Ingat lagi tak, sneak preview hari tu?
Sebenarnya, gambar masa sneak preview tu adalah masa kitorang kat Frisco hari tu. First time Cik Aiyu terjun kolam renang. Kalau ikutkan, memang lah dia suka main air, tapi bebudak ni kekadang bila dah masuk swimming pool, takut pulak.
Tapi, bukan Cik Aiyu.
Awal-awal tu dia macam teragak-agak sket nak masuk, tapi sekali dah berendam.. terus member tersengih-sengih. Tambah pulak bila Cik Abe jadi dolphin, lagi lah besar gelaknye cik kak kita sorang tu.
Jadi, bila dah balik rumah, kitorang masukkan dia dalam kelas renang.
Learn To Swim.
Sebelum ni Cik Abe cakap, kalau nak masukkan dia dalam kelas renang, biar tunggu umur dia 4-5 tahun gitu. Pasal umur skang ni, apa sangat yang dia paham kan. Tapi ala bang, kita belajar geli-geli aje. Kasi dia seronok main air udah le.
Kelas swimming Cik Aiyu ni adalah di community pool kami. Dua kali seminggu, USD31 untuk 2 minggu. Satu kelas 30 minit. Kira halal lah kan. Yang pasti, lepas balik swimming mesti ada orang tu tido siang sejam lebih. Yang tu yang lebih berharga sebenarnya, hahahaha....
Dah 3 kali pergi kelas, hari ni baru Cik Abe dapat ikut. Sebelum ni busy kijo. Apa lagi, haruslah dilantik sebagai paparazzi tak berjaya, hehehe...
Kelas ni simple aje sebenarnya, macam senamrobik kekdah nye. Senaman berkumpulan. Ada adegan pusing-pusingkan bayi anda, gerak ke kiri dan ke kanan, gerakan tangan dan kaki, celup-celup ala dolphin dan sebagainya. Mula-mula tu aku cam cuak gak nak celup Cik Aiyu ke dalam air sepenuhnya, tapi bila tengok semua mak-mak buat, aku pun follow sekali. Awalnya dia nampak terkejut, tapi nasib baik tak menangis.
Ahkak pink yang gumbira.
Ada banyak lagi gambar, tapi semua kena censored hokay. Tengok dua keping ni dah, cukup.
Bila dah lap-lap badan, ada orang tu selalu lari balik ke arah kolam.
Amacam, ada nampak macam Laila Ali tak Cik Aiyu?
Laila Ali muncung sedepa. Selalu lepas kelas kalau aku kasi dia biskut & air, dia gumbira. Tapi hari ni muncung aje. Nasib baik kelas 5 minit dari rumah.
Cesss.. rupanya ada orang tu mengantuk. Lepas susu sedas, terus zzzzzzzz.....
19 comments:
Cik Aiyu dah start swimming class! Bestnyaa! Summer summer ni panas, must be nice dapat berendam tu. And lagi heaveen, tido after swimming!
She is soo adorable la, muncung sedepa pun still adorable!
muka cik aiyu teruja..hahahah
ekhem..mak dia seksis lah wei.. polka dot jugak ke sodondon dgn anak..very the PRETTY WOMAN..aharks.
bathrob sangat cute..very the princess..hiks
last pic sangat cantik.. mase tdo pun cantik..orang kate klau mase tdo cantik, apalagi mase berjage.hiks
bestnya berswimmmmmm together2 ;-)
Cicayanki,
Thnaks laling! Memang best berendam, tu yang nak terjun balik tu!
Aqilah,
Itu lah pasal ni pun gambar terpilih aje, hihih.. Sini manalah nak ada burqini, skang ni banyak bikini aje. Mak nye hitam biasa, ropol2 di perut supaya cover, hahaha... Auwww... kembang vontot Cik Aiyu dengar ni, hihihi
Nurul Diana,
Patut kelas anak kan, tapi kita yang lagi penat!
