Showing posts with label Aaron. Show all posts
Showing posts with label Aaron. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Sorry blog

 Lama sudah tidak ber update, hehe...
 
 So many things to tell, but so little time to do so. Baru je nak duduk ngadap laptop, ada tangan kecil tarik seluar.
 
"Mammm?"
 
Entah la, tak tau la abam Aaron dah panggil I "mam" ke, atau pasal dia memang suka sebut "mam".
 
Nak makan pun, dia sebut "mam". Agaknya spesis spesis mak yang tak keje ni, memang kat dahi ada cap mohor makanan kan. Anak kalau lapar, confirm cari kita. Waima bapak kat depan mata. Tu yang I tak pasti, "mam" tu untuk mom ke, mamam ke...
 
Belasah la labu.
 
Selain daripada "mam", abam Aaron suka sebut "vroom vroom" gak. Itu namanya, kalau dia nak ajak berjalan, hehehe... Sejak carseat boleh pandang depan ni kan, suka dia naik kereta. Lelagi kalau bukak tingkap. Riuh mulut dia nak tunjuk itu ini. Tapi biasa la, bahasa budak 15 bulan. Mommy tak paham, ampun nak. Mommy pura pura je la buat paham ye, hihihih...
 
 
 
Yang kakak pulak, baru melabur saham di dentist.
 
*cry*
 
Nak ikutkan, Cik Aiyu gosok gigi hari-hari. Dua kali sehari, macam I jugak lah. Tapi, entah la, agaknya pasal gigi dia jenis yang cepat rosak, maka dia ada kaviti di gigi. Bukan sikit weh, 6 batang gigi! Tahun lepas sepupu dia kena kes begini, tahun ni, giliran Cik Aiyu pula. Kesian dia, duk repeat cakap "I have cavities because I like to eat candy".
 
Yes she does, but who doesn't? Mula mula I rasa bersalah jugak la, macam tak jaga kebersihan gigi anak. Tapi bila fikir fikir, banyak lagi budak lain yang I tau, jarang gosok gigi, tapi gigi maintain je. So instead of blaming myself, I blamed Cik Abe, hahaha... Kotor betul taktik, tapi takpe lah.
 
Jadinya, sekarang gigi Cik Aiyu banyak yang bertampal. Kitorang cakap kat dia, skang ni nak kunyah dawai pun takpe, gigi silver you. Memandangkan bil nya yang mahal nak mam, kemungkinan silver yang dipakai adalah silver 925 dari Tiffany & Co.
 
 
So far she is doing ok with her new appearance. She said it felt weird at first, but now since she is no longer complaining, dah ok la tu kot. Her confidence level masih tinggi menggunung, masih perasan cun. Like when we told her that she's pretty awesome, she said "Yeah I am, and I am pretty too".
 
Oh my daughter!

Thursday, October 30, 2014

His 12 month check up

 Produktif sungguh hari ni.
 
Pagi tadi, dua kali I pergi sekolah Cik Aiyu. Mana tak nya, dah tengah jalan baru perasan, yang cik kak kita tak pakai shorts bawah dress. Sekolah dia ni strict sikit bahagian pakaian ni. Kalau nak pakai skirt, kena pakai short. Takleh nak kasi nampak spender. Baju, takleh pakai spaghetti strap atau halter neck. Kasut pulak, hanya tennis shoes. Crocs ke, boots ke, memang tak dapat. Tennis shoes yang ada lampu lip lap pun tak boleh. Yang bunyi bunyi apatah lagi, hehehe...
 
Dari sekolah mek Aiyu, kitorang pergi jumpa pediatrician abam Aaron lak. We did his 12 months visit. Kesian cik abam kita, dapat 4 vaccines, ngan finger prick for lead test. Masa finger prick dia tak nangis, takde perasaan pun. Tapi bila kena cucuk dua dua belah peha tu, dia nangis lah. He didn't cry for long, but I could not stand the "you betrayed me, mom" look from him. Sorry baby, bukan mommy yang nak kamu kena cucuk. Blame it on Texas, hahaha...
 
