Showing posts with label Leisure n Sports. Show all posts
Showing posts with label Leisure n Sports. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

The fab trends

Hari tu ada orang tanya, apakah kegemaran orang Amerika pada masa kini?

Kegemaran orang Amerika saya kurang pasti, tapi kegemaran orang Malaysia di Amerika, adalah #TheVoice.



Best giler I tell you!!!



Last season aku tengok on and off, tapi Season 2 ni, memang terpacak depan tv setiap Isnin you. Jarang tau aku tunggu rancangan tv, kira rancangan ni special lah :D Cik Abe pun sangkut sama, pastu bising pasal dia lepak lama depan tv. Oh, dia orang Amerika, jadi siri tu memang kegemaran orang Amerika sama lah.

Nak pilih mana yang suka pun susah, semua berbakat belaka. The best thing about this show is no whatsoever drama, unlike American Idol. Yang tu kekadang tengok macam Jersey Shore pun ade. Kantoi aku tengok Jersey Shore, haha.. Tak la, ada sekali tu aku pernah cuba la nak tengok, tapi tak boleh masuk. Kawe dok pahe demo kecek gapo. Banyak bunyi tooot tooot je yang keluar. Pastu bukan ada orang hot pun dalam Jersey Shore tu, lagi lah malas nak tengok, hehehe...

Antara feveret iolls untuk show hari ini...




What say you?



Wajar tak iolls melepak depan sofa 2 jam seminggu? :D

Monday, March 12, 2012

Request #1 & #2

Terima kasih pada semua yang sudi kasi cadangan dari entry lepas. Me likey!

Ada yang kita dah buat immediately, contohnya kasi kemas labeling di tepi tu. Tang nak label semua entry, 25 entry terbaru je baru label. Nak label semua… auwww!!! Mak ade dalam 500++ entry you! Nampak sangat haku ni kuat menceceh kan, hehehe…



Ok, request # 1 dah lepas.

Request #2, suruh letak gambar mak nye.



Gambar baru takde, gambar lama aci tak?

2608_61369986635_608786635_2012867_6194763_n2608_61370646635_608786635_2012875_7515882_n2608_62252776635_608786635_2025560_3479723_n2608_61370656635_608786635_2012877_7711524_n

Oh, zaman wetsuit saiz S ku masih muat, hahaha.. Skang ni tak berani nak cuba, takut meroyan sesorang, hahaha…

Gambar-gambar ni diambil di Sipadan, tahun 2009. Time tu baru kawen, banyak le gambar aku Cik Abe amik. Skang ni, nan hado. Bila aku tanya kenapa tak amik, Cik Abe kata, “Well if I snap your pics, then you will say you look fat”

T__T

Kena batang idung sendiri lagi.



Pengajaran: Kerana mulut, gambar tiada.

Monday, January 23, 2012

Pale lutut ku

Hari ini dalam sejarah.

Ok, sejarah lama berulang kembali.

Hehehe… iolls tengah gumbira sebenarnya ni.



Masa kat kelas Zumba tadi, iolls perasan iolls dah boleh buat satu benda. Satu benda yang aku boleh buat jaman dulu kala, tapi dah fail sejak dua menjak bekerja.


Apakah itu?


Jeng jeng jeng….











Iolls boleh cium pale lutut ku sambil berdiri!

*chicken dance*



Heh… rasa muda remaja jap, boleh stretching gitu. Skang ni time rukuk dalam semayang pun, rasa nak peluk pale lutut. Over kannn.. tak koser!

Rasa nya last aku boleh peluk pale lutut time belajar dulu kot. Pastu bila dah mula kerja, exercise pun malas. Pastu dah kawen, malas jugak. Time preggy, kalau nampak pale lutut pun dah gumbira, hahaha… Itu la kekdah orang mengandung besar di perut aje, perut memang jadi teramat besar!

