Showing posts with label Families. Show all posts
Showing posts with label Families. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Hello again

 Hello Malaysia!
 
Ha ha, more like belated hello.
 
Dah lebih seminggu sampai, baru nak update blog.
 
What to do, tuan punya blog malas. Penat pun iye jugak.
 
Dengan melayan jet lag anak-anak selama seminggu. Penat weh, lelagi diorang dua amik giliran nak tido. Sorry Aiyu, mommy loves you very much but I have to be on #teamaaron. Aaron tido, mommy join sama. Awak dah besar kan, so boleh layan blues sesorang.
 
 
 
Alhamdulillah, perjalanan kami kali ni berjalan lancar. Memandangkan dah 2 kali flight dari Midland buat tinja, kali ni kami tekad nak fly dari Dallas. Fikir-fikir memang lah kena drive 5 jam, tapi kalau campur dengan fly time and transit at Dallas airport, lebih kurang kot. At least satu transit dah takde.
 
Walaupun rupa mommy serupa Sherpa naik gunung Everest masa kat airport hari tu, kami sampai juga ke Malaysia. Ramai juga orang yang tegur, cakap iolls berani. Tah tah diorang ingat I gila, hahaha.. What to do, sape suruh gatal kawen dengan orang Amerika. Padan muka sendiri la, nak balik kampong yang amat jauh. Tapi dalam jauh tu pun, tak yah nak gaduh laki bini tahun ni balik raya rumah sape. Kompem rumah I jadi pilihan, hihihi...
 
 
Balik kali ni seronok, pasal Sally selalu ada di rumah mak. Dia tengah mengandung, tak larat nak jaga Cik Rose sesorang kat rumah. Best lah Cik Aiyu ngan Abam Aaron, ada gang.
 
 
The usual suspects.
 
Suspect yang menghias carpet nenek dengan cereal puffs. Orang kasi dalam mangkuk elok elok, diorang nak juga sepah kan atas carpet. Pastu kutip masuk mulut dari situ.
 
T__T
 
Lantak korang la. 

Wednesday, March 19, 2014

He makes me happy

Kesian kan hidup ni.
 
Bila takde anak, kita nak anak.
 
Bila dapat anak, anak kita asyik nangis, kita fikir, "cepat la bercakap, mami tak paham apa awak nak".
 
Bila anak dah pandai cakap, diorang bingit la pulak. Tak berhenti bercakap.
 
T__T
 
Itulah kisah Cik Aiyu sekarang. Banyak sungguh benda dia nak ajak borak, sampai kekadang tak terlayan. Kalau dia cakap biasa biasa takpe la gak, ini kekadang dia cerita pasal My Little Pony la, pasal mommy is a girl, daddy is a boy la, pasal nama kawan-kawan sekolah dia laaaa.... Sampai tahap nak borak dengan Cik Abe pun susah. Ada intermission selalu.
 
Selalunya I cuba la layan dia borak, tapi kalau dah banyak sangat, I suruh dia senyap.
 
"Mommy needs to work, I need it to be quiet".
 
Sian dia kan. Tapi memang betul. Kekadang sampai tersasar apa nak taip bila balas e-mail customer.
 
 
 
Dalam banyak borak, pagi Isnin lepas Cik Aiyu telah kasi satu statement tak menahan.
 
"Mommy, Aaron cries a lot. He spits a lot, but he makes me happy".
 
 
 
Sungguh auuwwww moment kan.
 
:D
 
 
 
Terharu jap I tau.
 
I guess one of my biggest fear before we had Aaron was, what if Aiyu doesn't like the new one. I saw it before, some sibling rivalry can be pretty bad. Ada bawak terkesan sampai besar.
 
Alhamdulillah, so far we are blessed with loving kids.
 

Saturday, March 1, 2014

A day in Melaka

 Bulan baru, entry baru, hihihi...
 
Tak tau mana nak mula, banyak sangat aktiviti yang dah dibuat. Jumpa kekawan dah, pergi wedding kawan dah, pergi birthday dinner kawan dah, kira terisi juga lah waktu balik Malaysia kali ni.
 
