Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Shoe shopping

Rindu I kat blog tau.

2-3 hari ni, hidup kami kucar kacir sikit.

Pening kepala tengok rumah bersepah tu biasa lah. Hati kata nak kemas, badan kata lek luuuu... Pastu stress sesorang, tah ape ape tah. Cik Abe kata, nak risau buatpe. Bukan mak nak datang pun. 

Kalau itulah prinsip hidup I, habis laaaa jamban tu berlumut bang oi.

Sebab musabab kenapa kami pening lebih minggu ni, adalah pasal mek Aiyu.

Hari Isnin hari tu, kami dapat nota dari cikgu dia.

Katanya Cik Aiyu tanak pergi PE class, dia lagi rela duduk di "thinking chair". When I asked her why, she said she was tired. True enough, lately kami satu rumah hidung ala ala tersumbat. Season is changing, so siapa yang tak tahan tu, akan mengalami ala ala allergy reaction. Runny nose, itchy eyes and so on. Jadi badan memang cepat letih.

Tu satu hal lah. It might been easier if she stop refusing to sleep at night. Penat weh, gaduh setiap malam pasal Cik Aiyu tanak tido. We tried to talk to her nicely, tak jalan. Naik suara, tak jalan. Time out, tak berapa jalan. Ugut nak buang barang dia, tak jalan gak. End up bila Cik Abe dah hilang sabar... baru jalan. 

T__T

Bapak bapak ni sesekali keluar taring, I pun takut. 



Hari Selasa lak, cikgu kasitau Cik Aiyu cakar kawan sekelas dia.

T__T

Pening tak pening lah!


Again, I assumed she was not being nice because she was exhausted. Malam Isnin tu dia tido jam 11 malam kot. She stayed in her room lepas kena amukan bapak, tapi dia bantai gi menyanyi lak. Siang Isnin tu, dia tido lama, dalam 2-3 jam gak. Agaknya sebab tu susah nak tido malam.

Why did I say she was exhausted? 

Pasal balik dari sekolah, tak sempat sampai rumah, dia dah tertido dalam kereta. Midland ni kecik je jah, 20 minit driving dah sampai sempadan bandar.

Lucky enough, she didn't nap for too long. 30 minutes or so, dah terjaga. 

Last night, she was not being too hard about going to sleep. 9 malam dah pengsan.


Hari ni kat sekolah, alhamdulillah. Takde buat hal. I guess my assumption was right, her behavior somehow reflected from her quality of sleep.

Jadi mulai sekarang, no more long naps. Maximum 1 hour je k.

Since she's getting better, and I was thinking that she might need some other stimulant, we went for dancing shoe shopping.



Layan gak kedai ni, siap ada tukang ukur kaki. Best part is, memang kedai tu jual kasut bebudak aje, hehehe... Cik Aiyu gumbira sungguh, macam masuk kedai candy. Ikut perangai siapa le tuuuu...


Ballet & tap shoes.

Dalam membeli kasut untuk dance class, sempat gak dia pow mak nye kasut Hello Kitty.

It's ok my girl, I feel your love for shoes :D

Saturday, June 22, 2013

My BM and her A

Setelah hampir 5 tahun menanti.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jeng jeng jenggg....

Meet my bread maker!

(a.k.a. BM)


Dah lama teringin nak beli, tapi tak pernah ada ruang kat dapur. Hajat hati nak beli memacam gajet, tapi tu la, tak tau nak letak mana. Kang kalau asyik tersorok, kemungkinan nak keluar dan digunakan tu adalah jarangggg sekali.

Jadi bila dah ada pantry ni, apa lagi, dengan tak cukup tanah, I beli. Seperti biasa, I am a sucker for online review. Baca punya baca, ramai kata Panasonic is good for the price. MIL pun dulu pernah cakap pasal Panasonic BM ni. So tak baik melawan, kita beli yang ni aje lah.

Bila sampai je kotak, hati berbunga-bunga. Dengan kadar tak sabar, terus ajak Cik Aiyu pergi Albertson's, beli susu tepung. Jenuh mencari, nasib baik jumpa. 

Dan setelah 4 jam ku tunggu punya tunggu...


Voila! My first bread!

Sila abaikan latar belakang yang tak semenggah tu. Kami tengah dalam proses memunggah kotak kat luar tu. Semua benda berdebu, terpaksa la lap satu-satu. Stress tau, lelagi nak lap wayar-wayar komputer. Adehhh...