 
So far alhamdulillah, I think he is progressing well. He can walk good, and I guess he can do whatever a year old boy supposed to do, whatever it is, hahaha.. So I thought. Tadi masa kat klinik tu ada checklist yang I kena isi, tentang perkembangan abam Aaron. For example, can he pick a lace between his thumb and index finger? If he is given a crayon, would he scribble on a paper (after you show him how).
 
Oh em gee.
 
I didn't know those were expected from a year old boy. I guess I never really did ask him to do anything, let alone to pay undivided attention to everything he does. Like come onnnn... he has an older sibling, and mommy has a smartphone. Ever heard about Instagram? It is so addictive to check on what people are having for their dinner, and their outfit of the day.
 
S...
 
O...
 
R...
 
R...
 
Y...
 
Perhaps, I should pay more attention on Aaron's growth. It's time to get the Duplo out, and to buy those chubby crayons (hoping he will actually use it, and not chew on it).
 
#tigermommymodeon
 
 
Captain Aaron.
 
 Nampak gaya kena beli baldi satu esok untuk abam Aaron. Cokelat mu, cokelat ku jua nak.

Saturday, October 25, 2014

Aaron is one!

Alhamdulillah, our lil bub is one.
 
Happy birthday Aaron!
 
Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu. Jadi anak yang baik dan soleh.
 
Kitorang takde buat partay pun untuk abam Aaron. Malas pun iye, tak koser pun iye, hahaha... Kang kalau ajak kawan reramai, dia jugak yang rasa confuse, pastu nanti nak mommy doploh pat jam.
 
 
 
Jadi untuk rasa special sikit, mommy bawak kamera pergi taman semalam.
 
 

 
 
 
Petang kat rumah pulak, kitorang potong kek.

 
Sorry, kek busuk je. Sendiri buat, hahaha... Gigih potong nombor "1" dari loyang 13" x 9". Board pulak, dah sampai rumah baru perasan takde alas nya. Sebenarnya dah letak kek kat atas tu baru perasan, hihihi.. It was vanilla cake with cream cheese frosting. We try to keep it as natural as we can, hence the lack of color and of course, no fondant. Anak iols baru setahun, masih suci lagi palette nya. Nanti bila dah kenal cokelat, baru kita pakai pewarna dan perisa tiruan haaa :P

 
Despite the look, it was gooooddd :D

 
Finale of the day, fresh milk yo! Harap-harap abam Aaron suka lah fresh milk, pasal lagi 2 minggu mommy nak pergi berjongket selama 2 minggu, hehehehe....
 
 
 
Happy birthday again my love.
 
xoxo

Monday, October 13, 2014

My little helper

 Hey y'all....
 
*oh my Texan!*
 
Sorry for the long absence my blog, I was missing due to soul searching. Iye, tuan punya blog ada sedikit jiwa kacau.
 
I guess I've come to a point where I start to wonder, of what I really want in my life. Pernah tak korang fikir gitu? Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, cuma terfikir, sekarang ni nak buat apa?
 
I was sooo into thinking about the future, I forget about the present. Duk fikir nak jadi baker lah, ape lah, rumah lupa nak kemas. Makan malam lupa nak sediakan.
 
Ooopsss.
 
Minta maaf ahli keluarga.
 
 
 
Alhamdulillah, sekarang ni tuan punya blog dah tak jiwa kacau sangat. Cuma jiwa kacau sebab tak tau nak masak apa hari-hari je, hehehe... Bosan weh, iols tak kreatif bila bab-bab makan ni. Dah la tak kreatif, family pulak tak fear factor pasal makan ni. Kang aku bantai masak resipi baru, Cik Abe ngan Cik Aiyu macam agak-agak nak makan. Stress mak.
 
Nasib baik lah abam Aaron ok je. Semua dia makan. Kecuali salmon, yang tu dia tak minat sangat.
 
