Showing posts with label Daily Stories. Show all posts
Showing posts with label Daily Stories. Show all posts

Wednesday, November 11, 2015

Wednesday with Mai Korner

 
Lama dah tak update kan.
 
Lama sangat, tak tau mana nak mula.
 
Maybe we can start with the fact that Aiyu is in school now. Sini sekolah mula dari tadika. Kiranya tadika diorang bukan asing macam di Malaysia, tapi di sekolah rendah. Tempoh masa pun sama, dari jam 8:15 pagi ke 2:45 petang. Plus minus, because it depends on the school, hahaha. Pening kan. Cuti pun gitu jugak. Contohnya ada sekolah cuti untuk Columbus Day, ada sekolah tidak. Jadi jangan lah tipah tertipu bila tengok anak orang cuti. Tak semestinya anak mu cuti sama.
 
So far so good, she enjoys her class. This year there are 25 of them in the class, as opposed to 10 kids for her pre-k. We keep her in the Montessori school, since we like the material and concept. The school is quite small compared to others, but I think this works best for now. Nanti dah besar sikit, barulah belajar bersosial, hehe.
 
As for Aaron, he is 2 now. Sekejap je kan. Nasib anak kedua, mak bapak tak sedar anak membesar. Nak pulak mak busy membakor. Alhamdulillah, business been good for me. Banyak mat saleh nak ternak lemak, hehehe. Tapi bila kita dah busy, kekadang rasa kesian kat anak-anak. More time in the kitchen means less time with them. I tend to have the guilt every now and then, but then again, my mom never really sat and played with me. Mak dulu pun busy buat kuih. Ok je semorang, hehehe.. oh well, I might not be the cool and attentive mom, but I don't feed them soda and mac and cheese every night. So I guess I am doing ok, kan? #ayatsedaphati
 
Anyhow, I ni sebenarnya ada azam. 
 
Nak update blog balik, haha.
 
Tah berapa kali punya azam kan.
 
Tapi kali ni betul betul, bukan cobaannnn....
 
I have been through a lot lately, and at times I think that they can be too much. Physically and emotionally. So having something familiar makes me feel a bit more comfortable, and at peace.
 
Things you have to endure when you are an adult, huh?
 
 
 
 

Saturday, February 7, 2015

Sorry blog

 Lama sudah tidak ber update, hehe...
 
 So many things to tell, but so little time to do so. Baru je nak duduk ngadap laptop, ada tangan kecil tarik seluar.
 
"Mammm?"
 
Entah la, tak tau la abam Aaron dah panggil I "mam" ke, atau pasal dia memang suka sebut "mam".
 
Nak makan pun, dia sebut "mam". Agaknya spesis spesis mak yang tak keje ni, memang kat dahi ada cap mohor makanan kan. Anak kalau lapar, confirm cari kita. Waima bapak kat depan mata. Tu yang I tak pasti, "mam" tu untuk mom ke, mamam ke...
 
Belasah la labu.
 
Selain daripada "mam", abam Aaron suka sebut "vroom vroom" gak. Itu namanya, kalau dia nak ajak berjalan, hehehe... Sejak carseat boleh pandang depan ni kan, suka dia naik kereta. Lelagi kalau bukak tingkap. Riuh mulut dia nak tunjuk itu ini. Tapi biasa la, bahasa budak 15 bulan. Mommy tak paham, ampun nak. Mommy pura pura je la buat paham ye, hihihih...
 
 
 
Yang kakak pulak, baru melabur saham di dentist.
 
*cry*
 
Nak ikutkan, Cik Aiyu gosok gigi hari-hari. Dua kali sehari, macam I jugak lah. Tapi, entah la, agaknya pasal gigi dia jenis yang cepat rosak, maka dia ada kaviti di gigi. Bukan sikit weh, 6 batang gigi! Tahun lepas sepupu dia kena kes begini, tahun ni, giliran Cik Aiyu pula. Kesian dia, duk repeat cakap "I have cavities because I like to eat candy".
 
Yes she does, but who doesn't? Mula mula I rasa bersalah jugak la, macam tak jaga kebersihan gigi anak. Tapi bila fikir fikir, banyak lagi budak lain yang I tau, jarang gosok gigi, tapi gigi maintain je. So instead of blaming myself, I blamed Cik Abe, hahaha... Kotor betul taktik, tapi takpe lah.
 
Jadinya, sekarang gigi Cik Aiyu banyak yang bertampal. Kitorang cakap kat dia, skang ni nak kunyah dawai pun takpe, gigi silver you. Memandangkan bil nya yang mahal nak mam, kemungkinan silver yang dipakai adalah silver 925 dari Tiffany & Co.
 
 
So far she is doing ok with her new appearance. She said it felt weird at first, but now since she is no longer complaining, dah ok la tu kot. Her confidence level masih tinggi menggunung, masih perasan cun. Like when we told her that she's pretty awesome, she said "Yeah I am, and I am pretty too".
 
Oh my daughter!

Saturday, January 3, 2015

A bit of here and there

Hello 2015.
 
Apakah azam anda anda semua?
 
