Showing posts with label Health n Beauty. Show all posts
Showing posts with label Health n Beauty. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

That violent 24 hour

 Happy Deepavali!
 
Sooo.. how's everyone? Kitorang ni baru nak dapat nyawa balik.
 
Al kisah nya, abam Aaron kita tak sihat sejak Sabtu lepas. Masa bangun tu ok je, tapi lepas main main dalam pukul 10 pagi tu, dia muntah. Banyak gak aaa, macam terkeluar seluruh isi perut dia. Ingatkan pasal gelak terlebih la kan.
 
Tak lama lepas tu, lepas susu, dia muntah lagi. Aikkk... ni sudah lain macam je. Check temperature, ok. Alhamdulillah, tak demam. Risau gak kan, skang ni memacam penyakit ada. Entrovirus la, Ebola la, semua dekat Texas ni je ha. Takut mak tau.
 
I called his pediatrician, but oh well, it was Saturday. Telefon hospital, nurse cakap bunyi macam viral. Jadi nurse nasihatkan jangan kasi susu dulu, cuma kasi Pedialyte setiap 10 minit camtu. Kalau dah 4 jam tak muntah, baru boleh kasi susu. Lepas 8 jam tak muntah, baru boleh makan.
 
Kesian anak I. Dia macam ok je, gelak gelak semua. Tapi nampak mommy je, terus maammm maaammmm maammm... lapar sangat la tu. Memula dia cam tanak sangat Pedialyte tu, tapi agaknya dah lapar ngan haus sangat, Pedialyte tu pun dipandang dengan rakus.
 
Petang tu abam Aaron tah muntah muntah dah, tapi dia diarrhea la pulak. Habis bocor diaper, ganas sangat tekanan diarrhea nya, hahaha... Memang sepanjang hari tu I duk standby dengan kitchen towel and sanitizer je lah. Alhamdulillah malam tu abam Aaron dapat tido lena, terjaga sekali je dalam jam 4 pagi. Lepas menyusu, takde muntah, takde diarrhea.
 
Esok tu hari Ahad, abam Aaron masih ada diarrhea. Ok lah kan, dari muntah. Takde la badan penat sangat. Cuma yang penat mommy le, kena cuci sana sini. What to do, mommy's duty kan. Cik Abe time gini lah dia takde rumah pulak, hahaha... I suruh Cik Aiyu jangan rapat sangat dengan abam Aaron, takut dia berjangkit. Dalam tu kita pun berdoa lah, agar kita yang sakit, bukan anak-anak yang sakit.
 
Amik ko, doa diperkenankan tuhan. Malam tu lepas abam Aaron & Cik Aiyu tido, mommy lak muntah. Bukan sekali, bukan 5 kali, lebih 20 kali! Tidak lupa, aktiviti muntah-muntah turut disertai oleh aktiviti diarrhea juga. Amik ko, tak tau mana yang nak keluar dulu, hahaha... Gross, I know!
 
Soooo.... after 6 years being married, for the first time ever, I called Cik Abe for him to come home. Sebelum ni memang tak pernah I suruh dia balik kalau ada apa-apa, kali ni memang bebetul tak larat. Nasib baik dia boleh balik, and I guess we both made the right decision. Malam tu I sambung muntah-muntah sampai pukul 4 pagi kot. There were times I actually lay down on the bathroom floor, because it was too tiring to walk or crawl back to my bed.
 
The whole Monday, Cik Abe took over the house. Hantar abam Aaron kat mommy waktu nak menyusu je. Malam tu I makan Tylenol, Alhamdulillah, pagi tadi battery dah 70%. I still feel dizzy every now and then, but bearable lah. Dasar low blood pressure, takleh nak buat apa di situ.
 
 
 
On the brighter side.....
 
 
Hello 120 lbs! Ini berat I lepas kawen dulu, usually it will be around 123 to 125 lbs.
 
 
 
Kesimpulannya, segala yang berlaku ada hikmahnya. Sekiannnnn.....

Sunday, August 24, 2014

When allergy strikes (part II)

 First and foremost, thanks to those who shared their own allergy stories, I really appreciate it. Makes me feel not so alone :)
 
 
 
Masa I dapat tahu pasal allergy case ni, perasaan I bercampur baur.
 
Marah?
 
Mesti lahh.. rasa geram je pasal tetiba kena jaga makan kan.
 
Keliru?
 
Iye jugak. Tak pasal-pasal I kena google on gluten free diet. Sebelum ni selalu dengar, tapi tak pernah amik port.
 
 
 
Tapi bila dah jadi mak-mak ni, I masih bersyukur pasal I yang kena. Not the kids.
 
Just imagine if they are in my shoes.... sangat kesian kan. I have some online friends yang anak-anak mereka alah pada kacang tanah. Kesian sangat baca, pasal alahan pada kacang tanah ni teruk. Sampai sesak nafas, silap langkah boleh membawa maut. Compared to them, my allergy case is still light. For that, I am thankful.
 
 
 
Takpe lah, nak buat macam mana kan. Nasib baik I duduk kat US, sini produk gluten free senang nak cari. Gluten free, nut free, soy free, hape hape free.... harga je tak free, hehehe... Nanti I terpaksa tamak dengan jajan, pasal jajan yang gluten free harga 2-3 kali ganda oi!
 
Yang penting, muka I tak jadi camni lagi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Ibu-ibu mengandung jangan scroll ke bawah, takut kenan kang, hehehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
 
Scary tak? Abam Aaron pun nanges tengok :P
 

Wednesday, August 20, 2014

When allergy strikes (Part I)

You will never appreciate of what you have, til you lose them.

Especially when it comes to something you are used to for a very long time. They have always been there, you thought you never really care if they are around or not.

Until one day, they are gone. Pooofffff.... just like that. Then you realized, how much important they are. How much you need them in your life.

:(((((

No worries, no one died in this story.