 
Tu dia, orang dah dapat kaki. Mula bertatih lama dah, cuma dia tak berapa rajin nak jalan. Selalu dua tiga langkah jalan, dia mula merangkak. Tapi hujung minggu lepas, tetiba dia rajin nak jalan. Siap jalan pergi kelas kakak lagi, sambil senyum simpul. Maintain hensem le tuuu...
 
Selain berjalan, dia juga terror memanjat.
 
Memula dia panjat kerusi Aiyu. Pastu kerusi makan kitorang. Dah terakhir, dia panjat meja aktiviti Aiyu. Rak buku pun dia gigih nak panjat, tak padan dengan ketinggian tak seberapa tu.
 
Orang kata budak lelaki memang kuat memanjat, tapi entah la, pasal Aiyu dulu pun camtu gak. Cuma Aiyu jenis yang lebih berhati-hati. Macam Aaron, asal boleh je.
 
 
 
Namun dalam ganas-ganas abam Aaron kita, masih ada soft spot dia.
 
 
Bangga sungguh dia hari ni, bila dapat sarung handbag Cik Aiyu. Oh my son!
 
T__T 

Sunday, September 14, 2014

It's all about him

Asyik asyik cerita pasal kakak, hari ni kita cerita pasal adik la pulak.

Sian adik, jarang enterprem. Dah la gambar pun mommy jarang nak snap, nak update kat blog hape tah lagi.

Bukan aje di dunia maya, dunia reality pun mommy jarang layan, hahahaha... Tu la, zaman kakak dulu mana ada Instagram. Smartphone pun tah mommy ade tidak. Kalau ada pun, kamera cap ayam. Tu yang gigih bawak kamera sana sini. Skang ni walau tak ber iPhone 6, boleh laaa.. kekadang gambar jadi ok. Walau ada sedikit goyang kan. Tak paham aku, camne orang boleh amik gambar pakai phone dengan cantik. Tangan iolss ni selalu ketar ke ape, tah la.

Anyway, skang ni abam Aaron dah mula mengorak langkah. Skang ni dah maju sikit la, dalam 5-6 langkah sekali harung. Tapi pasal nak laju, member masih rajin merangkak. Kekadang merangkak kepala tunduk ke bawah, tau tau dah tercium dinding. Pastu kekadang dia suka geleng sesorang. Nampak gaya nak menurun nombor ekor pun ade. Cuma takde nombor diberi, cuma "taaa taaa baaa baaaa daaaaaa.... brrooommm brrooommmm maaaaaaa". Kalau siapa tau apa maksudnya, sila kasitau tuan punya blog hokayyy...

Memandangkan mak nye  dah insaf sedikit, terimalah video abam Aaron berjalan.



Gambar hensem pun haruslah di post sekali :D


Gigih main masak masak dengan kakak. Semoga rajin masak dah besar nanti, aminnnn....
 

Tatap lah rambut abam Aaron tu puas-puas, pasal semalam kitorang dah potong rambut depan dia, hehehe... Rimas I tengok, tapi tak berani nak potong sesorang. Semalam Cik Abe ade, tolong pegang kepala dia. Ok lah, takde perasaan pun dia. Cik Aiyu yang excited lebih. Bila kitorang tanya nak potong rambut dia ke tidak, terus dia lari, hahaha... Sayang nau dengan rambut dia!

Thursday, August 28, 2014

He walks!

 Pagi tadi, ada orang tu request nak pergi Planetarium.
 
Iye lah, sejak Cik Aiyu dah kenal planet ni, asyik la duk cerita kat I, pasal solar system. My favorite thing kata dia.
 
"Mommy, the sun is sooo hot, you cannot touch it".
 
"Mommy, the mercury has no water in it".
 
"Mommy, venus is covered by clouds".
 
"Mommy, the earth is where we live. It has continents, and we are in North America".
 
