Sunday, July 24, 2011

Kejadian malam pertama

Ahh.. sudahh...

Apa yang korang pikir haaa?

Chait, ini bukan pasal buku Permata Yang Hilang.

T__T

Ini pasal kejadian malam pertama Cik Aiyu tido tanpa menyusu tengah malam.

Macam aku cakap hari tu, pediatrician Cik Aiyu cakap, sebab penyebab cik kak kita terjaga LIMA kali tengah malam adalah bukan pasal dia lapar, tapi pasal dia tak reti nak tido sendiri. Lima ye, acik tak tipu. Skang korang tau, mana hilang beauty I. Diserap anak sendiri gitu, hehehe..

Pediatrician Cik Aiyu kata, semorang memang terjaga tengah malam, cuma antara kita sedar atau tak sedar aje. Memang iye la tu. Cik Abe kekadang ada gak terjaga tengah malam bila Cik Aiyu bangun menyusu. Ada waktu siap tanya soalan lagi. Pas tu esok pagi dia tanya aku, Cik Aiyu ada terjaga tak.

T__T

Nasib baik takde sebut nama pompuan lain time terjaga tu.

Malam tadi kitorang mulakan malam pertama eksperimen kami. Malam sebelum tu macam kesian pulak, member baru kena cucuk kan. Kasi lebih kasih sayang sikit lah. Malam terakhir sebelum ibu bapa bertindak kejam, muahahaha...

Memang berdebar-debar hati malam tadi. Yang tak elok nya, aku ngan Cik Abe dua-dua tido atas sofa, hahahaha... Crib Cik Aiyu still dalam bilik kitorang lagi sejak pindah hari tu. Kitorang bincang, rasa elok tunggu dia tido nyenyak sepanjang malam sebelum alih dia ke bilik sendiri. At least kalau dia rasa takut, kurang sket rasa tu kalau dia kurang terjaga kan. Lagipun bilik dia jauh dari bilik kitorang. Kang kalau 5 kali aku nak ulang alik gi bilik dia, ada yang surrender tido atas lantai kang. Kenapa kitorang tak tido je dalam bilik yang sama? Pasal aku ada baca, elok tido bilik asing pasal kekadang bila kita gerak-gerak tarik selimut ke, tukar posisi ke, bunyi tu boleh buat bayi terjaga jugak. Jadi sebagai langkah selamat, ke sofa la kami landing.

Mula-mula masa letak dia tido tu, dia nangis sket dalam seminit. Ok, cantek. Mak bapak terus sambung tengok DVD. Pas tu dalam jam 1 pagi tu, dia ada merengek sket. Kitorang biar lagi. Lepas 3 minit gitu, senyap balik. Dalam pukul 3 ke 4 pagi dia ada terjaga gak, tapi kejap aje bunyi pas tu sepi. Lepas-lepas tu kalau ada dia terjaga, mak nye tak sedar, hehehe...

Pagi tadi jam 7.45 pagi dia dah jaga. Memang waktu bangun dia. Alhamdulillah, dia bangun good mood, dan aku pun terus kasi susu. Lepas tu seperti biasa, aktiviti menonton sang boipren Cik Elmo di tv sambil menari-menari bila dengar lagu.

Malam kang kita tengok camne pulak. Harap-harap dalam seminggu ni semua berjalan lancar lah kan. Kalau tak, makin lama la mak bapak kau bertapa di sofa Cik Aiyu oi!




Ooohhh.. kepada mereka yang bertanya apa yang Cik Abe kasi untuk besday I....


Ni haaa... kek eskrem sebijik.

Hadiah yilek. Takpelah, kek pun kek la. Hadiah takyah tunggu besday pun boleh mintak kan, hehehe.. 


Jemput makan kekawan...




21 comments:

Erma Azman said... BALAS

kejam giler tengok kek tu..drooling air liur.. huda,masa tak bg aiyu minum susu, did u express the breast milk? like myself, kalau tak pump masa anak away/tak de dekat for sure susu drop sgt2. i still have to pump 5-7 time a day. tho anak ade seblah..

ANR said... BALAS

ekhem, makin bertaut lah kasih cik Aiyu dgn cik BG si Elmo itu. siap mnari bersama..hmm persediaan utk promnite bile dewasa kelak kah?hahahahaa

Umie said... BALAS

happy belated birthday...alahai..cian cik aiyu...tido sorang2..biar dia biasaek tido sorang-sorang..

Anonymous said... BALAS

Alolo sian cik aiyu..mommy n daddy train tido sensorang..kak, nk tny, aiyu bila dh tido dlm crib tu, once dia jg dia xmeraung ke tgk xda org? Saya xda penglaman buat gini, tu yg tny..:)..pastu dia xde ke aksi nk kuar dari crib tu? N ape maksud akk nk tidokan aiyu tanpa menyusu? Did u mean whole nite tu xnyusu??

bonda dadif aka akish said... BALAS

whoaaa..suksess sehhh....mmg gud gal la dak aiyu neh!!!jeles...

takat rengek2 ok la...bujang kuh takde kassik can..teros meraung...

=(

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

sila.. sila.. jemput makan..
iskk.. sib baik blum start posa.. idak konfem terliur aku tgk cake!

Shima Zahar said... BALAS

hai ci aiyu.. i peminat no 1 u tau.. walaupun u masih kecik.. hehehe.. cian cik aiyu kena tidur sensorang.. ok laaa tu kan...

happy belated birthday untuk mommy cik aiyu.. tak per kek pun ok kan.. janji cik abang ingat...

menjejes air liur tgk kek aiskrim tu...