Ni grilled cheese Cik Aiyu. Tu yang kasi separuh je, pasal buat besar kang, confirm tak habis. Roti dari BM ni saiz dia besar sket dari roti biasa. Makan sekeping confirm kenyang. Kalau tak kenyang tu, kome tak baca bismillah le tuuu...



Cerita pasal Cik Aiyu, semalam dia tunjuk sesuatu kat I.

"Mommy, look, it's Aiyu"


Dia memang dah tau macam mana nak eja "Aiyu", tapi selalu kalau dia cuba tulis, huruf "A" tu jadi macam huruf "H". Pastu huruf "Y" dia selalu macam huruf "U" ke "V". Tapi semalam, cik kak kita dah upgrade sket. Dia dah letak penyambung kat atas huruf "H", jadi lah huruf "A".

Memula I speku kotak tu memang dah bertulis nama dia, Cik Abe tuliskan. Iye, tulisan suamiku itu nan hado sikit rupanya, dasar mat saleh, tulisan semua serupa doktor tak jadi. Tapi bila tengok ada crayon warna cekelat atas lantai, I knew it was her. Lelagi lepas tu, dia lukis smiley face dia kat bawah tu, hehehe.. Smiley face versi gigi jongos :D

Agaknya Aiyu mesti bersyukur kan, nama dia bukan Elizabeth mahupun Halimatulsaadiah. Menanges ko nak eja!

Saturday, June 1, 2013

Tukang kebun amatur

I is rasa nak fengsan you.
 
Moto hidup I adalah, biar tak lawa, asal kita kemas dan bersih. Kalau rupa lawa macam Miranda Kerr sekali pun, kalau rupa tak siap tak guna gak kan.
 
Ok, mungkin Miranda Kerr tu exceptional kot, pasal dia lawa nak mam, hahaha.. korang follow tak instagram dia? Fuihhh... nak nanges tengok gambar-gambar dia. Bertuah sungguh si Legolas.
 
Sebenarnya takde kena mengena pun Miranda Kerr dengan topik hari ini. Alkisah, rumput depan rumah kitorang tu dah mula naik rumpai. Makin hari, makin tinggi. Rumput nya nan hado sangat. Hidup segan mati tak mau. Iye la, dah skang panas terik, sampai 40 degC. Boleh siram sekali seminggu je, nak buat camne. Kang overdose air, menangis time nak bayar bil. After certain amount of usage, they will double or triple the rate. Tak sanggup mak!
 
Tapi tu la, takde air pun, rumpai hidup bersenang lenang. Dasar parasit. Suruh Cik Abe potong rumput, hmmm... malas nak komen. Nak potong sendiri tak boleh,  pasal tangan tak cukup panjang nak tarik starter gas lawn mower, hahaha... believe me I tried, tapi fail saje.
 
Jadi bila dah geram, I do what I do best. Online shopping, muahaha... bukan beli bag Givenchy Antigona ye kekawan, ahkak beli electric lawn mower. Kelas ko, beli barang jantan gitu.
 
I did my research, ramai kata lawn mower ni yang paling ok dalam kategori electric cordless. Man, I am a big sucker for reviews, so terima kasih pada semua yang suka tulis review!
 
 
Taaa daaaaaaa!!!!
 
My new baby.
 
Baby dalam perut tak keluar lagi, dapat baby segera, hihihi... Lupa nak amik gambar sebelum, masa tengah suci murni. Ni dah berabuk sket, pasal hari ni tuan punya blog sudah test drive, yiihaaa!
 
 
Ok tak, untuk tukang kebun amatur ini?
 
Jiran-jiran mesti ingat I buang tebiat. Ahhh.. pedulik! Asalkan rumput kami lagi pendek dari jiran tetangga, gua tak kisah babe :D
 
Overall I am very happy with my purchase. Of course, I would be happier if someone is running it for me, hehehe.. Tapi nak buat camne kan, dapat bofren keje tak tentu masa. The mower is lighter compared to gas mower, and you can start it with a button push. Sesuai untuk mereka yang petite size macam I, hahaha... Bonus addition is, ada grass catcher sekali you. Lepas potong rumput, terus siap. Takde adegan sapu menyapu.
 
Apa-apa pun, potong rumput adalah penat! Jadi, kepada sesiapa yang ada tukang kebun, hargailah mereka.
 
Sekian, terima kasih :P 
 

Tuesday, May 28, 2013

Oh my Target!

Pagi tadi, pukul 9 Reuben dah ketuk pintu.
 
Jangan risau, tu bukan bofren saya. I setia you.
 