"Mommy, mars is red and it has volcano".
 
 
 
Perghhhh... dia punya cerita, sampai esok pagi pun tak habis repeat. Tapi anak tengah excited nak belajar kan, layan je la.
 
 
 
Anyway, planetarium kat Midland ni kecik aje. Takde ape sangat pun, tapi ok lah buat budak umur 4 tahun kagum, hahahaha...
 
Yang mommy ngan abam Aaron, duk tepi je la. Layan cik kak yang tengah excited.
 
 
Dari planetarium, I ajak Cik Aiyu pergi beli kasut sekolah. Rasa macam kasut sukan dia dah ketat. Nak pakai sandal, tak boleh pulak. Crocs apa tah lagi, hihihi... Lagipun memang I nak cari kasut untuk Aaron. Kasut dia ada sepasang, tapi sebelah tak jumpa masa kat Malaysia hari tu. Sudahnya aku nak buat apa dengan sebelah kasut kan? Sebelum ni abam Aaron pakai crib shoes, kali ni mommy nak cari yang ada tapak. Kot kot dia nak berjalan kan, hehehe...
 
 
Her Cinderella moment. Cuma bukan Prince Charming, tapi pokcik yang sarungkan kasut, hahaha...
 
 
 
Abam Aaron pun beli kasut, dah naik saiz 5 you.
 
Dan teka lah apa yang jadi petang tadi?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
Abam Aaron dah berjalan setapak!
 
Agaknya berkat beli kasut kot, hahahahaha....
 
Kali pertama I sorang je nampak, tapi untuk kali kedua, Cik Aiyu pun nampak. Seronok dia, adik dah pandai jalan. Macam baby Rose kata dia.
 
Bila Cik Abe balik, dia pun cuba cuba lah nak kasi Aaron jalan.
 
 
 
Haihhh.. tak dapekkkk....
 
Sian daddy kuciwa, hihihih...
 
Takpe, esok kita practice lagi k? We can do anything with the right shoes, baby! :D

Sunday, June 15, 2014

Same script different cast

Orang kata, perangai anak-anak ni berbeza kan.
 
Walau pun dari sama mak, sama bapak, kalau ada 10 orang anak, ada 10 perangai.
 
Oh em geee... memang pening kepala mak bapak!
 
 
 
Macam Abam Aaron dan Cik Aiyu ni, banyak juga beza perangai mereka.
 
Contohnya, Abam Aaron ni cengeng sikit orangnya. Kakak dulu, tough gal. Pastu Abam Aaron ni bangsa semua pun dia langgar. Dah jatuh beberapa kali dari tempat yang sama pun, masih tak insaf. Kakak dulu jenis yang berhati-hati sikit.
 
Apa yang sama, dua dua jenis cepat frust. Semua benda nak buat cepat, lepas tu bila tak dapat buat, mengamuk. Mommy jugak jadi mangsa.
 
Selain daripada tu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
 
 
 
 
Hamik kau, tido mana sempat je.
 
Rasa-rasa macam pernah ku nampak, tapi di mana yaaaaa?

Monday, May 5, 2014

Gear dua

Woot woot, ada orang tu dah masuk gear dua!
 
 
Dah makin laju ni, makin banyak la kerja mommy. Makin terjerit-jerit lah Cik Aiyu juga, pasal dinasour datang merempuh.
 
Sejak dapat lutut ni, abam Aaron suka sangat masuk dapur. Pastu gigit besi handle kabinet dapur. Gatal gusi agaknya. Tapi bila orang kasi teether, tak nak. Nak besi jugak. Bila sakit, mengamuk. Camne nak tolong tu? Yang kakak geli, pasal air liur adik bersepah. Lantak la korang, penat mommy nak layan. Kang kalau nak asyik kemas 24 jam, aku gak yang stress sesorang. Tamau la jadi tiger mommy selalu, penat!


