Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Sunday, June 15, 2014

Same script different cast

Orang kata, perangai anak-anak ni berbeza kan.
 
Walau pun dari sama mak, sama bapak, kalau ada 10 orang anak, ada 10 perangai.
 
Oh em geee... memang pening kepala mak bapak!
 
 
 
Macam Abam Aaron dan Cik Aiyu ni, banyak juga beza perangai mereka.
 
Contohnya, Abam Aaron ni cengeng sikit orangnya. Kakak dulu, tough gal. Pastu Abam Aaron ni bangsa semua pun dia langgar. Dah jatuh beberapa kali dari tempat yang sama pun, masih tak insaf. Kakak dulu jenis yang berhati-hati sikit.
 
Apa yang sama, dua dua jenis cepat frust. Semua benda nak buat cepat, lepas tu bila tak dapat buat, mengamuk. Mommy jugak jadi mangsa.
 
Selain daripada tu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
 
 
 
 
Hamik kau, tido mana sempat je.
 
Rasa-rasa macam pernah ku nampak, tapi di mana yaaaaa?

Saturday, April 5, 2014

Tea party

Kerjaan kami hari ini:
 
Tea party di siang hari.
 
 
 
Asalnya I keluar dengan niat nak sapu daun je. Ikut hati memang malas, tapi Cik Aiyu dan Abam Aaron dah resah duduk dalam rumah. Yang kakak duk melompat sana sini, adik pulak asyik nak berpegang. Belum lagi dengan pop kuiz dari Cik Aiyu, boring mommy nak jawab tau. Kalau soalan bernas takpe gak, ni soalan wajib hari-hari. Soalan macam mana nak eja nama kekawan dia la, is Aaron a boy la, kat Australia ada apa la, pastu nanti dia sendiri jugak yang jawab. Bila I cakap ada Auntie Mynn kat Australia, dia tanya I, "Is Auntie Mynn an animal?". Hahahaha.. sabar je la kan.
 
Jadi bila dah resah duduk dalam rumah, kami ke luar rumah. Tak jauh, belakang rumah je. Malas nak gi jejalan. Dari kekonon exercise brisk walking, baik la buat kemas laman rumah kan.
 

Memula Cik Aiyu layan main buaian. Pastu dia ajak main pondok pondok. Tetiba je dia suruh tunggu kejap, dia lari masuk rumah. Ingatkan dia nak pergi buang air ke ape, rupanya ada orang tu keluar dengan tea set dia.

"Mommy, let's have a tea party".

Okehhh... jom la kita main-main minum teh.
 
 
Tea set Cik Aiyu.
 
Sebelum ni ada hati dan perasaan nak pakai Noritake set I buat tea party. Send my regards la wey.

 
Dah pura pura minum teh, kena pura pura makan cookies sekali. Sekarang ni Cik Aiyu imaginasi tinggi sikit. Selalu pura pura ada itu ini. Mommy pun layan kan je lah fantasi anak.
 
Abam Aaron yang menjadi mangsa keadaan. Nasib kau la nak, daddy jarang ada. Jom la kita main set mainan gegirl k baby.

 
Kekadang ni sejak dah ada Abam Aaron, I jarang sangat nak main dengan Cik Aiyu. Rasa kesian dan bersalah tu memang lah ada, tapi nak buat macam mana. Adik lebih perlukan perhatian, dan mommy pun kekadang nak me time. Kang duk sibuk layan semorang, mommy stress sendiri, terus keluar taring. Jadi bila dia dah ajak main macam ni, layan kan je lah. Yang penting bila dua dua dah penat, dua dua terus tido siang dengan lena, hahahaha...

Thursday, April 3, 2014

A step forward

Sejak 27 Mac hari tu, abam Aaron dah maju setapak.

Ada orang tu dah makan :D

He's barely 5 months old, but oh well, we fed Aiyu about the same time too.

Lagipun pediatrician yang sarankan, boleh mula makan dari sekarang. Memula kitorang ingat nak tunggu abam Aaron duduk stabil dulu, tapi doctor kata tak perlu tunggu. Every baby is unique and different. Benci tau, asyik asyik kasi alasan tu je. Sama la dengan pregnancy. So kesimpulannya, kalau takde benda yang agak-agak membahayakan, jalannnnn.....

 
Awal-awal tu dia tak berapa nak makan, skang ni, dia yang menganga dulu, hehehe... Tapi abam Aaron ni makan persis motobot, habis bersembur. Pakai bib pun tak jalan, kena pakai baju hujan gamaknya. Mak nya pun kena pakai sekali.
 
