Showing posts with label Zumba. Show all posts
Showing posts with label Zumba. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Pale lutut ku

Hari ini dalam sejarah.

Ok, sejarah lama berulang kembali.

Hehehe… iolls tengah gumbira sebenarnya ni.



Masa kat kelas Zumba tadi, iolls perasan iolls dah boleh buat satu benda. Satu benda yang aku boleh buat jaman dulu kala, tapi dah fail sejak dua menjak bekerja.


Apakah itu?


Jeng jeng jeng….











Iolls boleh cium pale lutut ku sambil berdiri!

*chicken dance*



Heh… rasa muda remaja jap, boleh stretching gitu. Skang ni time rukuk dalam semayang pun, rasa nak peluk pale lutut. Over kannn.. tak koser!

Rasa nya last aku boleh peluk pale lutut time belajar dulu kot. Pastu bila dah mula kerja, exercise pun malas. Pastu dah kawen, malas jugak. Time preggy, kalau nampak pale lutut pun dah gumbira, hahaha… Itu la kekdah orang mengandung besar di perut aje, perut memang jadi teramat besar!

Tak sia sia iolls ber Zumba. Walau berat tak turun, badan rasa lagi sedap. Yang penting, skang boleh main lompat lompat dengan Cik Aiyu. Dia lompat dalam Jumperoo, aku lompat kat tepi dia. Memang suka dia, tergelak gelak nanti dia. Pastu makin galak la dia lompat. Yang penting bila dah penat, tido pun lena, hihihi…



Pose majalah Mangga Cik Aiyu.

DSC03671-e

Ketet terpaksa dikaburkan, supaya tidak dimarahi anak waktu tua nanti.

Wednesday, December 28, 2011

Fenattttt…

Homaijod, I is rasa nak fengsan hokay.

Nak kata penat jaga anak, tak jugak. Skang kan ada orang kat rumah, memang gua lepas tangan aaa dengan Cik Aiyu. Tapi seperti biasa, lelama anak cari mak nye jugak. Dah kata sumber makanan penenang hati di sini kan, nak tak nak terpaksa la dia beramas mesra dengan ibu sendiri.

Siang tadi kami bawak Grandma & Whitney jejalan bandar Midland. Memula check in post office dulu, pastu kami gi Best Buy. Grandma nak beli kamera. Skang harga kamera dah murah eh? Tengok Sony banyak yang bawah USD150. Chait, time iolls beli dulu nak dekat USD400 kot. Pastu lagi best, skang Sony dah tak pakai kad Sony ProDuo dah. Depa pakai SD aje. Bertambah tambah lah chait haku. Itu le, dedulu Sony fefeeling ala Apple, semua nak benda sendiri. Agaknya ramai yang komplen, tu diorang buat standard je skang ni.

Lepas kami gi Best Buy, kami gi Barnes & Noble pulak. Cik Whitney nak cari cover Nook dia. Iye le, member skang dah ada e-book kan. Mak jugak yang baca kertas skang ni. Tak canggih sungguh. Masa diorang sibuk browse through, aku bawak Cik Aiyu gi section kekanak.

IMG-20111227-00215-eIMG-20111227-00216-eIMG-20111227-00217-e

Seperti biasa, arah tujuan haruslah ke arah boipren nye, Cik Elmo. Gigih dia baca buku, tapi end up yang dipilih adalah drum kecik Elmo. Goyang goyang badan dia, sampai Grandma belanja buku itu, hahahah..

Dari kedai buku, kami gi Olive Garden pulak. Hajat hati nak lunch kat sana, tapi kena beratur sampai 30 minit kalau nak duduk kat meja. Erm, takpe la, kami tapau saje. Bebanyak juadah yang dibeli, iolls suka raspberry white chocolate cheesecake dia. Very the mantap! Memang tak share I tell you.

Cakap pasal cheesecake, tadi kat kelas Zumba instructor tu sound pasal kitorang yang dalam kelas lembik, balik kelas serang cheesecake. Macam tau tau aje, hehehe… Dan dia jugak tanya semorang, berapa banyak berat dah turun sejak join kelas Zumba.

Teka lah wey, jumlah berat yang paling tinggi diturunkan?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

100 lbs!!!!

100 lbs is like 45 kg ok!

Terus semangat aku dalam kelas, hence explains why I am sooo tired now. Ok la, nak masuk tido, permisi ya kawan kawan. Pada yang komen, sorry tak sempat balas. Blame the tired body, not the heart.

xx

Wednesday, December 21, 2011

TV & Zumba

Dapur.

Walau pun takde island (dari dulu berangan nak dapur ber island nih), aku suka dapur aku.

Tau ngape tak?



Dah, asyik la nak main teka teki. Meh iolls kasi jawapan terus.

Aku suka dapur aku, pasal kat depan sinki tu ada lubang yang boleh tengok ruang tamu. Nak pulak kitorang letak tv kat dinding bertentangan, memang cantek sangat ah. Takyah tunggu iklan, boleh lari gi dapur amik air ngan makanan. Pastu waktu basuh pinggan tu, tak le rasa boring sangat pasal boleh tengok tv, hehehe…

Dan yang paling penting, boleh skodeng cik kak kita sorang tu.

Bebudak ni, kalau diorang bising kita susah hati, kalau diorang senyap semacam pun kita susah hati.

Sebagai contoh, pagi tadi aku kat dapur tengah basuh pinggan. Cik Aiyu seperti biasa, layan kartun pagi dia. Selalu kejap kejap dia akan jenguk aku kat dapur, sambil bebel bahasa German dia tu. Tapi pagi tadi, senyap aje. Bila aku angkat muka….


DSC03438-e

Hewahhhh… dekat sungguh awak tengok tv!

Siap time keluar lagu, dancing dancing dalam laci lemari. Sat gi esok lusa laci tu jatuh, jangan salahkan Ikea. Salahkan anak yang menari dalam laci.

Time tu keje kat dapur tak siap lagi, jadi aku biarkan dulu. Bila semua dah settle korang tau aku jumpa dia katne???



DSC03439-e

Hewahhhh… naik lagi satu anak tangga!

Camno tu, mana la mak kamu ni tak bertambah kedut di muka.

Cakap pasal diri sendiri, tadi iolls pergi kelas Zumba uolls! Haaaa… don’t play play haaa…

Hari tu ada reader mentioned pasal kelas Zumba kan. Time tu aku cam tak sure, ape pulak la kelas ni. Ingatkan ala ala capoeira gitu. Tak lalu mak, badan dah season ni. Pastu hari tu lak Hidayah mintak tolong belikan CD Zumba. Haish, takleh jadi ni. Iolls nak gak join trend semasa kan. Nak ber marathon, macam takpe la kan, hehehe.. Jadi setelah ku Google, rupanya ada kelas Zumba dekat dengan rumah. Macam best aje, kelas menari gitu. Ala ala Wii Just Dance, tapi ada instructor.

How did I like it?

Best gilos! Cuma skang ni aku rasa macam Robocop, segala macam sendi sakit. Agak-agak kasi 2 bulan, boleh tak iolls transformasi macam Miranda Kerr? Dia pun anak satu kan, hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...