I tak kisah sangat pun, kalau waktu balik Malaysia, I duduk golek golek kat rumah, tapi Cik Abe selalu pesan, pergi la keluar jumpa kekawan dan extended family. Agaknya risau pasal kat US bini asyik terperap dalam rumah, kalau kat Malaysia pun sama, lama-lama bini jadi jeruk masam, hehehe... Kita pun bukan apa, faham yang semorang ada kerja memasing. Can't expect for everyone to drop whatever they are doing just because I am in Malaysia. Betul tak?
 
Untuk tidak mengecewakan Cik Abe, hari ni, kami mengorak langkah yang lebih jauh.
 
Kami pergi Melaka you.
 
Ada undangan perkahwinan, adik pada kawan baik arwah Helen. Ikutkan Melaka tu jauh jugak lah untuk I, tapi bila fikirkan, kalau arwah Helen ada, mesti kami akan ke Melaka. So off we went.
 
 
 
Dari Kelana Jaya, kami masuk LDP untuk ke Kajang. Dari Kajang, kami ikut Lebuhraya Utara Selatan. Leburaya la sangattt... belum sampai Nilai, dah jam giler. Lama gak kami stuck dalam jam. Tak tau la pasal construction ke, atau pasal ada accident. Masa atas jalan tu, ada lah ambulance 2-3 bijik lalu kat lorong kecemasan. Harap-harap kalau ada kemalangan tu, takde la yang cedera parah. Kesiannn...
 
Rasanya dalam 3 jam juga sebelum kami sampai ke Ayer Molek, Melaka.
 
 
Best kan tangga orang Melaka. Belum lagi part sidai baju bawah rumah. Jakun.com jap tadi. Nak snap gambar, tapi I is shy shy cat.
 
 
Ni je gambar kenduri yang ada, hahahaha... Part nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma, tapai pulut, kuih "ku", semua lupa. Sedap sehingga menjilat jari! (pasal senang nak basuh tangan pun iye gak, hehehe) Dengar khabar tuan rumah baru sembelih lembu jam 4 pagi tadi. Memang daging fresh from the farm kekdahnya.
 
Kami duduk tak lama, pasal sampai lambat kan. Alhamdulillah jalan balik tak sesak.
 
Abam Aaron yang gembira pasal dah sampai Melaka, hehehe... 

Thursday, August 8, 2013

Selamat hari raya



Selamat hari raya daripada kami sekeluarga. Maaf zahir dan batin, kalau ada yang terkurang atau yang terlebih. Terkasar bahasa atau tersalah taip.


Harap semua sedang bergembira di samping keluarga tercinta. Kalau nak jalan-jalan tu, hati-hati tau. We just lost a dear friends a few days ago due to motorcycle accident :(

xx

Saturday, July 27, 2013

From Malaysia with love

Oh my Malaysia, lama sungguh sudah tidak upload blog.

Tuan punya blog adalah tidak berapa sihat sejak hari Sabtu lepas. Memula selsema dengan kadar paip hidung bocor terlampau, pastu hari Isnin mula dapat batuk pulak. Unfortunately, I still have it til today. Kesian kan?

*dengan kadar menarik simpati*

Doktor dah jumpa, harap-harap lepas dah habis antibiotik ni, baik la.

Oh ya, Selasa lepas, adalah hari jadi I.


Gang bas sekolah yang menanti dengan penuh sabar. Sorang tak dapat join, pasal sibuk tido sepanjang hari.




Ehemmm.... mami jarum enterprem.


Kek harijadi yang baru dapat malam tadi, hahaha.. Ingatkan nak pergi beli rainbow cake kat kat Bisou, self celebration gitu. Tapi malas giler nak drive, hehe.. Kadar malas adalah di tahap kronik skang, sampai pasar Ramadan pun tak jenguk lagi. Can you believe it? Padahal waktu kat US, punya lah berangan nak pergi pasar Ramadan hopping. Sudah nya, satu pun tak sampai.Guling-guling kat rumah lagi enak, hehehe...