Mesti nak kuruskan badan, dan gemokkan poket kan? Kann?? Kannn???

Tapi seperti biasa, nanti mesti jadi terbalik menjelang bulan Disember, hehehe... Badan makin bam bam, poket makin kurus. What to do, lumrah dunia, hehehe...
 
Maka sebab itu, iolls jarang nak buat azam. Pasal confirm tak ikut punya. Tak yah sampai tengah tahun, hujung bulan Januari ni pun tak tentu sampai, kalau I berazam.
 
Anyway, I pun tak tau mana nak mula dengan blog ni. Kekadang rasa macam nak katup, tapi bila fikir fikir, rasa sayang pulak. Kekadang rasa macam nak update hari-hari, tapi bila anak-anak dah tido, iolls layan Instagram. Camno tu? Pastu bila ada waktu untuk update, I tak tau nak cerita pasal kisah terkini, atau nak flashback pasal Euro trip. Sudahnya, iolls stress sesorang, pastu tak update langsung, hahaha...
 
Hari ni, kita cerita pasal hari ni lah k.
 
Sejak Selasa lepas, cuaca di Midland ni kacau bilau sikit. Orang sini kata, the blast of artic storm. Selalunya bila camni, cuaca sejuk tu datang tiba-tiba, untuk tempoh beberapa hari. Macam contoh hari ni suhu 20 degC, tetiba esok jadi 5degC. Kali ni, suhu turun sampai tahap beku.
 
Selalu kita ingat, kalau suhu tu 0 degC, bila hujan, mesti jadi snow kan?
 
Ye, memang ada. Tapi snow yang turun tu takkan kekal jadi snow, pasal bila sampai ke tanah, ia akan cair. The only way for the snow to remain fluffy is if the ground is at 0 degC too. Since the ground is always warmer, the fluffy snow will unfortunately, turn into ice.
 
Ice on the road = not good.
 
Bayangkan, dalam masa 24 jam, bandar Midland yang ada 100 ribu orang ni, ada 120 eksiden.
 
Bak kata Cik Abe, orang sini tak reti nak drive bila jalan licin gini. Tu nak kata, yang dia terror driving le tu. Hehehe, Cik Abe kan dari Minnesota, kat sana, snow and ice ni kawan diorang. Macam Elsa dan Anna, hahahah... I nak pergi mall pun dia tak kasi. He doesn't trust the Asian women driver instinct in me. Padahal mall tu 5 minit je driving dari rumah. Tapi takpe la, pasal dia sanggup hantar. Jadi I terima je lah dengan hati terbuka, hihihi...
 
Selain daripada bahaya memandu, keadaan berais ni, tak elok untuk pokok juga.
 
 
Kesian pokok I, menyembah bumi. Yang kat belakang, patah satu dahan. Tu kira ok lagi, pasal jiran sebelah, mau kurang-kurang 7 ke 8 dahan pokok dia yang patah. Ais berat kan, jadi bila dah melekat gitu, memang senang lah dahan untuk patah.
 
Hari ni alhamdulillah, cuaca mula ok balik. Dah nampak sang suria gitu.
 
Kebetulan pula, hari ni birthday party untuk Hannah. So it was really nice to finally go out, and see some familiar faces.
 
Untuk party ni, mak Hannah, Sari suruh I buatkan kek. Tema under the sea gitu. Nervous I tau nak buat kek, kalau cupcakes tu ok le. Nak melepa icing, perghhh... susah weh!
 
Hasilnyaaaa....
 
 
Taaa daaaaa....
 
Senyap senyap sudah, jangan komen lebih, hahahaha... yang penting, sedap, hahahaha....
 
The kids had a paint session in Hannah's house. Cool jugak la, diorang painting atas canvas. Pastu boleh terus gantung kat dinding. Excited semorang tadi. Sebenarnya tak pasti, bebudak ke, atau mak mak budak yang terlebih excited, hahahaha...
 
 
Her butterfly.
 
 
Pretty butterfly kata mek kita. 

Tuesday, October 21, 2014

That violent 24 hour

 Happy Deepavali!
 
Sooo.. how's everyone? Kitorang ni baru nak dapat nyawa balik.
 
Al kisah nya, abam Aaron kita tak sihat sejak Sabtu lepas. Masa bangun tu ok je, tapi lepas main main dalam pukul 10 pagi tu, dia muntah. Banyak gak aaa, macam terkeluar seluruh isi perut dia. Ingatkan pasal gelak terlebih la kan.
 
Tak lama lepas tu, lepas susu, dia muntah lagi. Aikkk... ni sudah lain macam je. Check temperature, ok. Alhamdulillah, tak demam. Risau gak kan, skang ni memacam penyakit ada. Entrovirus la, Ebola la, semua dekat Texas ni je ha. Takut mak tau.
 
I called his pediatrician, but oh well, it was Saturday. Telefon hospital, nurse cakap bunyi macam viral. Jadi nurse nasihatkan jangan kasi susu dulu, cuma kasi Pedialyte setiap 10 minit camtu. Kalau dah 4 jam tak muntah, baru boleh kasi susu. Lepas 8 jam tak muntah, baru boleh makan.
 
