Monday, January 9, 2012

Bila cinta lama bertaut kembali…

Sejak 2-3 hari ni, aku macam down sket. Semua serba tak kena.

Makan tak kenyang (tahap mentekedarah pun tak kenyang lagi), mandi tak basah (pasal tak mandi, hehehe), tido tak lena (anak iolls kejut pukul 7 pagi youuu).



Hati terkenang pada kasut yang hilang sebelah.



Jumaat lepas masa bawak Cik Aiyu gi check up, aku pakai boots. Mak aih, berpeluh kaki mak dalam kasut. Dasar Texas tak sesuai pakai boots bulu bulu. Bila dah habis check up, aku pun hajat hati nak tukar kasut. Dalam kereta memang ada standby high heels, kot kot tetiba rasa nak melaram kan. Hari hari jadi mak mak, kekadang nak jadi awek gak.



Tiba tiba….

“Uik, mana kasut lagi sebelah ni?”

Oh noooo…..



Puas aku geledah bawah kerusi kereta, tak jumpa jugak. Hati dah mula dup dap. Ye, cinta saya terhadap kasut adalah tinggi. Sama macam mana saya kasihkan beg tangan. Biar baju tak meriah takpe, janji kasut dan handbag mentennn… Ini aku le, orang lain, lain cara, tak?

Balik rumah aku geledah lagi. Tak jumpa. Demmit, mesti tercicir time keluarkan barang-barang ni. Aku rajin gi recycle kotak, selang 2-3 hari memang gi recycle. Kalau tak rumah boleh serupa warehouse dah rupa. Dalam hati time tu, menyumpah beruk. Niat murni ku telah diganti dengan dengan tuba.

Ok lah, takde rezeki, nak buat camne kan.

Anyway, tadi aku borak borak pasal kasut tu dengan Cik Abe. Kira mengenang benda yang dah tiada lah. Tetiba Cik Abe bersemangat waja nak check kasut tu. Haku dengan confident cakap dia, habis satu kereta aku dah seluk, takdeee…

Seperti biasa, orang laki ni mana nak dengar cakap orang pompuan, hahaha.. (oopss, sorry laling). Dia gi gak keluar, check balik.

Tengok tengok…..


Oh my kasut!

DSC03702-e

Sesak napas ai kejap. Rupanya tersangkut kat celah net bawah kerusi. Aku pun tak perasan part tu wujud dalam kereta, hehehe...

Cik Abe cakap, kalau dia boleh record muka aku tadi, memang best. Bini muka tak cover terlampau happy. Sampai skang muka tak cover tersengih sengih depan laptop, hahahaha…

Jadi kesimpulannya, ada elok jugak orang lelaki tak dengar cakap bini, hehehe… Jimat duit tak yah beli kasut tinggi hitam baru.

I lap you laling!

24 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

patut lah panic attack. kasut Jimmy Choo *gayabersin* rupanya. hahaha ingatkan cik aiyu dah buang. wakakakaka

Anonymous said... BALAS

hehe..pasni mek aiyu..plak melaram..bagi mak die sendu senda..btw pinjam kacut..mary sukau benor..pakai kasut heel..sambil catwalk..tp hak org la..sbb mak die suka pakai wedge..

Nanak said... BALAS

patutlah meroyan..jimmy choo wooo...

My Life My World said... BALAS

Patut ler macam orang putus cinta. Kasut Atok Jimmy ghupernyer. Nasib baik ada Cik Abang yer, harapkan idak lagi 2-3 tahun ler jumpa. Salah salah Cik Aiyu lak yah dah boleh pakai. Hehehehe

sabira said... BALAS

patut la sedih sakan kak huda...oomaigggooooooddd...jimmy the choo punya kasut daa...patut cik abe pun bersemangat nak cari balik....i loikkkkkkeeeeeee..hahahahahahaha

mama maman said... BALAS

Padan la muka sekbek kasut ilang.. kasut mahai.. tp ai idak la tau reganya sebab ai suka brg murahan saje.. tak mampu nyer..hihi

I.Q.W.A said... BALAS

heheh kalau saya hilang kasut camtu pon saya ngs laju2 .. hehehe

siskinny said... BALAS

Mesti belah kanan tu yg hilang kan? Sebab rupanya mcm dah terpenyek sikit. Keh keh

Wahidah said... BALAS

simple tp nmpak elegant kasut ne..n the best part is from Dato J tu....naseb baik dh jumpa blk..:)

Amy Z! said... BALAS

arghh.. Jimmy Choo tu... Kalo ai, ai pon nanges2 kalau ilang. Bila jumpa terus peluk kasut dulu, wpun suami yg jumpa kan. hahahah.

