Tuesday, July 5, 2011

Cherry high

Budak ni kan, makin hari makin ketagih.

Apa ada dengan cherry dehhh???

Kalau dulu bila makan 2 biji dia dah settle, skang ni at least 4-5 ketul baru dia ok.


Cuba tengok benda-benda kat lantai. Ada orang tu, memang rajjjiiinnnnn mengemas! Kabinet rumah ni macam pelik sikit, bukan jenis french door gitu. Jadinya adalah begitu susah untuk di child lock kan. Puas aku beli 2-3 jenis door lock di Toys R Us, tak jalan jugak. Sudahnya kena ikat riben. Feeling feeling beli rumah dapat hadiah kabinet pree, hehehe... Tapi bila dah diikat sana sini, nak cari barang memang hazabedah! 


Tengok tu, bawah meja ada pengacau jag air. Cer citer sket, apa patut aku buat?


Yang ni lepas dia dah dapat dosage cherry yang sepatutnya. Sebelum tu duk bingit megiau macam kucing, bila dah makan 4 ketul cherry siang tadi, dia terus gembira. Mula lah dia menyanyi dan menari. Jangan tak tau, Cik Aiyu dah pandai menyanyi skang. Pagi-pagi bangun dia akan menyanyi. "Taaa taaa taaaa... haaa aaaaa haaaa aaaaa" Part "haaaa aaaa" tu ade tinggi rendah you! Ada gak aku buat cubaan nak record, tapi dia terus berenti. Camera shy agaknye, hehehe... 

Btw, nampak tak plastic container kat belakang sofa tu? Itu pun salah satu prevention, pasal ada orang tu suka panjat fireplace, lepas tu duduk bertenggek. Camno ni nak deco deco Eric? Pantang terlepa, mesti ada aje projek dia.


Tapi takpe, skang ni dia tengah projek tarian zapin arab jap.

Marilah menariiii.....




18 comments:

Erma Azman said... BALAS

hahahaha..comel nya aiyu!!muka cheeky..rasa part part yang bersepah tu memang tak ley nak buat ape dah..sebab rumah kitorang pon masuk masuk je di sambut dengan tapis buat air teh, tupperware, senduk..

layan je laaa dari anak main pisau kan mak jugak yang heart attack..hahahahaha..(sebenarnya stress tapi kena gelak..hik hik hik)

ANR said... BALAS

muka comot momot pun cute..hahaha hmm umur² mcm ni mmg kuat ngemas..my nephew pun mcm ni..habis dia punggah sgala harta bnda.hahahaha

Anonymous said... BALAS

Cik Aiyu comel dan cute.

Huda, kita sabo, kita sabo. Itu je boleh ai katakan sbb ai dulu pun cengitu jugak.

Azian

KV said... BALAS

ahahaha...comel!

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

iye.. aku pun setojo dgn org lain. sabo je la.. tak yah la nak deko2 eric. mcm rumah ku, sampai mak bising "apesal kosong sgt ni?" konon minimalis la. padahal malas nak ngemas!

Anonymous said... BALAS

setuju ngan konot! minimalis je.. rumah kitorang meja makan pon kena sorok.. hubs cam grumpy je kena makan kat sofa.. :p ni kes dean pakai walker xmau tekan brake.. asyik nak drift je.. alih2 tersekat bawah meja.. huhuu..

ijah

bonda dadif aka akish said... BALAS

aiyu tgh explore mender best..sbb tuh jd cm tuh..nak berhias umah hape pon tak bleh...

aduhaiii geram sgh kuh tgk menantu nih....

FAD RMLN said... BALAS

haha. comey betul cik aiyu ni. =)

farah said... BALAS

Ceria tengahari ni tgk gambar cik Aiyu berjoget! :)

Dinas Aldi said... BALAS

amboi hepi sungguh dapat ceri 4 bijik, kahkahkah!

Anonymous said... BALAS

hadoii sakit pewot bc n3 kak mai hr neh..si aiyu neh suka wat aksi mcm2 btol..tang mnari zapin tuh yg paling cunggggggggggg..

(>_______________<)

WAWA PUTRAJAYA

ise3339 said... BALAS

i'm ur silent reader..dh dekat setahun bc ur blog.. tgk gmbr cik aiyu mkn cherry xleh senyap dah..sebab cute sgtttt..

Poist-en Ivy said... BALAS

ala chomeynye.. mesti seronok layan keletah beliau... rambut tu dah ada gaya artis dah... cem Pink gitu.. dan Cik Aiyu cem agak kurus berbanding dulu ke ilusi optik ai je??

nazayiena said... BALAS

Cik Aiyu dah dpt 4 biji cerry tu yg mula berkemas,menari dan menyanyi....hehehe umur camnie memang tgh ligat nak berkemas rumah,rasanya xyahlah deco eric deco cik Aiyu jelah....

Niza's said... BALAS

Tomeinyer cik aiyu...comot2 pn still maintain ...

Ada bakat tu... boley la masuk "mari menari"

Madam Sooyaree said... BALAS

Erma,
Layan aje lah kan, hahaha.. kekadang terfikir, kalau ada OCD pun best, hahaha.. Selamat rumah!

Aqilah,
Tong sampah pun kena sorok, kalau tak dia terbalik kan, pastu masuk dalam! How la!

Kak Azian,
Nasib baik Cik Abe tak kisah rumah macam nak terbalik. Kalau jenis nak kemas aje, mesti stress kan

KV,
Thanks dear!

Konot,
Minimalis is fantastic ok! Aku minimalis gak, sampai semua benda kena sorok. Kabinet terbuka paras dia semua kosong, hahaha

Ijah,
Meja makan kitorang nasib baik kerus jenis berat. Tak dapat dia nak panjat. Tapi dia suka buat kem tentera, merangkak ikut celah kerusi. Lantak kau la, hahaha.. Dean nak masuk Impak Maksima nanti kot :P

Fadilah,
Thanks dear :)

Farah,
Belum dengar dia nyanyi lagi, hihihi :P

Dinas,
Nasib baik hepi bila dapat ceri. Kalau nak berlian baru gumbira? Hahahah

Ise3339,
Auwww.. thanks dear for following us :) Setahun tu sejak Aiyu lahir la kan ;) Thanks for the comment too, sila sila la lenkali k ;)

CTM,
Dia skang makin memanjang, sebab tu nampak kurus kot. Nak gemuk tang mana, asyik main kejar2 aje! Penat kitorang kena kejar dia tau!

Ina,
Agaknya umur camni, dapat kemas yang patut pun syukur aje lah kan. Deco Aiyu? Hahaha.. kalau dia kasi lah. Skang ni letak apa pun, mesti dia cabut!

Niza,
Jangan dia buat video clip Prema Yin sudah, luruh jantung beta!

Anonymous said... BALAS

Aiyuu isabelaaaa..bonda mia is back! Jadi ceriholic eh..xpe mommy aiyu kena rajin ngomeh..rambut stylo gitu dehh..leh masuk koir kejiranan aiyu ni kak huda..ahaha..Mmuahhh aiyu...
kak, tahun ni balik beraya mesia x?

~ Bonda Mia Laila ~

Amyz! said... BALAS

ahaha. gembiranya lepas makan cherry. soooo cheeky and comel gila la aiyu ni! geram auntie!

mmg susah sket la bila ada anak kecik yg suka mengemas ni. hihi. semua barang nampak gaya mmg kena letak tempat tinggi2. pas tu, tak kan la dalam almari kosong plak kan? ape cerita ada almari tapi kosong? ahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...