Kesian anak I. Dia macam ok je, gelak gelak semua. Tapi nampak mommy je, terus maammm maaammmm maammm... lapar sangat la tu. Memula dia cam tanak sangat Pedialyte tu, tapi agaknya dah lapar ngan haus sangat, Pedialyte tu pun dipandang dengan rakus.
 
Petang tu abam Aaron tah muntah muntah dah, tapi dia diarrhea la pulak. Habis bocor diaper, ganas sangat tekanan diarrhea nya, hahaha... Memang sepanjang hari tu I duk standby dengan kitchen towel and sanitizer je lah. Alhamdulillah malam tu abam Aaron dapat tido lena, terjaga sekali je dalam jam 4 pagi. Lepas menyusu, takde muntah, takde diarrhea.
 
Esok tu hari Ahad, abam Aaron masih ada diarrhea. Ok lah kan, dari muntah. Takde la badan penat sangat. Cuma yang penat mommy le, kena cuci sana sini. What to do, mommy's duty kan. Cik Abe time gini lah dia takde rumah pulak, hahaha... I suruh Cik Aiyu jangan rapat sangat dengan abam Aaron, takut dia berjangkit. Dalam tu kita pun berdoa lah, agar kita yang sakit, bukan anak-anak yang sakit.
 
Amik ko, doa diperkenankan tuhan. Malam tu lepas abam Aaron & Cik Aiyu tido, mommy lak muntah. Bukan sekali, bukan 5 kali, lebih 20 kali! Tidak lupa, aktiviti muntah-muntah turut disertai oleh aktiviti diarrhea juga. Amik ko, tak tau mana yang nak keluar dulu, hahaha... Gross, I know!
 
Soooo.... after 6 years being married, for the first time ever, I called Cik Abe for him to come home. Sebelum ni memang tak pernah I suruh dia balik kalau ada apa-apa, kali ni memang bebetul tak larat. Nasib baik dia boleh balik, and I guess we both made the right decision. Malam tu I sambung muntah-muntah sampai pukul 4 pagi kot. There were times I actually lay down on the bathroom floor, because it was too tiring to walk or crawl back to my bed.
 
The whole Monday, Cik Abe took over the house. Hantar abam Aaron kat mommy waktu nak menyusu je. Malam tu I makan Tylenol, Alhamdulillah, pagi tadi battery dah 70%. I still feel dizzy every now and then, but bearable lah. Dasar low blood pressure, takleh nak buat apa di situ.
 
 
 
On the brighter side.....
 
 
Hello 120 lbs! Ini berat I lepas kawen dulu, usually it will be around 123 to 125 lbs.
 
 
 
Kesimpulannya, segala yang berlaku ada hikmahnya. Sekiannnnn.....

Friday, October 17, 2014

Things we learned from our kids

o·void
ˈōˌvoid/
 
adjective
1. (of a solid or a three-dimensional surface) egg-shaped.
 
noun
noun: ovoid; plural noun: ovoids
1. an ovoid body or surface.
 
 
 
Yup, I did learn a new word from Aiyu. Ovoid. Bak kata cik kak kita, "Mommy, I am eating an ovoid fruit (grape)".
 
Ko mampu? Kena rujuk kamus mommy tauuu... I didn't realize it will be this soon, but oh well... At least I know her tuition fee is well paid off :D.
 
 
 
Sedar tak sedar, minggu depan birthday abam Aaron. 24 Oktober nanti. Kejap je kan. Rasa macam baru bulan lepas je beranak. Mana tak nya, badan tak kuncup kuncup ni, hahaha... Abam Aaron skang memang dah terror sangat berjalan. Tengahari tadi gi taman, rasa macam dah big boy sangat dia. Jalan sorang sorang keliling playhouse. Rasanya macam dia tak merangkak langsung. Elok lah tu, lembut sikit kulit lutut kamu. Kalau tak, macam kertas pasir kasarnya, hehehehe...
 
Insya allah birthday abam Aaron nanti, kitorang celebrate berempat je kot. Ajak reramai pun, bukan dia paham. Kang Cik Aiyu lak yang gila kuasa, hahaha.. Ikutkan Cik Abe, dia kata kek pun tak payah. Tunggu grandma dating bulan November, baru sambut. Tapi I rasa macam kesian la pulak. First birthday kot. Jadi I cakap, kita potong kek dua kali, hahahaha... Ada sebab mommy kamu nak bakor kek lagi, hihihi.. Kalau lah part bakor lemak pun I rajin gitu....
 
:D
 
Hmmm... agak agak, kek bentuk apa yang sesuai ek?

Monday, October 13, 2014

My little helper

 Hey y'all....
 
*oh my Texan!*
 
Sorry for the long absence my blog, I was missing due to soul searching. Iye, tuan punya blog ada sedikit jiwa kacau.
 
I guess I've come to a point where I start to wonder, of what I really want in my life. Pernah tak korang fikir gitu? Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, cuma terfikir, sekarang ni nak buat apa?
 
I was sooo into thinking about the future, I forget about the present. Duk fikir nak jadi baker lah, ape lah, rumah lupa nak kemas. Makan malam lupa nak sediakan.
 