 

 
 
Tak cukup dengan baby food, kakak nya pun dia nak makan. Nasib baik Cik Aiyu sedap, hehehe...

Monday, November 25, 2013

One month

Semalam kan, ada orang tu dah sebulan.

:D

Kejap je kan.

Ok, tak lah kejap sangat, pasal mak nye still dalam pantang. As in tak boleh minum ais lagi, hahaha... Yang lelain tu tak kisah sangat, tapi tang segelas Coke dengan ais... perghhh... layan!

Dalam sebulan ni, abang Aaron nampaknya makin bam bam. Panjang pun iye jugak. Masa lahir dulu, banyak baju tido terlebih panjang, sampai terbelit-belit. Skang ni, dah penuh dah dengan kaki dia. Tak tau dia yang makin tinggi, atau baju yang makin mengecut, hihihi...

Sejak tali pusat dah tercabut, kami tido kan abang Aaron atas perut. I know it is not recommended for SIDS sake, but he seems to sleep more peaceful that way. Kalau tak, 5 minit sekali terjaga. Untuk keamanan diri sendiri, dan keamanan ibu bapa, kami baringkan dia atas perut. He can turn from side to side easily now, so ok lah kot.

Selain tu takde apa kot. Biasa lah umur sebulan, makan, poo poo, tido, nangis, hehehe....



"What one month?"

Monday, November 11, 2013

Akhirnya....

Ada orang tu dah tanggal tali pusat, hahaha...
 
Abis rekod 15 hari Abang Aji. Abang Aaron tanggal tali pusat lepas 18 hari.
 
Tempat sunat Abang Aaron lak, tanggal lepas 16 hari. Senang cerita, buat sekali. Nak komplen lebih pun takleh kan, baby mana boleh cakap, hahaha.... Takde lah kes bentan tersalah makan ke ape nanti.
 
 
Kecoh giler kan, tali pusat anak pun nak tunjuk.
 
Pedulikkk :P




Tuan punya pusat?

 
Sedap beradu atas katil mommy.
 
Situ tempat baring, situ jugak tempat muntah.
 
T__T
 
Katil sendiri takde pulak dia muntah, katil kitorang yang selalu jadi mangsa. Padahal baringnya kejap je kot, selalunya dalam 30 minit sebelum kitorang tido.
 
Thank god for the existence of dryer, thank you French man!

Tuesday, October 29, 2013

Sibling love

Terima kasih pada semua yang komen pada entry yang lepas.

Sorry tak dapat nak balas satu persatu, mak nye masih belajar berjaga malam, hahaha.. So far ok lah, baby Aaron tak banyak ragam sangat. Nangis pun ala ala segan aje, macam anak kucing bunyinya. Ada sedikit beza dengan kakaknya dulu, yang dari lif tingkat 7 PMC dah dengar suaranya bila nurse nak hantar menyusu, hahahaha...

Ramai yang tanya, macam mana reaksi Cik Aiyu bila dapat Aaron.


 
Alhamdulillah, she's been really nice to her younger brother.
 
So far takde adegan iri hati berlaku. Cik Aiyu sayaaaang aje dengan adik. Siap kasi pinjam selimut busuk kat adik, kalau kitorang mintak, jangan harap la nak dapat. Pastu bila kitorang cakap jangan buat itu ini dekat adik, dia ok je. She actually listens, hehehe... Agaknya macam Sally cakap, dia tak rasa jealous pasal dia tahu dari awal yang baby brother nak datang. Cik Aiyu tahu yang baby brother ada dalam perut mommy, pastu doctor kena potong perut mommy untuk keluarkan baby brother. Elok gak kena c-sect kan, kalau normal delivery mampuih nak explain, camne baby keluar, hahaha...
 
Untuk mak nye, sekarang ni masih jalan macam penguin. As for my experience giving birth in US, I only have one word to describe it, EXPRESS.
 
Semua benda pun nak cepat.
 
Bayangkan, hari Khamis pagi lahirkan baby, Sabtu tengahari dah discharge. Pastu hari Isnin dah cabut staples kat perut. Tu pun I ada kes excessive bleeding, kalau tak agaknya Jumaat petang dah boleh keluar, hehe. Yup, doctor cakap mungkin pasal baby agak besar, jadi uterus tu terpaksa bekerja lebih masa nak mengecil. Sebab tu diorang tak dapat nak bersihkan semua darah masa pembedahan. Siap dah standby 2 peket darah untuk transfusion, because I was already at the border line. Nasib baik tak kena.
 