It's about me and food, muahahaha....

Giler tak elok kan, nampak sangat kuat makan.



Sebenarnya I ni dari dulu dah ada kes alergi. Sejak kecil lagi. As far as I can remember, I was always allergic to seafood. Bila makan je, badan jadi bengkak bengkak. Abang I kata, macam Smurf gitu.

Ni kes masa I umur 6-7 tahun dulu la. Bila dah makin besar, efek tu kurang sikit. Takde lagi kes badan bengkak macam Smurf. Cuma kalau makan seafood, akan jadi gatal-gatal sikit. Kekadang naik bintat macam kena gigit nyamuk. Kalau tak garu, lelama dia akan surut dan jadi ok.

I ingat tu je lah kes alergi I.

Hmmmm... memang tak lah.



Selepas dapat Aaron, my allergy case strikes back. Except this time, in bigger scale. Orang kata masa mengandung dan selepas dapat anak, immune system kita akan down sikit. All this to protect the little bub. So I thought it was one of the case lah. After a while, I should get my old immune system back.

Nine months after, it is still the same.

T__T

I tried to eliminate any possible cause, still it didn't work out. For a while I opted out certain common allergy food cause from my diet; eggs, gluten, seafood, still I failed. Jadi nak tak nak, I kena pergi jumpa doctor. Buat allergy test.



Since the allergy doctor in Midland is backed out until August, I decided to take the test in Pantai Hospital. It cost me RM 450 and some blood sample, to finally find out that.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"I am a unique case, with multi food allergic condition, suggestive of pan plant allergy".

When it comes to doctor office, unique is never good.

T__T



Pendek cerita, banyak benda I tak boleh makan, daripada boleh.

No more shellfish, nuts, cereals (except rice based cereals), legume seeds and fruits.

No more fruits uolls, kecuali buah jambu batu, anggur ngan epal.

Bawang ngan bawang putih pun takleh.

*mommy cries*



Cer cerita sket, makanan Malaysia mana yang tak pakai bawang?



*bakal bersambung*

Monday, January 20, 2014

Green 2014

 Baru hari tu berazam nak rajin update blog, tapi nampaknya azam dah ke laut, hehehe...
 
Alasan ada banyak. Boleh kata pasal takde masa, tak rajin nak bawa kamera, dan lain-lain lagi. Tapi yang pelik, dalam masa takde masa tu, sempat lagi kasi Pou makan kat henpon. (Pou adalah virtual pet app di tipon)
 
Kesimpulannya, I adalah malassss... hahaha... Dah malas, rasa bersalah pulak tu. Memula akan rasa bersalah tak kemas rumah. Bila mula kemas rumah, rasa bersalah tak luangkan masa dengan anak-anak. Dah layan anak-anak, rasa bersalah tak reply e-mail Sooyaree's Closet pulak. Bila dah reply e-mail, rasa bersalah tak update blog. And the list will go on and on and on... in the end it will be a continuous loop.
 
Itu namanya, stress cari sendiri.
 
 
 
Anyhow, tahun ni I ada azam baru yang lain sikit.
 
Nak kurus?
 
Mehhh... So two thousand and eight. So two thousand and late. Baru je upgrade saiz seluar, muahaha...
 
Nak berjimat?
 
Ermmmm.......
 
Nak jaga makan?
 
Hmmm... that sounds a bit more realistic.
 
 
 
Sejak hujung 2013, I mula berjinak dengan green glowing smoothies. It's a health movement made popular by Kimberly Snyder. Lama dah famous, I je yang baru nak ikut. Late bloomer you.
 
Memula rasa macam geli je bila tengok smoothie warna hijau. Spinach and celery smoothie? Euwww... I ni dah la allergic sikit dengan benda-benda hijau ni. Kalau warna cokelat takpe. Yang tu laju je :D
 
Tah macam mana, satu hari tu tergerak hati nak cuba resipi. Surprise, surprise, it was not that bad at all! Rasa macam smoothie biasa. Minus the chocolate flavor, of course :P
 
Sejak dari hari tu, selalu juga kami buat green glowing smoothie ni. Kekadang kami ganti buah epal & pear dengan buah-buahan yang lain.
 
For example, blueberries.
 
 
Jangan tak tau, blueberries smoothie ni menjadi pojaan hati Cik Aiyu kita. 
 
Hari-hari dia mintak I buat. Masa nampak mak nya letak sayur bayam, muka dia macam pelik. Maklumlah, dia pun spesis allergic dengan sayur. Tapi bila dah rasa, terus dia keluarkan petikan dari buku The Hungry Caterpillar,
 
"Mommy, I am like the caterpillar! I eat nice green leaf, and I feel much better"
 
Lepas tu memang hari-hari tu lah alasannya,
 
"Mommy, I am sick. I need green leaf to feel much better".
 
Banyak la ko punya alasan kan, nak smoothie cakap je la!
 
:D

Tuesday, November 19, 2013

Bengkung untuk C-section

Nak ikutkan, I ni low maintenance orangnya.

Shampoo pakai shampoo $5 untuk 750ml (walaupun murah, cap Vidal Sassoon youuu), moisturizer, pakai cap Aveeno je. Semua pharmacy mari.

Dulu ade lah cuba gak, nak pakai brand mahal. Dari La Mer, SK-II sampai le ke Clinique. Entah apa pasal nak cuba yang mahal, haku pun tak paham. Kekonon time tu, barang yang ada kat pharmacy tu tak berapa elok laaa.. Tapi mahal camne pun, pakai awal-awal je rasi, pastu dah takde effect. Camne nak ada effect, kalau ko sendiri yang malas nak basuh muka sebelum tido kan :P

Nasib baik terjumpa jodoh dengan Aveeno, so far so good. Kalau rajin basuh muka di waktu malam, insya allah takde jerawat, hahahaha...

