni telah cipta 3 avatar berdasarkan 3 org manusia, di mana manusia ni boleh kontrol avatar ni tanpa masuk ke kawasan avatar sebenar. Tugas mereka adalah utk belajar ttg avatar, pastu kasitau diorg suruh pindah dari pokok ni pasal manusia nak kan tempat ni.

Tapi dalam proses pembelajaran, diorg telah fall in love dgn kehidupan avatar ni. So timbullah conflict of interest.... Yg lebih2 tu kena la korg tgk sendiri kan :D

Thursday, December 17, 2009

Awal Muharram


Washer & Dryer

Sebenarnya dah lama dicadangkan pada cik abe untuk beli washer & dryer (W&D) ni. Tapi biasa la, orang lelaki, dia lagi prefer hantar dobi. Dulu pun iye lah, kita kerja, jarang2 ade kat rumah. 6 minggu kerja, 3 minggu je duk rumah. Tu tak campur lagi aktiviti rambu-ramba (jalan2 hujung minggu), maka setelah ditambah tolak darab bahagi, mmg sekejap sangat ada rumah.

So skang memandangkan mem besar dah balik US (setelah bertapa 4 bulan kat Malaysia terchenta) dan mem besar pun dah tak bekerja, maka persoalan W&D timbul kembali. (dan sah2 baju kita yg byk bertimbun, hahaha). So kelmarin kitorg gi survey2 W&D dekat kedai, mak aih.. mahal sungguh mesin basuh Amerika! Skang ni diorg buat pesen front load yg berpintu besar, dan teka la berapa harga nya.... jeng jeng jeng.... $2600/set! Tambah tax, darab ngan 3.4 = RM9500++. Gilo ke apo? Kecuali la nak basuh baju Rizalman ke kan, kalau takat2 baju Walmart tu mmg rasa tak berbaloi sungguh!

So kitorg pun dgn terkulat2 tanya, ada mesin second hand tak? Abang tu pun kata ada... jom ikut gi basement.. Pas tu kitorg jumpa satu set W&D brand GE nih (yg kebetulan sama ngan set kat kedai yg kitorg gi before kedai ni), harga $450/set. Tambah tax & transportation, dapat la dalam $530 gitu. Ok la tu kan, bukan mesin basuh kena samak pun, hehehe... Lagipun abang tu kata, diorg nye kedai ada buat servis sekali. So senang lah sket.

Pagi tadi diorg datang install kat umah. Nasib baik cik abe takyah masuk keje ari ni, dia la yg melayan diorg. So memperkenalkan, Cik Basuh dan Cik Kering di rumah kami.....

Cik Basuh


Cik Kering

Wednesday, December 16, 2009

Saya sebuah Pokok Krismas...

Wajah sebelum
A: Camne nak pasang gergaji ni?
B: Meh aku cuba...
Saya putar Halim... Goncang, goncang kasi tercabut...
Innalillah...
Wajah selepas di tata rias

Megadeth Concert!

8 Dec 2009. Memula tak plan pun nak gi, siap marah cik abe lagi pasal ajak.. "awak ni mmg tak sensitif la, org tgh mak buyung ni, bla bla (tapi bahasa omputeh le, pasal BM dia fail sket)". Tapi lelama macam "eh, kalau tak pegi skang bila lagi nak gi tak?"

Makanye kitorg pun pergi la concert Megadeth ni. Location nye di Fargo, ND. Kira on the way nak balik umah mak pak mertua le. Sambil2 tu, leh shopping sket2. Maklum la, nak Xmas, semua pun sibuk shopping. Lagipun nak kena cari Xmas gift utk adik beradik cik abe pun.

Berbalik pada konsert, dia start awal, dalam kul 6.30pm. Tapi kitorg gi lambat sket lah. Sebelum Megadeth perform, ada 3 opening band. Dashyat2 gak diorg ni. Cam org gile pun ade. Tgk time Megadeth main, rileks je dia. Singer dia nampak cam malu2 gitu aje. Band2 yg awal tadi cakap f*** saje. Kalau Dato Mohamad Rahmat tgk, mau kena heart attack. Tapi yg paling kagum tgk ialah, 16 amp di belakang mereka, ngan drumset yg maha cool!

Kesimpulannya, mmg berbaloi-baloi pergi wooo (walau satu hapah lagu diorg pun aku tak tau, hahaha) :D. Syiok, saya suka konsert!








Friday, December 4, 2009

Rockband 2!

Hmm.. nasib badan, baru balik dah ditinggal2kan... Cik abe skang selalu takde, busy kijo. Malam tadi dia kena ke Chinook, hari ni kul 11 malam kang baru balik.