Mama Kembar Tiga said... BALAS

good luck cik aiyu moga cepat berjaya tido sorang :-)

and happy belated birthday to emak cik aiyu hehe

misha.w said... BALAS

comel btol cik aiyuu!

huda, camne nak ajar anak dok diam2 dlm carseat ek? raisya kalau dok carseat mmg menggelupur habes. :(

Amyz! said... BALAS

wah. sedapnya kek aiskrim.

happy belated birthday dear.. xoxoxoxo

Anonymous said... BALAS

Tahniah! Malam ni cuba lagi sampai berjaya.

Habaq mai sikit pasai kek besday hang tu. Nampak sedap je. Gambar macro sikit bley.

Azian

Anonymous said... BALAS

Huda, tajuk tu cam tajuk dalam novel siri penyiasatan 5 Sekawan by Enid Blyton. Mula baca tajuk ahkak terfikir rompak, curi ..

Sampai 2x kali komen nih. Kalo dapat makan kek tu sedap juga. Puasa o puasa Syaaban.

Azian

Anonymous said... BALAS

Huda, tajuk tu cam tajuk dalam novel siri penyiasatan 5 Sekawan by Enid Blyton. Mula baca tajuk ahkak terfikir rompak, curi ..

Sampai 2x kali komen nih. Kalo dapat makan kek tu sedap juga. Puasa o puasa Syaaban.

Azian

Dinas Aldi said... BALAS

nak ciket kek aiskrim tuuuuu :D

My Life My World said... BALAS

Semoga berjaya dalam eksperimen seterusnya dan seterusnya dan seterusnya ... senang idup mak dah pak lepas tu ;) hehehe

ahkakbatik said... BALAS

kaktek dah habis beranak kecik baru keluar entry pasal ni?!!huh!

sekarang baru tau apesal muka aku macam tahan sembelit dalam gambar...huwaaa... dah terlambat!

Madam Sooyaree said... BALAS

Erma,
I sebenarnya fail bab pam ni. Pernah cuba, tapi rasa macam salah buat aje. PRaktis malas, how la? So far I feed her on demand, alhamdulillah still ada susu. Nak kata drop ke, tak reti, huwaaaa

Aqilah,
Hahahah.. jangan dia bawak ke prom nite sudah. Alang2 bawak la Romeo Beckham kannnn

Umie,
Thanks dear :) Kena biasakan dia tido sorang, kalau tak nanti melekat aje ngan kita, hehe

Anonymous,
Maksud akak tidokan tanpa menyusu, adalah supaya dia tak jaga tengah malam mintak susu. Bila umur dah setahun ni, diorang dah tak perlu susu tgh malam. Selalu malam akak akan susukan dia, pastu time dia dah ngantuk tu (belum tido lagi) akak letak atas cot. Selalu dia akan nangis, tapi dalam seminit dua pas tu nanti dia tido le. Aksi nak keluar crib memang ada, tapi crib kan dalam, mana boleh dia keluar, hehe..

Bonda Dadif,
Kekadang ade gak adegan jerit menjerit, buat tak paham sudah, hehe.. Lelama dia penat, tido jugak :P

Konot,
Heheh.. sila dapatkan sebelum puasa ye. Puasa makan malam aje, tak elok untuk eskrem :P

Shima,
Auwww... suwwit nye, terharu tauuu... :) Thanks dear, really appreciate the wish :)))

Mama Kembar 3,
Thanks mama!

Misha,
Aiyu kalau bawah 30 minit ok le, lepas tu kekadang dia menggelupur gak. Tengok pada mood dia. I would say make sure dia banyak entertainment di kerusi itu, dan make sure your carseat is comfy le. Cam skang Aiyu makin susah nak duduk lama pasal carseat dia baldu, so cepat panas. Selalu bila angkat dia, memang berpeluh belakang. Kalau cuaca time rumah lama memang cantek sangat le :P

Amyz,
Thanks laling!!!

Kak Azian,
Malam tadi alhamdulillah berjaya lagi.. Tapi ade gak adegan terjaga tu :D Kek tu kita pakai handphone, tu yang macro cap ayam. Orang puasa mmg gitu, tak tahan godaan! Hahahah

Dinas,
Jemput jemput makan! :D

Acik,
Aminnn... doakan kami ye :)

Kak Tek,
Hahahah.. muka sembelit tanda tak cukup Coke tu :P ORang kata if you cannot beat them, join them! :P

Anonymous said... BALAS

salam kak mai. klu x cilap wawa sejak umur aiyu 7bln kak mai dh ajar dia tido sndri kan..nak jugak brguru dgn kak mai cmne nak ajar si tecik tido sndri.
skg cik aiyu dh stahun , rs mcm truja lak dia dh lh tido sndri dgn jayanya. =) . tgk2 anak2 buah wawa smp 3thn pn still xlh nk tido sndri..klu lh xmau sofea pn gtu. nk ajar dia tido sndri mcm cik aiyu.
kak mai. nak kek cikit..sedap nyer...stengah pn wa lh habiskn, =)

WAWA PUTRAJAYA

Mak Wardah said... BALAS

Cute baby, nice cake & Happy belated birthday

nazayiena said... BALAS

Hepi besday buat mom Cik Aiyu.....

Cik Aitu....caiyok2 blh tido bilik sendiri....

AliceKalut said... BALAS

tukar posisi???

hahahahhaha peaceeeeeee

happy belated birthday huda! sorry xsempat wish kat fb. susah la nak access fb skrg. huhu hope u had a blast bday with cik Aiyu n cik abe muh. take care!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...