Ok lah, nak lipat kain jap. Segan nak suruh MIL tolong, hehehe.. Yang penting, kebajikan Cik Aiyu terjaga bila dia ada. Boleh la Cik Aiyu pergi sekolah buat pengumuman,
 
 
"I have a baby brother. She name is 'chicken nugget'"
 
 
Ye, Cik Aiyu panggil adiknya chicken nugget sebelum tau nama baby brother adalah Aaron. Siap kasitau satu kelas tu pasal "chicken nugget".
 
T__T



Friday, August 23, 2013

Being pregnant (again!)

Ahhh... finally it hits me.

I am 7 months pregnant.

Ha ha ha.

Honestly, I really feel pregnant this time. Like literally.

Alhamdulillah I don't have the I-am-pregnant-allover-my-body moment, at least not yet. Tapi penatnya, oo emm gee... makes me respect to those who get pregnant after 40, hehehe... Perhaps it is due to lack of exercise. When I was pregnant with Aiyu, I was really into yoga for expecting mommies. Now, it's just me chasing Aiyu around, and that's it. Ke sebab kesan penuaan? Entah la, I pun tak tau. Yang pasti, I rasa macam tong dram yang menunggu untuk digolekkan ke sana ke mari. Roll baby roll!

Walaupun dah ada pengalaman *echehhhh... anak baru sorang dah kecoh*, there are still some issues that keep on bugging me. Biggest question is, nak deliver normal ke c-sect? I had Aiyu through emergency c-sect. Takleh nak dilate after 5cm. Ikutkan macam rasa nak cuba deliver normal, tapi nurse kat sini cakap, kalau first time tu takleh dilate, most probably second time pun cam tu gak. Abis tu orang dedulu beranak camne ek? Hehehe... Tapi tu la, takut jugak kalau-kalau jadi emergency c-sect lagi. Sini dah la procedure dia agak banyak songeh, sudah-sudah kang tak beranak pulak I. How la?

The second question is, should I get double stroller or not? Hahaha.. I knowwww... I guess the perk of being a mom again, is to shop for baby stuff again. It was and still is fun, tapi peningggg... I really like the stroller we have for Aiyu now, tapi tu la, muat untuk sorang aje. Kalau mood rajin, ok lah cik kak kita nak berjalan. Kalau dia malas? Camne pulak nak dukung dia sambil tolak stroller baby? #firstworldproblems sungguh kan.

Besides that, I still worry about what other mothers worry about. How can I cope with 2 kids? Can I? If it's hard, how can I keep myself sane? Cik Abe pulak, macam mana? Not to mention, will I be able to fit in my old pants? Not that they were really small, but I prefer not to get bigger lah. Tak pasal-pasal kena shopping lagi. Except, this time it won't be fun, hehehe...

Oh well, worrying doesn't really help, huh? It keeps us in check, but doesn't help to get things done.

Maka, marilah kita mulakan langkah pertama, dengan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Membeli infant carseat.

Yang ni ok tak?


Thursday, June 6, 2013

Meet Dia #2

 
Hi, my name is Dia #2.
 
Finally, we get to see the baby :)
 
Kat US ni, bukan normal practice untuk buat sonogram setiap kali kita pergi monthly check up. Macam kat Malaysia, setiap bilik obgyn mesti ada kan mesin ultrasound ni. Kat US yilek. Ada mesin untuk dengar heartbeat baby aje. Giler tak cool kan, nama je America, hahaha...
 
Sebelum fly dari Malaysia hari tu, I did get to see Dia #2, tapi nampak lampu lip lap aje. Dup dap dup dap, jantung Dia #2 berbunyi, hehe.. So when they scheduled us for thorough sonogram appointment, yippieeee, we were sooo excited!
 
Kami pergi bertiga, bawak Cik Aiyu sekali. Kasi dia tengok adik dalam perut mommy.
 
 
D: Look, there's a baby in mommy's tummy!
(while daddy pointing at the screen)
 
A: Look, the baby is now in the computer!
 
T__T
 
 
Susah gak nak explain kan, hahaha..
 
Alhamdulillah, everything is fine. The baby growth is at par, and I am doing good myself. Takut jugak, pasal kekadang terlupa makan vitamin. Susu pun tak rajin nak minum, kecuali pepagi masa makan cereal. Takpe, lepas ni kena jadi lebih rajin ok!
 