As for Cik Aiyu, dia ok aje. Member ada perasaan jeles pada baby Ariana Rose. Selama ni dia kata "Aiyu is babi's baby" *ye, dia panggil my sis baby*. Tetiba datang Malaysia, babi ada baby sendiri. Memula ada adegan tepuk menepuk. Hari tu dah kena tarbiah dengan mommy dalam kereta, lepas tu baik sikit. Tapi dalam baik tu, dia sempat gak kekadang mengakhiri usapan lembut di kepala baby Rose dengan piat di telinga bayi tidak berdosa itu. Kesian baby Rose, jadi mangsa dera sepupu sendiri.

Itu lah, lenkali jangan jadi makcik pilihan. Sekali dapat anak, anak sedara semua tak puas hati, hahaha... Siap ada statement lagi "Elehhhh... baby Rose konon. Asyik tido aje. Baby Rose layu". 

Sunday, June 16, 2013

Meet baby Arianna

Hi! Nama saya Arianna Azizul!
 
Alhamdulillah, sudah bertambah sepupu Cik Aiyu lagi seorang. Ini anak Sally and Jon. Their first baby :)
 
To Sally and Jon, congratulations! Welcome to parenthood. Kekadang bisa bikin kepala pusing, but in the end, it's all worth it :)
 
Ni makin tak sabar nak balik Malaysia! Insya allah, lagi sebulan, hihihi...
 

Tuesday, February 12, 2013

Wau. Pretty wau.

How was everyone's weekend? Mesti lemau aje kan nak masuk kerja balik, hehehe..

Kami pun 2-3 hari ni busy sikit, walaupun tak celebrate Chinese New Year. Sungguh tak best ok, takde honey mandarin untuk dimakan. Tarian naga pun takde, tarian Justin Timberlake ade lah, masa Grammy's Award hari tu.

Honestly this week has been a bit harder on us. Cik Aiyu macam tak sihat, her temperature naik, dalam 100 to 101 degF. She still eat & play, but her nose is runny. Sikit sikit minta tissue. To make it worse, she has mucus on both eyes too. Nak kata conjunctivitis bukan, mata tak merah. Just extra discharge. Esok kalau tak elok lagi,  I will call the doctor. Harap-harap takde apa yang serious lah.

Tu tang Cik Aiyu. As for the family, Cik Abe baru terima panggilan dari MIL pagi tadi. She informed him that her brother (i.e. Cik Abe's uncle) passed away on last Sunday. May he rest in peace. They will have the funeral this weekend, and again, we won't be able to make it. Cik Abe will be working until Sunday, and I will fly off to Malaysia on Monday. Four deaths of immediate family member in less than 8 months period. None that we can visit for the last time. That's the price of being far from your family.

Anyway, tamau cerita sedih dah.



Dalam tak sihat ni, Cik Aiyu jumpa satu hobi baru.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Belajar huruf jawi, hihihi...


Flashcards ni beli dah lama, tapi sebelum ni dia tak minat nak belajar. Takkan nak paksa kan, anak I baru umur 2 tahun you. I am no tiger mommy, hahaha... Oleh itu, duduk la kad tu diam-diam dalam laci.

Tetiba, beberapa hari lepas, cik kak kita keluarkan.

"Mommy, read this."

Ok, berehhhh....

Apparently she got really interested, she asked me to repeat it again and again! Sekarang ni sehari 3-4 kali gak la dia suruh baca. Ada lah beberapa huruf yang dia kenal, macam huruf alif, ba, mim dan wau.

Tapi yang wau tu, special sikit.

Kalau dia jumpa huruf wau, dia akan berenti lama, dan gosok-gosok huruf wau sambil berkata,

"Wauuu... pretty wauuuuu."



Eh eh, huruf pun ada yang lawa ke nak?

Sunday, January 27, 2013

Grandma's birthday

Hari ni, tuan tanah dah mula senyum kambing sesorang.

:8D

*kembang sungguh hidung setongkol bawang ku ini bila syiok sendiri*

Mana tak nye, esok nak berjimba, hahaha..

