Showing posts with label Baby Food. Show all posts
Showing posts with label Baby Food. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

A step forward

Sejak 27 Mac hari tu, abam Aaron dah maju setapak.

Ada orang tu dah makan :D

He's barely 5 months old, but oh well, we fed Aiyu about the same time too.

Lagipun pediatrician yang sarankan, boleh mula makan dari sekarang. Memula kitorang ingat nak tunggu abam Aaron duduk stabil dulu, tapi doctor kata tak perlu tunggu. Every baby is unique and different. Benci tau, asyik asyik kasi alasan tu je. Sama la dengan pregnancy. So kesimpulannya, kalau takde benda yang agak-agak membahayakan, jalannnnn.....

 
Awal-awal tu dia tak berapa nak makan, skang ni, dia yang menganga dulu, hehehe... Tapi abam Aaron ni makan persis motobot, habis bersembur. Pakai bib pun tak jalan, kena pakai baju hujan gamaknya. Mak nya pun kena pakai sekali.
 
 

 
 
Tak cukup dengan baby food, kakak nya pun dia nak makan. Nasib baik Cik Aiyu sedap, hehehe...

Saturday, March 10, 2012

Penggemar yogurt tegar

Namanya adalah Cik Aiyu.

DSC04589-e

Tak tau dari mana datang, tetiba skang Cik Aiyu gila makan yogurt. Sebelum ni so so la, kekadang dia makan, kekadang tidak. Tapi sekarang….



Siap boleh bukak peti sejuk nak amik yogurt sendiri!!!!



Mind you, peti sejuk rumah kitorang boleh tahan besar. 18 cu ft. Boleh la nak stok makanan seminggu dalam tu untuk kami bertiga. Dan pintu peti sejuk tu berat jugak, pasal semua mak nenek sos, susu dan jus kat tepi tu.

Tapi, dek kerana yogurt, Cik Aiyu terus jadi badang yang gagah perkasa.

DSC04590-e

First time dia bukak peti sejuk, aku tengah duduk tengok tv. Sebelum tu memang dia dah mundar mandir depan peti sejuk, mak nye buat tak paham aje. Dari sofa, aku dengar dia buat bunyi ‘uurrgghhhhh’ sambil cuba nasib tarik pintu peti. Dalam hati aku, ‘hek eleh, cuba la kau, bukan dapat bukak pun’. Tapi tak ku sangka, lepas beberapa saat, dengar pintu peti sejuk terbukak.

Adakah???

Tak lama lepas tu, dengar pintu peti sejuk tutup, dan tapak kaki kecil berlari ke arah ku.



*Cik Aiyu dengan sengih kerang busuk sambil tayang yogurt pada aku*



Pengsan jap mak nye. Oh anakku, kuat sungguh dirimu! Kerana usaha susah payah, mak nye pun layan kan aje. Yogurt 2 kali sehari? Layannnnnn…..

Wednesday, August 24, 2011

Hobby lobby and couscous

Orang selalu kata, don't do your grocery shopping on empty stomach.

Yang orang lupa nak kasitau adalah, kalau perut lapar, elok jangan keluar langsung.

Bila boring duduk rumah sensorang, mula la kan aku cari pasal, tengok apa yang takde. Alasan le tu, nak keluar membeli belah. Nak beli baju ngan kasut semua, rasa macam tak patut pulak. Bukan aku kerja pun nak pakai baju baru setiap hari. Jadi minat membeli belah haruslah ditukar pada perhiasan rumah dan bahan makanan di dapur. Hehehe.. dasar pompuan, suka sangat perabih beras kannn...

Lagipun bila kita duduk tempat baru, kenalah tau apa yang ada di sini. Termasuk la kedai-kedai berhampiran rumah anda. Seperti kedai yang kami pergi tadi, Hobby Lobby.


Best jugak la kedai ni, macam-macam ada. Apa hobi anda? Crafting? Boleh cari gunting fancy schmancy di sini. Baking? Segala macam acu Wilton ada. Painting? Quilting?? Gardening??? Semua boleh!


Pendek kata, kedai buat perabih duit. Lenkali Cik Abe ada, memang akan ku tinggalkan Cik Aiyu dengan dia, nak tawaf lagi. Tadi tak puas. Takut pulak nak test the water, takut Cik Aiyu bingit duduk lelama dalam kedai.


