Monday, November 28, 2011

Libya & Uniten product

Akhirnya, habis jugak aku kemas barang.

Bag nye idok le banyak mana, 2 je check in luggage. Patut boleh bawak 5 bijik, tapi sape pulak nak tolak. Malas nak handle. Cukuplah diisi dengan 1-1/2 bag makanan, 1/4 bag mainan Cik Aiyu dan 1/4 bag pakaian. Pakaian pun Cik Aiyu yang punya, pasal kalau ditinggalkan, tahun depan dah tak muat. Pakaian mak bapak, tinggal kat Malaysia. Harap-harap tahun depan muat lagi, hehehe…

Cik Abe pun hari ni dah pergi keje. Aku duk rumah, mula la buat apa yang patut. Lap habuk. Basuh baju. Masak shepherd pie. Tapi buat keje pun banyak yang stop sana sini, pasal Cik Aiyu skang ni asyik nak attention. Bila tak dapat apa dia nak, mula la nak sentap, lari keliling rumah. Pergi ke ceruk. Kalau boleh, dinding tu pun dia nak tembus masuk. Nasib baik takat lari je, nanges takde. Udah le masih jet lag, lagi la aku pening, hahaha.. Takpe la, pelan pelan. Ari tu datang Malaysia dia jet lag 4 malam. Balik US, kita tengok berapa lama pulak. Dah le cuaca kelam ni tak membantu langsung. Bukan takat Cik Aiyu, aku pun kalau boleh nak baring guling guling aje. Syiok!

Anyway, nak hapdet gambar waktu di Malaysia hari tu. Banyak aktiviti, rasa sayang pulak tak hapdet kat blog. Especially aktiviti jumpa kekawan. Sape sangka kan, kekawan zaman jahiliah, banyak dah beranak pinak. Macam tak percaya.

Contohnya, produk Libya. Bebudak kat bawah ni, mak bapak adalah kuncu kuncu Malaysians at Libya. Nasib baik semua dah keluar dari sana waktu perang mula dulu. Alhamdulillah…

Photo0021Photo0022Photo0023Photo0024
From left: Kakak, Emir, Aiyu & Adik.

Kakak & Adik adalah kembar tak seiras. Camne Ayu boleh jaga 2 anak sekali, tu memang haku respek. Anyway, nama Aiyu ni Cik Abe kasi pasal dia suka kat nama Idayu, nama mak kembar dua orang tu. Option kedua adalah nama Amira, nama mak Emir, hahaha…

Nampak tak persamaan semua gambar kat atas ni?
?
?
?
?
?

Anak haku suka makan daaa… Mana tak dapat dabelcin.

Sebelum tu, kami ada jumpa Eusof jugak, hasil produk pasangan Uniten, hehehe…

Photo0016
Photo0019

Besar kan mata Eusof, nak sama besar ngan mata Elmo kat baju, hihihi.. Kami dating kat Chili’s One Utama. Boleh pulak budak dua orang ni bantai berduet masa tu. Sorang jerit, sorang lagi sambung. Pastu sorang lagi sambung. Heh, macam tengok cerita The Voice pulak. Nasib baik tak ramai orang, kalau tak mesti ada dapat jelingan manja. Takpe, aku suruh Eusof jegil mata kat diorang. Mesti semorang takut, hehehe…

Ok lah, sementara Cik Aiyu tido ni, baik haku mop lantai. Kalaulah ada bibik, kan nyaman!

6 comments:

Anonymous said... BALAS

4 hari kira hokay lah. mak budak yg kat sini sebulan tak okay lagi jetlag nya. Padahal duduk kat negara orang tu 2 bulan je. Mengada-ngada.

Azian

Wani Rahman said... BALAS

what a small world..mak kembar adalah bestfrn msa sekolah..bru jugak jmpa dia..kakak muka ayu..adik muka ochee..

p/s : xdpt pg gymboree..weekend penuh ngan class :-(

dalila said... BALAS

ish2... hasil pencantuman yg sangat cun2 dan hamsem belaka...hheee

Amyz! said... BALAS

Haha. Cik Aiyu. Kejab susu. Kejab roti. Takpe Cik Aiyu. Janji sihat. Hihi.

nazayiena said... BALAS

ciannya cik Aiyu....xpe pelan2 suaikan blk...

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,
Hahahah.. saje le tu, nak balik ke tempat orang :P

Wani,
Laaa.. ye ke? Tak sangka kannn.. Itulah, personaliti pun berbeza kan. Adik malu-malu sikit. Takpe, nanti ade rezeki sampai le ke Gymboree ;)

Dalila,
Hehehe.. kembang mak bapak tauuu

Amyz,
Betul betul betul.. cuma malu pasal botol susu orang dia tibai, haha

Kak Nurul,
Tu lah, sampai skang tak habis cengeng dia :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...