Wednesday, January 11, 2012

The things she learned…

Tengahari tadi, kami pergi membeli belah. Alaaa.. beli barang makan aje.

Seperti biasa, yang habis nye cuma roti, telur dan susu. Tau tau kat kaunter pembayaran, kena USD61. Hah, nampak sangat jauh tersasar niat nak beli 3 barang tu kan. Tapi takpe, tadi iolls beli banyak sayur. Ini semua gara gara tengok Martha Stewart show di siang hari. Asyik cerita pasal fruits & vege diet la, detox la… Aku ni pantang orang cakap, mesti terpengaruh. Tapi takpe, yang penting niat nak makan makanan kesihatan tu ade kan.

On the way nak balik rumah, Cik Aiyu bingit dalam kereta. Mak nye tau anak nye resah, dah beberapa hari tak keluar rumah. Bukan tanak bawak, cuma kelmarin snow turun, pastu semalam panas. Habis lecak jalan, macam lepas hujan lebat kat KL you. Tak pernah pernah aku pakai wiper kereta, tadi kena pakai. Nak bawak mek kita jalan jalan? Takpe laaa… aku tau sape yang kena buat overtime dobi kang.

Untuk menghilangkan tekanan perasaan Cik Aiyu, aku bawak dia gi McDonald’s. Nampak je McD, hilang terus muka toya dia. Terus sengih sengih sambil buat bunyi mmmm… Aiyu memang tau, skang ni kalau tengok tv, ada iklan makanan, mesti dia buat bunyi mmmmmm jugak. Haish, menghayati watak betul! Anyway, lepas makan, aku pun tunggu le dia main dengan bebudak lain kat Playland tu. Sambil sambil belek tipon, dengar bunyi budak menjerit.



Hoih, anak aku ke tu?



Pergi check, bukan. Ada budak pompuan lain yang menjerit.

Duduk duduk jap, ada bunyi budak menjerit lagi. Tengok tengok, memang Cik Aiyu.

Baru aku nak suruh jangan jerit, budak lain lak menjerit. Ahhh.. lantak korang aaa… Diorang bukan la jerit bergaduh, jerit kegembiraan begitu. Tapi yang pasti gegendang telinga mak bapak adalah kurang gembira. Mana tak nye, sekali dia jerit time kau tengah dukung dia, mak aihhhh…. Pening kepala!

Mungkin hobi menjerit tu dia belajar dari luar. Mungkin juga dia belajar menjerit sendiri. Orang kata kalau dah bercampur ni, memacam diorang belajar kan. Tapi takpelah, kalau dibiarkan takde kawan, kesian jugak. Lagipun, bukan semua benda diorang belajar tu adalah benda buruk, tak?

Seperti hari ni, Cik Aiyu dah berani turun slide ikut vontot. Selama ni dia asyik turun ikut perut, skang ni berani dah. Praktis kat McD tadi ngan kekawan. Diorang turun slide beramai ramai macam keretapi gitu. Tah anak sesape tah, belasah saje, hehehe…

DSC03709-eDSC03710-e

Semangat dia main slide tadi. Setiap kali turun, dia suruh aku tengok. Muka bangga giler, tak boleh blah, hahaha….

13 comments:

Lelaki Ini said... BALAS

cumel, cumel n cumel!

Amy Z! said... BALAS

Alam pun kdg2 tak semena2 menjerit je. Ntah dgn siapa dia belajar ntah. Hahaha.

Kalau ada sekumpulan bebudak sebaya tu, kadang2 memang dorang sesuka je lawan jerit ni. Kita igt apa kes la. Rupanya jerit ni juga satu aktiviti kegembiraan gitu. Hahaha.

Fuh bangga la mommy, dah terel turun dgn cara yang betul ni. Ahahaha.

Nazayiena said... BALAS

Mungkin dpt kepuasan kot Cik Aiyu menjerit2,pas tu ada plk geng2 lain yg berbalas jerit.Cik Aiyu dah boring kot turun slide cara biasa,kan budak2 suka nak explore.....

Konot said... BALAS

anak aku (sofeya) mmg sejak azali suka menjerit. pegi aussie haritu habis di ajarnyer cousin dia (aidan) menjerit jugak.

aidan ni elok2 jenis teruna pemalu terus hyper menjerit.. pening kakak aku tgk..muahaha..

farah said... BALAS

Awww pandai sudah cik Aiyu...suka aunty tgk turun naik slide camtu ye. Another achievement, syabas! Hehe.

Anggerik Berduri said... BALAS

jerit tu tgh practice vokal lah tew. LOL hahaha wah, hebat. lpas ni dah boleh main slide kat water theme park pulek. hewhewhew

Anonymous said... BALAS

sy new reader..best sangat baca blog akak nie. huhu. btw, aiyu cakap melayu ke ckp omputih? hehe
-ika-

jie said... BALAS

bravo bette ;) mak dia tak ikut turun slide sekali ka? lawa rambut cik aiyu... keemasan gitu ;)

marinahunny said... BALAS

berani budak ni ..

Anonymous said... BALAS

ooh..kalu p playground..cik mary pun jerit gumbira gak..tp main slide pusing jer la..begitu juga p supermarket..die menjerit kebosanan..dlm troli..sbb tk der gadget IT..atau tk blh tarik brg..

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

muka bangga tapi comel..alahai cik aiyu..

Madam Sooyaree said... BALAS

Lelaki Ini,
Thanks dear :)

Amyz,
Hehehe... hero pun jerit ke? Ingat heroin je, hihihi... Itu la kan, nak buat camne. Tahan je la telinga buat masa ni

Kak Nurul,
Sebelum ni dia macam gayat sket turun ikut vontot, skang dah berani. Slide tinggi pun dia berani turun dah!

Konot,
Haahaha... ok la tu, sharing is caring maaa...

Farah,
Thanks auntie! You mesti tak heran kan, Fatehah mesti lagi pro

Aqilah,
Hahahah.. harap bakat nyanyian toksah ikut mak nye, haru! Water park? Takut mak nye yang over kang

Ika,
Thanks dear sudi visit blog kita :) Cik Aiyu cakap campur, tu yang sampai skang tak bercakap, hahahaha

Jie,
Thanks dear, mak nye turun gak kekadang. Cuma takleh lama kat atas, ada yang slide roboh jadi jongkang jongket kang

Marina,
Dia ni berani berani takut. Panjat berani, turun lambat sket :P

Azza,
Hahaha... Kak Mary kaki IT ye... Aiyu belum lagi, pasal mak nye tanak kongsi kasih sayang laptop, hahaha

Elissmie,
Hehehe.. thanks dear! Itu la, bangga sungguh dia!

ASaDa RyutaRo said... BALAS

dah besar sungguh cik aiyu ni.. berani tu main gelongsor. lasak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...