Ooopsss.
 
Minta maaf ahli keluarga.
 
 
 
Alhamdulillah, sekarang ni tuan punya blog dah tak jiwa kacau sangat. Cuma jiwa kacau sebab tak tau nak masak apa hari-hari je, hehehe... Bosan weh, iols tak kreatif bila bab-bab makan ni. Dah la tak kreatif, family pulak tak fear factor pasal makan ni. Kang aku bantai masak resipi baru, Cik Abe ngan Cik Aiyu macam agak-agak nak makan. Stress mak.
 
Nasib baik lah abam Aaron ok je. Semua dia makan. Kecuali salmon, yang tu dia tak minat sangat.
 
 
Tu dia, orang dah dapat kaki. Mula bertatih lama dah, cuma dia tak berapa rajin nak jalan. Selalu dua tiga langkah jalan, dia mula merangkak. Tapi hujung minggu lepas, tetiba dia rajin nak jalan. Siap jalan pergi kelas kakak lagi, sambil senyum simpul. Maintain hensem le tuuu...
 
Selain berjalan, dia juga terror memanjat.
 
Memula dia panjat kerusi Aiyu. Pastu kerusi makan kitorang. Dah terakhir, dia panjat meja aktiviti Aiyu. Rak buku pun dia gigih nak panjat, tak padan dengan ketinggian tak seberapa tu.
 
Orang kata budak lelaki memang kuat memanjat, tapi entah la, pasal Aiyu dulu pun camtu gak. Cuma Aiyu jenis yang lebih berhati-hati. Macam Aaron, asal boleh je.
 
 
 
Namun dalam ganas-ganas abam Aaron kita, masih ada soft spot dia.
 
 
Bangga sungguh dia hari ni, bila dapat sarung handbag Cik Aiyu. Oh my son!
 
T__T 

Thursday, September 25, 2014

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

 Like, literally.
 
 
 
 Finally, it's sunny again. After 2 weeks of Malaysian-like weather, the sky is clear again. Ramai orang merungut pasal hujan ni. I suka, tapi rasa kesian tu ada pada bandar Pecos yang tak jauh dari sini. Ada flashflood, ramai orang terperangkap. Yang innalillah pun ada sorang :(
 
Sesekali hujan camni, memang meriah cendawan kat laman kami. Tak tau lah boleh makan ke tidak, tapi kita assume takleh je lah kan. Kalau nak makan sangat, sila goreng shitake mushroom dalam peti sejuk yang dah nak naik keras tu.
 
Terkesima jap Cik Aiyu, bila dia pergi laman belakang. Dengan senyum simpul dia tanya, boleh ke dia nak petik cendawan-cendawan tu?
 
I pun cakap ok aje, tapi pakai sarung tangan. Kot kot magic mushroom kan, naya je. Tau je lah bebudak baya ni, basuh tangan ala kadar diorang je lah.
 
 
Hasilnya....
 
 
Rasa macam nak goreng, pastu kasi kat anjing jiran yang suka melepas kat laman depan kitorang, hahahaha...

Monday, September 8, 2014

Masam manis

 Hangin gua satu badan malam ni.
 
Kalau cerita kartun, dah keluar asap kat lobang idong. Sambil kening dah jadi unibrow, hehehe... Tapi iolls bukan kartun, dan part unibrow tu, minta disimpangkan lah ye, hehehe...
 
Anywayy... sekarang ni, Cik Abe ade kerja baru. Nak jadi cerita, sebelum kitorang balik Malaysia tu, dia ada bincang lah, pasal kerjaya dia. Dia kata kerja sekarang ni macam makin lama makin tak best, dan dia rasa nak buat wireline (kerja lama kitorang) balik. Perks? More moolah. Longer vacation days. Cons? Less time at home. Worse rotation period.
 
Sebagai isteri memahami, I cakap kat dia, sukati dia lah nak kerja lama ke baru, pasal yang kerja nanti, dia. Kang aku suka suka decide kan, dia tak gembira pun tak guna kan? Pasal kitorang bertiga tu toksah risau lah, insya allah ok.
 
Balik je dari Malaysia, kami dapat petunjuk tang tu jugak. Boss dia panggil, offer transfer untuk jadi manager kat San Antonio. Honestly I prefer to be in San Antonio, a bigger and more diverse city. Tapi nak pindah waktu sekarang ni macam lebam sket la. Abam Aaron tengah lasak, pastu kitorang baru renovate rumah. Cik Abe pun tanak masuk ofis, pasal gaji lagi sikit, stress lebih.
 
Jadi dan dan tu jugak, dia berhenti kerja. Kerja tempat baru.
 
Maka bermula lah episode Cik Abe menjadi trainee kembali, hahahahaha...
 
Sejak 2-3 minggu kerja baru ni, dia memang jarang ada di rumah. Nature of job pun, working at odd hours, and for long. Since I was a wireline engineer myself, I pun takde la banyak kisah. Cuma kalau dia nak balik tu, I suruh kasitau awal awal pasal senang nak masak. Ikut pada Cik Aiyu and I, makan nasi ngan telur tomato hari hari pun ok, hahaha...
 