Dalam duk komplen pasal anak kan, I baca blog ni,

http://masmarini.blogspot.com/2014/05/susu-terakhir-buat-armand.html?m=1

Oh myyy... menangis jap I sesorang di tengah malam ni. Sedih sangattt....

Al-fatihah buat arwah adik Armand.


Insaf weh, lepas ni tamau check tipon lagi masa menyusukan abam Aaron :(

Friday, May 2, 2014

6 months

Pejam celik pejam celik, dah 6 bulan umur abam Aaron kita.
 
Kejap je kan.
 
Dekat sekolah Cik Aiyu pun, ramai yang rasa kejap aje abam Aaron membesar. Waktu kenal dulu, masih dalam perut. Tup tup skang dah pandai sengih. Gigi pun dah ada 2 batang.
 
Walau pun baru je ada gigi, abam Aaron dah pandai menggigit. Tak pasal-pasal hari tu makan pelempang kejap.
 
Hahahaha... jahat kan mommy. Sakit weh! Lepas kena tepuk mulut, dia pandang Cik Aiyu, buat muka mintak simpati. Yang kakak tak dan nak kesian, gelak besar ade lah. Dah adiknya menangis sambil cebik bibir, hihihi... Drama tauuu...
 
Selain daripada tu, abam Aaron skang dah pandai merangkak gak. Berdiri pun pass gak ar, asalkan dia ada tempat berpaut. Sekarang ni memang semua benda kena letak tinggi, takut dia capai. Cik Aiyu pun dah kena sound, jangan main benda-benda kecik dekat kawasan tawaf adik. Tapi kekadang adik pun off course, selamba badak dia aje masuk kawasan kakak. Sudahnya kami panggil Aaron dinasour, hahaha.. Suka betul dia, merangkak sampai easel mek Aiyu. Tangan cepat aje, semua benda dia sebat. Kertas pun dia koyakkan, pastu buat bubur, hihihi...
 
Hari tu kami pergi 6 month check up, kami tanya pediatrician, yang Aaron ni masih perlu menyusu tengah malam ke. Bukan apa, kekadang dia jaga sampai 3-4 kali, penat mommy. Aiyu dulu gitu gak, tapi masa tu mommy masih cargas. Skang ni kesan penuaan makin ketara, kerja pun makin banyak. *sel lemak pun makin ramai, ooopsss* Kekadang rasa pening aje bangun pagi tu. Nak nak bila Cik Abe tak balik 2-3 hari, lagi lah penat.
 
Bila doctor check carta pembesaran abam Aaron, dia kata tak perlu dah menyusu tengah malam. Berat ngan tinggi semua ok, so kalau nak cerai susu malam dah boleh.
 
Eh, iye ke doctor?
 
:D
 
Cik Abe dengan kadar tak menyempat, terus kata jommmm....
 
Macam Cik Aiyu dulu gak, kami cuba kaedah cry yourself to sleep method. Teknik nya agak kejam, tapi mujarab. Macam Cik Aiyu dulu, kami cuba masa dia umur setahun. 5 hari je dia nangis, pastu terus tido sepanjang malam. Doktor kata lagi awal cuba, lagi elok.
 
Well, it's time to try out our new baby monitor.
 
 
Mommy ngan daddy pindah tido bilik ofis jap.
 
Jangan nangis lelama tau sayang!

Monday, April 14, 2014

His first tooth

09th April 2014.

5 months 16 days old.

Drumroll pleaseeeee.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
His first tooth.
 
:D
 
Aaron dah big boy!

Saturday, April 5, 2014

Tea party

Kerjaan kami hari ini:
 
Tea party di siang hari.
 
 
 
Asalnya I keluar dengan niat nak sapu daun je. Ikut hati memang malas, tapi Cik Aiyu dan Abam Aaron dah resah duduk dalam rumah. Yang kakak duk melompat sana sini, adik pulak asyik nak berpegang. Belum lagi dengan pop kuiz dari Cik Aiyu, boring mommy nak jawab tau. Kalau soalan bernas takpe gak, ni soalan wajib hari-hari. Soalan macam mana nak eja nama kekawan dia la, is Aaron a boy la, kat Australia ada apa la, pastu nanti dia sendiri jugak yang jawab. Bila I cakap ada Auntie Mynn kat Australia, dia tanya I, "Is Auntie Mynn an animal?". Hahahaha.. sabar je la kan.
 