Anyway, hari ni bukan nak gebang pasal moisturizer. Takde kena mengena pun dengan inti pati entry, hihihi...



Hari ni I nak share, pasal bengkung lepas bersalin.

Waktu mengandungkan Cik Aiyu dulu, I beli set Nona Roguy. Sekali dengan bengkung la. Sekali tu hamik kooo.. kena belah perut. Sudahnya bengkung jadi tukun dalam almari. Tak sesuai dek non, nak buat pakai for post C-section. Waktu tu pun I macam tak reti sangat, maklum lah, first time. Nak check kat internet pun tak rajin. Ikut cakap mak je la. Memandangkan mak pun takde pengalaman pasal C-sect, kami pun setakat tanya orang sekeliling. Ramai cakap kalau C-section, tak boleh pakai bengkung. Jadi kami pun ikutlah.

Sudahnya, perut I jadi macam jelly. Sebelum tu pun takde la flat mana pun, tapi takde la geleber gitu. Nasib baik I redho, shopping jeans baru je la, hahaha...



Fast forward, 3 tahun berlalu. Kali ni pasal nak pantang sendiri, I rajin sket survey online. I read that it's quite important to use abdomen wrap after the surgery. Not only for size reduction and what not, most importantly, it is essential for faster recovery.

So I bought this wrap.

 
AbdoMend.
 
 
My personal review?
 
Nahhhh.......
 
Bengkung ni sesuai untuk dipakai di hospital, pasal senang nak sarung. Support wise, not really. The band is quite short, tak dapat nak menampung semua lemak di perut. Pastu bila dah lelama pakai, dia akan bergerak ke atas, jadi macam agak leceh lah.
 
So I bought another one.
 
 
Bellefit.
 
Yang ni betul betul hao liao!
 
Ok, jangan tertipu, itu bukan gambar perut tuan tanah. Kalau perut dah macam tu punya cun, apa hal nak berbengkung kan?
 
Apa-apa hal pun, I suka bengkung ni. Walau awal-awal tu waktu nak sarung adalah sedikit hazab, tapi efek nya.. I like! I mula pakai bengkung ni lepas dah cabut staples di perut. Memula tu gabra gak la kan, takut bengkung ni akan menekan bahagian jahitan tu. Alhamdulillah tidak, menekan lelemak aje, hehehe... Paling penting untuk I, lepas pakai bengkung ni, senang nak poo poo, hehehe...
 
Dari apa yang I baca, pemakaian bengkung ni digalakkan sehingga 6 bulan selepas melahirkan anak. Kita tengok la ye, berapa lama tuan tanah rajin nak sarung.
 
Sambil-sambil tu, marilah kita bersama mengambil iktibar dari mak-mak ni...
 
 
 

Thursday, November 14, 2013

After 3 weeks

 
10 lbs to pre-pregnancy weight.
 
15 lbs to pre-married life weight.
 
 
 
3 more weeks to go!

Saturday, September 21, 2013

Kelebihan ibu mengandung


Tiada meja makan?

Tiada masalah!

:D

Sedar tak sedar, tinggal lagi sebulan je lagi. Cepat kannnn?

Kesian Dia #2, kurang kasih sayang. Waktu Cik Aiyu dulu, sibuk mak nye menghitung hari. Yang ni buat tak tau aje, hehehe... Mana lah anak kedua tak timbul second child syndrome, hehehe...

Anyway, I've made up my mind.

Anak kami insya allah keluar ikut tingkap lagi.

We had a talk with the obgyn regarding VBAC. Dia cakap boleh kalau nak cuba, tapi dia tak galakkan kalau baby besar dari 8 lbs. Takut uterus pecah. Memandangkan Cik Aiyu juara tu keluar 8 lbs 15 oz dulu, Dia #2 ada kemungkinan bakal menjadi bayi 9 lbs. Dengan kadar makan tak henti mak nye, rasa-rasa mungkin le kot, hahaha.. Tak sedar diri dengan heartburn yang selalu datang, makan tetap onnnnn...

Jadi untuk mengelakkan emergency c-sect, dan komplikasi yang lain, kami berserah je lah. No doubt it does make me feel less like a mother, tapi nak buat macam mana kan. Everyone has their fair share. My pregnancy is easy, but not the delivery. 

Preparation wise, rasanya semuanya dah ok kot. Hari tu baru sedar, baju semua tak beli lagi. Nasib baik la mak nye juara online shopping, jadi dalam seminggu dua ni, memang kerap abang UPS datang bertandang. Kalau sehari dia tak datang, rasa serba tak kena pulak, hahaha...

Cuma skang yang kami masih tak settle lagi, adalah pilihan nama anak.

Ooo emm geee... susah giler k nak pilih.

Masa Aiyu dulu senang je. Cik Abe suka Aiyu, I suka Isabella. Walau lepas tu ada menyesal sikit part Isabella tu, pasal kami warga tak tengok Twilight, tak tau tu nama watak Kristen Stewart. Tak pasal-pasal nama tu jadi nama pilihan #1 tahun 2010. Nasib baik jadi middle name. Tapi ok lah, daripada kitorang namakan dia Grasshopper ke, Box ke, Under The Sea ke, macam retis Hollywood zaman skang kan. Semua nama pelik semacam.



Ada cadangan tak? :D

Wednesday, August 28, 2013

My dream pillow/mattress

Oh my, minggu depan, Cik Aiyu dah mula sekolah. Kejap aje kan.