*chicken dance*

Esok insya allah, kami akan pergi ke San Antonio. Saje nak bawak MIL jejalan dalam Texas. Midland ni sah sah le boring, so kami panjangkan sedikit langkah. Lagipun makcik Cik Abe, merangkap biras merangkap jiran MIL ada di San Antonio. Isteri sepupu Cik Abe yang duduk sana, nak bersalin tak lama lagi. So mak mertua datang tolong jaga. Anak dah ada dua, ni masuk nombor tiga. Tu yang kena ada dayang datang membantu. Mak isteri sepupu Cik Abe ni dah takde tak silap, so kena la bermanja dengan mak mertua.

I kalau sampai San Antonio, confirm le tak nampak yang lain. Hanya San Marcos outlet dalam hati, hahaha.. Sana best weh, macam-macam ada. Gucci? Prada? Ferragamo? Mak sukaaaaa... Suka tengok je la, beli tak tentu lagi, hehehe... Kedai True Religion pun ada, haruslah survey petite jeans mereka. Sizing mereka kena pada I. Kat sini benci giler kalau beli jeans. Beli yang normal, kena alter. Potong seluar dah le mahal, dekat $20. Padahal kekadang jeans $25, camno? Kalau beli petite size lak, selalu senteng. Mengikut kata kekawan, kaki I panjang bagi ketinggian I. So kalau Britney Spears buat lagu, jadi "I'm not a petite, not yet a tall lady".

Anyway, tu esok punya cerita. Kami plan nak bertolak jam 12 tengahari, lepas amik Cik Aiyu kat sekolah. Skang ni mek kita suka jadi parrot. Apa kita cakap, dia ikut balik. Tapi bila I cakap "mommy pretty", dia bantai "Aiyu pretty". Cis, tak kasi peluang langsung.


Pretty ke?


Yang ni boleh la, cari makan sket.

Jumaat lepas birthday Grandma nye. Kami sambut kecil-kecilan aje. Memandangkan semorang dalam rumah ni suka cheesecake, I pun pergi le Barnes & Nobles beli whole cheesecake. They carry Cheesecake Factory nye cake, so memang meletop. Tapi potong sungguh, pasal kek dah siap-siap kena potong, hahaha... Oh well, senang nak serve, tak? ;P


Grandma nye kata lilin terbalik. Bukan 54, 45 tau, hahahaha...

Monday, December 24, 2012

Our projects

Ho ho ho!

Merry Christmas!

Mesti boring je orang keje opis kan... Ahad cuti. Isnin kerja. Selasa cuti balik. Minggu depan pun sama, hahaha.. Kat sini sekolah cuti 2 minggu tak silap, maka ramai yang balik kampung gitu. Sini kampung tak main le 2 jam driving, sungguh tak mencabar. Rata-rata yang kami kenal, semua drive dalam 10 jam gitu. Macam orang Johor nak balik Perlis!


Kami takde buat ape pun, pokok takde, stokin pun takde. Cik Abe tanak letak. Kita dah hint hint, dia tanak gak. Takkan I pula nak pergi beli kan, sungguh over you. Macam kita pulak yang nak beraya, hehehe.. Tapi apa pun, yang penting cik kak kita tau apa itu Santa. Mungkin dia belajar dari tv, pasal sekarang semua channel ada cerita raya. Tup tup hari tu tengah jalan, dia point out,

"Look mommy, it's a Santa!"

Good girl!

Sepanjang minggu lepas, Cik Abe ada buat projek baru.


Suka betul dia projek yang melibatkan kayu. 

Kali ni, Cik Abe bikin store pulak.


We realized that we need more storage to put all the craps we have, hahaha... Mostly space consuming items, like Aiyu's endless stuff, luggage bags, his hand tools, and so on. Harap-harap dengan tiadanya barang-barang ini di dalam rumah, boleh la mak nye ganti ruang kosong dengan kasut baru *oops*.


He'll paint the store dark, similar to our gate color. Tapi nanti-nanti lah kata dia.

Meanwhile, the ladies have some other project inside.


Nothing fancy, just banana bread. Ada pisang 3-4 biji yang dah naik hitam, sayang nak buang. Cik Aiyu memang favorite dia kalau membakar ni.


Not so much for the cake, but for the dough!