Pendek cerita, hari ni dia balik awal .Tak la awal mana, dalam jam 6:30 pm. Ikut waktu I, kitorang dinner jam 6 petang, pastu by 7 to 7:30 pm bebudak dah masuk tido. Pastu dalam sejam, I akan kemaskan laman. Nak buat siang panas weh!
 
Masa Cik Abe balik tadi, Aaron tengah makan, Aiyu dah ready nak tido. Lepas I tido kan Aaron, I cakap lah, yang Aiyu boleh jaga sampai 7:30 pm ke 8:00 pm gitu. Jangan kasi dia tido lewat, pasal dia dah penat. Siang tadi ada kelas swimming, pastu dia tak tido siang lak tu. I pun seperti biasa, pergi lah projek deko deko pokok kat depan tu.
 
Masuk je rumah, tengok Cik Aiyu tak tido lagi. Dah nak masuk pukul 9 pm baru Cik Abe suruh dia gosok gigi semua. Budak dah penat, mula la buat perangai. Bila I nak masuk campur, dia tak kasi. Masalahnya budak lagi sorang tu tengah tido, dah tak pasal-pasal dia terjaga. Habis chain reaction di situ. Kakak menjerit, adik terjaga. Pastu adik menjerit, kakak takleh tido. Mak? Hangin la satu badan. Tak pasal pasal dah teeet teeettt teeettt mulut gua membebel.
 
Dah bising bising gitu, rasa bersalah pulak bising kat laki, hihihi... Sorry bang. Ikutkan banyak je benda yang elok suami buat kan, tapi biasalah kita, yang tak elok tu gak yang nampak jelas.
 
 
 
Dah cerita benda yang masam, meh cerita benda yang manis.
 
 
Sumpah tak tipu, ini adik bulat bulat, manyak manissss.... 
 
I terpengaruh dengan Bakerella. Sab la ni, cakap pasal pancake muffin dia. Tak pasal pasal iolls mentelaah blog Bakerella tu tauuu...
 
Minggu lepas dah buat, tapi terjadi cake balls pasal salah tengok resipi. Since I am no quitter, minggu ni kena cuba lagi. Nasib baik jadi, hahahaha....
 
 
Semangat giler, siap beli cake pops stand you.
 
 
Memandangkan I tanak gemuk sorang, I kasi kat sekolah Cik Aiyu. Sekolah dia kecik je, dalam 25 orang staff gitu. So sorang dapat satu lah, hihihi... 
 
Untuk Cik Aiyu pun ada, special sikit ;)
 
 
Dipersembahkan, cake pop Zombie Kampung Pisang.
 
Agak-agak nak jual time Halloween laku tak?

Monday, September 1, 2014

Swim class

Her first day of swimming class picture :D 
 
 
Finally, we decided to send her to swimming class. Patut tahun lepas dah boleh hantar, tapi memandangkan Cik Aiyu ni lambat sikit bercakap, kitorang tangguhkan dulu. Kang instructor cakap itik, dia cakap ayam. Kalau takat kelas menulis tu takpe lah, ini kelas ada celup celup dalam air. Kembung anak iolls minum air kolam kang, hahaha...
 
Bagi I, swimming class ni penting. Not only as a form of exercise, but survival too. I learned how to swim when I was older and mannn... before that I will freak out if my feet can't touch the ground. Alhamdulillah sekarang ni dah ok lah, cuma kalau nak jadi lifeguard Baywatch tu tak dapek le. Takat selamatkan diri sendiri, insya allah...
 
I don't know why, but there is something about being in the water that makes me calm. Relaxing gitu. Maybe because the only thing you are focusing on, is you. No other people blabbering, no phone to check, no TV in the background... it's just you and the sound of your breathing. Sebab tu I suka pergi SCUBA diving kot, hehehe...
 
 
 
As for Aiyu today, she did good. In fact, she didn't want to leave, hahahaha...
 
 
Stress dia beli instructor suruh dia balik. Habis tu nak buat camne, instructor pun ada kelas lain kan.
 
The class is twice a week, hopefully cukup lah untuk dia belajar berenang.
 
 
 
Esok, sekolah pulak mula. Supir mode, ONNNN!
 

Sunday, August 17, 2014

Piece by piece

 Balik dari bercuti sebulan, I dapat serprais belakang rumah.
 
 
Amik ko, lalang tumbuh dengan kadar tak beragak.
 
Sudahlah tumbuh tanpa izin, siap cover water sprinkler kitorang pulak tu. Kurang asam punya lalang, makin kuning la warna rumput kami yang tak berdosa tu tau.  
 
Ikutkan hati nak mesin je, tapi kang bulan depan tumbuh tinggi tu lagi. Jadi baiklah cabut aje. Walaupun bakal terkeluar bicep tricep, I redha you.
 
 
 
Setelah 2-3 hari cabut lalang....
 
 
Barulah senonoh sikit tengok laman.
 
Biar tak cantik, asal bersih gitu.
 
 
 
Dalam rumah bersepah gak, tapi kecantikan luaran lagi penting kan, hahahaha....
 