Jadi bila dah resah duduk dalam rumah, kami ke luar rumah. Tak jauh, belakang rumah je. Malas nak gi jejalan. Dari kekonon exercise brisk walking, baik la buat kemas laman rumah kan.
 

Memula Cik Aiyu layan main buaian. Pastu dia ajak main pondok pondok. Tetiba je dia suruh tunggu kejap, dia lari masuk rumah. Ingatkan dia nak pergi buang air ke ape, rupanya ada orang tu keluar dengan tea set dia.

"Mommy, let's have a tea party".

Okehhh... jom la kita main-main minum teh.
 
 
Tea set Cik Aiyu.
 
Sebelum ni ada hati dan perasaan nak pakai Noritake set I buat tea party. Send my regards la wey.

 
Dah pura pura minum teh, kena pura pura makan cookies sekali. Sekarang ni Cik Aiyu imaginasi tinggi sikit. Selalu pura pura ada itu ini. Mommy pun layan kan je lah fantasi anak.
 
Abam Aaron yang menjadi mangsa keadaan. Nasib kau la nak, daddy jarang ada. Jom la kita main set mainan gegirl k baby.

 
Kekadang ni sejak dah ada Abam Aaron, I jarang sangat nak main dengan Cik Aiyu. Rasa kesian dan bersalah tu memang lah ada, tapi nak buat macam mana. Adik lebih perlukan perhatian, dan mommy pun kekadang nak me time. Kang duk sibuk layan semorang, mommy stress sendiri, terus keluar taring. Jadi bila dia dah ajak main macam ni, layan kan je lah. Yang penting bila dua dua dah penat, dua dua terus tido siang dengan lena, hahahaha...

Thursday, April 3, 2014

A step forward

Sejak 27 Mac hari tu, abam Aaron dah maju setapak.

Ada orang tu dah makan :D

He's barely 5 months old, but oh well, we fed Aiyu about the same time too.

Lagipun pediatrician yang sarankan, boleh mula makan dari sekarang. Memula kitorang ingat nak tunggu abam Aaron duduk stabil dulu, tapi doctor kata tak perlu tunggu. Every baby is unique and different. Benci tau, asyik asyik kasi alasan tu je. Sama la dengan pregnancy. So kesimpulannya, kalau takde benda yang agak-agak membahayakan, jalannnnn.....

 
Awal-awal tu dia tak berapa nak makan, skang ni, dia yang menganga dulu, hehehe... Tapi abam Aaron ni makan persis motobot, habis bersembur. Pakai bib pun tak jalan, kena pakai baju hujan gamaknya. Mak nya pun kena pakai sekali.
 
 

 
 
Tak cukup dengan baby food, kakak nya pun dia nak makan. Nasib baik Cik Aiyu sedap, hehehe...

Saturday, March 1, 2014

A day in Melaka

 Bulan baru, entry baru, hihihi...
 
Tak tau mana nak mula, banyak sangat aktiviti yang dah dibuat. Jumpa kekawan dah, pergi wedding kawan dah, pergi birthday dinner kawan dah, kira terisi juga lah waktu balik Malaysia kali ni.
 
I tak kisah sangat pun, kalau waktu balik Malaysia, I duduk golek golek kat rumah, tapi Cik Abe selalu pesan, pergi la keluar jumpa kekawan dan extended family. Agaknya risau pasal kat US bini asyik terperap dalam rumah, kalau kat Malaysia pun sama, lama-lama bini jadi jeruk masam, hehehe... Kita pun bukan apa, faham yang semorang ada kerja memasing. Can't expect for everyone to drop whatever they are doing just because I am in Malaysia. Betul tak?
 