Licin mangkuk tu dia kerjakan! Erm, kids after 2 won't get salmonella right? :P

Monday, November 12, 2012

While we were gone...

Some asked, how did Aiyu go without us?



Grandma ngan grandpa cakap "ok la!"



Tapi kitorang kata, kalau tak ok pun, takkan la diorang nak cakap tak ok kan? Hahaha.. so semua ok aje.



I guess she really did good, because she had her time filled up. Banyak aktiviti kat sini, bukan macam kat rumah. Ke mak nye yang malas nak entertain anak?

Grandma rajin bawak cucu jalan-jalan, dan kalau cuaca sejuk gini, jalan memang cepat penat! Bukan penat kot, cepat rasa nak balik, hehehe... Plus side Cik Aiyu ada sepupu yang tinggal dekat sini, so kira bonding time diorang lah.



They baked together.


Laughed together.


Cuma Millie tak puas hati, pasal Aiyu panggil dia "Minnie". Oh well, kita cuba lain kali ok?

Sepupu baya Aiyu pun ada, tapi diorang tak kamcing sangat. Boleh la main sekali, tapi memasing lagi suka main dengan orang lain, hehehe.. Kreed sekarang tengah gilakan Thomas the Train, so semua benda pun dia chooo choooo kan.



Time tido?



Grandma cakap sonang aje.


Atas lantai pun jadi.


Sunday, November 11, 2012

Date night & early Thanksgiving

At lastttt....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


After 2 years and 4 months....



We finally managed to get a date night!



I've been always there to tuck my baby good night. Except for this one night when we had mommies night out. Besides that, I'm always by Aiyu's side.



So what happened was, kawan baik Cik Abe ada performance on Friday night in Fargo. Ahli musik jahh... It's the town where he went to college, which is about 2 hours drive. MIL cakap, pergi lah berdua. Dia akan jaga Aiyu. We were not too sure what to expect, takut menyusahkan keluarga mentua pulak kan. Tapi pasal MIL berkobar-kobar nak jaga cucu, kami pun terima cabaran nya itu. Orang dah offer, tak baik tolak, hahahah...

Ramai yang kata, it will be hard for the mom to let go. If you ask me, ehhhhh.. I think I can always do it again, hahaha.. Maybe the fact that I spend A LOT of time with Aiyu, jadi rasa bersalah tu tak timbul. Nak risau pun tak sangat kan, pasal tinggal dengan nenek atuk. Tinggal dengan babysitter tu mungkin la :D

Things that we enjoyed while we were there....



Sitting, and talking, and eating. NO RUSH.



Lepas 24 jam lupa diri, kami pulang ke pangkal jalan. Since we won't be here for Thanksgiving, we sort of having an early Thanksgiving dinner.

Cuaca macam memahami, terus turun snow you.



Tingkat atas:



Tingkat bawah:




Kepada yang lain,

Selamat Hari Deepavali!


Thursday, September 13, 2012

Melaka sneak preview



Penat nye balik dari Melaka. Kurang sikit penat dari balik Amerika, hehehe... Kecuali takde pakcik TSA menanti di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka lah. Ikutkan dari Melaka ke Petaling Jaya tu tak le jauh mana, tapi seperti biasa, banyak menyinggah, hahaha...
 
Will update on our quick getaway soon, insya allah.
 
Just that while we were visiting the historical state, we found out that our uncle in Minnesota passed away, due to cancer.
 
To auntie Carol, we are so sorry to hear about uncle Mitch. Our thoughts and prayers are with you during this tragic time.

Saturday, September 8, 2012

A crazy week and thank you

Oh my, what a crazy week!

And oh yes, bofren dah sampai Malaysia hari Khamis lepas, so blog dah tak perlu 'oh my english' sangat, hahaha.. Jangan sebut kemera, camera okkk :P

Anyway, esok Sally nak kawin. Kesian dia, kena serangan seksual oleh sepupu-sepupu yang tidak bertanggungjawab. Macam-macam komen ada, tapi tak sesuai ditulis di blog yang kategori Umum ini, hehehe... Jadi dari pagi tadi tukang kipas merangkap pengisi telur di bunga pahar merangkap penampal sticker merangkap penjahit bunga penanggah sudah mula bertugas. Busy nye kalah time nak kawen dulu, hahaha.. Tu nasib baik kenduri tak buat kat rumah, kalau takkk... fengsan!