Reuben adalah salah sorang pekerja kontraktor kami. Agak serba boleh la dia, dari mengecat, memasang kayu lantai dan .......
 
Memecah kabinet dapur kami.
 
Mak aihhh.. rasa lain macam sungguh bila takde kabinet dapur. They left the sink and the stove, tapi sindrom tak-reti-memasak-di-dapur-sendiri sudah bermula. Ke malas? Muahaha... Memang la dapur ada, tapi kang bila nak kacau benda dalam periuk, baru teringat, sudip kat lantai. Belum lagi rempah ratus semua, letak kat mana pun iolls tak tau. Macam semalam tetiba teringin kat kek dalam mug yang boleh masak dalam microwave tu. Bahan-bahan ada empat aje, tapi satu tak jumpa. Boleh? Tak jumpa serbuk penaik. Sudahnya kek bantat. Lantak, asal ada rasa kek ngan cokelat, sebattttt...
 
 
Aktiviti kami hari ini.
 
 
 
Ko tengok minah sorang tu.
 
T__T
 
Hajat ke Target nak cari air filter, susu ngan orange juice. 3 barang tu je.
 
Masuk kedai, cik kak kita volunteer nak pegang bakul. Orait, mak nye menurut aje. Belum sempat sampai tempat air filter, ada orang tu buat detour.
 
"Mommy, pretty pantssss..."
 
Memandangkan 2-3 hari ni Cik Aiyu baik aje, I pun suruh dia amik selai, saiz 3T.
 
"Ok mommy, number 3"
 
Sudahnya bukan selai, bukan 2 helai, 3 helai seluar dia sebat! Campur dengan baju lagi, 5 helai semua.
 
Oh anak!
 
Pasni daddy kamu takleh nak bising lagi kat mommy, pasal anak pun sama, muahahaha...

Tuesday, February 5, 2013

Shoe fetish

Hands up!

Siapa yang follow instagram (@nurulhudama, promoo.. hahaha) I kan, mesti tau, betapa I ni giler kat kasut.

Ya, orang selalu kata, buatpe membazir beli kasut memahal, letaknya kat kaki.

Ehhh.. suka saya lah, hahaha... Well, I honestly think, we tend to neglect our feet the most. Mementang kaki tu paling jauh, kita buat dek je kat dia. Padahal, kaki tu la yang menampung berat badan kita (yang makin hari makin bertambah ni) bila kita beronggeng. Kesian kat kaki. I love you kaki.

Kalau part kasut tu takde orang nak tengok, not a big deal. I like pretty lingerie too, takkan nak tunjuk kat orang kan? Bahaya you! Yang penting, kepuasan di hati. Tambah confident pada diri sendiri.

Anyway, hari tu masa pergi San Marcos (40 minutes drive from San Antonio), I menjadi mangsa keadaan lagi. Ooops I did it again bak kata Britney. Beli kasut le, apa lagi, hehehe..


Hehehe.. comel tak? Sangat selesa you! Lagipun takde kasut warna cekelat gini lagi. Matching dengan lantai kat rumah, hahaha.. 

Dah beli satu tu, biasa la, tangan gatal duk surf kasut yang lebih kurang sama. Girls can never have too many shoes! Or handbags. Or clothes, hehehe.. What to do, nafsu sembilan kan...



Browse punya browse, terjumpa la I kat tuan punya kasut ni.


Perghhh... nanges!

Tu baru satu pesen, yang lain belum tengok lagi. Macam penjual korset you.


Tuan punya kasut.


Haaa... don't play play. Putih suci aje kaki tuan punya kasut ni.

Belum lagi tengok tuan punya kasut.

Haaa... nak tengok tak?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

Taaa daaaaaa!!!!




Mak sentap nyahhh!!!

Kalau nak tengok lagi collection, boleh la kunjungi Flickr tuan punya kasut ini. 

Sekian.

Thursday, January 31, 2013

We are back!


Wakakaka... balik dari San Antonio macam balik dari Bandung! Tak menahan I, tolak troli sampai kereta.

A lot of damage has been done, lepas ni puasa shopping selama setahun. Nak renovate rumah kan, mana pulak nak cari duit kalau tak disimpan. Lain la kalau bulu hidung boleh digadai. Ada orang nak beli tak? Hehehe... 



Sementara tuan punya blog berkemas, sila lah baca sejarah hotel kami di San Antonio tempoh hari.


