Saturday, April 9, 2011

Day 6: Baby snacking

Sejak umur 8 bulan, kami kenalkan protein dalam makanan Cik Aiyu. Kalau sebelum tu selalu kasi fruit puree aje, tapi sekarang kami dah tambah ikan atau ayam dalam menu. Selalunya ikan salmon atau tilapia. Nak kasi ikan laut susah sikit nak dapat stok kat sini. Daging ada jugak aku kasi, tapi dia macam tak minat sangat. Maybe from the texture, or the fatty taste itself.

Sekarang ni Cik Aiyu makan dalam 100g untuk setiap hidangan. Tiga kali sehari. Alhamdulillah dia memang takde masalah untuk makan. 

Tapi sekarang ni, aku rasa tiga kali makan tu macam tak cukup. Masa makan tu ok lah, tapi dalam beberapa jam lepas tu nanti dia macam merengek. Kasi susu pun macam tak puas.

Bila aku surf internet pasal pemakanan bayi, aku dapat tahu yang bila bayi umur 8 bulan, elok kasi snek 2 kali sehari. Jadi aku pun cubalah. Memandangkan sekarang ni aku selalu masak keledek/nasi/oat + ikan/ayam + sayur, aku pun kasi buah sebagai snek.

Yang menjadi pilihan selalunya pisang atau epal. Ikut taste cik kak kita, dia macam lagi suka pisang. 

Aku selalu letak pisang tu dalam food feeder, baru kasi kat dia. Letak sekali sippy cup, senang dia nak minum bila rasa haus.



Food feeder ni boleh muat suku pisang yang sederhana saiz. Selalu memang Cik Aiyu habiskan sekali duduk. 

Memang dia suka.


Selain daripada mengenyangkan, aku perasan poo poo dia pun makin lembut. Makin senang nak keluar. 

Cuma yang menjadi soalan sekarang, macam mana nak tau ek, kalau baby kita dah ready untuk makan tanpa food feeder ni? Takut bila kasi gitu, tercekik pulak.

Anyone?


15 comments:

{f a r a h} said... BALAS

Kena try bg finger food la kan...klu buat u potong kecik2 la klu takut aiyu tercekik ke.

I bagi Adrian mkn biskut,dia sendiri patah2 kan biskut tu.

If dia pandai mkn finger food, maka mmg dia dh x perlu food feeder

Madam Sooyaree said... BALAS

Ooo.. I bagi dia ice cream cone, memang dia gigit kecik2. Kira tak la bersepah sangat lantai, banyak masuk mulut dari lantai.

In that case, she's ready la kan?

nur easy said... BALAS

hehe. rsnya cik aiyu dah ready kut, tp kena monitor jg..

venusfreedom said... BALAS

Mommy cik aiyu.. Kite kan test anak by bg fruits potong besar2 sket. Kalo die nmpak mcm tercekik.. Blum reti kunyah lah tu.I ask doc.. Dlm 1 year lebih2 sikit gusi die stat keras n leh chew.. Kurang pada tu x reti chew lagi. Bg je la mkn dlm jaring kecik tu.. Hihihihi.. Utk keselamatan kannn..

Imparfait Saint said... BALAS

babe food feeder tu macam interesting. Bila you start using the food feeder (muka tgh jakun)

DeLancrettLurpak said... BALAS

aku taktau pun wujudnya baby feeder ni, nak kena beli ni.. utk next project, hehehehe

FaznFaz said... BALAS

dulu, aku try bagi biscuit heinz, yg byk perisa n sedap tuh (bukan yg teething biscuit campak dinding tak pecah!!!) dia akan hisap sampai kecik!!! kalau epal n carrot, maybe boleh potong panjang2, stok yg dia boleh pegang hujung laaa.... roti pun dah boleh, yg penting, poton panjang2, tu yg aku belajar laaa...

aku tak sure laaa kat msia nie ada food feeder ker idok, sbb aku tak pernah pakai pun!!!! bagus ek, us, bab barang2 baby nih???

Umie said... BALAS

bagus soalan nie...nnt aii dtg semula ye nak tgk jawapan2x dr org lain coz' me also tertanya2x bile tempoh yg sesuai utk baby mkn without food feeder..hehe

Mama Kembar 3 said... BALAS

mama tak pernah bg food feader tu pun for my boys. mula mula start bg diorang munch on baby biscuits yg soft & melt in d mouth. Bila tgk dah cekap, move on to biskut tiger or biskut marie yg also still lembut and mudah telan. lama lama pandai sendiri je nak kunyah semua.

ICAZIESYIRA said... BALAS

ayesha dulu makan baby bites je. Tak pernah lagi jumpa food feeder tu. eh, nak kena carik ni. jakun betul aku. hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Nur,
I selalu imagine kalau2 anak tercekik, apa la yang nak buat nanti. Selalu bayangkan benda bukan2 :(

Venus Freedom,
So kena tunggu after 1 year la kan.. True, better be safe than sorry!

Jas,
I used it masa Aiyu 5-6 bulan. Nak ke? I can get it for you. Hadiah untuk Maiqel. Btw, hari tu jumpa my mom kat Giant eh? :P

Lurpak,
Awwww... bila tu next project? Aku lak excited lebey :P

Eila,
Semalam aku cuba bagi roti, dia tak minat. Biskut Heinz tu takde kat kedai kat umah aku, so far kasi ice cream cone aje. US barang baby memang banyak, kekadang yang tak masuk akal pun ade, hehehe

Umie,
Kita serupaaa... First time mommy la katanya

Mama,
Itulah, penat kita jumpa baby biscuit tu, tapi nan hado. Yang ada biksut Gerber, tapi ingredient, masya allah! Macam-macam ada. Cik Abe kata if you don't know what's the ingredient, better don't buy

Icaziesyira,
Eh ehh.. ada next project ke? :D

SJB AKA SUE J-B. said... BALAS

I bagi kat AB regular food when she turn 1. Tapi I potong kecil kecil lah supaya senang di telan.

shuhada said... BALAS

anak saya baru umur 4 bulan..tak bagi solid food lagi..tapi nak tau la u all start mula2 tu bagi apa erk bila dia dah boleh makan solid food ni..nak belajar nih..:)

SANDRA AZWAN said... BALAS

cam mengantuk je baby comey nie..;-)

dona::rose said... BALAS

salam.
i think kalau dia dah start mengunyah n gets the idea that food is supposed to be chewed, boleh bagi makanan without the feeder. To let her chew is to introduce the food- without the feeder. try dulu mcm rice rusks ker yg senang nak melt so dia x tercekik :)
Salam kenal :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...