Saturday, April 5, 2014

Tea party

Kerjaan kami hari ini:
 
Tea party di siang hari.
 
 
 
Asalnya I keluar dengan niat nak sapu daun je. Ikut hati memang malas, tapi Cik Aiyu dan Abam Aaron dah resah duduk dalam rumah. Yang kakak duk melompat sana sini, adik pulak asyik nak berpegang. Belum lagi dengan pop kuiz dari Cik Aiyu, boring mommy nak jawab tau. Kalau soalan bernas takpe gak, ni soalan wajib hari-hari. Soalan macam mana nak eja nama kekawan dia la, is Aaron a boy la, kat Australia ada apa la, pastu nanti dia sendiri jugak yang jawab. Bila I cakap ada Auntie Mynn kat Australia, dia tanya I, "Is Auntie Mynn an animal?". Hahahaha.. sabar je la kan.
 
Jadi bila dah resah duduk dalam rumah, kami ke luar rumah. Tak jauh, belakang rumah je. Malas nak gi jejalan. Dari kekonon exercise brisk walking, baik la buat kemas laman rumah kan.
 

Memula Cik Aiyu layan main buaian. Pastu dia ajak main pondok pondok. Tetiba je dia suruh tunggu kejap, dia lari masuk rumah. Ingatkan dia nak pergi buang air ke ape, rupanya ada orang tu keluar dengan tea set dia.

"Mommy, let's have a tea party".

Okehhh... jom la kita main-main minum teh.
 
 
Tea set Cik Aiyu.
 
Sebelum ni ada hati dan perasaan nak pakai Noritake set I buat tea party. Send my regards la wey.

 
Dah pura pura minum teh, kena pura pura makan cookies sekali. Sekarang ni Cik Aiyu imaginasi tinggi sikit. Selalu pura pura ada itu ini. Mommy pun layan kan je lah fantasi anak.
 
Abam Aaron yang menjadi mangsa keadaan. Nasib kau la nak, daddy jarang ada. Jom la kita main set mainan gegirl k baby.

 
Kekadang ni sejak dah ada Abam Aaron, I jarang sangat nak main dengan Cik Aiyu. Rasa kesian dan bersalah tu memang lah ada, tapi nak buat macam mana. Adik lebih perlukan perhatian, dan mommy pun kekadang nak me time. Kang duk sibuk layan semorang, mommy stress sendiri, terus keluar taring. Jadi bila dia dah ajak main macam ni, layan kan je lah. Yang penting bila dua dua dah penat, dua dua terus tido siang dengan lena, hahahaha...

10 comments:

nasa mulia said... BALAS

Tea time cik aiyu...sweet sangat.

Anonymous said... BALAS

muka aaron adalah seperti "kenapa aku didera begini".. hahha tapi tetap la bambamnya pipi tu, geramnya nak cubit...

MUn

Amyz Azlie said... BALAS

Umur mcm ni imaginasi dia mmg tinggi eh? Alam kat rumah takde tea party, tapi

"mama jom naik kapal lanun.." (lepas tengok Jake & NeverLand)
"Mama, alam naik roket.."
"Mama, Alam jadi robot.."

Haih. -_-'

-iLLa- said... BALAS

lawanya cik aiyu..

SyimaSyaz said... BALAS

sonoknya layan imaginasi budak2... dulu2 anak buah takde imaginasi mcm gini sebab bz main laptop, ni anak sendiri mintak2 lah tak bz dengan gadget....nak jugak mama dia merasa...

n.a.n.i.e said... BALAS

hehe. comel la cik aiyu ni.

aaron muka pasrah je. hehe.

Madam Sooyaree said... BALAS

Nasa,
Hehehe... awek memang sweet gitu ;)

Mun,
Hahaha.. tu la kan, redha dalam terpaksa namanya :D

Amyz,
Hahahah.. naik roket tu! Baru tengok Little Einstein ke? Yang kita jadi robot takde, tapi tetiba je nanti jadi kucing la, jadi turtle la... macam2!

Illa,
Thanks dear :)

Syima,
Hehehe... insya allah... Aiyu gadget2 ni dia main gak, tapi tak berapa layan. Dia lagi suka main dengan orang

Nanie,
Terima kasih dear :)

Amyz Azlie said... BALAS

Hahaha. Jadi turtle ke? Kiut betul laa. A ah. Ikut little Einstein. Sabar je la. Robot tu plak ikut Rob The Robot. Hahahaha.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... BALAS

geram tgok muka anak2 awak

shikin ali said... BALAS

Bibir abam aaron kalah angelina jolie tau...bak delima merekah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...