Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Ladies in Black

Sabtu lepas, tuan tanah telah dijemput ke rumah Cik Hani untuk berbuka puasa. Acara kali ni happening sikit, pasal siap ada dress code, hehehe...

Ninjas United.


Atau pun, Ladies in Black.

Orang pompuan je ada dress code, orang lelaki acara bebas. Nak pakai t-shirt gambar Jaws pun takpe, hehehe... *peace Badoq*

First time sampai rumah baru Hani. Tahun lepas masa raya ada hajat nak pergi open house, tapi pusing punya pusing, I sesat you. Kota Damansara and me is a big no no, fening. Kebetulan masa tu pulak Aiyu dah layu, jadi kitorang pun cancel aje lah.

Anyway, on the way nak pergi tu, I told Aiyu that we gonna see some kids. Excited cik kak kita. Tapi bila fikir balik, rasa macam dia yang paling tua. So when I told her, "ermm.. I think we are going to see some babies, not kids". Terus member down sikit, hahaha.. Besar hati, nak gang ngan budak besar je. Habis matured la tu konon.

Memang betul pun jangkaan ku. She was the eldest among all, and the only girl. Physically girl lah, pasal yang duk merangkak satu rumah orang, perasan jadi kucing, Cik Aiyu jugaaakkkk....


Menu of the night, lamb and chicken mandy. Siapa kata kambing tak mandi?



Untuk dessert, Hani buat pavlova untuk kitorang. Thanksss.. sedap sangat!

Dan tidak lupa, kek hari jadi lagi, hehehe...



Kumpulan marhaban yang memula salah lagu. Ade ke patut nyanyi lagu "Happy Birthday"? Terus tuan punya birthday request lagu "Allah Selamatkan Kamu", baru la kena dengan tema kannn....


We didn't manage to stay until terawih, because it was Aiyu's bed time. Cik kak kita pun dah mengadu, "Mommy, I am sleepy". Sebelum dia buat hal, baik lah kami beredar.

Thanks Hani for inviting us. Masih I teringat kat karipap sedap itu, hahaha... Yummmsssss!

Monday, April 30, 2012

Benefit Brow Bar

Kepada geng cabut bulu kening, pernah tak ada masa, korang rasa tak puas hati dengan bentuk bulu kening memasing? Kes ni terjadi bila awek yang threading bulu kening korang, sudah bikin onar. Kekadang senget, dan yang paling selalu, ternipis. Walaupun sudah ku bilang, “kasi bersih saja, ok?”

Kat sini threading kureng sket, orang selalu gi waxing. Tempat waxing lak ada 2 jenis, satu Asian operated, satu lagi, non Asian. Seriously, banyak tempat waxing, manicure/pedicure, memang orang Asia yang jaga. Especially from Vietnam. Kalau ko masuk kedai tu, diorang memang speaking Vietnam aje. Rasa macam kat Ho Chi Minh, padahal tak pernah sampai pun, hahaha..

Tapi apa apa hal, tempat ni selalu sempoi ah. Banyak pekerja, selalu tak tunggu lama. Jangan macam local operated, kena buat appointment la apa la, leceh sket. Nak nak kat Midland ni, service line memang kureng sket. Dari pejabat pos sampai la ke restoran, service memang so so. Takde orang sangat nak kerja kot, semua lari keje minyak.

Anyway, berbalik pasal kening. Tadi mak nye menyerah diri ke Benefit Brow Bar di ULTA. Kat sini mahal sket kalau nak buat eyebrow waxing, $20 you. Kalau kat kedai Asian, $10. Tapi tu la, last time pergi diorang buat kening aku jadi kening opera Cina, tak dapek den nak nolong. Lagipun sesekali nak menggeletis buat kat Benefit kan, apa salahnya Smile with tongue out

DSC05511

Time kat sana, baru aku tau, kenapa diorang caj $20. Besides using special kind of wax, they actually measured my brow length! Siap pakai kayu, ukur dari mulut aku. Tengok simetri ke tak. Rasa macam buat facial untuk kening pulak, hehehe…

Plus point, dapat free sample Open-mouthed smile

DSC05510-e

I am not into make up, but I love free goodies, hahaha… Selalu yang sample ni la aku pakai, nak beli yang besar memang takkan terguna.