Besides that, there were few incidents that happened in this week, which I prefer to keep it to myself. I guess some people will never be satisfied, regardless what you do to keep them happy. Biasalah kan manusia, seribu benda elok kita buat tak nampak, satu benda tak elok kita buat, yang tu nak dikenang sampai bila-bila. Oh well.

Top story, maid kami lari. Tak sampai sebulan kerja, tetiba menghilangkan diri. Dia lari bawak baju dia yang cantik-cantik aje, nasib baik barang kami tak diambil sekali. Barang dia pun banyak yang ditinggal, termasuk kain pelikat suami nya, dan telekung. Menurut kata dia pada pembantu jiran, dia stress kerja kat rumah kitorang. Ehhh.. takat spenda dia pun kita yang lipat kekadang, nak stress tang mana tu? Siang-siang baring golek-golek, petang-petang tengok tv pun stress. Esok pasport dia mati, jadi bermakna dalam Malaysia ni bertambah seorang PATI, hehe...

Enough with the madness, I just want to personally thank a few people here too. First of all, to Farah who have sent a lot of gifts for Cik Aiyu. Ada Winnie the Pooh plush, pinggan Mickey & a gorgeous cardigan. Thanks a lot Farah! Duk nak call, asyik terlupa. Jadi kita buat shoutout dulu, hehehe...

Secondly, thanks to the anonymous who visited arwah Helen (Norshakila Mat Arif) yesterday. My dad was there, and he mentioned someone from this blog dropped by arwah's place this morning. It really means a lot to us :) I was surprised, and touched at the same time. Only Allah can pay your good deeds :)

Oooppsss.. sebelum kena tinju.

Curi gambar Cik Aiyu dari FB Jaja, hehehe...


3 cucu bongsu.

Lain mak, lain bapak.

Dahi sama jendul, pipi sama kembung.

Cak pong, cak pong....


Monday, September 3, 2012

The reason why the blog is so quiet...

is this somehow annoyingly addictive logos quiz game.
 

At first my sister was raving about it. It started when she asked me how to spell "Louis Vuitton" right. *geez, that is so easy!* Still after all the meet ups during this festive season, she keeps on talking about it.
 
Ok, I will give it a try.
 
Bad decision.
 
It's addictive to a point I have to make excuses to Aiyu not to use the iPod, hehehe...
 
The game is kinda old, they even have the answers on Google already. But as an obedient player, I haven't cheat so far. Well, I do look up for the logos, and how to spell "Schwarzkopf" shampoo right. But not the direct answer la. Because if I do, where's the fun of the game, right? Not that I have to worry about my work stress or whatsoever. Ahhh... it is a bliss being an unemployed, under your mom's roof. So many things to think about.... not! :P
 
Besides that, the normal weekend after raya activities.
 
Wedding.
 
 
Binge eating slash camwhoring over your friends.
 
 
 
 
Kids meet up.
 
 
But ohhh... there's something new.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Aiyu's playing the card where "mommy is no fun, I prefer to go out with my aunt". Serious mengada ok, now everything also she wants to do with vavi. Yup, unfortunately, that's what she calls Sally. b-a-b-i. Bak kata Min Min, "tapi dia tak eja, dia sebut" Imagine her running after vavi, with her screaming vavi's name on top of her lung, at Sogo's carpark. Embarassing I tell you! Mesti semorang ingat kitorang kuat mencarut, hahaha...
 
 
Cik Aiyu having a blast over Jaja's corner.

Sunday, July 22, 2012

It’s not funny, ok

DSC06317-e

Kepada tuan kedai Coach,

Cuba explain sikit, macam mana arwah kakak saya berbeli belah di kedai awak tempoh hari?



It’s not funny ok, kakak saya dah meninggal 12 hari sebelum tarikh pembelian.

T__T



Just imagined how my reaction was when I saw the receipt… tak kelakar weh!!!