Bravo cik Aiyu! Dah join swimming kelas, best eh kat sana mcm2 aktiviti ada for baby. Kat sini xde kot I rasa, klau x, blh I join terjun pool sekali...hehe...Lots of cik Aiyu's pics today, I likeeeee!!!! Gmbar pakai bath robe tu dah mcm Laila Ali tp Laila Ali putih...hehe...boxing gloves je missing!
wah bestnyer nak belajar swimming dah cik aiyu kiter...(tetiba teringat kita gi swimming kat Kelana Jaya dulu nak buat 1/2 lap pun haku tercungap, mommy cik aiyu steady jer.:P)..shafiq skrg macam takut plak kalau masuk swimming pool, dulu bukan main suka lg...mak nyer confuse jap !
bestnya cik Aiyu dah belajar renang....mesti x sabar nak tunggu next class nie.....
Kiutnya muka tido lps swim....
Muka eksaitednya dpt main air. Comel. Nampak bulat je muka Aiyu. :D
Seronok dia dpt main air. Nak bwk Alam gi kolam gak la. Haha.
Hohoho. Ambuii. Muncung seksi la.. Haha.
kiutnyaa cik aiyuu..yg muncung tu kawaii..heeee
waaaaaaaaaa bestnyer bestnyer belajar swimming!!
coincidently aku pun baru nak hanto anak blajar swim, err pas tu sbb buleh dpt murah in group of 3 buleh mak bapak dia join blajar skali muahahhaha...
nanti aku blog pulak kisah aku blajar swim.. hehe. tapi ko jgn ingat dugong yg tgh swim plak kang!!! keh keh...
muka Cik Aiyu nampak lebih MELAYU kt 2nd pic dlm air tu..
kak,sori lambat wish HEPI BELATED BIRTHDAY!semoga tiap2 taun sweet 18 gitu
wehhhh best la cik Aiyu belajar berenang, nampak hepi betul dia (& mak dia pun sama jugak hepi, hehe)
gambar last tu nampak cik Aiyu iras muka Huda :)
cute gilaaa cik aiyu.. dia pun tak teng macam kau huds!! hahahahahha
Bestnya main air, lepas tu memang akan lena tido. hehehe.
I haven't gone swimming this summer, lepas tu dah nak puasa, so macam tak swim langsung this year. I miss it, dah la semua my baju from last summer dah tak muat, though bathing suit still muat sebab yang itu sangat strechy :-P
best nya huda. i wonder if kl ada classes for toddlers.
Farah,
Eh, Malaysia pun ada kot. Cuma kena rajin cari le :P Hahaha.. kot2 nanti mak nye yang lebih tak? :P Eh, tak boleh kasi boxing glove, nanti kita yang ditinju!
Hidayah,
Ala bang Capiq! Kot kot dia nak masuk acara tinju kot, badan kental gitu, hihih.. Hahaha.. skang ni kalau kita swim, suku lap dah semput kot!
Ina,
Next week posa, habis la mak nye yang penat!
Amyz,
Muka Aiyu memang bulat, macam mak nye, hehe.. Bawak Alam cepat gi kolam, next week posa dah!
Anum,
Thanks laling! Arigato!
Konot,
Tak sabar aku nak tengok badak berendam, eh, nak makan kuih badak berendam, hahaha... Cantek le tu, best weh swimming, tenang gitu rasa nanti ;)
Nisa,
Thanks laling! Eh, mesti la muka melayu, separa melayu maaa :P
Dinas,
Sekarang dah tau kan, mana datang beauty Aiyu, hihihih :P
Uni,
Hahahahah.. itu la pasal! Colby pun cakap, Aiyu kepala besar, tengkuk takde. Hmmm.. sah2 gen aku kan :P
T,
Hahahaha.. baju tak muat, next year kena beli dress la, those flowy ones :P I banyak baju gitu, boleh pakai dari zaman kurus sampai preggy :P
Zeti,
I rasa ada, but kena survey lah. I found this online, http://www.learn2swim.com.my/baby-swimming-malaysia-learn2swim-toddler-swimmming-water-safety
Maybe can give them a call ;)
Aiyu isabella..bonda mia laila is back..:) Waaa..best la tgk mommy n u terjun kolam, daddy jd paparazzi eh..mommy cekci gituu..auww..hikhik..
kak huda, selamat menjalani ibadah puasa thn ni. 1st time kan as a mother yet kt obersea..xsabar nk tgk pics aiyu n family berbaju raya...weee
aduyaiii tergoda daku tgk dak aiyu neh!!!
alahai coeminya cik aiyu..pas ne leh la cik aiyu ajar cik ida berenang pulak yeaaa
Post a Comment