Untuk Cik Aiyu yang minat membaca, pun ada bahan bacaan yang dijual. Tak sempat balik rumah, dia duk pulun dalam kereta.


Bila petang sikit, ada member tu dah resah duduk dalam rumah. Asyik la dia merenung pintu, tengok luar. Skang ni kan sekolah dah mula, kekadang dengar la bunyi budak-budak kat padang belakang ni. Cik Aiyu dengan perasaan curious, selalu skodeng diorang. Tapi takde hasil, dah kata belakang ada pagar.


Muka orang tak puas hati, duk mundar mandir dalam rumah.


Memandangkan hari ni mood rajin sket, aku pun bawak le dia keluar. Hoih, tak cukup tanah dia berlari. Catch me if you can kekdah nye. Ada bebudak tengah practise American football kat padang, dia selamba nak join. Sedar la diri, awak tu katek lagi.


Menu Cik Aiyu hari ini:-

Couscous ayam, sayur zucchini dan tomato. First time aku masak couscous. Ingatkan susah, rupanya senang aje. Lagi senang dari masak nasi, hahahaha...


Tuan pemakan kasi standing ovation.


Nasihat pada semua, kalau nak kasi anak makan couscous, kasi masa korang tengah picnic k. Naik juling bijik mata aku tadi sapu lantai.

Tuesday, August 23, 2011

Stop!

Traffic light di depan.



Asalnya jeles tengok aiskrim Cik Maddy kita cantik. Selama ni duk buat Aiyu punya pakai jus epal aje kan. Nak buat perisa Milo kang, takut habis kat mak, anak tak sempat merasa, hehe..

Nasib baik perasaan jeles tu tak berpanjangan. Sibuk sana sini, terlupa kejap. Sampailah masa beli buku SuperFoods tu. Dalam buku tu ada la pulak memacam jenis desserts for babies and toddlers. Mak yang berpuasa, tak dapat menahan rasa perut yang bergelora.

Ahh.. harus dibikin jua!

Godek-godek peti sejuk, tengok strawberry dah di hujung nyawa. Jangan tak tau, rumah ni bekalan buah mengalahkan bekalan daging. Cik kak kita sorang tu suka sangat makan buah. Cik Abe pun suka jugak. Cuma mak nye tak mendapat syafaat lagi. Asyik yang dicari hanyalah coklat, coklat dan coklat. Pastu gemok bising. Ntah pape kan aku ni. T__T

Anywayyy... resipi aiskrim ni senang aje. Yang 3 warna tu adalah strawberry-peach-kiwi puree. For each layer, tambah honey sikit, untuk kasi hilang rasa masam buah tu. Hamik kau, aiskrim kesihatan ni. Rasanya makan sebatang, dah cukup vitamin C untuk sehari. Takyah gi cucuk sana sini. :D

Aweks dan makanan kesihatannya.





Lupa pulak, sebenarnya resipi ni suruh tapis layer strawberry dan kiwi tu. Tanak bijik-bijik buah tu termasuk sekali. Tapi oleh kerana faktor malas menunggu, aku tak tapis. Sudahnya Cik Aiyu gigih korek biji kiwi di lapisan bawah. Macam strawberry, bijik dia tak nampak sangat kan. Tapi kiwi nye hitam. Sudah dikopek-kopek, dia sandar tangan kat rumput. Pastu pegang aiskrim balik. Tak pasal-pasal makan rumput. Kesihatan sungguh anak aku kan. T__T


Menu hari ini:-

Meatballs + carrots & peas + baked french fries.

Cara pemakanan:-

Habiskan carrots & peas dahulu. Kemudian gigit hujung-hujung fries. Setiap fries gigit sekali sahaja. Susunkan di hujung meja makan. Gigit meatballs 2-3 kali, dan campakkan ke lantai.

T__T

Sunday, August 21, 2011

Menu si kecil

Haaa... dah tido pun si kecil kita.