Friday, July 13, 2012

Innalillah again…

10 hari lepas arwah Helen pergi, kami kehilangan seorang anggota keluarga lagi.

Kali ni, arwah Mak Cik Sarimah. She’s my mom’s younger sister.

Honestly, I am not too sure what is going through my mom’s mind now. 10 days ago, her daughter. Today, her sister. Nasib baik mak ngan Sally sempat melawat arwah beberapa hari lepas.

Al-fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

As for Cik Aiyu, tetiba hari ni dapat syafaat. Sibuk nak pakai tudung. Memula dia amik kain lap buat pakai kat kepala. Mak nye kesian, gi godek lemari. Cari scarf kecik sikit.

DSC06163-e

Dari belakang nampak macam orang besar. Gaya dah ada, tapi baju pulak out. Ade ke orang dewasa pakai baju gambar kuda? Sepasang pulak tu!

DSC06164-e

Gaya mokcik sibuk pilih kuih di bazaar Ramadan.

DSC06167-e

DSC06169-e

To those who left comments, sorry tak sempat balas. Tuan tanah jiwa kacau sket bila tengok blog ni Disappointed smile Asyik la terkenang. Bila tuan tanah mood dah stabil, insya allah kita balas pelan pelan haaa...

Saturday, July 7, 2012

How do we grieve…

It is just surreal.

Honestly, I still can’t compute the fact that my sister is gone. It’s harder to imagine about it when you are thousands of miles away.

Thank you all for your comforting messages and comments, and for all the prayers you’ve sent. We truly appreciate it, and I am sure arwah feels the same about it too.

As for myself, I’ve been keeping myself busy to take my mind off. It took me a whole year to decide what color I want for my bedroom, and apparently, less than 8 hours to get it done. I bought 2 pairs of shoes and 5 tops. Yes, these don’t bring happiness to me, at least not now, but I guess that’s how I handle my grief. I still cry every now and then, especially after prayers, but I am getting better now. I keep thinking about all the things we did together, like queuing up for more than an hour at Baskin Robbins every 31st of any month. Arwah really loves Baskin Robbins, especially the Jamoca Almond Fudge flavor. And how we always make fun of her buying RM 20 pair of shoes, but end up buying like 10 of them because they don’t last that long.

Arwah was the reason I updated this blog. She really loves her nephews and nieces (she was 41 and was never married), and she always pestered me with Aiyu’s update. Try not to update the blog for more than 3 days, for sure she will  text me on MSN, asking for some new entry. Not only that, she was the backbone for Sooyaree’s Closet. She was the one who told me where to shop, what to buy, and most importantly, how to manage. Excel sheet, she was the queen!

Regardless how hard the phase I am going through, I am sure it will be worse for my parents. I think that will be the biggest fear for any parents, for their kids to go before them. But then again, ajal dan maut di tangan tuhan. Everything happens for a reason.

At least she is not in pain anymore Smile

We miss you Kak Long. May you rest in peace, you’ll be in our prayers always.

Tuesday, July 3, 2012

Innalillah...

Innalillah...
 
Kakak saya, Helen @ Norshakila Mat Arif telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
 
Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
 
Mari kita bersama sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah.

Friday, June 29, 2012

Aiyu is 2!

Alhamdulillah, my little girl is 2 today.


Ok, technically last night, but ehhh... Cik Abe hangin sungguh dengan teori time difference aku. Jadinya, kami celebrate 37 jam, hehe.. Aci la kan? :P

Sambut pun, takde la besar mana. Daddy nye still on duty, so we didn't plan for any party or what not. Takut last minute Cik Abe ada field job. Siapa yang haru nanti? Hakuuu jugak.

Nasib baik tadi Cik Abe takde field job. Lagi best pasal Grandma & Grandpa pun ade sekali. Diorang sampai sini tengahari tadi. Gigih driving 36 jam. Kalau tuan tanah, tak tau sampai ke tak, hehehe...