 
On the other hand, kami dah pasang oven baru. Kali ni dapat gas stove you. Babai electric stove! Kepada sesiapa yang pernah pakai electric stove, mesti tau hazab menunggu periuk panas. Pastu tak feeling lak masak. Nak nak buat stir fry, tak layan langsung. Tak tau la kenapa mat saleh suka pakai electric stove ni. Dah dapat oven baru, mesti lah kena test drive kan.
 
 
Takde niat pun nak membakar pagi tadi, tapi ada orang tu terpengaruh masa tengok kartun. Nak kek kata dia. Memandangkan hari ni takde aktiviti sangat, I pun janji la, yang kita akan buat kek lepas nap time.
 
Hajat hati memula nak buat chocolate frosting, nak cuba pakai Valrhona cocoa powder yang baru beli. Tapi bila tanya Cik Aiyu, dia kata dia nak yang pink. Skang ni semua pun nak pink. Sebijik macam mak nye zaman muda-muda dulu. *shame shame*
 
Anyway, I found this recipe for fresh strawberries frosting. I decided to give it a try, since I am not too sure if we have pink food coloring. Voila, 5 bintang you! Lenkali boleh cuba dengan blueberries, kot kot mek Aiyu nak kek warna biru pulak kan. Sedap, kalau tak percaya boleh cuba, hehehe..

Sunday, May 26, 2013

After a long break

*cleaning mode*

At times, you just have too much to tell, and you don't know where to start.

In the end, you just don't, hahahaha...

Itulah alkisahnya dengan tuan blog.

Kami balik dari kampung hari Ahad lepas. Dalam flight, Cik Aiyu mula bersin. Bersin sekali takpe, kali kedua takpe, kalau dah banyak kali...

Ooo emm geeee.. mak nye dah risau. Sampai rumah, kami amik temperature telinga. 100.6 degF. Soheh, anak kami kurang sihat. Belum tahap teruk, tapi kira tak sedap badan lah. Terus esok tu ponteng sekolah. Alhamdulillah petang esok tu, Cik Aiyu dah ok. Takut gak, kot kot demam macam hari tu. Sian diaaa...

Tekan butang fast forward, Jumaat lepas adalah hari terakhir Cik Aiyu sekolah. In fact, for the whole America lah. Mulai 25 Mei, budak sekolah boleh berjimba kerana sekarang ni summer holiday. Masuk sekolah nanti 1st week of September tak silap. Maka semua taman rekreasi dah pusat berlibur akan penuh dengan kekanak Ribena, hehehe.. Tapi mungkin di pagi hari je kot, pasal petang-petang panas! Kekadang sampai 95 degF, tak menahan mak. Makin cekelat la kulit ku nanti, huwaaa...

 
Her graduation (graduation la sangattt, hahaha) present.
 
Makan aiskrim kat Swensen's.
 
Hahahaha.. Gila old school kan kedai ni! Rasanya dah lebih 10 tahun tak jejak kami ke sini, tup tup kami bertemu kembali di Amerika.
 

Tu untuk mek Aiyu, untuk mak nye, skang ni dah masuk 16-17 minggu menjadi mak buyung. Kesian baby nombor dua ni, jarang cerita pasal dia, hehehe.. Agaknya sebab tu la kan, ada second child syndrome. Dari dalam perut dah terasa, hahahaha...

Bukan apa, kekonon dah habis pakar mengandung la kan. I realized I am less restrictive compared when I was pregnant with Aiyu. Dulu hari-hari gigih makan ubat, pastu minum susu 2 cawan. Skang ni most of the days makan lah ubat, tapi kekadang terlupa. Susu pulak, lagi selalu terlupa nak minum! Makan tak jaga sangat, exercise malas. Selain tu takde apa kot, selera makan maintain. Cuma perut makin pesat jauh ke depan, lelagi dalam 2 minggu ni. Akhirnya mak nye pasrah, pergi kedai maternity cari seluar. Kesian jeans ku yang dua helai tu (yang lelain tak muat dah), macam hazab mintak nyawa je. Nasib baik la kedai Motherhood tu ada jual petite size. Tapi tak stail, pasal ada benda stretchable kat perut tu, hahaha.. Dulu time mengandungkan Aiyu, harem ku nak pakai seluar stail gitu. Pakai low waist aje. Skang ni mak terima je lah. Kesan penuaan dan kadar metabolisma tidak menyebelahi mak, nak.


By the way, lepas ni mungkin gambar-gambar Cik Aiyu akan makin berkurangan di blog.

