Sunday, February 13, 2011

Hari tengok tv

Haaaa... jangan jeles warga bekerja. Mak nye tengah tengok Grammy Awards ni. Untung kan, jadi SAHM ni :P

Kaseh, aku baru habis merembes tengok Usher ni, muahaha... kau ada ke :P. Anyway, tahun ni persembahan banyak yang best jugak. Antaranya adalah Jennifer Hudson & the rest of the ladies, diorang nyanyi lagu Aretha Franklin. Bruno Mars & the gang pun best gak. Tentang pakaian diorang lak, sila google pakaian Rihanna. Memang very the hazabedah. Bak kata Ryan Seacrest, A plus!

Anyway, siang tadi kami bawak Cik Aiyu jalan-jalan pusing kawasan perumahan. Cuaca hari ni naik sampai 4 degC tu! Memang harus lah untuk keluar rumah. Tapi nasib kurang baik, baru je mula berjalan, angin punyalah kuat! Ahkak yang 56kg (haaa.. dah turun sekilo uollsss :P) ni pun rasa nak terbang. Tapi oleh kerana dah keluar rumah, kami proceed aje lah sampai ke stesen minyak berdekatan. Bukannya nak beli minyak pun (sejak bila la stroller pakai minyak kan, tak sesuaaiiii), tapi nak pit stop beli jajan.

Cik Aiyu memang suka keluar rumah. Jadi bila cuaca baik, kami akan cuba bawak di keluar rumah. Macam hari tu, kami pusing-pusing dekat sungai kawasan Cik Abe selalu pergi memancing. Ingatkan takde orang yang memancing, pasal selalunya ice fishing orang akan memancing atas tasik, bukan atas sungai. Sungai ni unpredictable sikit, tak tau ais tu tebal mana. Selalu kalau nak fishing, perlukan at least 8 inches of snow block on top. Kalau nak drive pulak, dalam 2 feet of snow. Sungai kan mengalir, so takut macam ada satu bahagian ni ais tebal, tapi kat depan tu ais cair. Naya aje kang kalau terjatuh dalam air ais. Sojuk!!!

Tapi sangkaan kami salah, ada jugak rupanya orang memancing di situ.


sungai berupa ais



bahagian sungai yang masih tidak mengeras

siap bawak camper pergi fishing

warga kaki pancing

Kadang-kadang tu teringin jugak nak cuba ice fishing. Tapi bila fikirkan cuaca sejuk nan beku, takpelah. Berangan aje lah nampaknya.

Oh, lupa lak.

Tekalah Cik Aiyu buat apa sepanjang kitorang pusing-pusing tu?



Biasalah anak aku. Start engine aje terus kong.


15 comments:

linahilmin said... BALAS

waaaaa... somel momel yg tengah tido tu!

aida said... BALAS

sangat22 cute gegirl yg tgh tido itu....

My Life My World said... BALAS

I rasa bukan anak U jer, semua anak pun gitu. Hatta anak I yang tak baby ni pun, kalau masuk keta mesti tido, sedar-sedar drebar jer yang tak tido. Cute nye Cik Aiyu tidu, mimpi apalah agaknyer tu yer ;D

nur easy said... BALAS

wah sampai cam tu skali tidonya ya.. lena betul nampaknya tu ;)

I.Q.W.A said... BALAS

sedapnye cik aiyu tidoooor

Unaizah said... BALAS

Rindunya nak main snow. Sejuk memang la sejuk. Paling tak suka time snow baru nak turun and nak mencair sebab both times ni la paling sejuk. If snow dah turun, dah best weather. I like the freshness feeling tu...

Madam Sooyaree said... BALAS

Linahilmin,
Thanks dear :)

Aida,
Terima kasih :)

Acik,
Rasa tenang aje kan tido dalam kereta, hehe.. Saya pun ikutkan nak tido. tapi kesian kat pak drebar, hahaha

Nur,
Kalau tido atas tilam pun memang gitu stail nye, macam nak masuk tilam dah

Iqwa,
Cuaca nyaman gitu, awww

Unaizah,
Best kan, rasa fresh gitu. Skang ni jalan tengah berlopak, memang kena pakai boot busuk saje

farah said... BALAS

Nak geget Cik Aiyu je rasanya dengan kecomelan muka tido tu! Mesti tgh mimpi indah :)

an15 said... BALAS

comei2... i kena tgk muka dia lama2 kasi dpt sorang mcm dia hheehhe :p

an15 said... BALAS

comei2... i kena tgk muka dia lama2 kasi dpt sorang mcm dia hheehhe :p

YongSeo International said... BALAS
This comment has been removed by the author.
kaptenkeirin said... BALAS

lady gaga pelik kot kat grammy...lalu red carpet dlm telur ha3....bulan feb msh ada salji ye kak?

Anonymous said... BALAS

Anak2 aye je tak reti tido dalam kete,kecuali klau jalan jauh n penat sangat..if idak..emmmm dgr je la sepanjang jalan radio mcm2 bunyik.. hehe..
**iwan nak ajak colby mancing udang bila balik sini ;)**
@kakliza@

Umie said... BALAS

cik aiyu nie mmg tau.. geng lah ngan Muaz...masa dlm rumah mata segar-bugar..duk dlm stroller je terus nak menguap2 & sangap bagai...kih3x

Madam Sooyaree said... BALAS

Farah,
Jangan gigit, nanti dia jerit!

An15,
Haaa.. jangan yang menjerit sama camni dah le. Pening!

Hisyam,
Kelas ok tak? MEsti busy kan.. Sini salji tengah cair. Kekadang sejuk, kekadang panas. Itu bukan telur Syam, itu womb dia kata!

Kak Lyza,

Iyee... ni dah terkenan dah ni, suka membebel, hahaha... Pancing udang? Agak-agak dapat udang harimau tak?

Umie,
Kalau kat rumah, bukan main susah tido kan!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...