Tak sia sia iolls ber Zumba. Walau berat tak turun, badan rasa lagi sedap. Yang penting, skang boleh main lompat lompat dengan Cik Aiyu. Dia lompat dalam Jumperoo, aku lompat kat tepi dia. Memang suka dia, tergelak gelak nanti dia. Pastu makin galak la dia lompat. Yang penting bila dah penat, tido pun lena, hihihi…



Pose majalah Mangga Cik Aiyu.

DSC03671-e

Ketet terpaksa dikaburkan, supaya tidak dimarahi anak waktu tua nanti.

Wednesday, December 28, 2011

Fenattttt…

Homaijod, I is rasa nak fengsan hokay.

Nak kata penat jaga anak, tak jugak. Skang kan ada orang kat rumah, memang gua lepas tangan aaa dengan Cik Aiyu. Tapi seperti biasa, lelama anak cari mak nye jugak. Dah kata sumber makanan penenang hati di sini kan, nak tak nak terpaksa la dia beramas mesra dengan ibu sendiri.

Siang tadi kami bawak Grandma & Whitney jejalan bandar Midland. Memula check in post office dulu, pastu kami gi Best Buy. Grandma nak beli kamera. Skang harga kamera dah murah eh? Tengok Sony banyak yang bawah USD150. Chait, time iolls beli dulu nak dekat USD400 kot. Pastu lagi best, skang Sony dah tak pakai kad Sony ProDuo dah. Depa pakai SD aje. Bertambah tambah lah chait haku. Itu le, dedulu Sony fefeeling ala Apple, semua nak benda sendiri. Agaknya ramai yang komplen, tu diorang buat standard je skang ni.

Lepas kami gi Best Buy, kami gi Barnes & Noble pulak. Cik Whitney nak cari cover Nook dia. Iye le, member skang dah ada e-book kan. Mak jugak yang baca kertas skang ni. Tak canggih sungguh. Masa diorang sibuk browse through, aku bawak Cik Aiyu gi section kekanak.

IMG-20111227-00215-eIMG-20111227-00216-eIMG-20111227-00217-e

Seperti biasa, arah tujuan haruslah ke arah boipren nye, Cik Elmo. Gigih dia baca buku, tapi end up yang dipilih adalah drum kecik Elmo. Goyang goyang badan dia, sampai Grandma belanja buku itu, hahahah..

Dari kedai buku, kami gi Olive Garden pulak. Hajat hati nak lunch kat sana, tapi kena beratur sampai 30 minit kalau nak duduk kat meja. Erm, takpe la, kami tapau saje. Bebanyak juadah yang dibeli, iolls suka raspberry white chocolate cheesecake dia. Very the mantap! Memang tak share I tell you.

Cakap pasal cheesecake, tadi kat kelas Zumba instructor tu sound pasal kitorang yang dalam kelas lembik, balik kelas serang cheesecake. Macam tau tau aje, hehehe… Dan dia jugak tanya semorang, berapa banyak berat dah turun sejak join kelas Zumba.

Teka lah wey, jumlah berat yang paling tinggi diturunkan?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

100 lbs!!!!

100 lbs is like 45 kg ok!

Terus semangat aku dalam kelas, hence explains why I am sooo tired now. Ok la, nak masuk tido, permisi ya kawan kawan. Pada yang komen, sorry tak sempat balas. Blame the tired body, not the heart.

xx

Wednesday, December 21, 2011

TV & Zumba

Dapur.

Walau pun takde island (dari dulu berangan nak dapur ber island nih), aku suka dapur aku.

Tau ngape tak?



Dah, asyik la nak main teka teki. Meh iolls kasi jawapan terus.

Aku suka dapur aku, pasal kat depan sinki tu ada lubang yang boleh tengok ruang tamu. Nak pulak kitorang letak tv kat dinding bertentangan, memang cantek sangat ah. Takyah tunggu iklan, boleh lari gi dapur amik air ngan makanan. Pastu waktu basuh pinggan tu, tak le rasa boring sangat pasal boleh tengok tv, hehehe…

Dan yang paling penting, boleh skodeng cik kak kita sorang tu.