Keji sungguh ai nih.

hahahaha.

lega dah jumpa semula. igt kasut apakah yg hilang sampai update kat twitter. ahahaha.

seronok kan? kan? haha.

Dalila Hamid said... BALAS

patut pun jiwa kacau... jimy coo pya kasut rupanya... hhhaa

shark said... BALAS

salam perkenalan :) kalo saya meroyan dah ilang kasut tu :)

sri hati said... BALAS

Whoah...jimmy choo tu yg x tahan...boleh jd angau klu xjupe jgk..sebbaik cik abe jd penyelamat..erm agak2 klu mtk cik aiyu carik jupe x?hehehe...

FaznFaz said... BALAS

jimmy choo!!!! patut sedih x terkata!!!! hahahah!!!! yup, yg ni aku lebih kurang cam ko!!! sangat suka kasut ngan handbag!!!! kekekek!!!

The Gerbil said... BALAS

"hari2 jd mak2,kekadang nk jd awek gak" i suke stetmen nih!

chocolatomuffin said... BALAS

patut gelabah.. kasut cmni kalau sy pun mandi tak basah tido xlena gitu.. hew hew hew

gee ryder said... BALAS

huishhh kasut mahal tuuuuu....kalau i pun nangis hehe

Anastasyea Aida said... BALAS

nasib baik jumpa .. =)

www.anastasyea.com

ayang said... BALAS

Ayang ni bukan takat gayat tengok tingginya kasut... gaya giler tengok cap JC rupanya.. patut le tido tak basah, makan tak lena... :-p

Nazayiena said... BALAS

Kalau kak Nurul pun lebih dari Huda berbulan2 mkn x lalu,mandi x basah,tido x lena klu Jimmy Choo(memang x akan memilikinya pun).........

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
*Gayabersin*? Huwahahaha... lawak weh! Tak la, ingatkan cicir tengah jalan. Ngeri!

Azza,
Boleh aje kak MAry, mai la sini. Kat KJ pun banyak kasut auntie tinggalkan, hehhe

Nanak,
Jimmy tak Jimmy lah, semua kasut kita sayang :D

Acik,
Itu lah, nasib baik Cik Abe rajin nak cari. Harap kat bini, nan hado la jumpa, hehehe

Sabira,
Cik Abe tak tau pun Jimmy Choo tu menatang hape, hihihi

Mama Yana,
Harga tu tak kisah sangat, tapi pasal kasut tu banyak kenangan. Dah lama tau kita simpan, elok lagi :)

Iqwa,
Akak ni memang pencinta kasut. Semua pun ai sayang

Siskinny,
Tak perasan pulak belah mana yang cicir hari tu, hehehe

Wahidah,
Thanks dear, kita memang suka kasut simple, boleh pakai memacam baju :)

Amyz,
Eh, kita peluk suami dulu, hihihi... Mesti la seronok, jumpa barang yang disangka hilang :D

Dalila,
Kalau dah kasut, cap apa pun mesti jiwa kacau!

Shark,
Salam dear, thanks for visiting us :) Hari tu kita dah redha, tetiba jumpa balik, tu semangat!

Sri,
Kalau mintak tolong Cik Aiyu, dia kutip biskut dia yang bersepah celah kerusi tu kot, hahahaha

Eila,
Best kan kasut n handbag, me likey!

The Gerbil,
Memang betul pun, bila dah jadi mak mak ni, tak dan nak melawa. Kalau sempat pakai eyeliner pun syukurrrr

Chocolatomuffin,
Hihihi.. sayang tau kita kat kasut ni, dah 4 tahun kot umur

Gee Ryder,
Idok le mahal mana, kita beli time sale. Yang penting, selesa :D

Anastasyea,
Thanks dear sudi singgah :) Alhamdulillah selamat jumpa :D

Ayang,
Eh, ini tak tinggi lagi. Kita ada kasut 5 hinci tau, jangan memain, hahaha... Dasar orang 5' 2" kan :P

Kak Nurul,
Hihihi... kalau berbulan makan tak kenyang bahaya, kena beli seluar baru pastu :P

Amy Z! said... BALAS

Hahaha. Cik abe mesti seronok dapat buat cik akak ni happy. Ihiks! ;-)

Hanis MY said... BALAS

JC? pengsan... betul tu baju janji nice tapi handbag n kasut tu kalau boleh nak yg puas hati gitu...

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

patut dia beriya cari. x nak bagi you beli kasut baru lettew..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...