Takde lah, sepah dalam tu memang tak dapek nak nolong. Kemas kejap je, pastu adalah pari-pari kecil dua orang yang akan buat sepah balik. Boring haku. Nak tunggu diorang tido, dengan haku sekali mengantuk. Akhirnya diorang baru dapat adjust tido ikut waktu Amerika. Sebelum ni, memang I amik giliran dengan Cik Abe untuk berjaga malam. Nasib baik bofren ada, kalau tak haru gak. Iye lah, dengan I yang kurang sihat. Nasib baik sekarang ni semua dah ok. Bayangkan, hari tu nak unpack beg pun makan hari, hihihi... Nasib baik takde spender basah kat dalam :P
 
 Ok lah, nak sambung lap habuk pulak. Pastu cadangnya nak cuci toilet pulak. Esok ada orang datang nak tukar siding rumah. Siding tu apa? Haaaaa..... nanti dah siap kita kasitau k ;)
 
 
 

Friday, August 15, 2014

It's been a chaos

 Selamat hari raya semua!
 
Ha ha, dah nak masuk 3 minggu raya, baru nak ucapkan selamat hari raya. Kalau yang puasa jarang jarang tu, dah tak raya la gamaknya *tutup muka malu*
 
Alhamdulillah, kitorang dah selamat sampai di US. Panjang ceritanya, tatau mana nak mula. So kita buat sinopsis, pastu nak ber #throwback gitu, boleh?
 
:D
 
 
 
Alkisahnya, lepas raya hari tu, kitorang gi Port Dickson. Atau Port Dickinson bak kata Cik Abe. Sukati dia je nak tambah "in" kan. Pergi bercuti tu best, tapi balik dari situ, Cik Aiyu muntah-muntah.
 
Bawak jumpa doctor, suspek food poisoning.
 
Esok tu pulak, abam Aaron lak demam. Tinggi gak, sampai 39 degC you. Kali ni lain sikit, dia dapat pharyngitis. Tekak bengkak gitu. Kesian dia, layu aje. Makan pun tak lalu, nasib baik susu ok. Pastu asyik mengeluh. Waktu kitorang gi jumpa doctor tu hari Jumaat, esok Sabtu tu nak buat aqiqah Aaron dengan Rose.
 
Tak ke haru tu.
 
End up masa aqiqah, abam Aaron baring dalam bilik waktu orang marhaban. Nasib baik masa makan-makan tu dia macam dah ok sikit, so ada la jumpa-jumpa orang sikit. Tapi battery tu masih low juga lah. Kesian sangat tengok dia duduk gitu aje, pasal selalu memang dia aktif. Habis segala reben keluar untuk ikat pintu lemari nenek, hehehe...
 
Memandangkan abam Aaron tak sihat, kami tunda flight sehari. Daddy ngan Aiyu balik dulu. Nasib baik, pasal dia muntah atas katil, lepas hantar daddy ngan Aiyu kat airport. Tapi lepas tu Alhamdulillah, dia dah mula cergas. Duk sengih sengih kat nenek, sambil belajar bye bye kat nenek. Agaknya nak tinggalkan good impression kat nenek le tu, hehehe...
 
 
 
Nak jadi cerita, waktu travel balik ke US, mommy lak demam. Not the whole trip, but it started once we landed in Paris. Oh myyyy... memang tak larat sungguh waktu tu. Satu badan rasa berbisa, pastu sejuk tak tentu pasal. Nak kelubung satu badan pun takleh, pasal nanti cik abam kita sepak balik selimut. Jadi mommy pasrah makan ubat, dan cuba tido mana yang boleh. Nasib baik le cik abam tak banyak ragam sangat. Tapi letih tu toksah cakap la, budak tengah melasak kan.
 
 
 
Sampai je Dallas, iolls jalan pelan pelan. Agak-agak muka waktu tu, kalah zombie kampong pisang. Sekarang ni TSA dah pakai machine for custom clearance, jadi tak perlu tunggu lama. Bag pun selamat, tak perlu scan bagai. Agaknya pegawai kastam kesian tengok acik zombie.
 
Bila nampak boipren kat arrival hall, terus I pass segalanya kat dia. Phewww... serious tak larat weh. Masuk kereta, terus tido sampai ke Midland, hehehe... Aaron ngan Aiyu pun pengsan, padahal dalam kereta lama gak, dalam 4 ke 5 jam.
 
 
 
Anyhow, sekarang ni I masih tak berapa sihat. Getting better, but still not yet. Aiyu pun demam balik, dapat bladder infection. Doctor syak dapat dari air laut, since her body is not really used to tropical climate. Now she is on 10 days antibiotic course.
 
Bila badan tak sihat ni satu la kan, makan apa pun tak sedap. Ikutkan hati I, malas sungguh nak makan. Tapi perut I ni, perut kawah. Selalu lah minta di isi. End up makan jugak, cuma takde nafsu. Kalau dah tengok cokelat tu takde nafsu, memang bebetul sakit lah I ni. Mungkin esok kena test power dengan chocolate cheesecake, kot kot I boleh ghairah kembali, hahahaha....
 
 
 
 
My last supper.
 
