Sunday, July 31, 2011

Penemuan terbaru: Durian boleh mengurangkan kedut di muka

Assalamualaikum semua.

Tak jawab dosa, jawab gatal :D

Hehehe.. sempena bulan baik ni, eloklah kita mulakan dengan memberi salam, iye tak? Kawan-kawan semua puasa tak? Kitorang kat Amerika ni tengah makan malam. Tapi makanan nye macam kat Malaysia gak, nasi goreng cendawan. Nak upload gambar kang, buat tambah dosa aje kan. Jadi kitorang simpan dalam perut aje lah.

Anyway, siang tadi aku gi Ulta. Ulta ni ala-ala Sephora gitu le, kedai kecantikan kekdah nya. Bukan apa, Proactiv yang aku pakai selama ni dah habis. Pastu dah tak Pro Aktif sangat, lebih kepada Pesimis Pemalas. Macam takde kesan aje kat muka. Dah lama gak hajat hati nak tukar produk, tapi kalau nak pergi kedai-kedai gitu dengan Cik Aiyu, aku seriau sikit. Dia cepat boring. Tak boleh nak belek lama. Kang kalau salah beli, jiwa dan muka sendiri yang merana.

Tadi Cik Abe tak keje, jadi aku tinggalkan le Cik Aiyu dengan dia kejap. Sampai kedai, ramai pulak manusia dalam tu. Selalu tengok lengang aje. Pasal hari Ahad kot. Sales assistant semua busy, jadi aku pun pusing la aisle by aisle, tengok apa yang ada.

Yang bikin gua terkejut, adalah produk ni.

Apakah????

Tak pernah pulak aku tau, durian ni boleh mengurangkan kedut di muka. 

Memula tu aku bersangka baik, mungkin Durian tu nama doktor kot. Tau tau aje lah Mat Salleh ni, nama kekadang memang takleh blah. Tak yah tengok jauh, nama anak pompuan Beckham dah cukup. Harper Seven Beckham. Kalau sekolah kat Malaysia, mesti dah besar kena ejek, tah ape ape tah Hape.... Nasib baik dia duduk Amerika, jadi aku je lah yang ejek dia nanti.

Oleh kerana tak puas hati, aku pun pusing tengok bahan-bahan untuk krim muka tu.


Sohehhh!!!

Durio Zibethinus! Dan dan aje kan aku tau nama saintifik durian, hehehe... Takpe, kasi chan le aku nak perasan pandai sat.

Jadi kekawan, kalau terasa muka tu dah mula ada kedut-kedut, sila cari durio zibethinus di tepi jalan terdekat di rumah anda. Skang ni kan musim duri zibethinus, apa lagi, bedal lah semungkin boleh. Mana tau nanti muka boleh tegang macam isteri Abang Mahathir. Agaknya sebab tu orang Asia awet muda kot kan, pasal kita makan durio zibethinus!


Contoh orang Asia yang berkulit tegang.



Kepada semua pembaca Mai Korner yang beragama Islam, selamat menyambut bulan puasa yang mulia. Semoga bulan ini kita akan mendapat lebih keberkatan dari-Nya. Insya allah :)




13 comments:

mama maman aka yana said... BALAS

camne eks org barat berposa.. hhheee.. penat tak cik aiyu..:))

blu4sky said... BALAS

Salam ramadhan mai..selamat berpuasa...

awat tak habaq awai-awai... hari tu bawa 2 bekas besar durian dr kampung.. klu ku tau...i tapau lagi banyak.. boleh buat masker durian.. muahahahah...

Bonda Mia Laila said... BALAS

Assalam kak huda, cik abe n aiyu isabella...selamat berpuasa k..cik aiyu main sakan2 k kt gelongsor, pastu tidor :)..dh petang tlg mommy masak utk berbuka tau..waa kak, klu la durian tu jd masker, dh tentu ku termun...

sHieRa cAkAp said... BALAS

WAH.. TIDAK PERNAH KU TAHU AKAN KEGUNAAN DURIAN SELAIN MEMENUHI KEHENDAK TEKAK! WAKAKA..
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN UTK MAI AND FAMILY!!

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

selamat berpuasa to you and family too!!

Anonymous said... BALAS

Selamat melakukan ibadat puasa.

Murad, mahe beno Huda.1 Pake ajelah Bio Essence/Clinnel (adik beradik Dermalogica). Nak pakai SK II dah ada pulak org beritahu HARAM. Produk terbaru RTS. Kawan ai pengusahanya. SAH Halal. Kerjasama sirim/MITI lagi.

Makan durian, dah 2 minggu berturut-turut makan kat Plaza Pransang, SA. FAMA siap buka gerai, kerusi meja bagai. RM20 = 6biji D28 ye. Berbaloi. Smlm lalu depan tu, dah tutup. Nak pose kut.

Azian

Yours Truly said... BALAS

Selamat berpuasa!

Kongkang Malaya said... BALAS

Mai,
Patut la lepas jawab salam, saya dok tergaru-garu :D

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadan untuk Mai sekeluarga :)

Shue said... BALAS

Selamat berpuasa Madam Sooyaree & family.

ok, nak pi cari Durio Zibethinus utk makan lepas berbuka nanti.

Anonymous said... BALAS

SALAM RAMADHAN KAK MAI N FAMILY =)
SMALAM BARU BEDAL DOYAN SORG SEBIJIK DGN HUBBY..DOYAN FREE PLOK LAGIK SEDAPP..HEH HEH HEH
CIK AIYU AGAK2 SUKA DOYAN X?? =D

WAWA PUTRAJAYA

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Yana,
Orang Barat tengah nak pengsan ni, berbuka jam 8.45pm!

Blu4sky,
Salam Ramadan pada awak juga :) Hahaha.. kalau pakai masker durian, mesti tak kekal, pasal sikit-sikit masuk mulut nanti! :P

Bonda Mia,
Waalaikumsalam, thanks laling! Dia tolong apa, tolong sepah rumah ade le! Eh, masker durian le best, boleh makan! :D

Shiera,
Hehehe.. now you know! Thanks yang!

Konot,
Thanks laling! Puasa semalam ok tak?

Kak Azian,
Sini Murad ok ok le price nye. Tapi dulu pernah cuba, tak rasi. Skang ni tengah pakai Dermalogica balik. SKII haram kenapa? RTS ni tak pernah dengar lagi, nanti kita check bila balik Malaysia :D Bestnya dapat makan durian!!! Jeles!!!!!

Yours Truly,
Thanks kak! Same goes to you and your family :)

Patin,
Hahahah.. gatal tang tu ok lagi, diterimaaaa... Camne orang sana puasa ek? Orang sini nak pengsannnn

Shue,
Thanks dear. Eh, bikin orang jeles aje tau!

Wawa,
Best nye makan durian, jeles tau!!! Entah le, dia ni semua benda makan, insya allah dia suka :D Selamat berpuasa pada Wawa sekeluarga juga :D

nazayiena said... BALAS

Selamat berpuasa pd Madam Sooyaree & family......

sri hati said... BALAS

woww weei..cik aiyu kita nie..dh jd model yek:)kalah artis kt amerika sna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...