Bebudak ni, kalau diorang bising kita susah hati, kalau diorang senyap semacam pun kita susah hati.

Sebagai contoh, pagi tadi aku kat dapur tengah basuh pinggan. Cik Aiyu seperti biasa, layan kartun pagi dia. Selalu kejap kejap dia akan jenguk aku kat dapur, sambil bebel bahasa German dia tu. Tapi pagi tadi, senyap aje. Bila aku angkat muka….


DSC03438-e

Hewahhhh… dekat sungguh awak tengok tv!

Siap time keluar lagu, dancing dancing dalam laci lemari. Sat gi esok lusa laci tu jatuh, jangan salahkan Ikea. Salahkan anak yang menari dalam laci.

Time tu keje kat dapur tak siap lagi, jadi aku biarkan dulu. Bila semua dah settle korang tau aku jumpa dia katne???



DSC03439-e

Hewahhhh… naik lagi satu anak tangga!

Camno tu, mana la mak kamu ni tak bertambah kedut di muka.

Cakap pasal diri sendiri, tadi iolls pergi kelas Zumba uolls! Haaaa… don’t play play haaa…

Hari tu ada reader mentioned pasal kelas Zumba kan. Time tu aku cam tak sure, ape pulak la kelas ni. Ingatkan ala ala capoeira gitu. Tak lalu mak, badan dah season ni. Pastu hari tu lak Hidayah mintak tolong belikan CD Zumba. Haish, takleh jadi ni. Iolls nak gak join trend semasa kan. Nak ber marathon, macam takpe la kan, hehehe.. Jadi setelah ku Google, rupanya ada kelas Zumba dekat dengan rumah. Macam best aje, kelas menari gitu. Ala ala Wii Just Dance, tapi ada instructor.

How did I like it?

Best gilos! Cuma skang ni aku rasa macam Robocop, segala macam sendi sakit. Agak-agak kasi 2 bulan, boleh tak iolls transformasi macam Miranda Kerr? Dia pun anak satu kan, hehehe..

Friday, October 8, 2010

Diving

Duduk sendirian di petang hari, terkenang ku pada zaman dahulu kala...

Takde la purba sangat, I masih muda hokay.

Diving.

Waaa.. my feveret masa single dulu. Kalau balik Malaysia je, rasa nak ke laut. Nasib baik tak sangkut dengan abang Bajau Laut.

Minat memang dah lama, sejak dari zaman belajar lagi. Tapi tu lah, setakat hari Khamis dah mula makan maggi (tiap-tiap hujung minggu balik rumah untuk basuh baju dan top up makanan & duit, hahaha, buruk perangai), lagi ada hati nak diving tengok ikan. Driving tengok ikan kat pasar tani boleh lah.

Bila dah mula keje, hal lain pulak timbul. Dollar sign sudah mula utuh, tapi masa pulak takde. Terima kasih kepada kuasa internet, ku terjumpa Sealantis online. Dan terima kasih juga pada N yang dengan baik hati melayan luahan perasaan ku di padang pasir. So balik aje Malaysia, ku terus pergi One Utama untuk sign up Open Water course. Since Sealantis ada swimming pool, ku buat confine water kat situ aje. Theory test pun amik kat situ, senang tak yah memenatkan badan nak buat kat pulau nanti.

Untuk dapatkan cert, ku pergi ke Pulau Tioman. Trip yang best pasal disertai oleh 5 orang awek yang ala-ala nak sunbathing di Pulau Tioman. Kira all girls day out lah. Bergegar Prado dengan sesi gosip, mengumpat, sing along yang ala sumbang, teka-teki dan bermacam keseronokan lagi. Kami sampai ke Mersing agak lewat, so kena bermalam di hotel Seri Malaysia untuk naik bot awal esok pagi. 6 orang pompuan dalam satu bilik, memang tak elok. Gamat!