Nasi lemak + kopi susu. 
 
Before everything went downwards. 
 
 
 
So everyone, cherish your health k! ;)

Monday, July 7, 2014

Her birthday present

Wah, sedar tak sedar, lagi beberapa hari I nak balik Malaysia you.
 
Tak tau kenapa, kali ni semangat nak balik tu kurang. Nak sampai Malaysia tu seronok, tapi proses nak sampai tu rasa macam ngeri pulak.
 
Kami balik bertiga dulu, jadi dengan abam Aaron yang tengah melasakkkk...
 
Adehhhh.... I cannot imagine.
 
Belum lagi dengan nak tolak bag dan stroller.
 
Huwaaaa.... not a pretty picture!
 
Ni pun satu benda tak kemas lagi. Alhamdulillah kotak-kotak Sooyaree's Closet dah selamat dipos. Cuma luggage sendiri yang belum dikemas. Esok lah kot mula, hehehe...
 
 
 
Anyway, hari ni I nak share dengan semua, tentang hadiah hari jadi Cik Aiyu.
 
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Taaaa daaaaaa!!!
 
 
Ikut hati I, nak beli swing set yang besar sikit. Tapi Cik Abe membangkang. Tak sedar diri laman belakang kecik kata dia. Memandangkan tukang pasang buaian adalah Cik Abe sendiri, jadi baiklah jangan derhaka.
 
Cukuplah ni untuk mereka dua beradik main buaian nanti kan. Tak yah selalu gi taman lagi. Malas I nak mengangkut dua dua sekali. Keluar segala bicep tricep kang.
 
 
 
Ingatkan dah ada buaian baru, buaian lama boleh buang.
 
Tapi nampaknya, ada orang dah conquer.

 
Cisss... macam taska dah belakang rumah. Tu belum campur dengan kenderaan merempit dengan mainan kecik kecik lagi.
 
T__T
 
Lepas ni mommy berenti jual bag lah, mula jaga anak orang pulak nak, hahahaha...

Thursday, July 3, 2014

Women can't have it all


Something really caught my attention while watching the morning news today.
 
It was about Pepsi & Co CEO, Indra Nooyi making a statement saying, "women cannot have it all".
 
I guess what she really meant was, mothers cannot have it all.
 
What do you think?
 
 
 
I think it is true.
 
 
 
It always have been a battle about working mom vs staying at home mom. Honestly, I can't really pick a side because I have never been a working mom. Can't really give out points unless you are in someone's shoes eh?
 
All I can share is, my view as being a stay at home mother.
 
Personally, I still feel that some people look down on SAHM. I really hate it when I hear comments about all we do is to watch soap operas.
 
Like really?
 
And at times, you will see comments like "it's not the quantity of time, it's the quality". So are you saying that we are spending non productive hours with the kids everyday? Plus, are you trying to tell us that after all the hours you spend working, you can actually pay undivided attention to your kids until they go to bed?
 
Superwoman I must say.
 
 
 
Don't get me wrong, I am not trying to bash working moms. Most of the people I know, are working moms. Generally they are content with what they do. Especially in Malaysia, working is not really an option. Everything is super expensive, so whether you like it or not, you do have to work.
 
What I don't really like is, when some ladies say, "I am so tired of working, I think I want to be a SAHM". Trust me, being a SAHM is not easy. Especially when you have some working experience.
Put aside the house chores that you have to do, it is harder on one emotionally. Now, you have no income source. Suddenly, everyone expects that your house is spotless clean. And your kids eat gourmet meal 3 times a day. I won't lie that every now and then, I wonder how would it be if I am still working. Perhaps, I can be a manager somewhere. Wearing nice suits, high heels and nice purse. Eating with colleagues/clients at nice restaurants. Not running after your kids in sandals and jeans, with occasional visits to park or McDonalds.
 
No, I am not complaining. I love my kids and being a SAHM, but occasionally, I do wonder "what if?". I guess my point is, it is true that women can't have it all. Regardless to which extent we go for our kids, deep inside, we still feel like a bad mother.
 
Someone wise told me, "No mother ever think that they are great mother. But guess what, I bet they are".
 
 
So let us embrace our differences, and accept the fact that it is ok not to have it all, and to cherish what we already have.
 
xx

Sunday, June 15, 2014

Same script different cast

Orang kata, perangai anak-anak ni berbeza kan.
 
Walau pun dari sama mak, sama bapak, kalau ada 10 orang anak, ada 10 perangai.
 
Oh em geee... memang pening kepala mak bapak!
 
 
 
Macam Abam Aaron dan Cik Aiyu ni, banyak juga beza perangai mereka.
 
Contohnya, Abam Aaron ni cengeng sikit orangnya. Kakak dulu, tough gal. Pastu Abam Aaron ni bangsa semua pun dia langgar. Dah jatuh beberapa kali dari tempat yang sama pun, masih tak insaf. Kakak dulu jenis yang berhati-hati sikit.
 
Apa yang sama, dua dua jenis cepat frust. Semua benda nak buat cepat, lepas tu bila tak dapat buat, mengamuk. Mommy jugak jadi mangsa.
 