Isnin lepas, kami ada orientasi untuk pihak ibu bapa. Anak-anak takleh ikut. Orientasi ni biasa la, berkenalan dengan cikgu, class syllabus, where to park, what to wear, snack list, dan sebagainya. Sambil-sambil tu, boleh skodeng mak bapak classmate anak, hahaha... Ada satu mak ni, I panggil Miss Burberry. Dari baju ke handbag, semua Burberry you. Seluar je I tak pasti, pasal takde corak kotak-kotak, hahaha.. Sempat lagi kan, nama pun pompuan :P

Pagi tadi pulak, giliran Cik Aiyu untuk orientasi. Takde ape pun, cuma Cik Aiyu kena datang sekolah untuk 30 minit, dengan seorang classmate lain. I guess the idea is for them not to freak out on their first day of school. Bila dah kenal cikgu, sorang classmate, takde la rasa takut sangat kan. Dalam kereta bila ditanya, Cik Aiyu kata dia buat crisscross. Menatang hape crisscross tu, I pun tak tau. Layan je la, hahaha...

Dari sekolah, Cik Abe tinggalkan I kat tempat urut. Dah jadi mak buyung ni, tak boleh sebarang urut kan. As much as I love massages, kekadang rasa takut kalau pergi massage centre. Kekadang diorang ni kata semua pun ok, tapi kalau silap urut, naya. So bila dapat tau the lady yang I selalu pergi berurut tu buat prenatal massage, I was so happy! Boleh la betulkan urat-urat ku yang dah bersimpul tahap simpulan kumpulan pengangkap ni. 

I've been to 2 different prenatal massage place before. Satu ni, diorang macam buat kawah pakai towel, suruh kita parking perut dalam tu. I was pregnant with Aiyu, around 4-5 months or so, jadi perut tak la besar mana sangat. Second time, a few months back. Yang ni diorang suruh baring on my side. Kat Malaysia pun pernah, tapi orang tu datang urut kat rumah, stail baring aje lah. So kali ni, rasa teruja jugak nak tau, stail mana yang masseur ni pakai.

Jeng jeng jenggggg.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


I didn't know such thing exist!

Rasa macam tilam, tapi ada lubang untuk perut dan bubis. Bila I baring, perghhh.... sungguh selesa! For someone who sleeps on her belly, that was pure heaven. Dah lama I tido tak nyenyak, pasal tak dapat momentum yang tepat. Jadi selama sejam tadi, I amik feel, baring atas perut balik.

I tanya tukang urut mana dia beli, dia bantai gelak. Tanya dua kali, dia gelak lagi.

Hmpphhh.. kedekut *pfftttt*.

Takpelah, sejam pun jadi lah. Life is good.

Thursday, February 14, 2013

Triple combo

Conjunctivitis.

Ear infection.

Strep throat.



Amik kooo... tiga penyakit berganda! 

Kesian cik kak kita, rupa-rupanya, dia bebetul tak sihat. She didn't really show any sign, except for her mild fever and discharged from nose and eyes. Makan lalu, main lalu.

Tapi iye lah, mak nye tak sedap hati, bawa juga anak pergi jumpa doktor. Surprise surprise, kali ni excited pulak dia.

"Let's go mommy! Go check up, bup bup, bup bup (bunyi jantung daaa)"

Mementang ada doctor set kan, terus semangat nak jumpa doktor.



Kat sini nak jumpa doktor leceh sikit. Kalau takat baru demam sehari, diorang akan nasihatkan duduk rumah je. Kalau dah 2-3 hari demam, baru diorang nak layan. Ubat pun sama. Kalau kat Malaysia, tiap kali balik jumpa doktor, ubat mesti meriah. Sini diorang akan check, if it's viral or bacterial. Kalau viral, balik rumah berehat je. Kalau bacterial, baru pergi pharmacy untuk amik ubat. Kat hospital ke klinik, memang tak simpan ubat.



Aktiviti Cik Aiyu semasa menunggu doktor. Takde rupa orang sakit kan, hehe..



When the doctor arrived, she behaved really well. Takde rasa takut masa doktor hulur stethoscope. Masa periksa telinga pun, cik kak kita pusing kiri kanan dengan rela. Tapi mata dia duk memerhati je, nak ingat step buat praktis kat rumah le tuu...

The doctor was surprised, that her fever didn't go up further than 101 degF. He said that her ear infection is quite bad, especially in her right ear. After 2-1/2 years, akhirnya cik kak kita dapat juga ear infection. Kinda funny how she has never sick in her first 2 years, lepas tu je, boooommm... macam-macam! Kuasa Allah :) Takpe lah, better now than before kan. Kalau sakit masa kecik, mesti risau tu berkali ganda, pasal susah nak faham reaksi bayi.

Walaupun Cik Aiyu dapat triple combo, she is still a happy kid. For that, I am really thankful. Cik Abe dah le memanjang takde minggu ni. Kalau tak, pening juga kan. Demam-demam pun, dia masih makan nasi, makan mac & cheese. Senang nak makan ubat. Cuma ubat mata tu la fail sikit. Kena pegang dia, hahaha... Menari dan menyanyi pun, masih on. Hari-hari kami buat konsert bersama. I am truly blessed, alhamdulillah :)

Wednesday, January 23, 2013

Jewish penicillin

Salam Maulidur Rasul buat semua warga Maikorner yang beragama Islam. Ahad ni Thaipusam, jadi warga Malaysia cuti panjang la ye? Apa plan tu? ;)

Kami kat sini, alhamdulillah... Cik Aiyu dah full battery, hehehe.. Semalam macam so so lagi, hari ni soheh! Lapang hati kami. Rasanya dia kena ala Rotavirus gitu. Nak kata Rotavirus ke tidak tak boleh, pasal kami tak pergi check. But same symptoms lah. Since the symptoms only appear after 2 days of contacting with the bug (transmitted by faecal-oral route), kami syak Cik Aiyu dapat masa kami di Children's Museum hari Selasa lepas. Masa pergi tu, I cakap la kat my MIL, yang tempat ni kira best la untuk kekanak, but they do not maintain it well. Amik kau, lepas tu, anak sendiri sakit. Lepas ni fobiaku dalam bahaya nak bawak anak gi tempat gitu, hehehe..