Tak tau la dia, 2-3 hari ni very the clingy ok. Sikit-sikit mintak aku bacakan dia buku. Asyik la duk tarik tangan aku, pastu letak buku atas tapak tangan. Buku feveret dia, buku 1,2,3 Count with Me. Tak tau la dia minat part counting tu ke, pasal aku selalu buat bunyi binatang yang dalam buku tu. Yang pasti, sekali round kira sampai 10 kan, kalau dah 26 round aku baca? Tak ke sehari aku mengira sampai 260! Apa kes nak mengira, zaman skang orang pakai kalkulator la nak oi, hehe.. Oooppsss.. tarik balik. Benda yang baik, tak elok ditegur kan. Sorry anakku.

Semalam masa blog hopping, mokcik Amyz mengadu, anak nye pilih bulu makanan. Rasanya bebudak baya ni memang camtu kot kan. Cik Aiyu ni generally dia memang suka makan, tapi kekadang datang angin kus kus, dia buat main-main aje makanan tu. Pastu aku perasan, dia tak suka makanan yang sama untuk lunch dan dinner. Amboi, kau ingat ni restoran ka?

Dulu aku selalu gak stress nak fikir makan apa setiap hari, dah ada anak ni, tahap stres makin meningkat pulak. Furthermore, we are trying to give Aiyu a wide variety of food, so she won't be dependent on certain element. Macam haku, kalau seminggu tak makan nasi, rasa tak best aje. Serba tak kena. Makan tak kenyang, tapi mandi masih basah la. Cik Abe lak, kalau seminggu tak dapat daging dan kentang, dia pun sama. Sudahnya kitorang selalu rotate, hari ni Asian, esok omputeh. Lusa makan kedai, hahaha.. Tak la, kitorang dah jarang makan kedai skang. Macam malas dah, nak beratur bagai. Sini restoran selalu penuh, kekadang siap beratur sampai ke luar. Apa kes?

Jadi, dengan semangat waja, hari tu aku beli buku "SuperFoods for Babies and Children" by Annabel Karmel. Layan gak buku dia, cuma agak terlambat dibeli, pasal kat dalam tu ada macam-macam resipi puree. Tapi takpe, better late then never. I've tried several recipes, alhamdulillah Cik Aiyu terima dengan perut yang kosong. Tapi standard la, masak untuk sekali bayi makan adalah mustahil, jadi selalu lepas meal, balance ku campak ke freezer. Meriah pulak freezer kitorang skang ni. Ada cheese & zucchini sausages, meatballs, dan......





Spaghetti.


Hahaha.. kejis sungguh. Spaghetti pun nak tunjuk. Tapi Cik Aiyu suka weh. Banyak dia makan tadi. Walau bukan fresh, freezer mari. Lega rasa di hati, bila kita masak, anak makan. Kalau tak, aku yang makan. Tapi makan hati la, hahaha...

Ni gambar hari Jumaat lepas, masa spaghetti baru dimasak. Hari ni tak sempat camwhoring, bateri kamera tengah caj.


Praktis pakai garfu. Omputeh sket kann...



Tapi apo nak dikato. Kan Cik Aiyu orang Malaysia, haruslah pakai tangan jua...


Bahan-bahan kuah senang aje, pakai 1 lb ground beef, 2 garlic, 1 onion, 1 can of stewed tomatoes, 1 tomato, 1 tbsp tomato paste, basil, oregano & thyme. Garam dan lada sulah tak letak. Bila mak bapak yang nak makan, baru letak. Anak maintain, tunggu umur 2-3 tahun baru letak kot :P

Saturday, April 9, 2011

Day 6: Baby snacking

Sejak umur 8 bulan, kami kenalkan protein dalam makanan Cik Aiyu. Kalau sebelum tu selalu kasi fruit puree aje, tapi sekarang kami dah tambah ikan atau ayam dalam menu. Selalunya ikan salmon atau tilapia. Nak kasi ikan laut susah sikit nak dapat stok kat sini. Daging ada jugak aku kasi, tapi dia macam tak minat sangat. Maybe from the texture, or the fatty taste itself.

Sekarang ni Cik Aiyu makan dalam 100g untuk setiap hidangan. Tiga kali sehari. Alhamdulillah dia memang takde masalah untuk makan. 