Balik dari ULTA, kami ke Red Lobster. Cik Abe gatal gi sebut lobster, dah bini demand nak makan kat luar.

DSC05504-e
My ultimate feast.

DSC05505-e
His king crab.

DSC05508-e
Cik Aiyu?

Orang order broiled fish, dia tanak makan. Sibuk mengendap budak meja belakang main game. Sudahnya on the way balik makan kismis. Belasah.

Sunday, November 27, 2011

Hello panda, hello beruang

Hari ni, aku buat rekod peribadi.

Rekod lari 100m?

Rekod makan 30 hot dog dalam masa 5 minit?

Rekod berat badan sampai ke alam 60 an?



Teeetttttt……



Rekodnya adalah….



Bangun jam 5:30 petang!!!

Gilos ke ape kan?

Tak pernah dibuat, walau zaman belajar dulu. Paling kuat pun bangun jam 4 petang gitu, waktu bulan puasa, hahaha.. I know, I know, perangai yang keji begini, jangan diikut ye adik-adik. Zaman dulu ahkak ni memang takleh pakai punya. Kalau cuti semester universiti, memang tak pernah lekat rumah time malam. Nak pulak time puasa, dalam tengah malam tu mesti gatal nak keluar gi Hartamas. Layan game “Spot the Difference” sket, pas tu layan fusball se round dua, makan kat mamak. Lepak borak borak, nak dekat Subuh baru balik. Tu yang hari-hari bangun kul 4 petang, hahaha.. Nasib baik ada orang berkenan gak nak buat bini, hihihi…

Anyway, hari tu Nanak ada tanya pasal biskut Hello Panda kegemaran Cik Aiyu. Bukan Cik Aiyu je, mak bapak Cik Aiyu pun gemar juga.



Ni lah rupa biskut tu. Walau brand nama Meiji, made in Singapore tau. Ada 3 perisa di Malaysia, cokelat, strawberry dan vanilla.



Nama makanan: Hello Panda

HelloPandaCo



Nama pemakan: Hello Beruang

DSC03098-e

Heh, Cik Aiyu skang sudah kembali ke alam beruang nye. Sojuk jugak Texas ni, cam tak percaya aje. Kalau waktu malam, single digit gak cuaca dalam Celcius. Memang perasaan malas tu bertambah tambah la kan bila dah sejuk ni, hihihi.. Jadi kalau berat badan melangkah ke alam 60 an, I know who/what to blame, muahahaha…

Tuesday, November 22, 2011

An evening in KLCC

Muahaha… gelak pasal paparazzi Cik Aiyu tak habis lagi.

Kelakar pulak bila ada yang ingat Cik Aiyu nak masuk majalah. Takdelah, kami tak pergi casting pun kot.

Yang sebenarnya, kami ke KLCC.

DSC03059-e
DSC03063-e
DSC03067-e

Kami sampai KLCC dalam pukul 4:30 petang gitu. Saje sampai at odd hours, to beat up the traffic jam. Niat asal adalah untuk men Garrett kan diri. Hari tu lepas first time rasa, aku balik cerita pasal popcorn mahal kat adik-beradik. Tapi cerita banyak pun tak guna kan, adalah lagi afdal jika dibeli dan dirasa beramai-ramai, muahaha…

Bila dah sampai KLCC, pusing-pusing lebih kurang, kitorang dah boring. Banyak kedai tengah sale, tapi apa guna sale kalau tanak shopping. Takat masuk kedai tengok-tengok, iolls adalah malas. Lelagi Cik Aiyu tu bukan le orang yang sabar dalam bab-bab nak telek barang. Waktu petang tu pulak cuaca baik, jadi kami bawak Cik Aiyu jalan-jalan di taman. Heh, mak ko dah khatam KLCC berapa ratus puluh kali, ni pes taim jalan-jalan kat taman. Layannn….

Tak ku sangka, taman KLCC ni cantek gak rupanya. Pastu ada ramai orang jogging lak tu. Rasa bangga jap, pasal ada jugak rakyat Malaysia yang mengamalkan kehidupan sihat. Walaupun bukan aku, hehehe…

Ada orang jalan-jalan.

DSC03061-e

Ada orang dating.

DSC03062-e

Ada ayah dan anak berjalan.