My advice is, to monitor the little one's temperature, and to keep them hydrated. Since Cik Aiyu asyik muntah, I was a bit cautious about her water intake. Too much will make her puke, too little will make her dehydrated. So I kasi dalam 1/4 cawan kecil macam tu, tapi kerap lah. Ubat demam pun kitorang reduce, dari 5 ml to 2.5 ml. Kalau kasi 5 ml, confirm dia muntah balik. Untuk makan pulak, chicken soup is the way to go, hahaha... Nothing fancy, just chicken + water (or home made broth) + carrots + celery + pasta. There has been some studies made, and it is proven to be beneficial. Bila I google, jumpa artikel yang panggil chicken soup ni “Jewish penicillin”. I do believe Jewish has the best diet among us all, sebab tu ramai orang Yahudi pandai kot, hehehe.. Macam makan cisburger. It's not a good practice because dairy will make the iron absorption less effective.


The better version of her. 

Hari ni dah mula gigih naik basikal keliling padang. Alhamdulillah :)



Orang kata, budak kalau demam, nak belajar benda baru kan? Cik Aiyu kita pun tak ketinggalan. Sekarang ni tengah syok praktis nombor pakai jari. Kalau "one" ke "five", laju ade dia tunjuk. Kalau "three", punyalah terkial cik kak kita nak kontrol jari jemari karipap nye itu, hehehe..


"Mommy, two!"

Saturday, December 29, 2012

The green coffee bean project

*edited

Menyampah betul lah bila tengok tv ni.

Bukan apa, senang betul I ni nak terpengaruh tauuuuu...

Padan muka, siapa suruh tengok tv di waktu siang. Bawak berus jamban masa tu lagi afdal kan.

Anywayy.....

What happened was, kelmarin I tengok Dr. Oz show kat tv. That's pretty much the only day time show that I watch. Sebelum tu ada The Chew, dan selepas tu ada The Doctors. Tapi dua dua aku menyampah. Cerita kalau ada lebih dah satu host ni memang tau, semua host kalau boleh nak cakap serentak. Kalau dah masuk 4 orang host?

T__T

Mungkin niat diorang nak kasi rancangan tu happening. Tapi buang "hap" tu, I jadi pening.

Berbalik pada rancangan Dr. Oz Show tu, dia ada buat ujian klinikal untuk a new diet method, called The Green Coffee Bean Project. 


The project was about taking 2 pills that contained 200 mg of coffee bean extract each, for 3 times a day, in 2 weeks time. There were 2 groups involved; 1 that did take the mentioned pills, and the other one took placebo pills. Both groups have to write their daily food journal, to record what they eat for the 2 weeks period. They didn't know if they get the real or fake pills, so it was a challenge to see if you can actually lose weight with the power of mind.

After 2 weeks period, those who took the pills lost on average 2 lbs each, and those who didn't actually lost a lb each on average. Not bad eh? I guess writing a food journal helps you in a way to see "Banyaknya saya makannnnn!". Or perhaps when you believe something will work, it will. Ohhh.. so The Secret kann..

I never consume any diet pills before, or wish to begin to do so, tapi kali ni macam memanggil manggil aje tau. Maybe because the ingredients sound so natural to me, atau pun pasal you still can lose some weight without changing your lifestyle, hahaha... Menyampah giler kan, bila semua product, or exercise gizmo, will eventually tell you that you can lose your weight with proper nourishment and balanced lifestyle. Duhhh... like we don't know thattt....

Speaking of exercise, tu azam tahun baru saya.

Nak pergi ke gym lepas hantar Cik Aiyu ke sekolah, ha ha ha... Bila kasitau Cik Abe pasal plan ni, dia cam pandang I atas bawah, pastu cakap "That's a very noble plan of yours". Oh well, we'll seeee... Maybe finally I can make full (or partial) use of my gym membership, hehehe... Lagipun Cik Aiyu kelas 2 kali seminggu je kot. Macam masih boleh dicapai la.

Azam satu lagi, nak potty train cik kak kita bebetul. Hopefully she can overcome her denial in poo poo. Setiap kali dia poo poo, bila kita tanya, dia suruh kita senyap, "ssshhhh" sambil letak jari kat mulut. Ewahhh... nak concentrate ke kak?

I can foresee accidents to happen, but oh well, that's part of growing up!

Friday, May 18, 2012

Pulmonary hypertension & bad mother

Lama sungguh blog tidah ber hapdet. Nak kata busy sangat pun tidak, cuma biasa la, dah balik Malaysia ni rasa malas aje nak buat semua benda. Adakah kerana tuan tanah brekpes nasi lemak sebungkus, lauk ayam merah setiap pagi? Entah… yang pasti tuan tanah takut nak naik weighing scale. Alasan biasa, balik US nanti gua settle isu lelemak berlebihan. Jadi tak jadi, belakang cerita ok.

Ada yang bertanya hari tu, Helen sakit apa. Helen sakit pulmonary hypertension. Dah lama dah, cuma sebelum ni makan ubat aje. Tak pernah masuk hospital. Tetiba je hari tu, her system pretty much collapsed. Besides shortage of breath, she is suffering from really bad water retention. Sesiapa yang pernah dapat water retention issue masa pregnant mesti tau betapa annoying nye perasaan itu kan. This one double, or perhaps triple. Bengkak tu bukan kat kaki aje, naik sampai ke perut. Kesian Helen, nak jalan pun susah. Belum lagi datang semput dan batuk.