Pasal ada orang tu, walaupun perasan princess dan mermaid (dia cakap daddy dia Sebastian, mommy dia Flounder), dia dah tak suka camwhoring. Setiap kali snap, dia akan toleh.

 
Toleh badan gini.

 
Atau pun cover muka macam ni.



Wednesday, January 11, 2012

The things she learned…

Tengahari tadi, kami pergi membeli belah. Alaaa.. beli barang makan aje.

Seperti biasa, yang habis nye cuma roti, telur dan susu. Tau tau kat kaunter pembayaran, kena USD61. Hah, nampak sangat jauh tersasar niat nak beli 3 barang tu kan. Tapi takpe, tadi iolls beli banyak sayur. Ini semua gara gara tengok Martha Stewart show di siang hari. Asyik cerita pasal fruits & vege diet la, detox la… Aku ni pantang orang cakap, mesti terpengaruh. Tapi takpe, yang penting niat nak makan makanan kesihatan tu ade kan.

On the way nak balik rumah, Cik Aiyu bingit dalam kereta. Mak nye tau anak nye resah, dah beberapa hari tak keluar rumah. Bukan tanak bawak, cuma kelmarin snow turun, pastu semalam panas. Habis lecak jalan, macam lepas hujan lebat kat KL you. Tak pernah pernah aku pakai wiper kereta, tadi kena pakai. Nak bawak mek kita jalan jalan? Takpe laaa… aku tau sape yang kena buat overtime dobi kang.

Untuk menghilangkan tekanan perasaan Cik Aiyu, aku bawak dia gi McDonald’s. Nampak je McD, hilang terus muka toya dia. Terus sengih sengih sambil buat bunyi mmmm… Aiyu memang tau, skang ni kalau tengok tv, ada iklan makanan, mesti dia buat bunyi mmmmmm jugak. Haish, menghayati watak betul! Anyway, lepas makan, aku pun tunggu le dia main dengan bebudak lain kat Playland tu. Sambil sambil belek tipon, dengar bunyi budak menjerit.



Hoih, anak aku ke tu?



Pergi check, bukan. Ada budak pompuan lain yang menjerit.

Duduk duduk jap, ada bunyi budak menjerit lagi. Tengok tengok, memang Cik Aiyu.

Baru aku nak suruh jangan jerit, budak lain lak menjerit. Ahhh.. lantak korang aaa… Diorang bukan la jerit bergaduh, jerit kegembiraan begitu. Tapi yang pasti gegendang telinga mak bapak adalah kurang gembira. Mana tak nye, sekali dia jerit time kau tengah dukung dia, mak aihhhh…. Pening kepala!

Mungkin hobi menjerit tu dia belajar dari luar. Mungkin juga dia belajar menjerit sendiri. Orang kata kalau dah bercampur ni, memacam diorang belajar kan. Tapi takpelah, kalau dibiarkan takde kawan, kesian jugak. Lagipun, bukan semua benda diorang belajar tu adalah benda buruk, tak?

Seperti hari ni, Cik Aiyu dah berani turun slide ikut vontot. Selama ni dia asyik turun ikut perut, skang ni berani dah. Praktis kat McD tadi ngan kekawan. Diorang turun slide beramai ramai macam keretapi gitu. Tah anak sesape tah, belasah saje, hehehe…

DSC03709-eDSC03710-e

Semangat dia main slide tadi. Setiap kali turun, dia suruh aku tengok. Muka bangga giler, tak boleh blah, hahaha….

Tuesday, November 29, 2011

From DSLR point of view…

Sila muntah darah.

Hari ni entry adalah gambar Cik Aiyu dengan kadar tak berhenti.

Bukan ape, mak nye jakun dengan hasil DSLR. Ada satu hari tu Uncle Jijul, Uncle Harry & kamera DSLR datang rumah KJ. Jadilah photo shoot season pree tidak berbayor. Dari photographer ke model, semua takat dapat upah kuih bahulu aje. Sedap weh bahulu baru masak, sepupu iolls buat. Siap ada oven besar macam kat kedai, pasal dia buat bisnes ala IKS gitu le. Masa kami gi visit tu, adalah dalam 10 ketul bahulu aku ngap. Belum lagi yang bawak balik lagi, hahaha… Buruk perangai, dah melantak cukup cukup, siap tapau.