Waddehel sungguh laki ku, ade ke tempah bilik kat hotel yang dulu bekas penjara? Bukan takat penjara, tempat gantung orang!

Nasib baik takde kes paranormal, kalau tak mau ku terkucil dalam seluar. Mak tak rela!



Ok, esok kita sambung naaa... banyak e-mail Sooyaree's Closet mau dibalas. Haippp... kuli dah mula bertugas!

Tuesday, January 1, 2013

58 minutes too late

How was your new year celebration?
 
Kitorang tak buat apa pun, duk melangok tengok tv live from Times Square. Tu pun sampai 9:30 pm je, pasal itu waktu tido cik kak kita. Melepas nak tengok Psy buat Gangnam style. Nampak sangat kitorang ni ketinggal zaman, pasal bila keluar je penyanyi ke kumpulan baru, kitorang tak kenal. Oh no, tak happ langsung ok. Sungguh tak cool.
 
Pagi tadi, Cik Aiyu pukul 7 pagi dah gendang meja. Dia tak ketuk pintu, tapi dia ketuk meja dia kuat-kuat.
 
"Mommy, paintttt"
 
Tu la, sebelum anak tido janji memacam lagi. Sudahnya bila anak bangun, dia tuntut time tu jugak.
 
Ok lah, painting pun painting lahhh...
 
Hari ni pun memang nak keluar rumah awal, pasal nak gi Dillards. Sale besar you, siapa mau lepas kan. Diorang ada sale macam ni waktu Black Friday & new year je. Time lain ada jugak, tapi tak besar-besaran gini lah.
 
I dengan semangat berkobar, pukul 9.30 pagi dah keluar rumah. I prefer Dillards in Odessa, which is about 20 minutes driving. Dillards kat Midland ni, kekadang sales assistant kerek. Maleh betul nak membeli bila orang kerek semacam ni kan.
 
Masa Black Friday, I terlambat sejam. Ingatkan kedai bukak pukul 8 pagi, rupanya 7 pagi. Hari ni confident semacam je, kedai bukak pukul 10 pagi.
 
Sampai kat parking lot, badan dah seram sejuk. Alamak, ramainya orang! Ni baru jam 9:58 pagi. Kedai belum bukak kot?
 
Bila tengok pintu masuk, ada yang dah keluar.
 
Oooo emmm geeeeee....
 
Bila masuk je dalam Dillards.....
 

Kosong! Sifar! Zero! Yilek!

Ni kaunter Coach & Michael Kors. Mommy cryyy... baru ingat nak stock up Sooyaree's Closet.

Rupanya diorang dah buka dari jam 9 pagi. I am 58 minutes late.


Kalau nak beli kasut, lupakan lah. Pening kepala ku tengok kasut bersepah. Belum lagi nak tilik saiz.

Cancel!

Nasib la ada saki baki sikit, terubatlah luka di hati.


Petang tadi ambush Dillards kat rumah pulak. Ingatkan nak cari baju mek kita.

Tengok tengok.....

 
*pengsan*

Thursday, December 6, 2012

Shopping mak mak

Orang kata, hari Jumaat hari untuk beribadat kan.

Bukan la hari lain tak buat, cuma hari Jumaat ni extra special lah untuk beribadat.

Kat sini hari Khamis lagi.

Jadi tuan tanah nak riak sikit, hahaha.. esok dah tak boleh, hihihi.. aci tak gitu?



Ahh.. tak kisah. Inibelogsaya. Ehhh... ini blog saya.

 
Taaa daaaa!!! Lemari baru dalam bilik. Memandangkan tuan tanah bawak balik kerja ke rumah (ke kerja dari rumah? :P), maka kena lah cari tempat untuk sorok stok handbag dan pelbagai dari Sooyaree's Closet. Sebelum ni letak dalam bekas plastik ala Toyogo tu. Dah lama plan nak beli lemari yang senonoh sikit, akhirnya baru tercapai. Sesuai dengan cermin ala diva ku yang tinggi terlampau, tuan tanah tak dapat cermin muka pun kat situ. Nasib golongan katek kan. Takkan nak panjat tangga semata-mata nak tengok muka, hihihi..


Ni pulak meja tulis dalam bilik. Kekonon nak pakai laptop dari sini aaa.. tak yah landing atas katil lagi.

 
Periuk mahal ku, auuwww!!!
 