DSC03064-e

Sampai di taman permainan pulak, aku macam wow! Walau dah ada kesan-kesan penuaan, tapi taman dijaga dengan elok sekali. Bukan senang weh nak jaga, Malaysia ni hujan beberapa kali sehari. Kudos to KLCC management, me likey!

DSC03069-eDSC03076-eDSC03078-e

Yang gang paparazzi tu kami jumpa di sinilah, sama cam Cik Sakura dulu. Aku rasa diorang ni photography students, dapat assignment suruh amik gambar orang di taman permainan KLCC kot. Pasal semua ala-ala sebaya, kamera pun sama aje. Jadi Cik Aiyu bukanlah dikerumuni peminat, tapi dikerumuni photography students. Saje je propah, hahaha… Smile with tongue out Sesekali perasantan kan, apa salahnya Smile with tongue out Tapi kelakar gak tengok bebudak ni amik gambar. Siap kejar Cik Aiyu ke sana ke sini, agaknye macam tu la kan perasaan anak-anak retis omputeh. Nasib baik Cik Abe tak jadi nak tukar profession jadi rockstar, hehehe...

I am sure she had a lot of fun while we were there. Dengan jalan lenggang kangkung, semorang dia tegur nya. Orang yang jogging, orang isap rokok.... Semua Cik Aiyu lambai-lambai sambil cakap bye. Seronok betul le tu, dapat berjalan.

Oh, back to Garrett’s story.

DSC03082-e

Take that Malaysia!!!

Ramai sungguh orang beratur, semata-mata nak beli popcorn. Antaranya aku le tu, hahaha… Unfortunately the Cheese Corn was out when we were there Sad smile Tak dapatlah nak merasa the Chicago Mix (caramel & cheese corn). We settled for medium Caramel Corn, which was RM 21 for medium bag. Banyak jugak, cukup untuk sekeluarga. Siap ada lebih lagi. Rasa adalah agak manis, memang takleh makan banyak. Just in case some of you are wondering, it is located at Concourse Floor, opposite Maybank. Nanti diorang nak buka di One Utama jugak, some time mid to end of December. Ada 5 jenis yang berbeza, Chicago Mix, Butter/Plain, Caramel, Cheese & Caramel with Nuts. The price starts from RM 16 for small bag.

Enjoice!!!

Sunday, November 20, 2011

Saturday for friends

Sejak balik Malaysia 3 minggu lepas, aku memang jarang keluar jumpa kekawan.

Bukan tak nak, tapi kekawan semua free time malam. Iye le, orang kijo. Ko sorang je yang tak kijo kot, hihihi… Tapi itu lah, bila diorang free malam, haku pulak yang tak pree. Cik Aiyu selalu jam 9 malam dia dah mamai, memang amat tidak sesuai dibawa berjalan. Nak tinggal pun takleh, pasal mak nye adalah sumber makanan dan ketenangan sebelum tido. Jadi kalau nak jumpa pun, kena tunggu diorang datang rumah. So kepada kekawan semua, mintak ampun mintak maap. Bukan eksyen, tapi timing tidak mengizinkan.

Weekend pulak, rumah nenek di ambush oleh mokcik pokcik Cik Aiyu dan Gang Bas Sekolah nye. Takkan orang datang rumah, kita keluar kan? Lagipun bila sangat Cik Aiyu nak main dengan sepupu sepapat nye. Kalau balik sini 3 bulan, lain cerita lah. Masa tu pun diorang dah naik menyampah. Eh baby ni, sibuk aje nak ikut kitorang, hehehe..

However, yesterday was an exceptional. Semalam adalah Sabtu untuk kekawan. Cik Abe pun takde, pasal dia gi fishing dengan Irwan di Sekinchan. Siap overnight atas bot, harap-harap ade lah ikan besar yang dia dapat tangkap. Habis camera puan punya blog kena hijack, pasal dia kata nak amik gambar dengan ikan yang bakal dipancing. Positive thinker abis le tu. Jangan amik gambar dengan tukun sudah le ye bang. Kain pelikat pun dia bawak, kata nak fefeeling jadi nelayan sebenar, hahaha… Very the over tau laki ku itu.

Untuk kami, langkah dimulakan dengan bertemu dengan 3 orang sahabat Mai Korner. Tempat pertemuan adalah seperti biasa, Tropicana City Mall. I like the fact it is not overly crowded, and it’s near to my mom’s place, hehehe… Plus point, ada Gymboree!

