Sunday, January 8, 2012

Aiyu at 18 months

Sedar tak sedar, dah 18 bulan cik kak kita. Kejap aje kan.

Last Friday we went for her 18 months periodical check up. Lambat sket, pasal 29 December hari tu doktor cuti. Alhamdulillah, everything is fine. Walau Cik Aiyu masih speaking German, doktor kata itu adalah perkara biasa. Especially when she is raised in a bilingual house. Belum masuk bahasa Zargus aku mengamuk lagi, hehehe…

Hip hip hooray, anak ai dah masuk double digit you. Berat Cik Aiyu skang adalah 10.29 kg. 25% from US growth chart. Tinggi lak 80 cm, 43%. Lilit kepala tetap maintain, 49 cm bersamaan 97%. Dasar kepala besar, hehehe...

At 18 months, memang banyak benda baru dia dah catch up skang. Seperti suka cakap “thank you” dan “terima kasih”. Tapi ko dapat dengar bunyi hujung hujung tu je la. Nasib baik ibu dan bapa memahami. Jangan tak tau, kekadang dia yang cakap thank you bila kasi kitorang barang. Bila kita acknowledge apa yang dia buat, lagi la dia suka dan repeat banyak kali. Ye, anak ai sukakan pujian. Bila dia berdiri atas high chair, mestilah kitorang suruh duduk kan. Pastu lepas duduk, dia akan sengih sengih sambil tepuk tangan. Kekadang aku pun tak paham, dia ni saje je ke buat itu ini supaya nak suruh aku tegur. Lepas aku tegur, dia ikut arahan, nanti dia kena puji.

Tentang hobi, seperti biasa, buku tetap nombor satu. She recognized the story of each book. We’ve been reading the same books over and over, so obviously we have it on top of our head. Every time we rehearse the first paragraph of a book, she’ll go and get the respective book. Baca suka, koyakkan buku pun suka juga. Jadi kalau nak selamat, cari buku yang tebal. Kalau dapat yang kalis air dan kalis gigit, lagi bagus.

Selera makan pulak, boleh kata semua pun dia pulun. Especially benda benda yang kita tengah makan. Ada sekali tu aku tengah makan kek pisang, tetiba Cik Aiyu yang tengah tido menangis. Aku pun pergi la jenguk dia, pastu kasi susu. Yang mak nye ni pun sambung la makan kek pisang. Boleh pulak cik kak kita berhenti menyusu, rampas kek pisang mak, kunyah dua tiga kali, pastu sambung menyusu dengan mulut penuh kek. Sabo je la kan. Pastu kalau makan cookies, mesti dia bantai celup dalam air. Ni pak nye punya penangan le, makan Oreo cicah susu segar depan anak. Anak pun follow saje. Tapi best part pasal Cik Aiyu makan adalah, dia selalu buat bunyi “mmmmm” waktu makan. Berbaloi baloi la orang kata kalau ko masak untuk dia. Nanti dia akan buat bunyi “mmmmm” tu sambil senyum sumbing dengan pipi penuh isi.

Dan seperti biasa, aksi memanjat makin handal. Macam tadi, dia sibuk usung foot rest ni keliling rumah. Makin panjang lah capai dia skang.

DSC03682-e

Makin jauh ke tengah la periuk kari aku.

12 comments:

mama maman said... BALAS

cik aiyu.. sapa la yg rajin kibarkan bendera dlm rumah tuh..:)

bendera malaysia eks.. cuba kalu kibar kat luar.. tgk apa jadi.. hahaha

Anggerik Berduri said... BALAS

wah, dah membesar dgn jaya cik kak kite.. semoga membesar menjadi model yang berjaya. oopsss

wah, besar nya fridge.. ekhem, penuh dgn ready to eat food kah??? :))))

sabira said... BALAS

lagi bertambah peningla kak huda gamaknyer...heheheheh...

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

semua budak suka kena puji :P kita pun tua2 pun suka apa kena puji ;p abeslah dia explore dengan kusi tu yer :)

bonda dadif aka akish said... BALAS

ehem2....

bunyiknye cik kak dah big gal..

omak...bile nak proses kasik adek...

=)

Amy Z! said... BALAS

18mo kan? Kejab je. Lagi 6 bulan masuk 2 thn dah. Huuuu.. cepatnya dia besar.. T___T

Bagus selera makan dia. Masak apa je dia bedal. Haha. Alam susah sikit. Picky eater. Pening mak dia pikir resepi hari2 nak masak apa. Haha.

Seronok tgk perkembangan anak ni. Hihi. Cuma tak terupdate kat blog je. Haha. Kasihan Alam dapat mak yg malas. Hahaha.

jie said... BALAS

wah, mak kena super alert la kalau macam tu, kalau idak menagis dikemudian hari ler nampaknya. hehe safety comes first gitu.

venusfreedom said... BALAS

part yang paling best..bendera tu..memang patriotik maknya..i loike:)

Wahidah said... BALAS

makin cerdik cik aiyu kita...clap2 hand tuk cik aiyu n maknya..:)

Anonymous said... BALAS

yeah..dah besar awek..kalu ketemu..mesti cik mary..becok puji... cantik or lawa..kombang mak aiyu!

cahya indah said... BALAS

part Cik Aiyu sendiri yang cakap Thank you bila bagi barang kat orang tu buat Cahya gelak sorang2..coz selalu do the same thing, even dah besar panjang macam ni. haha.

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Yana,
Hihihi.. tu kerja bapak nye. Jumpa bendera Malaysia, semangat dia gantung dalam rumah. Kalau luar, tkaut kena pulau dengan jiran tetangga, hehehe

Aqilah,
Hewah... model? Boleh la, nanti mak bapak leh goyang kaki, hihihi... Eh, peti sejuk penuh makanan sebelum diproses ok.. aiskrim pun banyak gak, hahaha

Sabira,
Haaa... tau takpe, pening ahkak tau!

Elissmie,
Betul betul betul, tapi kalau sellau sangat dipuji, rasa macam tak ikhlas pulak tak, hihihih

Bonda Dadif,
Ehh.. lama lagi kot, hihihi.. Sorang pun kekadang tak ter handle

Amyz,
Betul tu, memang seronok tengok perkembangan diorang. Tak kisah la update ke tidak, asalkan kita yang tengok ada memori cukup lah kan :)

Jie,
Ya betul! So far memang semua kabinet kitorang dah child lock kan, tu yang dia naik kerusi panjat benda yang tak di lock, hehe

Erma,
Op kosss... 2 orang Malaysia vs 1 Amerika, kita la menang kan :P

Wahidah,
Auww.. mak nye pun dapat clap, thanksssss

Azza,
Op kos, cantik macam mak nye kannnn.. hihihihi

Cahya,
Hahahaha... kecik kecik mesti sepesen ngan Aiyu ni tau, tak kuaser!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...