Sejak pertama kali nampak periuk ni, hati memang dah tergugat. Tapi fikir ehhh... tak yah aaa beli. Ingatkan boleh lupa lah, tapi makin lama makin teringat. Mula lah fikir, agaknya selama ni roast beef ku tak sedap pasal takde periuk mahal, hahaha.... keji gila kan pemikiran ku. Fikir punya fikir, ahhh... I've wasted much more on unnecessary stuff before. Ni periuk lifetime warranty, so boleh kasi anak cucu nanti. Emas berlian takde kan, periuk stainless steel pun jadi....
 

It's the larger version of Roti Pan (how irony, both means bread in Malay & Spanish), so nampak sangatlah kecil daging 3 lbs saya.

Confirm teori ku betul, pasal semalam Cik Abe cakap roast beef ku "excellent!" Padahal pakai resipi lain kot, hihihi... Apa-apa hal pun, sengih bini jap :D


Sekian, rancangan shopping mak mak hari ni.

Bak kata Cik Aiyu, "the end".


Saturday, November 24, 2012

I survived Black Friday!

Date: 23rd Nov 2012

Mission: To shop as much as I can!



Honestly, this is my first live Black Friday shopping experience. Last year kami dalam kapal terbang, on the way balik dari Malaysia. Sampai US hari Jumaat, dalam jam 10 malam. Memang tak dapek la kan nak shopping. Sebelum tu, kami di North Dakota. Kedai kat sana ala segan-segan sikit, sungguh tak berselera nak pergi shopping, hihih.. Lelagi cuaca terlampau, confirm bulan November dah bersalji North Dakota tu. Tak koser mak, hahah..

Tahun ni, kedai sasaran adalah Dillard's. Bukan nak beli apa pun, more for Sooyaree's Closet. Untuk diri sendiri, tak tau nak beli apa. Echeh... tak tau nak beli apa kononnn... Padahal dah borong baju sebelum tu, hehe.. Kalau nak beli baju, I prefer to buy online. Nak telek satu satu kat kedai, ehhh.. rasa macam buang masa je. Lelagi kalau masuk fitting room, semua baju rasa nampak gemuk. Padahal memang dah gemuk.


I reached Dillard's at 8:07am (they opened at 8am), and this is the scene inside.

 
 
 
Bag banyak yang dah hilang!
 
 
Ni baru beli bag, yang beli belah barang elektrik kat Walmart tu tak tau la macam mana punya ribut. Mesti banyak tragedi dan drama yang berlaku. Masa nak beli bag ni pun, ada minah sebelah ni sudah bikin panas. We were waiting for the sales assistant to get the purses in the cases. One sales assistant versus everyone else, memang tak terlayan la kan. Tetiba dia cakap apa tah in Spanish with another assistant, tup tup minah tu tolong pass kan satu wristlet ni pada dia. Dah la dia datang lambat dari semorang. Wristlet tu ada dua, bila aku mintak nak tengok satu, minah tu kecek Spanish lagi, dan sales assistant yang tolong amik barang tu, pass kan dua dua wristlet tu kat dia. Hek eleehh... Saje je la kan.
 
Kebetulan dia ada mention satu bag ni kat kawan dia, so bila sales assitant yang asal datang, apa lagi, I asked for that particular bag, hahaha.. Well, I wanted that initially pun. Angin je muka member, hihihi..  Pffffttttttt... padan muka!
 
 
Sooo.. step 1, success!
 
 
 
Hasil tangkapan? Boleh check di blog jiran sebelah, hehe...
 
 
 
Tahun depan boleh ajak Cik Abe borong tv pulak, hahahah...

Thursday, November 15, 2012

Nota kedua....




Sent via the Samsung Galaxy Note® II, an AT&T 4G LTE smartphone

Monday, October 1, 2012

Her new ride

Berkat tertinggal stroller kat Malaysia....


Dapat beli stroller baru, hahahaha...


Keji giler kan.


Ahhh... pedulik.


Bukan takde stroller, ada. Tapi main stroller yang kami pakai, macam agak terlalu besar untuk bawak ke Malaysia. Penuh boot kereta Sally satu hal, nak meredah masuk restoran ke kedai, hal lain pulak. Sudahnya mak nye selalu kena tunggu luar kedai. Tak syiok.


So we opted for a second stroller. Khas untuk bawak ke airport, dan terus ke Malaysia lah. We bought an umbrella stroller, giving the size and weight. Which is not really suitable, especially if you want to share your load with the stroller. Cubalah sangkut bag yang berat, sekali Cik Aiyu turun, terbalik stroller tu. Belum lagi dengan seat yang tak boleh nak recline, kesian anak aku tido kat airport. Tapi tu lah, bukan nak pakai lama pun kan. Sebulan gitu aje.


