Friday, April 4, 2014

Grand parents/special friends day

 Pagi tadi, sekolah Cik Aiyu ada grand parents/special friends day. Kalau dulu kami ibu bapa dijemput untuk tengok aktiviti mereka di kelas, kali ni nenek ngan atuk pulak kena jemput. Kalau takde atuk nenek, boleh jemput kekawan mommy ngan daddy. Kalau mommy ngan daddy takde kawan, mommy ngan daddy lah yang kena datang. *uhuk uhuk* kami le tu *uhuk uhuk*.
 
Hahahaha... sedihhhh kan.
 
 
Tu la, sape suruh tak cari kawan.
 
Bukan tanak berkawan, tapi menyampah giler ok duduk sini. Baru buat kawan, tau tau nanti diorang pindah. Menyampah. Nak masuk 3 tahun kami kat sini, dah nak dekat 10 keluarga kot pindah. Dah kata bandar ni bandar touch and go, orang datang kerja kejap, pastu pindah kerja tempat lain. Nak cari orang yang memang asal dari sini, susah. Tak la susah, tapi susah nak cari untuk kami kot. Lagipun agaknya diorang pun malas nak berkawan dengan orang luar macam kami ni, hehehe...
 
 
Berbalik pada aktiviti kami pagi tadi....
 
Seperti biasa, bila ada aktiviti gini, waktu tu la mommy lupa nak bawak kamera ke tipon.
 
T__T
 
 
Anyway, hari ni mommy dating berdua dengan daddy. Abam Aaron tinggal kat Sari, mommy Hannah. Diorang ramai kawan, so Sari tak yah datang, hahahaha... Sampai di kelas, Cik Aiyu tengah susun nombor 0 sampai 9. Bangga dia, duk cerita pasal markers lah apa lah. Markers tu diguna untuk setiap nombor. Macam nombor 1, ada satu marker. 2, ada dua markers kat bawah nombor tu. Begitulah seterusnya untuk nombor yang lain-lain.
 
Lepas susun nombor, Cik Aiyu buat addition pulak.
 
 
 
Maju bebudak skang, umur 3 tahun dah buat matematik. 10 tahun nanti buat kalkulus kot. Iolls tak sanggup!
 
 After 20 minutes or so, we went for some cookies and milk session. They had a photography session too, but we prefer not to wait. Bak kata Cik Abe "amik gambar bebanyak, bukan nak tengok balik pun nanti". What to do, bini orang Asia, dan orang Asia dan kamera mana boleh dipisahkan :D
 
Sampai rumah Sari, Abam Aaron nampak happy. Bila ditanya ada ragam ke tak, diorang kata dia ok aje. Cantek lah gitu, nampak gaya boleh ditinggalkan selalu, hehehehe....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...