DSC_7744DSC_7782DSC_7793DSC_7806DSC_7820DSC_7764DSC_7822DSC_7823DSC_7824DSC_7832

Santek kan gambar-gambar DSLR! Bila haku buat proposal kat Cik Abe, dia sound pree aje. Takat nak guna automatic mode, takde makne nye. Eh, iye ke bang? Muahaha… Malas la nak belajar! Orang nak snap snap aje macam tourist dari China Open-mouthed smile Barulah Malaysia, truly Asia!



P/S: Sorry pada mereka-mereka yang tetiba blog nye hilang dari blog list ku. Tengah proses nak upgrade, tapi tak siap lagi.

Monday, November 28, 2011

Libya & Uniten product

Akhirnya, habis jugak aku kemas barang.

Bag nye idok le banyak mana, 2 je check in luggage. Patut boleh bawak 5 bijik, tapi sape pulak nak tolak. Malas nak handle. Cukuplah diisi dengan 1-1/2 bag makanan, 1/4 bag mainan Cik Aiyu dan 1/4 bag pakaian. Pakaian pun Cik Aiyu yang punya, pasal kalau ditinggalkan, tahun depan dah tak muat. Pakaian mak bapak, tinggal kat Malaysia. Harap-harap tahun depan muat lagi, hehehe…

Cik Abe pun hari ni dah pergi keje. Aku duk rumah, mula la buat apa yang patut. Lap habuk. Basuh baju. Masak shepherd pie. Tapi buat keje pun banyak yang stop sana sini, pasal Cik Aiyu skang ni asyik nak attention. Bila tak dapat apa dia nak, mula la nak sentap, lari keliling rumah. Pergi ke ceruk. Kalau boleh, dinding tu pun dia nak tembus masuk. Nasib baik takat lari je, nanges takde. Udah le masih jet lag, lagi la aku pening, hahaha.. Takpe la, pelan pelan. Ari tu datang Malaysia dia jet lag 4 malam. Balik US, kita tengok berapa lama pulak. Dah le cuaca kelam ni tak membantu langsung. Bukan takat Cik Aiyu, aku pun kalau boleh nak baring guling guling aje. Syiok!

Anyway, nak hapdet gambar waktu di Malaysia hari tu. Banyak aktiviti, rasa sayang pulak tak hapdet kat blog. Especially aktiviti jumpa kekawan. Sape sangka kan, kekawan zaman jahiliah, banyak dah beranak pinak. Macam tak percaya.

Contohnya, produk Libya. Bebudak kat bawah ni, mak bapak adalah kuncu kuncu Malaysians at Libya. Nasib baik semua dah keluar dari sana waktu perang mula dulu. Alhamdulillah…

Photo0021Photo0022Photo0023Photo0024
From left: Kakak, Emir, Aiyu & Adik.

Kakak & Adik adalah kembar tak seiras. Camne Ayu boleh jaga 2 anak sekali, tu memang haku respek. Anyway, nama Aiyu ni Cik Abe kasi pasal dia suka kat nama Idayu, nama mak kembar dua orang tu. Option kedua adalah nama Amira, nama mak Emir, hahaha…

Nampak tak persamaan semua gambar kat atas ni?
?
?
?
?
?

Anak haku suka makan daaa… Mana tak dapat dabelcin.

Sebelum tu, kami ada jumpa Eusof jugak, hasil produk pasangan Uniten, hehehe…

Photo0016
Photo0019

Besar kan mata Eusof, nak sama besar ngan mata Elmo kat baju, hihihi.. Kami dating kat Chili’s One Utama. Boleh pulak budak dua orang ni bantai berduet masa tu. Sorang jerit, sorang lagi sambung. Pastu sorang lagi sambung. Heh, macam tengok cerita The Voice pulak. Nasib baik tak ramai orang, kalau tak mesti ada dapat jelingan manja. Takpe, aku suruh Eusof jegil mata kat diorang. Mesti semorang takut, hehehe…

Ok lah, sementara Cik Aiyu tido ni, baik haku mop lantai. Kalaulah ada bibik, kan nyaman!

Thursday, November 3, 2011

Kizsports & Gym

Setelah seminggu membuat aktiviti menternak lemak, akhirnya kami keluar semalam.

Mana tak nye, Cik Aiyu dah menggelupur duduk rumah. Pantang dengar bunyi pintu pagar terkuak, member dah lari dulu ke pintu. Bila orang lain nak keluar, start enjin kereta, member tangkap syahdu. Hehehe.. tu la, time kat US selalu keluar berjimba, kat Malaysia mak nye lemau sket. Bukan ape, driving in PJ/KL makes my blood go upstairs lah I tell you. Macam pagi ni hantar Helen gi keje kat Mid Valley, makan masa lebih sejam. Waddehel???