Tapi sekarang ni, aku rasa tiga kali makan tu macam tak cukup. Masa makan tu ok lah, tapi dalam beberapa jam lepas tu nanti dia macam merengek. Kasi susu pun macam tak puas.

Bila aku surf internet pasal pemakanan bayi, aku dapat tahu yang bila bayi umur 8 bulan, elok kasi snek 2 kali sehari. Jadi aku pun cubalah. Memandangkan sekarang ni aku selalu masak keledek/nasi/oat + ikan/ayam + sayur, aku pun kasi buah sebagai snek.

Yang menjadi pilihan selalunya pisang atau epal. Ikut taste cik kak kita, dia macam lagi suka pisang. 

Aku selalu letak pisang tu dalam food feeder, baru kasi kat dia. Letak sekali sippy cup, senang dia nak minum bila rasa haus.



Food feeder ni boleh muat suku pisang yang sederhana saiz. Selalu memang Cik Aiyu habiskan sekali duduk. 

Memang dia suka.


Selain daripada mengenyangkan, aku perasan poo poo dia pun makin lembut. Makin senang nak keluar. 

Cuma yang menjadi soalan sekarang, macam mana nak tau ek, kalau baby kita dah ready untuk makan tanpa food feeder ni? Takut bila kasi gitu, tercekik pulak.

Anyone?


Friday, February 11, 2011

Resipi 101: Keledek & brokoli

Hari ini adalah hari istimewa.

Apa ada dengan 11 Feb 2011?

Hari ini kita akan bermula dengan segmen khas, Resipi 101.

Amboi amboi amboi, kau ingat kau tu Ben Ashaari, yang nak bersegmen bagai???

Takdelah, ada waktu bila kita blog walking (kadang-kadang hopping, kadang-kadang crawling, kadang-kadang guling), terjumpa entry dari para ibu yang confuse sudah nak masak apa untuk bayi mereka. Memang la ada jual yang ready made, tapi bak kata Ceeramoon, nak jugak kasi anak rasa air tangan ibu kan.

Alhamdulillah Cik Aiyu takde masalah untuk makan. Agaknya time dia baby dulu (macam la skang ni dah besar sangat kannnn) kami kasi dia rasa makanan every now and then. Kira takdelah dia culture shock gitu. Kasi pun bukan banyak, takat letak kat bibir aje. Amik syarat ke orang kata.

Sebelum ni memang selalu kasi dia bubur nasi/kentang. Bukanlah bubur macam bubur ayam McD, kita kasi blend dulu la tau. Kang kalau sakit perut, naya pulak. Tapi sejak kebelakangan ni, poo poo Cik Aiyu ada sedikit keras. Ada sehari tu dia siap nangis lagi. Mula-mula ingatkan gigi nak tumbuh. Tapi kebetulan time tu tergerak hati nak check diaper dia, nampak dia tengah cuba untuk poo poo. Kesian pulak bila tengok muka Cik Aiyu menahan sakit.

Terus ku Google, dan terjumpa la syariat statement yang menyatakan bahawa nasi ni kadang-kadang boleh buat bayi sembelit. Pisang pun sama. Untuk melancarkan proses pencernaan mereka, boleh cuba kasi keledek, oat atau barli.

Maka, terciptalah resipi keledek & brokoli....


Caranya mudah aje. Memang la mudah, dah kata masak untuk baby. Kalau suruh masak rendang, memang menangis la aku. T__T

Bahan-bahan aku tak reti nak sukat. Tapi nisbah anggaran, 2 bahagian keledek, 1 bahagian brokoli.

- Buang kulit keledek. Potong keledek kecil-kecil agar mudah untuk direbus.
- Masukkan air. Jangan terlalu banyak, hanya cukup untuk merebus keledek (dalam 10 minit).
- Agak-agak keledek nak masak, kecilkan api. Kemudian, masukkan brokoli. Jangan biar hingga mendidih, cukup setakat nak lembutkan brokoli sahaja.
- Kisar hingga sebati.


Ubi keledek ni bukan sahaja dapat membantu proses pencernaan bayi, tapi teksturnya adalah sangat halus. Rasa pun semulajadi manis, sesuai untuk dimasak bersama sayur (kalau-kalau anak korang spesis tak suka makan sayur).

Selamat mencuba!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...