Anyway, this morning we were suprised by bumps on Cik Aiyu's skin. Ooo emm gee.. janganlah chicken pox weh! Dah la Cik abe tak pernah kene chicken pox lagi. We called the pediatrician, asking if it is possible because of the antibiotic reaction. Doktor cakap mungkin juga, dan terus tukar ubat. So far ok lah, bintat tu macam tak melarat. Ada part yang dah kurang merah. Harap-harap allergy je la kan, hehehe.. Kesian besday gal kita, dah penat diet 2-3 hari ni, muka naik bintat pulak.





Dear Aiyu Isabella,

Happy second birthday to the princess of the day. Of every day. We love you so much, and hoping only the best for you.
Love,
Mommy & Daddy

Sunday, April 15, 2012

A week event

Wah, lama sudah blog tidak ber update.

Hati kata mau, mata dan jari kata lileks dulu. Tau tau dah malam, menggelupur tak sempat update blog. Esok repeat benda sama lagi. Dengan iPod baru iolls, lagi lah tidak membantu. Hari hari aku exercise, lari sambil melompat dalam Temple Run. Dasar pemalas, hahaha…

Anyway… di mana kita ye? Macam macam berlaku minggu lepas. Seperti tuan tanah sebut di atas, tuan tanah sudah mempunyai iPod baru. Eh, orang dah ada iPhone 4S kot? Takpe la, jangan nak ikut orang sangat. Sini handphone selalunya ada kontrak 2 tahun. Kalau nak jugak phone baru dalam tempoh 2 tahun tu boleh, tapi kena beli le. Tak koser you, tunggu beberapa bulan lagi ni, iolls boleh dapat phone baru, PERCUMA. Kalau nak handphone habis canggih pun, tambah dalam $100 camtu kot. Ok le kan, dari nak bayar $400 untuk phone. Bukan ada orang nak call pun, tuan tanah kan anti social orang nya, hahaha…

iPod tu sebenarnya beli pasal nak pakai pergi gym. Hari tu iolls try out Gold’s Gym. Tengok semorang ada iPod. Mak peer pressure. Kelas zumba asyik tertunda, Cik Abe keje tak tentu masa. Lagipun gym kat sini ada daycare. Diorang jaga anak korang untuk 2 jam masa korang dalam gym ni. Ok la kan, haku 15 minit pun kompem dah pancit, hahaha… Kira takde alasan la mak mak tanak workout. Elok jugak, boleh cik kak kita cari kawan. Belajar bergaduh sket, art of survival kekdahnya, hahaha…

DSC05350-e

Cik Aiyu dan Kreed. Diorang ni macam anjing ngan kucing. Asyik la berebut permainan dan perhatian. Kalau sorang main kasut, sorang lagi pun sibuk. Sorang nak duduk atas Grandma, sorang lagi pun follow. Lantak korang le, asal mak nye dapat baring baring atas sofa, gua ok aje.

Selain daripada tu, minggu lepas adalah besday Cik Abe. Tak buat apa pun, Cik Abe tak suka parti. Kitorang berkumpul kat rumah sepupu Cik Abe je, lepak lepak main kad. Bak kata Cik Abe, it’s just another day I’m getting older. Skang korang paham la ye, kot kot nanti aku meroyan Cik Abe buat bodo time besday aku. Pasal konsep itu dia aplikasi kan pada semorang, huwaaa…

Acara kemuncak minggu lepas adalah….



Mak nye tengok wayang.



Haaaa… dating kali ketiga you!

Kitorang memang jarang sangat keluar berdua sejak Cik Aiyu ada. First time dating, lepak kat Starbucks masa kat Pantai Hospital. Cik Aiyu time tu ada kat nursery. Dating kah itu? Entah…

Lepas tu masa balik Malaysia last November, kitorang gi dinner kat Las Vacas. Kejap je kot, dalam sejam gitu.

Jumaat lepas la dating lama sket, 6 jam you! Kitorang tengok Hunger Games. Last movie aku tengok dalam panggung adalah The Avatar, boleh? Time tu tengah preggy, nasib baik masa lahir tak keluar bayi biru, hihihi…

Ok lah, mak nye nak tido. Esok nak eksyen, tunjuk gambar pokok tomato kita yang dah ada buah tomato hijau Open-mouthed smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...