The worse part is, there’s nothing much the doctor can do, except increase her drug dosage, and for her to reduce her water intake. Kalau lah ada pin yang boleh cucuk kulit, pastu keluar semua air tu kan best. Kalau tanya Fizz Fairuz, mesti dia suruh haku mintak pin tu kat Doraemon kan, hihihi…

As for Cik Aiyu, cik kak kita makin banyaaakkkkkk berkata kata. Skang ni sebelum tido dia akan cakap ‘see you clock, see you eggs, see you juice, see you car, see you Along, see you Nenek’ and so on and so on. Belum lagi kalau dia excited, dia akan ulang ‘it’s a xxx, it’s a xxx, it’s a xxx’ sampai seploh kali. Balik US nanti mesti pak dia terkejut, homaigod… anak aku! Dah la kitorang jenis tak banyak cakap sangat kat rumah, nampak sangat siapa yang akan conquer perbualan kannn…

Harap-harap kami dapat melayan segala kerenah Cik Aiyu nanti dengan perasaan sabar. Bukan jadi macam mak ni, very bad mother I tell you.

541149_424828150874660_100000424373268_1417400_1765002872_n

Dah la anak dia letak atas lantai, susu anak dia gi minum. Siap main daun terup lagi! Iskh iskh iskh.. apa la nak jadi dengan ibu muda zaman sekarang….

Monday, April 30, 2012

Benefit Brow Bar

Kepada geng cabut bulu kening, pernah tak ada masa, korang rasa tak puas hati dengan bentuk bulu kening memasing? Kes ni terjadi bila awek yang threading bulu kening korang, sudah bikin onar. Kekadang senget, dan yang paling selalu, ternipis. Walaupun sudah ku bilang, “kasi bersih saja, ok?”

Kat sini threading kureng sket, orang selalu gi waxing. Tempat waxing lak ada 2 jenis, satu Asian operated, satu lagi, non Asian. Seriously, banyak tempat waxing, manicure/pedicure, memang orang Asia yang jaga. Especially from Vietnam. Kalau ko masuk kedai tu, diorang memang speaking Vietnam aje. Rasa macam kat Ho Chi Minh, padahal tak pernah sampai pun, hahaha..

Tapi apa apa hal, tempat ni selalu sempoi ah. Banyak pekerja, selalu tak tunggu lama. Jangan macam local operated, kena buat appointment la apa la, leceh sket. Nak nak kat Midland ni, service line memang kureng sket. Dari pejabat pos sampai la ke restoran, service memang so so. Takde orang sangat nak kerja kot, semua lari keje minyak.

Anyway, berbalik pasal kening. Tadi mak nye menyerah diri ke Benefit Brow Bar di ULTA. Kat sini mahal sket kalau nak buat eyebrow waxing, $20 you. Kalau kat kedai Asian, $10. Tapi tu la, last time pergi diorang buat kening aku jadi kening opera Cina, tak dapek den nak nolong. Lagipun sesekali nak menggeletis buat kat Benefit kan, apa salahnya Smile with tongue out

DSC05511

Time kat sana, baru aku tau, kenapa diorang caj $20. Besides using special kind of wax, they actually measured my brow length! Siap pakai kayu, ukur dari mulut aku. Tengok simetri ke tak. Rasa macam buat facial untuk kening pulak, hehehe…

Plus point, dapat free sample Open-mouthed smile

DSC05510-e

I am not into make up, but I love free goodies, hahaha… Selalu yang sample ni la aku pakai, nak beli yang besar memang takkan terguna.

Balik dari ULTA, kami ke Red Lobster. Cik Abe gatal gi sebut lobster, dah bini demand nak makan kat luar.

DSC05504-e
My ultimate feast.

DSC05505-e
His king crab.

DSC05508-e
Cik Aiyu?

Orang order broiled fish, dia tanak makan. Sibuk mengendap budak meja belakang main game. Sudahnya on the way balik makan kismis. Belasah.

Wednesday, April 18, 2012

May day may day may day...

Iye, sekarang baru bulan April. Apa ke hal nye dah sibuk ke bulan May nye?

Tuan tanah tengah tertekan ni.

Bukan tekanan perasaan, tekanan kepala.

:(

Sejak Jumaat lepas, tuan tanah diserang selsema dan batuk. Mind you, aku bukan la senang nak dapat batuk. Selsema tu selalu gak le.

Memula ingatkan pasal perubahan cuaca. Iye le, Texas tengah panas baekk punya, datang Minnesota siap snow kejap you. Mungkin la badan ini jakun dengan perubahan cuaca.

Tapi setelah 5 hari berlalu, takde perubahan le pulak. Rasa macam ada pressure dengan tulang kening tu, bawak ke satu kepala. Cik Aiyu pun kebelakangan ni serba tak kena aje, pasal dia pun mula selsema dah. Lelagi sejak belajar perkataan NO ni kan, semua benda dia NO kan. Bangun pagi kekadang terus NO NO NO NO.. Apa yang NO, aku pun tak paham. Dia teringat kat Hajjah Helen kot, Hajjah Helen kat rumah mak ayah panggil Nor :D



Anyway, kalau esok lusa tak elok gak, iolls serah diri le kat klinik. So far tak pernah jumpa doktor lagi kat sini, harap-harap semua nya ok le. Klinik ngan spital sini kerek sket, susah nak terima orang walk in. Cik Aiyu dulu 10 orang doktor kot kitorang call, baru dapat tempat. Jadi kepada sesiapa yang ingat Amerika ini indah belaka, tidak... Cintailah Malaysia!


P/S:

Tadi first time Cik Aiyu ada 3 way communication. Selama ni aku cakap, tak tau dia paham ke tidak. Ke aku yang tak paham dia cakap ape, hehehe... Masa tu dia nak tido dah. Aku tengok crib dia buku takde, so aku pergi amik buku, letak kat hujung katil.

Cik Aiyu: Mommy, pa pa pa pa pa pa book?

Tuan tanah: Your books are over there (sambil tunjuk hujung katil).

Cik Aiyu: Thank you (sambil tersengih).



Haaaa... jakun jap aku dengan Cik Abe! Anak kami dah besar!

Monday, October 17, 2011

Why new gadget is annoying…

Is because you need to wait 24 hours for them to charge for the first time!!!