Anyway, semalam kami pergi ke Kizsports & Gym in Bangsar Village. Sebelum ni ingat ada Gymboree je, nasib baik kami buat e-mail berantai sesama ibu-ibu muda. Cik Puan Hanisah yang cadangkan tempat ni. Harap kat haku, nan hado tau tempat-tempat happening zaman skang.

It’s located on third floor of the new wing. Jangan main-main, The Loaf pun ada kat situ. Tak yah gi Pavillion. Muahaha.. nampak sangat ketinggalan jaman kan. Orang lain agaknye dah siap ter bewok bewok makan roti dari sana, haku baru nak pergi beli.

Cer carik Cik Aiyu.

DSC02889-e

For entry, it’s RM 10 per kid, per day. So sukati nak keluar masuk beberapa kali pun. Kalau nak tinggalkan anak pastu korang gi shopping pun boleh, but then they will charge you on hourly basis. Pastu hanya untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Kalau untuk kanak-kanak tak cukup umur macam Cik Aiyu, sorang orang dewasa kena tunggu sama. Jangan lupa pakaikan anak anda stokin, dengan mak-mak sekali kena pakai stokin tau. Tapi jangan pulak korang gi main slide kat situ, kalau roboh kena ganti, hehehe…

Selain tu ada jugak tunnel yang menarik hati ni. Cuma ianya lebih sesuai untuk kanak-kanak atas 5 tahun, pasal banyak bahagian yang pakai jaring-jaring ala combat tuh. Aku cuba masukkan Cik Aiyu, tapi kaki dia terjerumus sampai lantai daaa…

DSC02893-e

Tunggulah nak, bila besar sikit hokay. Buat masa ni, main hat budak-budak punya dah la.

DSC02892-e

DSC02896-e

DSC02897-e

Dari Kizsports kami pergi lintas jalan makan di Madan Kwan. Sally teringin makan banana fritters, katanye tepung goreng pisang tu lain dari yang lain. Lantak, jom le pergi. Lelagi Sally yang belanja, iolls hangguk kepala je la, hehehe…

Sebelum balik kami singgah di The Loaf, tapau roti untuk mak. Boleh pulak terjumpa Sharifah Amani & family kat situ. Mak bapak dia very friendly, siap borak-borak dengan Sally. Pastu skang aku paham kenapa dia cakap “I sound silly speaking Malay”, pasal family dia memang English oriented. Sampai mak dia cakap dengan nenek dia pun, guna English. Kau ado? Arwah nenek ku yes, no, right, ok pun tak tentu tau lagi, hehehe… Bapak dia nak pegang Cik Aiyu, tapi anak aku pandang tempat lain jual mahal. Rugi la awak ni Aiyu, kalau tak boleh mami hapdet gambar awak dengan keluarge retis tauuuu….

Thursday, September 1, 2011

Akibat melayan Twitter….


Twitter adalah tidak elok. Serius.

“Apa hal lak???” kata mereka-mereka yang rajin melayan Twitter saban hari. Kekadang ada orang yang bisa bikin aku kagum, pasal diorang nye timeline bergerak macam mat rempit bawak motor. Laju gilos! Ape, korang ni tak kerja ke? Hehehe.. jangan marah haaa…

Bukan apa, aku yang tak keje ni pun tak dan nak check phone selalu. Nak menghadap laptop lagi la. Tapi itulah kan, kalau korang keje opis, sah-sah banyak masa depan laptop ke PC. Anyway, sebab musabab aku cakap Twitter tak elok adalah….

DSC01723-e

Baru ingat nak puasa enam tadi, tapi gagal pasal terbaca tweet Rayhan pasal nasi tomato. Hahaha.. nampak sangat iman nipis kan! What to do, godaan syaitonnirajim ni (padahal sendiri cari pasal).

Tapi takpe, bukan aku sorang aje yang suka nasi tomato. Cik Aiyu pun suka. Dia makan nasi aje lah, ayam mak nye tamak tak kasi. Takut sakit perut pulak, makan pedas-pedas ni. Gambar masa kejadian takde, pasal aku masak nasi tomato ni tengahari lepas Cik Aiyu tido. Baik sungguh anakku itu, dia tido dari masa aku masak nasik, sampailah hingga aku menjilat jari. Masa nak makan tu aku sedar dia dah bangun, tapi dia duk golek-golek atas katil baca buku. Haaa… jangan tak tau, dalam crib Cik Aiyu pun ada buku. Which I find it helpful, pasal lepas bangun dia takde terus nak keluar. Dia golek-golek membaca dulu.