Anyway, hari tu masa balik US, memang hazab bila takde stroller ni. Nasib baik balik bertiga, kalau berdua, nanges! Mak nye bicep tricep tak kuat nak dukung anak sepanjang masa, especially kalau dia tengah tido. Malas pun ade, hahaha... Bila borak dengan Cik Abe pasal stroller, baru tau, rupanya dia pun tak berapa gemar second stroller yang kami beli tu. Ingatkan mak nye aje. Ok, bukan aku yang mengada, hahaha...


Jadi dengan tak menyempat, mak nye dah beli stroller baru anak dulu.

 
Warna purple you!
 
 
 
Boleh pakai bulan dua nanti, buat balik Malaysia. Oooppsss! :P


Sunday, June 10, 2012

When mommy is down…

Not too sure, weaning hurts Aiyu or mommy more.

T__T

Entah kenapa, dua tiga hari ni tuan tanah emosi sikit. Mungkin jugak la PMS, tapi selalu PMS iolls tak teruk gini. Agaknya double trouble kot, PMS + weaning effect. Yang pasti, tuan tanah tak keruan jadinya. Badan pun lemah aje. Dapat pulak anak yang anti OCD, semua benda dia nak atas lantai. Bila kita mula kemas, dia mula bising. Nak jugak semua benda atas lantai. Nasib baik la ipar duai jauh, jadi rumah macam tongkang pecah pun, takde orang pedulik. Lantak ko la, asal takde yang tergolek sudah.

Alhamdulillah, hari ni dah ok sket. Cik Abe pun sejak tengahari ada rumah, maka tuan tanah mengambil kesempatan untuk keluar kejap sesorang. Pergi pedicure jap, pastu gi kedai beli barang makan. Eventhough it was not even 2 hours, I feel so much better now. Terus balik semangat nak masak nasi ayam, hehehe.. Skang ni kekadang naik confuse, bila fikirkan menu. Kalau dulu masak ala kadar, Cik Aiyu tak berapa nak makan, aku tak kisah. Member menyusu kan. Skang ni, susu lembu dia macam tanak sangat. So kena la fikirkan menu yang kebarangkalian dia untuk makan adalah tinggi. The fact that she might be teething, make it even worse. Makanan kena yang mesra alam gitu, hehehe..

Oh, hari tu kami pergi shopping katil Cik Aiyu. Kami rasa crib dia macam agak kecil skang, and we are sure she will appreciate that cage free part, hehe.. Kami pergi ke Rooms To Go, banyak jugak katil yang comel comel untuk gegirl kat situ.

Tapi nak tau, dalam banyak-banyak katil tu, yang mana jadi pilihan dia?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

DSC05748-e

Katil boboi gak dia nak.

T__T

Punya la dia suka katil ni, siap duk melompat sambil menari atas tu. Kitorang ajak gi tengok katil lain, dia tanak.

Korang agak-agak, kitorang beli tak katil kereta tu?

?

?

?

?

?

?

?

?

Jangan harap, hahahaha…

Beli katil biasa sudah. Tapi nak dapat nye mak aih, 31 Julai nanti, huwwaaaaa…

Agaknya baru nak potong kayu skang ni.

T__T

Monday, May 7, 2012

Coach.com Shopping Spree! Ends on 13th May 2012

*sticky post, please scroll down for the latest entry*

Coach.com spree is back!!!

Save a lot of $$$ with us! Don't believe it? Check out the price below for your dream item (s):

*Coach.com (USD) = Sooyaree's Closet (RM)*
some new designs from coach.com
Step 1:
Browse coach.com

Step 2:
E-mail us at sooyaree@gmail.com the following details:-
- 5 digit model number of the item
- Color/trim of the item
- Price of the item

60% deposit will be needed for the purchase. 
Balance can be paid before we ship it out (May 25th).

Hurry up, offer ends on May 13th at 11:00 pm Malaysian time!

P/S: All merchandise will come with dust bag (if provided) and receipt copy. Gift box will not be included. Price is all inclusive.

Sunday, March 11, 2012

Coach.com Spree is Back! Ends on 11 Mar 2012

*post pakai gam gajah, please scroll down untuk entry terbaru naaaa...*

Coach.com spree is back at Sooyaree's Closet!!!