Untuk tidak mengecewakan Cik Abe, hari ni, kami mengorak langkah yang lebih jauh.
 
Kami pergi Melaka you.
 
Ada undangan perkahwinan, adik pada kawan baik arwah Helen. Ikutkan Melaka tu jauh jugak lah untuk I, tapi bila fikirkan, kalau arwah Helen ada, mesti kami akan ke Melaka. So off we went.
 
 
 
Dari Kelana Jaya, kami masuk LDP untuk ke Kajang. Dari Kajang, kami ikut Lebuhraya Utara Selatan. Leburaya la sangattt... belum sampai Nilai, dah jam giler. Lama gak kami stuck dalam jam. Tak tau la pasal construction ke, atau pasal ada accident. Masa atas jalan tu, ada lah ambulance 2-3 bijik lalu kat lorong kecemasan. Harap-harap kalau ada kemalangan tu, takde la yang cedera parah. Kesiannn...
 
Rasanya dalam 3 jam juga sebelum kami sampai ke Ayer Molek, Melaka.
 
 
Best kan tangga orang Melaka. Belum lagi part sidai baju bawah rumah. Jakun.com jap tadi. Nak snap gambar, tapi I is shy shy cat.
 
 
Ni je gambar kenduri yang ada, hahahaha... Part nasi minyak, ayam masak merah, daging kurma, tapai pulut, kuih "ku", semua lupa. Sedap sehingga menjilat jari! (pasal senang nak basuh tangan pun iye gak, hehehe) Dengar khabar tuan rumah baru sembelih lembu jam 4 pagi tadi. Memang daging fresh from the farm kekdahnya.
 
Kami duduk tak lama, pasal sampai lambat kan. Alhamdulillah jalan balik tak sesak.
 
Abam Aaron yang gembira pasal dah sampai Melaka, hehehe... 

Monday, February 17, 2014

#$%&##@ American Airlines!

 My new flying record.
 
5 flights. 3 different airlines. 4 major cities. 43 freaking hours.
 
Ooohhh... not to forget, a 3 month old baby in tow.
 
*faint mode*
 
 
 
It all started with the delay in Midland. From 11:40 am to 12:55 pm to 3:10 pm. Because of that, I had to reschedule my original travel plan, Midland-Dallas-Frankfurt-Kuala Lumpur to Midland-Dallas-Paris-Kuala Lumpur. Reason being, American Airlines has a contract with an unreliable carrier. They cancel the flight as they like, and show up only when they feel like it, as being told by the AA representative.
 
Well, another route doesn't seem so bad, even though I was bummed because of the new seating arrangement. I booked the bassinet for all the flights, but I guess I might not be able to see it somehow. Oh well...
 
Once I arrived in Dallas, everything was fine and dandy, until....
 
We were told 10 minutes prior to departure (not boarding) that the airplane that we were supposed to ride on has a cracked blade.
 
Like seriouslllyyyyy???
 
It will take about an hour and a half to get a new airplane ready so guess what, I will miss my connection in Paris too!
 
*gggrrrrrrrrr*
 
So I had to go to the counter again, to get a new route.
 
"You will have to fly to Ho Chi Minh after Paris, then Kuala Lumpur. You will arrive some time in noon (and not 7 am)".
 
I hate the fact that I have to travel to an extra airport, but oh well, what can I do about it.
 
Once we landed in Paris, the cabin crew was paging for me. Apparently I won't be able to make it to Ho Chi Minh too, and that now I have to travel through Cairo. Arrival time in Kuala Lumpur now will be at 6 pm.
 
*mommy criessssss*
 
Anyhow, I have to get out from the airport, because the local AA counter will be there. After endless discussion, I was given 2 options; fly through Cairo at Terminal 1 (we were in Terminal 2), or through London and Hong Kong at Terminal 2.
 