Betul tak???

Selalu kalau beli gajet baru, mestilah kita rasa jakun yang kalau boleh nak try lepas bayar tu jugak kan? Tapi yang haku menyampah, mesti kat dalam manual tu nanti diorang tulis “please charge item so-and-so for 8 hours prior first usage”

Hoih, orang tak sabar ni, lagi pulak kau suruh tunggu 8 jam. Kalau dulu beli henpon baru, jangan harap laaa aku tunggu 8 jam. Caj ala kadar, terus bawak bergaya. Pastu tak sampai setahun bateri buat gila, salahkan diri sendiri pasal tak caj 8 jam dulu tu. Tak sedar diri, beli tipon under the water, op kos lah kan cepat rosak, hahahaha…

Penantian itu memang satu penyiksaan. Semalam, aku terkena lagi. Tapi kali ni bukan 8 jam, 24 jam I tell you! Oh, sungguh la gatal tangan ini untuk menggunakan gajet baru ini. Tapi kali ni akal dapat mengawal nafsu, 24 jam jugak aku tunggu. Sungguh lah tersiksa.

Apakah gajet itu?

Jeng jeng jengggg…..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DSC02752

My very first Clarisonic Mia, woot woot!

Ini adalah mesin pencuci muka untuk orang pemalas. Ok, sebenarnya aku cam dah tak tau nak tepek ape lagi kat muka ni. Skang ni jerawat suka nau tumbuh, especially kat bahagian bawah mulut. Orang kata pasal sistem pencernaan, tapi aku elok je hari-hari gi toilet. Cuci muka 2 kali sehari, masih tidak mendatangkan hasil. Dah banyak skincare aku cuba, lebih kurang sama aje. Some is worse than the other. Skang ni tengah pakai Clinique, alhamdulillah ok sket la. But still jerawat itu masih ada. Geram!

So one of my customer did enquire about this product. Aku biasa le, bila ada orang tanya pasal benda baru, mula la gatal gi baca review la ape la. Saje je kan, dasar suka mengabiskan duit. Makin lama makin syiok pulak kat menatang ni. Pucuk dicita ulam mendatang, baru-baru ni diorang turun rege. Eh, adakah ini petanda?

Maka, lepas ini, doakan lah gajet ini berkesan. Kalau tak berkesan, memang gua mintak duit balik, muahaha…

Dan, kalau muka masih dipenuhi jerawat, terpaksa la aku fefeeling jadi retis pakai spek mata cover muka.

IMG-20111007-00160-e

Macam retis ni.

Apakah???

Tuesday, March 22, 2011

Tip to reduce weight

Risau tentang berat badan yang makin naik?

Seluar anda sudah tidak muat untuk dibutang??

Apabila melakukan senam lompat, perut anda masih bergegar walau anda sudah berhenti melompat???

?

?

?

?

?

?

Tip untuk kurus ni aku dapat dari Sally. Cubalah, senang aje. Kompem akan kurus punya.

Mau cuba tak???



First turn your head to the left and then turn it to the right.

Repeat this exercise every time you are offered something to eat.



Kalau tak kurus gak, aku tak tau lah!

Wednesday, January 26, 2011

Read at your own risk

Akhirnya, penantian ku sudah berakhir.

Abang USPS telah memberi sinar baru dalam hidupku.


Yeah baby, my own Brazilian waxing kit! Ok, kalau ada warga lelaki yang sedang membaca sekarang, kita nak warning awal-awal. Entry ini adalah khas untuk orang pompuan. Kalau orang lelaki nak baca jugak, read at your own risk ok. Tapi elok jugak korang baca, belajar sikit betapa susahnya nak jadi orang pompuan. Asyik nak kena maintain aje. Lepas ni kalau bini-bini korang mintak duit lebih nak pergi salon, redha kan tau. Bukan untuk orang lain, untuk korang jugak kan.

Anyway, walau di US ni membeli-belah adalah world sekali, tapi tidak kepada kegiatan yang melibatkan servis. Sebagai contoh, servis potong rambut dan urut-mengurut. Mahal gilos! Hmm.. harga adalah lebih kurang kat Malaysia, tapi dalam USD. Mak yang pahit, kepala tak berhenti meng convert. Tapi bila nafsu menguasai diri, haruslah pergi jugak kan.

Kit ni ku beli di Amazon. Setelah penat baca review sana-sini, ku pilih cap GiGi. Cara sebutnya bukan macam gigi kuning, tapi "ji-ji". Macam nama manja abang Watai, hehehe...

Kit ni datang dengan warmer, hard wax, spatula dalam 3 saiz berlainan, pre epilation oil, post wax cooling gel, manual & instruction CD. Hard wax ni best pasal tak yah pakai wax strips tu. Ni macam ala-ala plaster, tampal & koyak.


Instruction CD dia agak keji ye puan-puan. Memang bukan untuk budak-budak. Untuk bawah 18 tahun pun agak kureng sesuai, CD ni tunjuk toooootttt (sila guna imaginasi masing-masing ok)


Wax sebelum:-


Mula-mula, kena panaskan wax dulu. Pusing knob ke "H". Lepas 20 minit gitu, pusing ke "L". Biarkan sebentar dalam 10 minit, lepas tu boleh cuba di tangan. Nak tengok panas sangat ke tak. Teksturnya agak pekat sikit dari normal wax, ala-ala honey gitu.


Pertama sekali, sapukan pre epilation oil pada bahagian yang bakal di wax. Jangan sapu banyak sangat, nanti berminyak pulak. Kemudian, lumur wax pada kulit ikut arah tumbuh rambut (mahal ni, mak nye tunjuk kaki sendiri :P).


Tunggu dalam 30 saat gitu. Tekan-tekan sikit wax tu, lepas tu kopek. Kalau agak-agak cair lagi, biarkan dulu. Cuba lagi. Tapi jangan biarkan lama sangat, nanti wax jadi pecah-pecah. Jangan jerit kuat sangat ok, terkejut pulak kang anak yang sedang tido.