Memula ingatkan nak buat kek pisang, tapi tepung pulak tinggal sikit. Duk pandang kiri, pandang kanan, tiba2 rasa nak main Rockband 2 pulak. Siapa2 yg tatau, Rockband ni sejenis consule game (PS2, PS3, Wii dan Xbox). Selalunya mmg tak minat main game2 nih, tapi yg ni best pasal leh main gitar, drum ataupun menyanyi.

http://en.wikipedia.org/wiki/Rock_Band_2

Hari ni layan drum saje, best gak sampai letih tangan. Sib baik takyah masak :D

Hasil penat lelah sepanjang hari:-

Rich Chocolate Brownies

Hari ni duk kemas2 almari dapur, jumpa la beberapa bahan yg amat sesuai utk aktiviti bakar membakar. Setelah google meng google, terjumpa la site allrecipes.com yg amat la bersesuaian ngan bahan2 kat dapur tu... Makanya, terimalah rich chocolate brownies............

Bahan2 utk brownies:-
1 cup sugar
3 eggs
1/2 tsp vanilla
1/2 cup butter, melted
1/2 cup flour
1/3 cup baking cocoa
1/4 tsp salt
1. Satukan bahan2 kering (flour, cocoa & salt)
2. Pukul gula, telur & vanilla
3. Masukkan butter yg dicairkan, pukul lagi
4. Campurkan dengan bahan2 kering tadi dan pukul hingga sebati
5. Masukkan adunan ke dalam loyang 8" x 8" yg telah disapukan sedikit minyak. Bakar pada 350 degF selama 25-30 mins
6. Tadaa.... ni la rupa brownies dah siap
7. Yg ni lak brownies yg dah ber frosting. Camne nak buat frosting ni? Mudah aje :D

Bahan2 frosting:-
3tbsp butter, melted
3 tbsp baking cocoa
2 tbsp warm water
1 tsp instant coffee
1-1/2 cup icing sugar


Cara2 buat frosting:-
1. Satukan butter, cocoa, air panas & serbuk kopi sehingga sebati (pakai je mixer)
2. Tambahkan icing sugar sedikit demi sedikit sehingga frosting sesuai utk disapukan. Kalau perlu, tambah sedikit air panas lagi (kita tambah 1 tbsp lagi)

ENJOY!!! (lagi best kalau ada aiskrim vanilla :D)

Wednesday, December 2, 2009

KUL ke PVG ke SFO ke DEN ke ISN

Setelah hampir 4 bulan duk berjanggut kat Malaysia, akhirnya ku kembali ke Amerika. Flight kali ni pendek gak, harga pun not bad. Tapi dah lama tak fly, rasa cam takut sket. Esp perut baru 10 minggu, byk cerita2 tak elok org kasi.

Anyway, first flight tu naik China Eatern Airlines. First time dengar pasal airlines ni, tapi belasah je la kan. Paling tak elok, awal2 dah delay. Katanya kul 3.25 am, sampai2 airport kul 5.15am lak flight nye. Kesian kat insan2 gigih yg menghantar, mesti diorg ngantuk sungguh. So kitorg pun minum2 kopi dulu kat DeliFrance. Adik tu cam nak keje tanak keje je, kopi dia kasi pun tak panas mana. Dah la mahal.

So aku cakap kat famili, balik le dulu, aku tido kat waiting room. Mak aih, bila sampai kat gate, mmg byk org bersimpang siur tido. Apa lagi, join le, hehehe

Dlm flight tu mmg tido saje, bangun utk makan je. Tapi mmg dah ready stok cokelat dlm bag, kot2 ter miss makan nanti kan. Sib baik tgh2 takde org (seat B kosong), so sedar2 je nak sampai Shanghai Pudong.

Sampai kat Shanghai kena go through custom pasal nak collect bag. Ingatkan China ni strict pasal visa, tapi utk transit ada 24 hrs visa free. Tak pasal2 dalam passport ku ada cop tulisan cina daa... Pas collect bag kena tukar terminal, kena keluar naik bas. Dpt la tgk airport ni dari jalan luar, cantik gak bangunan kat Shanghai ni.

Pastu dari Shanghai ke San Francisco, naik United Airlines. Sib baik request muslim meal awal2, mmg makanan dalam flight babi sajer. First time tgk. Selalu sekafir2 airline, diorg offer beef ke chicken ke, ini semua pun ber pork. Muslim meal dia not bad rasanya, dan paling best dapat awal. Jeles nenek tua tepi aku tengok.

Kat airport, aku dah mula cuak. Iye la, TSA ni kekadang bengong, takut2 je dihantar balik. Sib baik dapat officer yg cool, Sheodeg namanye. Dia soal2 gak la, tapi tak la suspicious macam kita ni penyeludup dadah. Dan lagi penting, ikan bilis dan cili kering ku selamat, yeay!!! Lenkali boleh bawak lebih lagi :D Lupa lak, sambil2 tu sempat lagi menyopping Bobbi Brown make up. Tukang jual amat baik hati, makanya membeli wajib. Tak pasal2 rasa macam artis lak pasal bermake up naik kapal terbang, hehehe...

Denver biasa2 la, dah selalu sgt transit kat situ. Bila sampai Williston, hati dah gumbira. Masuk airport, tgk cik abe dah berjambang! Hehehe, sekali tgk cam Wolverine, dua kali tgk cam kambing. Dia kata peer pressure, semua kat office dia tgh berjambang. Ok le tu, idok le nampak cam boyband sgt :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...