For those who has been through Charles De Gaulle airport, you should know how inconvenient the airport is. To change terminal, you have to walk quite  a way, and wait for a bus to take you there. The bus doesn't run quite often, and the ride takes some time too. Once you arrive at Terminal 1, you will need to take the stairs (no elevator, sorry) up. Thinking about the 2 bags and a stroller that I have, I start to feel nausea.
 
Fine, London it is.
 
Once I get the boarding passes from British Airways, the friendly representative told me "Madam, you need to check in your stroller from here. You will get it outside the airplane in London, but for now, we have to check it in".
 
Oh, crap.
 
So off we went through the security and what not, with Aaron in my arms. Imagine me trying to get the laptop out of my bag with one hand, and holding my baby with my other arm.
 
*free biceps/triceps workout*
 
Anywayyyy....
 
For the flight from London to Hong Kong, I was honored for a baby bassinet. Except it is not really a bassinet, more like a rocker. Babies can only lay down on their back, and not on their belly. Which, unfortunately, is the way Aaron sleeps. On his belly.
 
T__T
 
Luckily I am all fluffy, so I became the new mattress.
 
When we arrived in Hong Kong, we were assisted by the local ground crew from door to door. Thank you Cathay Pacific! Mannn.. I was all relieved once we boarded the plane. Our final plane.
 
 
 Throughout the unfortunate series of event, I am somehow thankful that,
 
1. Aaron was soooo nice! I was kinda expecting him to throw tantrum. I would. But he didn't. I can tell he was really tired, but he was being cool about it.
 
2. Those helpful and friendly ground crews. Thank you for making my life easier. It's not your fault, it's American Airlines fault.
 
 
 
Last but not least....
 
 
 
HELLO MALAYSIAAAAA!

Monday, November 25, 2013

One month

Semalam kan, ada orang tu dah sebulan.

:D

Kejap je kan.

Ok, tak lah kejap sangat, pasal mak nye still dalam pantang. As in tak boleh minum ais lagi, hahaha... Yang lelain tu tak kisah sangat, tapi tang segelas Coke dengan ais... perghhh... layan!

Dalam sebulan ni, abang Aaron nampaknya makin bam bam. Panjang pun iye jugak. Masa lahir dulu, banyak baju tido terlebih panjang, sampai terbelit-belit. Skang ni, dah penuh dah dengan kaki dia. Tak tau dia yang makin tinggi, atau baju yang makin mengecut, hihihi...

Sejak tali pusat dah tercabut, kami tido kan abang Aaron atas perut. I know it is not recommended for SIDS sake, but he seems to sleep more peaceful that way. Kalau tak, 5 minit sekali terjaga. Untuk keamanan diri sendiri, dan keamanan ibu bapa, kami baringkan dia atas perut. He can turn from side to side easily now, so ok lah kot.

Selain tu takde apa kot. Biasa lah umur sebulan, makan, poo poo, tido, nangis, hehehe....



"What one month?"

Monday, November 11, 2013

Akhirnya....

Ada orang tu dah tanggal tali pusat, hahaha...
 
Abis rekod 15 hari Abang Aji. Abang Aaron tanggal tali pusat lepas 18 hari.
 
Tempat sunat Abang Aaron lak, tanggal lepas 16 hari. Senang cerita, buat sekali. Nak komplen lebih pun takleh kan, baby mana boleh cakap, hahaha.... Takde lah kes bentan tersalah makan ke ape nanti.
 
 
Kecoh giler kan, tali pusat anak pun nak tunjuk.
 
Pedulikkk :P




Tuan punya pusat?

 
Sedap beradu atas katil mommy.
 
Situ tempat baring, situ jugak tempat muntah.
 
T__T
 
Katil sendiri takde pulak dia muntah, katil kitorang yang selalu jadi mangsa. Padahal baringnya kejap je kot, selalunya dalam 30 minit sebelum kitorang tido.
 
Thank god for the existence of dryer, thank you French man!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...