Lumur lagi wax pada bahagian berlainan. Senang cerita, repeat paper. Boleh sapu 2-3 bahagian sekali, supaya tidak perlu menunggu lama.

Selepas semuanya selesai, sapukan post wax cooling gel. Memang sojuk! Bintat-bintat merah pun kurang bila pakai gel ni.

Memang puas hati weh, tak rugi beli wax kit ni. Rasanya hard wax yang dia kasi tu memang boleh tahan untuk 6 bulan. Sakit pun kurang, tak macam wax biasa tu. Bila kira-kira balik wang yang dapat dijimatkan, memang makcik kayo! Boleh la mula menyimpan untuk tabung Birkin, muahahaha (harapan la kan :P)

Sekian laporan untuk hari ini.

Monday, July 19, 2010

I Don't Think You're Ready For This Jelly


Bootylicious?

Nehi... Tidak sama sekali. Jauh panggang dari api.

Nak kata flat sangat pun tidak la, orang kata sesedap rasa cukup2 makan :D

Jelly yang dimaksudkan adalah perutku kini. Bak kata Afdlin dalam stand up comedy dia zaman tok kadok lampau dulu, 'Jump and stop suddenly. If something else still jumping around after you stop, that's fat'. Tak ingat exact ayat dia, tapi camtu la maksud dia. Best lah stand up comedy dia, siap dia pakai tutu lagi. Pas tu nyanyi lagu Siti Nurhaliza, "Percayalah". Those were the days, bila Bangsar Shopping Center selalu ada stand up comedy yang lawak tahap dewa.

Anyway, since ku tak pakai barut hari2 (rasa seram pulak, especially bila duduk, rasa macam dia kasi pressure kat c-sect stitch tu), I was browsing through internet tentang exercises yang boleh dibuat oleh orang2 yang senasib.

This is what I found on


After a caesarean you should allow a minimum of six weeks for your incision to heal before you begin a strenuous exercise programme. However, gentle exercise such as walking, pelvic floor or abdominal exercises is actually beneficial and will help your recovery. If you go to a class, remember to tell the instructor that you had a caesarean section.

You can therefore begin to gently exercise your lower tummy muscles as soon as you feel ready. Begin with pelvic floor exercises -- performed as you breathe out rather than as you breathe in -- and then move on to pulling your belly button in and up at the same time (the lower tummy muscle exercise). When you can perform this easily and can hold the contraction for 10 seconds (without holding your breath), you can then begin gentle sit-ups. Always bend your knees and tighten your pelvic floor and tummy as you gently lift your head and shoulders slightly off the floor. If your stomach muscles "dome" as you sit up, or if you find this difficult or painful, it is too early for you to start doing sit-ups.

As you set out to flatten your tummy, keep in mind that there is no such thing as "spot reduction." Although your abdomen may be the area you're trying to tone, the only way to help shed your remaining pregnancy pounds is through aerobic exercise such as walking, jogging, swimming, or cycling. Start slowly and build up gradually; you may only be able to do 10 to 15 minutes to begin with, but you will gradually get stronger.

Sit-ups are best done in conjunction with aerobic exercise -- if you perform them alone you will only strengthen the muscles below the extra fat, and you probably won't see much outward improvement.

Ok lah gitu, ada 4 minggu lagi untuk ku membelai bermain2 dengan jelly ku ini (sambil berangan menyanyi lagu Bootylicious)...

Tuesday, June 15, 2010

Hollywood Waxing

Hari ni hari yang agak penat, pasal kena jalan2. Honestly, skang ni rasa macam malas sungguh nak berjalan, especially bila obgyn cakap, one of the thing that I can do to delay the baby is to do less walking. Memandangkan ada 3 hari lagi (yeay!) untuk Cik Abe datang, so I'm trying my best not to induce the baby. HOLD ON BABY!!!

Tadi pergi One Utama, untuk buat waxing. Yes, walau ramai yang gerun mendengar, I have to admit that I do like Brazilian Hollywood waxing. Well, definitely not the process, but the outcome! Now that I have no clue what's going on down there, lagi lah memerlukan khidmat waxing nih.

I strongly suggest for those yang nak mencuba, cubalah di Glitters One Utama. Kedai dia kecik aje, tingkat 2, dekat2 TGV (Old Wing ye kekawan). Kat Bangsar Shopping Village 2 pun ade jugak, but i prefer the one in OU lah. Kalau takut, boleh opt for full hard wax. Wax ni tak pakai kain, wax tu sendiri akan keras, dan diorang akan tarik macam plaster. More friendly on your skin lah gitu. As for the price, it's RM 90 for normal one, additional 30% for full hard wax.

Pergilah, kau tak akan menyesal :)

Thursday, May 27, 2010

TttttiiiiiiiiDdddddddAAaaaaaaakKKKKKKK!!!!

OH NO!!!

Setelah 8 bulan berhempas pulas, berpeluh ketiak (kadang2 sampai berpeluh ok, memang tak tipu), bekerja keras.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU GAGAL JUA :(
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Walau bekerja siang malam, dengan tekun tanpa gagal....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKU GAGAL JUA :(
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hhhuuuuwwwwwaaaaaaa!!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya, stretch mark datang jua! Perut ku dah jadi cakar harimau uolls! (ok, itu exaggerate la kan) Tapi memang dah ada 2-3 line terkeluar, lepas deliver nanti camno pulak rupanye...

Memang dari awal dulu Uni dah kasitau, regardless what you do, how religiously you apply the cream and/or oil, kalau nak keluar gak stretch mark itu, ia akan keluar.

Oh well, at least I've tried (ayat sedapkan hati)... siang malam ber Bio Oil dan Palmer's lotion pun tiada guna..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...