Save a lot of $$$ with us! Don't believe it? Check out the price below for your dream item (s):-

*Coach.com (USD) = Sooyaree's Closet (RM)*



Step 1:
Browse coach.com

Step 2:
E-mail us at sooyaree@gmail.com the following details:-
- 5 digit model number of the item
- Color/trim of the item
- Price of the item

60% deposit will be needed for the purchase. Balance can be paid before we ship it out (around 19 Mar).

Hurry up, offer ends on Mar 11 at 11:00 pm Malaysian time!


P/S: All merchandise will come with dust bag (if provided) and gift receipt. Gift box will not be included. Price is all inclusive.

Saturday, February 25, 2012

Busy weekend

Aktiviti kami sejak 2-3 hari ni...

Shopping dan shopping dan shopping.

Tapi takde satu pun untuk tuan tanah, semua untuk Sooyaree's Closet. Alhamdulillah, rejeki... Ada juga rakan Mai Korner yang jadi customer, jadi kami ingin ucapkan terima kasseeyyy!

Sebenarnya dalam hati kami sudah ada taman. Eh, ada zoo. Tak sabar nak tunggu Selasa, time tu nak cakap 'babai Texas, hello California!' Kot kot terjumpa Katy Perry kan.. sape tau ;) Pergh, hajat hati tinggi tu! Ikutkan hati dan perasaan, memang teringin nak gi diving kat situ, tapi apa kan daya, dah jadi mak mak ni, pergi bercuti bukan lagi untuk diri sendiri, tapi adalah untuk berjumpa bofren merah anak di SeaWorld dan jumpa rakan-rakan di zoo.

Awek kepenatan shopping. Tapi takpe, lepas tu kena rasuah pergi taman, hehehe...

Sunday, January 22, 2012

Coach.com Spree is Back! Ends on 22 Jan 2012

*sticky post, please scroll down for latest entry*

Coach.com spree is back at Sooyaree's Closet!!!

Save a lot of $$$ with us! Don't believe it? Check out the price below for your dream item (s):-

*Coach.com (USD) = Sooyaree's Closet (RM)*



Step 1:
Browse coach.com

Step 2:
E-mail us at sooyaree@gmail.com the following details:-
- 5 digit model number of the item
- Color/trim of the item
- Price of the item

60% deposit will be needed for the purchase. Balance can be paid before we ship it out (around Jan 27).

Hurry up, offer ends on Jan 22 at 11:00 pm Malaysian time!


P/S: All merchandise will come with dust bag (if provided) and gift receipt. Gift box will not be included.

Monday, January 16, 2012

Toys, gadget, whatever

Oh my, oh my… Rindu sungguh dekat blog.

3 hari tak update, gigil wa cakap lu. Tapi apa kan daya, mak nye tak berapa sihat. Malam tadi terpaksa makan ubat. Kita menyusukan anak, kalau boleh memang nak elak telan ubat. Tapi nak buat camne, kalau tak habis Cik Abe jadi sasaran kena marah pree, hihihi…

Anyway, cik kak kita skang ni sudah semakin berani. Hari tu kan berani turun slide ikut vontot kan… Ingatkan takat slide kat rumah aje. Rupanya slide besar kat taman permainan pun dia sapu! Tinggi weh slide tu, aku yang dah tak berapa remaja ni pun rasa gayat. Mungkin pasal lebih muatan kot, turun laju je, hehehe.. Cik Aiyu slim shady, turun perlahan sket aaa. Konpiden je budak tu panjat artificial climbing rock, pastu turun slide budak besar. Cik Abe kata tadi kat taman, ada budak 3 tahun pun takut nak turun sendiri. Mesti kembang kuncup lobang idong Cik Abe, yang anaknya kecik lagi dah berani.



Budak berani dan permainan baru nye. Ke gajet baru? Gajet permainan baru?



Cik Aiyu dan kamera nye.

DSC03773-e

Sebenarnya ada customer yang nak belikan untuk anak nye, alih alih orang lain lak yang terpengaruh, hahaha…

DSC03775-e

Kalau dah awek tu, tak camwhoring memang tak sah. Sudah le penuh kamera tu dengan gambar lobang idong Cik Aiyu. Takpe, sendiri punya lobang idong, sendiri tengok!



P/S: Belated birthday shout out pada Helen. Semoga bergumbira di Batu Keras menyambut hari jadi yang ke 21, buat ke 21 kali, hahahaha....

Saturday, December 17, 2011

Burger Queen

Kalau di Malaysia ada Burger King….


Di Amarika ada….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Burger Queen.