Di Pulau Tioman, kitorang duduk di Pulau Payar. Memang betul-betul ada paya, teringat cerita Swamp Thing dulu-dulu. Sebelum instructor kasi diving, dia ada buat refreshing course gitu. Nasib baik semuanye ok. Untuk dapat Open Water certificate, ku kena buat 3 dive yang dalamnya tak melebihi 18 meter. Pulau Tioman memang amat sesuai kerana semua dive site dia agak shallow gitu. Dan yang pasti, banyak ikan-ikan yang menarik hati. Nak Nemo? Sea turtle? Bruce? Semua ada... Mula-mula nak turun tu agak takut lah, memang tak tipu. Tapi sekali dah kat bawah tu, subhanallah, memang rasa tak nak naik. Tapi kenalah naik, pasal ku bukan Duyung Aridinata yang nak duduk dalam air kan.

Yang pasti, diving ni memang orang kata "sekali cuba nak lagi". Sejak dapat cert tu, memang semangat berkobar-kobar nak masuk laut. Tapi apa kan daya, kerja tengah padang pasir. Usahkan laut, longkang pun takde, hehehe...




P/S: Gambar diving takde pasal time ni takde underwater camera lagi :D

Friday, April 30, 2010

Su Do Ku



Ada sesiapa addicted to Sudoku tak?

It used to be my travel companion. Kadang2 baca buku masa travel dulu, tapi bila tulisan tu kecik sangat, rasa sakit mata la pulak kan. Then there was this time, airline mana tah kasi food cover yang ada Sudoku. Siap kasi pensel lagi. That was the first time cuba buat Sudoku ni, and then i was like 'not bad, not bad at all'

Sejak tu, memang rajin la beli buku Sudoku ni. Memang elok to kill the time, esp masa transit. Selalu beli air ke makanan, duduk one corner main Sudoku ni. Layan....

Pas tu skang bila dah tak travel, kurang la main Sudoku ni. Tapi hari tu masa kat US, tiba2 teringat nak main balik game ni. Bukan pasal apa, i was reading somewhere about pregnancy, dan antara aktiviti2 yang disyorkan adalah mathematical solving. Time tu terfikir, since i am no longer working, i hardly use my brain except for discounts, hahaha... Bila dah mula, biasa la, rasa syok balik. The fact that the baby is kicking setiap kali tengah buat Sudoku makes it more interesting. Hopefully it helps somehow lah kan :)

Wednesday, April 14, 2010

Wii Fit Plus



Sebenarnya dah lama dah kitorang cari game ni, Wii Fit Plus. Sejak dari X'mas 2009, tapi asyik sold out aje. Akhirnya hari tu rezeki terpijak, jumpa jugak satu set. Apa lagi, harus lah kan.

Game ni best pasal kita boleh work out dalam rumah. Amat sesuai utk org yang tak konsisten nak ke gym, atau yang malas nak keluar rumah bila cuaca suam2 kuku gini (dah tengah bulan 4, still 8 degC, how la?) Dalam game ni dia ada simpan profile kita, amik berat setiap hari utk kira BMI. Setiap aktiviti akan diambil kira, berapa kalori kita bakar. Kira lagi lengkap dari peralatan gym gitu, hehehe. Paling kelakar bila sehari tak buat, game tu akan 'too busy to work out eh?' Banyak pulak cakapnya, hahaha..

Kepada sesiapa yang ada Wii, disarankan beli game ni. Memang best! Nampak mudah, tapi sebenarnya tak sesenang mana. Paling best kita boleh work out di rumah sendiri, ikut time sendiri. Enjoy!

Wednesday, March 24, 2010

Malaysian Female Rugby Team for Hong Kong 7's!!!


GO MALAYSIA!!!

MAKE US PROUD!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...