Anyway, skang ni Cik Aiyu ada bib baru. Bib yang ada macam takung kat bawah tu.

DSC01715-e

Yang comel neckline bib tu. Macam pearl you. Mak nye pun takde rantai pearl tau…

DSC01718-e

Tapi bib ni takung makanan yang jatuh ke bawah je la. Yang melekat kat muka, lobang idung dan dahi, bib tak masuk campur. Itu urusan antara ibu dan anak.

DSC01721-e

Juga bib ni tak cover kawasan lantai yang anak kau suka sukey nak campak makanan di situ. Patut nye kerusi pun pakai bib sekali kan. Ade ke kedai jual bib untuk kerusi? Hehehe…

Kalau ada ibu-ibu yang berminat, I would suggest  to go for Baby Bjorn silicone bib. Sebelum ni aku ada cuba Ulubulu brand, tapi aku kasi 3 bintang aje la.

DSC01728-e

First of all, it’s wayyyy too small for a toddler. Cik Aiyu ni kira bayi slim la kan, berat takat 8 kilo lebih aje lagi. Tapi still bib tu agak kecik untuk dia. Pastu yang takung makanan tu macam lembik sikit, jadi nye nanti ada jugak makanan yang terus jatuh atas peha diorang nanti. Plus point for Ulubulu, bib dia comey sangat! Macam-macam ada! Gajah, rimau, ikan jerung, katak… rasa macam di zoo!

Sunday, June 26, 2011

Aiyu’s early birthday celebration


Korang excited nak celebrate birthday sendiri? 

Ke jenis tak kisah. Ehh.. birthday? It’s just another day….

Aku ni kira bangsa yang akan menghitung hari kalau nak dekat hari jadi. Setahun sekali kannn.. apa salahnya. Seminggu sebelum tu aku akan siap countdown, ingatkan semorang. Koranggg… 23 July nak dekat tauuu… Nak kata harap birthday party ke ape, itu takdelah. Cukuplah seketul kek dan ucapan dari mereka-mereka yang terdekat. Kek pun tak kisah kek ape, tak payah nak beli kek yang keras meleding bentuk kuda terbang buat orang sayang nak makan. Tapi adalah lebih afdhal jika kek itu ada unsur-unsur cokelat ye puan-puan, hihihi….

Cakap pasal birthday, Rabu ni birthday Cik Aiyu. Hahahah… apa kes countdown birthday anak? Haruslah kan, kalau tak mak nye yang over, sape lagi :P

Nak buat birthday party, kang yang datang nye mommy and daddy saje. Kitorang manalah ada kawan kat sini. Cik Abe adalah sorang kawan kerja, aku pun ade sorang ex-manager yang sekarang kat sini. Macam tak sesuai pulak buat party ajak sorang dua orang aje. Kang orang tak datang, dah tak jadi party, tak?

Jadi kitorang telah celebrate birthday Cik Aiyu awal sedikit, masa sebelum pindah dulu. Bukan haku punya idea ok, ini Grandma & Auntie Whitney nye yang punya idea. Skang cuba cerita, mak nye yang over ke, grandma nye yang over? Haaa?? Cakap! Cakap! Waktu diorang datang hari tu, siap bawak kek sekali.  Pucuk dicita, ulam mendatang. Haku pun menerima dengan hati terbuka aje lah, hehehe…

Cik Aiyu? Takde perasaan. Orang suruh tiup lilin, dia nak picit lilin. Terpaksalah mak nye enter frame tiup lilin anak. Nasib baik tak enter frame bergambar sekali, hehehe.. kalau tak haku jugak yang sengih over gitu :P

Thank you Auntie Whitney for the cake :)

Cubaan memicit api lilin. Apa ko ingat ni magic trick ke ape nak oi?

Cubaan dibanteras oleh Uncle Eli

Thank you Grandma for the gifts :)

Antara semua hadiah, reben hadiah jugak yang jadi pojaannn....

Nursery rhymes book yang menjadi pojaan hati ibu. Lepas ni takdelah aku kalut sengih-sengih bila orang nyanyi lagu Pattycake kat Cik Aiyu. Lagu Tepuk Amai Amai wa tau la

Agak-agak Rabu ni, camne pulak celebration nye eh? ;P



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...