Selain daripada tu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
 
 
 
 
Hamik kau, tido mana sempat je.
 
Rasa-rasa macam pernah ku nampak, tapi di mana yaaaaa?

Wednesday, June 11, 2014

Backyard picnic

One tip to wear your kids out:
 
Bring them outside.
 
Especially when it is 39 degC, hahahaha...
 
 
Haippp... I tak dera anak tauuu... Bukan pergi jauh pun, kat belakang rumah je. Pokok banyak, jadi redup lah. Bahang tu masih terasa, tapi tak lah panas sangat.
 
Bebudak dua orang ni kalau dah lama sangat terperap dalam rumah, mula lah keluar jeritan batinku. Memula main, sama-sama gelak. Pastu nanti sorang akan menjerit. Kekadang adik, kekadang kakak. Sama aje. Tapi itu lah, nama pun budak kan. Kalau senyap semacam tu, mesti tak sihat. Jadi nak jerit pun, jerit lah. Kalau mommy tak tahan, mommy jerit sama, hahahaha...
 
Untuk Cik Aiyu, dia suka main buaian dengan main pasir. Lelagi kalau pasir tu ada air. Memang dia suka. Bina sand castle gitu. Cuma pasir kat sini kasar, jadi sand castle tu nanti jadi sand dune. Abam Aaron lak, aktiviti pilihan dia adalah makan pasir dan mencabut rumput. Tak paham I, kalau pasir tu cepat aje dia masuk mulut. Kalau avocado, kekadang dia bantai mengamuk tak nak. Dah pandai memilih cik abang kita ni skang, menyampah tauuu...
 

 
Jangan tak tau, skang ni Cik Aiyu ada personality baru.
 
"Mommy, I am a cowgirl".
 
Yiihhhaaaaaaaaaa!!!!
 
Memang tak lekang dia skang dengan topi koboi dia tu. Ada anak patung kuda, dia buat jadi tunggangan. Tali pun ada tau, buat bantai lantai.
 
Dan yang pasti, but koboi pun tak tinggal.

 
But pilihan mek Aiyu. Wana merah tu dia pilih, "I want the red one because red is my favorite color". Banyak la ko, semalam kata suka purple. Kelmarin purple. Yang I tau dia tak suka, adalah warna cokelat je. Yang lain semua favorite.
 
Jangan balik Malaysia nanti dia nak pakai but koboi sudah. Pengsan atuk nenek, hehehehe...

Saturday, June 7, 2014

The artistic side of me

 Eh, lama dah tak tulis blog kan.
 
Bukan takde cerita, tapi takde masa.
 
Masa tu ada, tapi biasa le.... bazir kat tempat tak sepatutnya.
 
Seperti check Instagram setiap pagi, pastu baca gossip sana sini. Apabila anak jerit minta perhatian, sendiri jadi stress. Padan muka, sape suruh sibuk baca gossip. Sibuk nak tau orang pergi mana, makan apa, beli apa. Jaga hal sendiri dah la, kan?
 
Anyway, sekarang ni musim cuti sekolah di sini. Banyak sekolah mula cuti 31 Mei, tapi sekolah Cik Aiyu cuti seminggu lagi cepat. Pening tau system sekolah kat sini, lain sekolah, lain cuti. Syllabus tu toksah cakap la kot. Nasib baik iolls memang zero knowledge pasal US school syllabus, kalau tak mesti ada perasaan tak puas hati. Ni kalau dah memang tak tau, pakat ikut je lah. Redho gitu.
 
Bila dah mula cuti sekolah ni, banyak lah ada aktiviti untuk semua. Maklumlah, cuti sampai September you. Lama. Bukan untuk anak-anak je, untuk mak pun ada sama.
 
 
 
Macam siang tadi, I pergi kelas lukisan.
 
Art101.
 
Hahahah.. gila kesian nama kelas kan.
 
I was never an artistic person, tapi pasal ada kawan nak pergi, kita follow je lah. 2 hours break from the kids sounds good, hahahaha...
 
 
 
Tak ku sangka, kelas tu best rupanya. Walaupun yang diajar basic saje, macam jenis-jenis pensel, jenis-jenis pemadam, tapi adalah amat sesuai dengan I yang buta seni ni. I just realized the existence of charcoal, and mannn... it was so much fun using it!
 
 
Fast forward, 2 hours later, I went home with this.
 
 
Not bad huh?
 
*brush off my shoulder*

Monday, April 28, 2014

Cari gambar tersembunyi

 Cuba cari, objek yang tersembunyi dalam gambar ini.
 
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
Jumpa tak?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
 
Tu diaaaaa!
 
 
 
Susut nilai saham tau nak, awak asyik panjat pokok ni.
 
Yang adik pun dah sama ligat, orang dah pandai merangkak la katakan. Tapi duduk tak pass lagi. Masih jatuh ke tepi kekadang. Dah jatuh, nangis dengan penuh perasaan. Siap cebik-cebik bibir lagi. Drama tau. Tak padan dengan boboy. Yang kakak tough semacam.
 
T__T
 
Macam-macam kan, ni baru dua orang anak.
 
Feninnnn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...