Photo0027-e

The other toddler is Danish. He’s 3 days younger than Aiyu. Dulu mak nye pernah hantar gambar, memang sebijik I tell you! Cuma skang dah evolve ke arah lelaki, Aiyu pulak ke arah gegirl. Yang pasti, dua dua memang suka makan, hahaha… Did I mention that they brought Garrett popcorn along? Sangat sedap!!! Now I know what’s the craze about it. Cik Aiyu pun boleh makan pasal popcorn tu, pasal coating yang sangat smooth, dan takde biji biji jagung yang tak masak. Macam ada alasan nak buat proposal ke KLCC kan, hehehe...

Photo0028-e

Dayang-dayang import yang shy shy cat.

Lepas makan di Tutti Frutti, kami ke Gymboree. Kasi Aiyu dan Danish berjimba. Seronok diorang berlari dan memanjat. Mak-mak pun suka pasal boleh duduk berehat jap.

Dalam pukul 6 lebih, bateri Danish tinggal 1 bar. Bila mak nye kasi botol susu, ada jugak puak perampas nye. Cuma kali ni takde extra botol susu, maka Cik Aiyu menangis guling-guling atas lantai Gymboree. Heh, awak ni, drop my water face aje tau. Skang ni memang stail dia gitu, kalau protes, guling atas lantai. Lenkali aku balut badan tu dengan mop, baru tau.

Dari Tropicana City Mall, kami ke Cahaya SPK. Ada barbeque di rumah Zeti & Ismail. Nasib baik sampai, pasal sebelum tu macam sesat sket banyak, hahaha…

Time to meet the high school ladies! And their spouse and kids, of course.

Photo0029-e

Kids playing.

Photo0034-e

Orang pompuan bergosip. Bila dah bergosip biasa le, lupa diri. Gambar pun tak berapa nak amik. Lelagi pakai handphone camera, me is no likey. Orang dah habis senyum baru nak capture. Menyampah tau.

Photo0032-e

Antara makanan yang sempat ditangkap sebelum balik.

Photo0033-e

Makanan yang tak sempat dihadam sewaktu kejadian. Cantik kan layer cake ni! Tapi mak nye kena balik awal, Cik Aiyu dah ala ala nak fengsan.

Thank you lalings for a great evening! Insya allah tahun depan jumpa lagi Winking smile



P/S: Selamat hari jadi Kak Azian, 20-11-2011! Harap-harap dapat buat proposal power, hahaha :P

Thursday, November 10, 2011

Thank you :)

Sejak balik Malaysia ni, murah rejeki kami.

Malam tadi, Cik Mary hantar keropok lekor. Maka hasilnya, pagi tadi kami brekpes kopok losong, nama glemer lain bagi keropok lekor.

Pastu hari tu masa awal-awal balik, aku check le semua surat yang sampai dalam tempoh 13 bulan aku takde kat Malaysia ni.  Hampeh.com, banyak surat mintak duit aje. Tapi ada satu surat pulak yang kasi duit.

Jeng…

Jeng….

Jeng…..

DSC02957-e

Woot woott!! *sambil buat chicken dance*

Thank you Nuffnang! Open-mouthed smile

First time cash out, tu yang jakun.com tu. Orang lain dah berkali-kali cash out kan, ahkak baru amatur gitu.

Siapa sangka kan, gebang gebang online pun dapat duit. Idok le boleh buat down payment banglo pat tingkat, tapi boleh le buat belanja harian.



Seperti membeli Kentaki Tom Yam (haku suka lagi Hot & Spicy lama tu)

DSC02951-e

Atau membeli biskut panda Cik Aiyu.

DSC02956-e

Awek kita dah tau nikmat biskut panda ni. Selama ni duk sumbat graham crackers aje, sampai Malaysia punah diet, hehehe..  Biskut panda ade jual kat Asian market, tapi mahal le. Jadi skang ni ada lagi 3 minggu untuk bertaut kasih dengan biskut panda ini.

Cik Aiyu suka sampai tahap haji bakhil I tell you. Ada sekali tu dia sumbat terus 5 bijik biskut ni, tanak kasi kat Tasha punya pasal.

T__T

DSC02954-e

Makin cembung la pipi kamu Aiyu.

Thursday, September 1, 2011

Akibat melayan Twitter….