DSC03401-e

Ni gambar semalam, lepas kami balik dari perjumpaan mak mak di Burger King. Nak hapdet malam tadi tak larat, ngantuk benor. Iolls skang dah mengalami kesan kesan penuaan, jam 11 malam je mata dah jadi berat. Nak ajak haku lepak Hartamas skang, jangan harap. Hartamas Square pun dah tutup kan, hahaha…

Persatuan mak mak hari Rabu ni ada cookie exchange party. Tak pernah ku sangka, satu hari aku akan join parti tukar kukis. Hari tu join parti jual lilin. Tunggu aku pergi parti Tupperware aje nanti, time tu sah sah ada cap mohor “saya gang mak mak” di dahi.

Alang alang dah jadi mak mak kan, shopping pun kena la ala mak mak skang.

Tengok ni, what say you?

DSC03399-e

Ada orang tu ada set pinggan mangkuk baru you!

Open-mouthed smile 
(sambil lobang idong kembang kuncup tahan napas)

DSC03402-e

Persatuan mak mak Malaysia jangan jeles, 18 bijik pinggan mangkuk ni rege less than RM 200 kau. Takyah gi Langkawi, next time datang aje Amarika, hahaha…

Cerita pasal Burger Queen, hari ni seronok tengok dia makan pot roast. Selalu Cik Aiyu ni kureng sket nak makan daging, tapi kalau pot roast, alhamdulillah dia nak. Daging dah lembut kot, senang nak kunyah. Satu lagi yang dia duk gila makan skang adalah kek pisang. Ingat tak kek pisang yang hari tu aku buat? Mek kita yang abiskan hari ni. Siap tarik bekas kek tu dari atas meja lagi, hehehe… Ok, lenkali kalau pisang tak abis, kita tau mana nak salurkan.

Cik Abe lak akhirnya berjaya juga siapkan projek laman belakang dia. Skang ni kami tengah tunggu keluarga mentua datang (diorang dah on the road, tapi buat road trip singgah sana sini dulu) insya allah nak carik picnic table. Baru le fefeeling duduk belakang kan, hehehe.. Cik Abe siap buat path untuk ‘future vegetable bedding’ kami, hahaha.. Agak-agak la kan, haku ni green thumb ke idok ha? Hati selalu panas, tangan boleh jadi sejuk ka?

Monday, December 12, 2011

New toys in town!

Hari ni mode riak dah keluar. Heh, bukan selalu kan. Jadi, sila tahan aje lah k.

Pagi tadi, cuaca mendung. Siap hujan lagi. Tatkala cuaca suram pilu…



Sang isteri: Wake up! It’s almost 10am. Aren’t you working this week?

Sang suami: I will go to work after the refrigerator is here.



Huk alohh…. Camne boleh lupa! *tampar dahi sendiri* Hari ni peti sejuk baru kami sampai!
*lompat-lompat gegar lemak*

Peti sejuk lama idok le rosak, tapi saje je nak beli baru. Nak yang besor sket, hihihi.. Macam la anak patblas kan. Nampak sangat malas nak masak, asyik pre heat apa yang ada.



Memperkenalkan….

Puan May.

DSC03297-e

Tak sampai 2 jam umur, fridge magnet dah penuh, hahaha…

DSC03298-e

Selain Puan May, kami ada gajet baru lagi. Alang alang dah niat nak riak kan, baik tunjuk sekali. Senang, dosa tang bongkak hari ni aje.

DSC03304-e

Meat grinder yang marveles. Tiada lagi minced meat yang serupa grounded meat dari Midamar. Mak grind fresh you!

Tidak lupa pada rakan baru kita, Cik Sakura. Khas untuk buat apam polka dot, boleh tak? Hahahah…

DSC03305-e



Korang macam mana, ada gajet baru tak?

Kot kot bakal ada iPhone 4S pojaan ramai tu kan… Mesti kembang lobang idong kalau jadi antara orang Malaysia terawal yang dapat pakai iPhone 4S ni kan?

Celcom iPhone 4S

Apa lagi, jangan lupa serta Celcom iPhone 4S launching!

Tarikh: 16 Disember 2011
Tempat: La Bodega, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur
Waktu: Beratur mulai 9:00 pm (15 Disember), Jualan bermula 12:00 am (16 Disember)

Kalau tanak beratur pun takpe. Register di Celcom sekarang, pastu nanti korang akan dapat laluan khas. Best kan? Bukan tu aje, siapa yang gi launching, boleh sertai aktiviti & permainan, untung untung dapat hadiah you!

Jangan lepaskan peluang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...