What do you guys think about automatic toilet flush?
Like seriously?
Kalau tanya I, I menyampah hokayyy.. It was kinda cool at first, but not so cool bila tetiba toilet tu flush waktu kita masih tengah duduk. Or to make it worse, when it refuses to flush, when it needs to. Kalau jenis yang ada butang boleh tekan tu takpe jugak. Kalau takde, tak pasal-pasal kena bertapa dalam toilet. Buang masa.
Not too sure how the sensor works; maybe from the change of water temperature, or on timely manner, tapi apa-apa hal pun, I makin tak suka dengan automatic toilet flush ni, sejak Cik Aiyu dah potty train.
First of all, cik kak kita ni memang tak suka benda-benda bising. Kalau ko nak vacuum rumah, baik bagitau dia awal-awal. Kalau tetiba kita main on je vacuum, mesti dia bingit. Tu belum lagi kalau ada mercun ke apa, memang dia tak suka. So it kinda self explanatory when she is not a big fan of public toilet flush. Bila ada 10 orang membuang isi perut secara berjemaah, memang lah ribut bunyi nya kan? Selalunya Cik Aiyu akan tekup telinga bila kami masuk public toilet. Sian anak I.
Anyway, malam Isnin baru-baru ni, Grandma datang. Seronok Cik Aiyu, mak nye pun seronok gak pasal boleh hand over anak, hahaha... Tengahari tadi, kami pun pergi lah makan kat luar. Saje jalan-jalan.
Tengok anak ku, semangatttt.. Skang ni member tak berapa nak makan sangat kat rumah. Kat restoran, zasss... Nampak sangat mak nye tak reti memasak, hahaha...
Nak jadi cerita, lepas makan tu, Cik Aiyu asyik nak ke toilet. Bawak sekali, dia pee pee. Bawak dua kali, dia pee pee. Bawak tiga kali, empat kali, takde apa. Kami syak dia nak poo poo, tapi takut bunyi flush punya pasal, terbantut hajat perut dia.
Sudahnya member bantai tido kat restoran, hahaha.. Ni namanya, ulau berlingkau atas pagau. Lepas makan terus tido.
Betul jangkaan kami, pasal sampai aje kat rumah, Cik Aiyu terus menyahtoksinkan dirinya itu, hehehe...
Ingatkan kita orang dewasa je tak selesa poo poo kat luar, rupanya budak kecik pun begituuuu....
Sekian, kisah tahi Cik Aiyu.
Peace.
![](http://2.bp.blogspot.com/-fjqo3K90G2s/UGCBipb0uZI/AAAAAAAACLQ/aoxfbedI7pg/s1600/signaturemk.png)
12 comments:
Oi ending kelakar. Hahaha!
Kem salam kat cik aiyu eh.
hahaha. memilih tempat berak jugak cik aiyu sorang ni.
amboi.. jadi karangan psl poo poo cik aiyu eks.. kreatif mama cik aiyu nih.. kiki
i klu bisnes besar,xblh bunyi bising,konfem tak menjadi.kena sunyi sepi..boleh? kat luar mmg xblh kecuali sakit perut.haha..
hamboi, sedapnya Mac&Cheese cik aiyu. nak sikittttttttt
eh, kite pun kekadang memilih toilet klau nk poopoo. Klau x, mood x mari. hahahaha
p/s comelnya seluar polka dot cik aiyu.. :)
sy pernah tgk yang lebih kecik dari cik aiyu ni pun gini...hehehe
dalam rumah saya ni ada 3 orang bersikap begini. Tak lah pelih wahai cik Aiyu.
Ahkak
Aaaa.. memang ada org nak membuang air besaq ni kat rumah je selesa. kat tempat lain dia macam terbantut nak membuang. macam en. abe kita la. hahaha. kalau nak membuang, cepat2 dia balik rumah. hahaha. kelakar pulak rasanya. takpela janji dia selesa.. kan?
Hehe....pandai aiyu...
kesian aiyu.. selamat boleh tahan kan.. good girl..
eh, sama mcm i lah....
i kalau betul2 emergency je i terpaksa poo poo kat public toilet. itupun pilih jgk, toilet kat gardens midvalley je boleh
Tijah,
Insya allah.. Tu la, nampak sangat takde topik, anak berak pun nak cerita, hahaha
Eliss Mie,
Ingatkan kita yang tua ni je memlilih kan, hehehe
Yana,
Hehehe... tu namanya takde topik bernas, hahaha
Nanak,
Hahaha.. ketenangan itu memangg penting! I paling tak suka kalau ada orang cakap telefon time dalam toilet, potong stim!
ANR,
Hehehe.. ramai gak yang kena amik feel kan nak ke toilet ni, hehehe
Putries,
Waaa.. harap2 tak sembelit bayi itu, hehehe
Ahkak,
Adakah ahkak dalam kategori itu? Hahahahah...
Kniedaz,
Thank you, dia takut pasal bunyi bising tu kot
Fifi,
Kalau takleh tahan memang terpaksa la kot. Tapi kesian gak, takut sembelit
La Cocca Di Papa,
Hahaha.. kelas toilet you! I kalau nak membuang kat KLCC, sanggup gi toilet RM2 tu, hahaha
Post a Comment