Monday, October 13, 2014

My little helper

 Hey y'all....
 
*oh my Texan!*
 
Sorry for the long absence my blog, I was missing due to soul searching. Iye, tuan punya blog ada sedikit jiwa kacau.
 
I guess I've come to a point where I start to wonder, of what I really want in my life. Pernah tak korang fikir gitu? Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, cuma terfikir, sekarang ni nak buat apa?
 
I was sooo into thinking about the future, I forget about the present. Duk fikir nak jadi baker lah, ape lah, rumah lupa nak kemas. Makan malam lupa nak sediakan.
 
Ooopsss.
 
Minta maaf ahli keluarga.
 
 
 
Alhamdulillah, sekarang ni tuan punya blog dah tak jiwa kacau sangat. Cuma jiwa kacau sebab tak tau nak masak apa hari-hari je, hehehe... Bosan weh, iols tak kreatif bila bab-bab makan ni. Dah la tak kreatif, family pulak tak fear factor pasal makan ni. Kang aku bantai masak resipi baru, Cik Abe ngan Cik Aiyu macam agak-agak nak makan. Stress mak.
 
Nasib baik lah abam Aaron ok je. Semua dia makan. Kecuali salmon, yang tu dia tak minat sangat.
 
 
Tu dia, orang dah dapat kaki. Mula bertatih lama dah, cuma dia tak berapa rajin nak jalan. Selalu dua tiga langkah jalan, dia mula merangkak. Tapi hujung minggu lepas, tetiba dia rajin nak jalan. Siap jalan pergi kelas kakak lagi, sambil senyum simpul. Maintain hensem le tuuu...
 
Selain berjalan, dia juga terror memanjat.
 
Memula dia panjat kerusi Aiyu. Pastu kerusi makan kitorang. Dah terakhir, dia panjat meja aktiviti Aiyu. Rak buku pun dia gigih nak panjat, tak padan dengan ketinggian tak seberapa tu.
 
Orang kata budak lelaki memang kuat memanjat, tapi entah la, pasal Aiyu dulu pun camtu gak. Cuma Aiyu jenis yang lebih berhati-hati. Macam Aaron, asal boleh je.
 
 
 
Namun dalam ganas-ganas abam Aaron kita, masih ada soft spot dia.
 
 
Bangga sungguh dia hari ni, bila dapat sarung handbag Cik Aiyu. Oh my son!
 
T__T 

8 comments:

nazayiena said... BALAS

Abam Aaron dah mula pandai jln sendiri yea,seronoklah tu habis satu rumah nanti dia round.

Yan said... BALAS

Cute. Hihi

FadMN said... BALAS

Mommy blues la ni
FAD

Amyz! said... BALAS

Amboi abam aaron ni. Kemain bangga dapat pakai beg. Hehehe. Sama macam Amelyz, kalau dapat pakai jam kat tangan, tangan tak turun, tersengeh2 jalan sana sini. Hahaha.

Siti Asiah said... BALAS

Amboi abam Aaron, kemain lagi manjat rak ye. Acik yg tgok naik seram jerk...takut terjatuh.

Umie said... BALAS

hensemnya aba, aaron ni...hehhe

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Nurul,
Haaa... lebih dari rumah dia round, semua ceruk pun dia nak masuk!

Yan,
Thanks dear :)

FAD,
Tu lah pasal babe, I macam jiwa kacau kekadang. Harapnya PMS blues la kan, hihihih

Amyz,
Hahahaha... maju tau Amelyz, pakai jam lagi! Kalau Aaron, jam mesti masuk mulut dulu, hahahaha

Siti Asiah,
Itulah acik, kita kat belakang memang standby je. Kalau boleh semua benda pun dia nak panjat, tah apa dicari pun tak tau

Umie,
Thanks auntie ;)

Amyz! said... BALAS

Masuk dalam mulut tu nombor satu. Pastu baru pakai. Hadoi!! T___T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...