Twitter adalah tidak elok. Serius.

“Apa hal lak???” kata mereka-mereka yang rajin melayan Twitter saban hari. Kekadang ada orang yang bisa bikin aku kagum, pasal diorang nye timeline bergerak macam mat rempit bawak motor. Laju gilos! Ape, korang ni tak kerja ke? Hehehe.. jangan marah haaa…

Bukan apa, aku yang tak keje ni pun tak dan nak check phone selalu. Nak menghadap laptop lagi la. Tapi itulah kan, kalau korang keje opis, sah-sah banyak masa depan laptop ke PC. Anyway, sebab musabab aku cakap Twitter tak elok adalah….

DSC01723-e

Baru ingat nak puasa enam tadi, tapi gagal pasal terbaca tweet Rayhan pasal nasi tomato. Hahaha.. nampak sangat iman nipis kan! What to do, godaan syaitonnirajim ni (padahal sendiri cari pasal).

Tapi takpe, bukan aku sorang aje yang suka nasi tomato. Cik Aiyu pun suka. Dia makan nasi aje lah, ayam mak nye tamak tak kasi. Takut sakit perut pulak, makan pedas-pedas ni. Gambar masa kejadian takde, pasal aku masak nasi tomato ni tengahari lepas Cik Aiyu tido. Baik sungguh anakku itu, dia tido dari masa aku masak nasik, sampailah hingga aku menjilat jari. Masa nak makan tu aku sedar dia dah bangun, tapi dia duk golek-golek atas katil baca buku. Haaa… jangan tak tau, dalam crib Cik Aiyu pun ada buku. Which I find it helpful, pasal lepas bangun dia takde terus nak keluar. Dia golek-golek membaca dulu.

Anyway, skang ni Cik Aiyu ada bib baru. Bib yang ada macam takung kat bawah tu.

DSC01715-e

Yang comel neckline bib tu. Macam pearl you. Mak nye pun takde rantai pearl tau…

DSC01718-e

Tapi bib ni takung makanan yang jatuh ke bawah je la. Yang melekat kat muka, lobang idung dan dahi, bib tak masuk campur. Itu urusan antara ibu dan anak.

DSC01721-e

Juga bib ni tak cover kawasan lantai yang anak kau suka sukey nak campak makanan di situ. Patut nye kerusi pun pakai bib sekali kan. Ade ke kedai jual bib untuk kerusi? Hehehe…

Kalau ada ibu-ibu yang berminat, I would suggest  to go for Baby Bjorn silicone bib. Sebelum ni aku ada cuba Ulubulu brand, tapi aku kasi 3 bintang aje la.

DSC01728-e

First of all, it’s wayyyy too small for a toddler. Cik Aiyu ni kira bayi slim la kan, berat takat 8 kilo lebih aje lagi. Tapi still bib tu agak kecik untuk dia. Pastu yang takung makanan tu macam lembik sikit, jadi nye nanti ada jugak makanan yang terus jatuh atas peha diorang nanti. Plus point for Ulubulu, bib dia comey sangat! Macam-macam ada! Gajah, rimau, ikan jerung, katak… rasa macam di zoo!

Wednesday, November 24, 2010

Yuki Hana

Sapo tu?

Buat nama anak pun best kan.

Tapi ni nama restoran lah. Restoran Jepung bak kata orang Terengganu.

Uisshh.. I heart Japanese food. Masa mengandung dulu, tangkap gigil tak dapat makan sushi 9 bulan. Sebab tu kot Cik Aiyu air lur meleleh selalu?

Anyway, hari ni kitorang travel ke arah rumah mertua. Pit stop dulu, check in hotel dekat shopping mall barang semalam dua.

Dah kata duduk dekat kedai, misi jalan-jalan cari makan adalah perkara yang paling utama. Lagi utama dari shopping ok.

Maka tempat tujuan kali ini adalah, Yuki Hana.


Seperti biasa, bintang utama.


Tengok gambar Cik Aiyu, baru perasan asyik pakai jaket sama. Dah jaket ada satu aje, nak buat camne. Macam saje je cari pasal, suruh beli yang baru. Esok jom!

Antara juadah yang dijamu dengan lahap.


Si kecik pun sibuk nak melahap sama.

Ok lah, nak tido. Kumpul tenaga nak ke kedai esok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...