Tuesday, October 21, 2014

That violent 24 hour

 Happy Deepavali!
 
Sooo.. how's everyone? Kitorang ni baru nak dapat nyawa balik.
 
Al kisah nya, abam Aaron kita tak sihat sejak Sabtu lepas. Masa bangun tu ok je, tapi lepas main main dalam pukul 10 pagi tu, dia muntah. Banyak gak aaa, macam terkeluar seluruh isi perut dia. Ingatkan pasal gelak terlebih la kan.
 
Tak lama lepas tu, lepas susu, dia muntah lagi. Aikkk... ni sudah lain macam je. Check temperature, ok. Alhamdulillah, tak demam. Risau gak kan, skang ni memacam penyakit ada. Entrovirus la, Ebola la, semua dekat Texas ni je ha. Takut mak tau.
 
I called his pediatrician, but oh well, it was Saturday. Telefon hospital, nurse cakap bunyi macam viral. Jadi nurse nasihatkan jangan kasi susu dulu, cuma kasi Pedialyte setiap 10 minit camtu. Kalau dah 4 jam tak muntah, baru boleh kasi susu. Lepas 8 jam tak muntah, baru boleh makan.
 
Kesian anak I. Dia macam ok je, gelak gelak semua. Tapi nampak mommy je, terus maammm maaammmm maammm... lapar sangat la tu. Memula dia cam tanak sangat Pedialyte tu, tapi agaknya dah lapar ngan haus sangat, Pedialyte tu pun dipandang dengan rakus.
 
Petang tu abam Aaron tah muntah muntah dah, tapi dia diarrhea la pulak. Habis bocor diaper, ganas sangat tekanan diarrhea nya, hahaha... Memang sepanjang hari tu I duk standby dengan kitchen towel and sanitizer je lah. Alhamdulillah malam tu abam Aaron dapat tido lena, terjaga sekali je dalam jam 4 pagi. Lepas menyusu, takde muntah, takde diarrhea.
 
Esok tu hari Ahad, abam Aaron masih ada diarrhea. Ok lah kan, dari muntah. Takde la badan penat sangat. Cuma yang penat mommy le, kena cuci sana sini. What to do, mommy's duty kan. Cik Abe time gini lah dia takde rumah pulak, hahaha... I suruh Cik Aiyu jangan rapat sangat dengan abam Aaron, takut dia berjangkit. Dalam tu kita pun berdoa lah, agar kita yang sakit, bukan anak-anak yang sakit.
 
Amik ko, doa diperkenankan tuhan. Malam tu lepas abam Aaron & Cik Aiyu tido, mommy lak muntah. Bukan sekali, bukan 5 kali, lebih 20 kali! Tidak lupa, aktiviti muntah-muntah turut disertai oleh aktiviti diarrhea juga. Amik ko, tak tau mana yang nak keluar dulu, hahaha... Gross, I know!
 
Soooo.... after 6 years being married, for the first time ever, I called Cik Abe for him to come home. Sebelum ni memang tak pernah I suruh dia balik kalau ada apa-apa, kali ni memang bebetul tak larat. Nasib baik dia boleh balik, and I guess we both made the right decision. Malam tu I sambung muntah-muntah sampai pukul 4 pagi kot. There were times I actually lay down on the bathroom floor, because it was too tiring to walk or crawl back to my bed.
 
The whole Monday, Cik Abe took over the house. Hantar abam Aaron kat mommy waktu nak menyusu je. Malam tu I makan Tylenol, Alhamdulillah, pagi tadi battery dah 70%. I still feel dizzy every now and then, but bearable lah. Dasar low blood pressure, takleh nak buat apa di situ.
 
 
 
On the brighter side.....
 
 
Hello 120 lbs! Ini berat I lepas kawen dulu, usually it will be around 123 to 125 lbs.
 
 
 
Kesimpulannya, segala yang berlaku ada hikmahnya. Sekiannnnn.....

6 comments:

sHieRa cAkAp said... BALAS

Kalau muntah and dpt diarrhea ni mmg confirm berat badan turun. Mmg hikmah cuma badan penat melayan muntah2 and cirit-birit tu. Sabar la ye aaron and mummy aaron

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

kesiannn... and tahniah ye.. hahhaha

gerbera said... BALAS

Syukur dah sihat. Yes look at the bright side. And metric please. tak paham lbs ni. :P

FadlinaMokhtar said... BALAS

Ok.jeles kurus bye.

Amyz Azlie said... BALAS

Hoho. Terus dapat berat sama dengan kita. Wuhuuuu! Ini lah hikmahnya. Walaupun nangeh2 kat toilet.. T___T

Kesian Aaron kena diarrhea. Nasib baik tak demam. Kalau demam tu lagi takut kot-kot sakit lain. Tsk.

Utk prevent atau rawatan kecemasan awal diarrhea, pasni awk standby satu probiotik - bukan vitagen (vitagen ni prebiotik lain sikit la..) tapi live strain bacteria - any brand tak de masalah, tapi make sure lebih dari 5mil live strain contain this bacteria :
Lactobacillus acidophilus
Bacillus subtillis
Lactobacillus rhamnosus
Bifidobacterium longum
Streptococcus thermophilus

ni copy dari lacto5 website which is probiotic kita beli.

Bukan blh rawat penyakit dlm perut je (tapi kita tau kan semua penyakit datang dari perut. T__T ) blh up immune system, hapuskan bakteria jahat dlm badan. kalau ada tanda2 nak selsema, batuk cepat-cepat ambil probiotic ni utk rawatan awal. Insya Allah tak melarat sampai demam.

Macam Amelyz at 9m awal thn hari tu kena la diarrhea, sikit2 pun nangis gak nak tukar diapers dgn membasuh lagi kan. Did some googling and masuk group fb natural remedies, diorg suggest ambil probiotic. Tak ada lacto5 masa tu, tapi jumpa probiotic yg ada 5mil live strain, lepas 3x ambil, dia dah tak berak2 lagi and poo pun normal tak de cair je.

Lepas tu kita standby je satu botol lacto5 kat rumah. Kalau anak-anak ada tanda nak selsema je, kita terus kasi (campur dalam susu sebab probiotic ni bentuk capsule, bukak pehtu masuk dlm susu. kalau for adult, telan je. )

Eh, ter cerita panjang pulak kat sini. Tapi takpe. sharing is caring.

Semoga dapat membantu. Mwah!!

Madam Sooyaree said... BALAS

Shiera,
Hahahah.. tu lah kan, kurus sehari namanya. Takpe lah, elok kita yang sakit dari tengok anak sakit :(

Liana,
Hahahaha... tahniah tu tak menahan!

Gerbera,
Hihihihih... metric 120 lbs = 55kg. Nak rendah dari 55kg tu susah kot, pasal tu memang berat kita dari awal 20 an

Fad,
Sehari je babe, jadi toksah le nak jeles, hihihihi

Amyz,
Hihihih... awak memang tau, maintainnnnn! Oooo... thanks dear! Terima kasih banyak bantak sudi share tips. Kita memang ada probiotic, doctor sarankan untuk amik sejak allergy case hari tu kan. Tapi biasa la, makan bila teringat je, hehehe... Nanti next time insya allah, kita buat kat bebudak ni. Dia rasa camne eh? Kita pakat telan je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...