Sunday, May 26, 2013

After a long break

*cleaning mode*

At times, you just have too much to tell, and you don't know where to start.

In the end, you just don't, hahahaha...

Itulah alkisahnya dengan tuan blog.

Kami balik dari kampung hari Ahad lepas. Dalam flight, Cik Aiyu mula bersin. Bersin sekali takpe, kali kedua takpe, kalau dah banyak kali...

Ooo emm geeee.. mak nye dah risau. Sampai rumah, kami amik temperature telinga. 100.6 degF. Soheh, anak kami kurang sihat. Belum tahap teruk, tapi kira tak sedap badan lah. Terus esok tu ponteng sekolah. Alhamdulillah petang esok tu, Cik Aiyu dah ok. Takut gak, kot kot demam macam hari tu. Sian diaaa...

Tekan butang fast forward, Jumaat lepas adalah hari terakhir Cik Aiyu sekolah. In fact, for the whole America lah. Mulai 25 Mei, budak sekolah boleh berjimba kerana sekarang ni summer holiday. Masuk sekolah nanti 1st week of September tak silap. Maka semua taman rekreasi dah pusat berlibur akan penuh dengan kekanak Ribena, hehehe.. Tapi mungkin di pagi hari je kot, pasal petang-petang panas! Kekadang sampai 95 degF, tak menahan mak. Makin cekelat la kulit ku nanti, huwaaa...

 
Her graduation (graduation la sangattt, hahaha) present.
 
Makan aiskrim kat Swensen's.
 
Hahahaha.. Gila old school kan kedai ni! Rasanya dah lebih 10 tahun tak jejak kami ke sini, tup tup kami bertemu kembali di Amerika.
 

Tu untuk mek Aiyu, untuk mak nye, skang ni dah masuk 16-17 minggu menjadi mak buyung. Kesian baby nombor dua ni, jarang cerita pasal dia, hehehe.. Agaknya sebab tu la kan, ada second child syndrome. Dari dalam perut dah terasa, hahahaha...

Bukan apa, kekonon dah habis pakar mengandung la kan. I realized I am less restrictive compared when I was pregnant with Aiyu. Dulu hari-hari gigih makan ubat, pastu minum susu 2 cawan. Skang ni most of the days makan lah ubat, tapi kekadang terlupa. Susu pulak, lagi selalu terlupa nak minum! Makan tak jaga sangat, exercise malas. Selain tu takde apa kot, selera makan maintain. Cuma perut makin pesat jauh ke depan, lelagi dalam 2 minggu ni. Akhirnya mak nye pasrah, pergi kedai maternity cari seluar. Kesian jeans ku yang dua helai tu (yang lelain tak muat dah), macam hazab mintak nyawa je. Nasib baik la kedai Motherhood tu ada jual petite size. Tapi tak stail, pasal ada benda stretchable kat perut tu, hahaha.. Dulu time mengandungkan Aiyu, harem ku nak pakai seluar stail gitu. Pakai low waist aje. Skang ni mak terima je lah. Kesan penuaan dan kadar metabolisma tidak menyebelahi mak, nak.


By the way, lepas ni mungkin gambar-gambar Cik Aiyu akan makin berkurangan di blog.

Pasal ada orang tu, walaupun perasan princess dan mermaid (dia cakap daddy dia Sebastian, mommy dia Flounder), dia dah tak suka camwhoring. Setiap kali snap, dia akan toleh.

 
Toleh badan gini.

 
Atau pun cover muka macam ni.



13 comments:

mama maman aka yana said... BALAS

dah jd shy kakak... kiki..

irenedahayu said... BALAS

macam retis dah dia... kekeke...

Unknown said... BALAS

Nurul,
First pic tu.. no picture please.. very the..

Unknown said... BALAS
This comment has been removed by the author.
Eliss said... BALAS

eliss pun sama ms pregnant kali kedua ritu.sekali branak 36 wks, nyesal pulak sbb x de sgt gmbr pregnant 2nd :p keh keh keh anak no2 pun xbyk sgt gmbr banding nuha :p

ctsal said... BALAS

Cik Aiyu makan eskrem pun penuh gaya :)

PutriesNoora said... BALAS

alaaaa...rindu-rinduan la aunty lepas ni..huhuhu

Nanak said... BALAS

pasal tu Fredo dah jarang muncul dlm blog..dia pun tak suka kena amik gambar!..asal mommy nak snap,dia buat gaya mcm Aiyu tu..haha...

2nd preg pn i jrg minum susu compared 1st hari2 2gelas tak miss you..haha..
tk cre dear..

sabira said... BALAS

hahahaha..aisehhman mek aiyu..susah nak jadi retis nnt kalau dh tak suka ambik gambar.tp takpelaa..terubat jugak rindu ni.wahh mek aiyu dah ada handbag sendiri.....best2

norashikin said... BALAS

Rindu la camni nak tengok muka cik aiyu...hehe...eh gambar tuan tanah yang latest tak da ka...hehehe...nak la tengok...hehe...saje menyakat..

Madam Sooyaree said... BALAS

Yana,
Tak shy sangat, more like "jangan kacau I k" hehehe.. Kekadang bilik dia pun dia tak kasi masuk!

Irene,
Bajet je retis, hahahaha

Kak Sham,
Tu la pasal, menyampah aiii tauuuu

Eliss,
Hehehe.. kesian kannn anak kedua ni. Kalau yang first, hari2 wajib amik gambar. Bukan sekeping dua lak tu!

CTSal,
Hehehe.. harus la kan.. sedappppp

PutriesNoora,
Hihihi.. dah a mak nye malas nak update blog, lagi laa :P

Nanak,
Fredo pun sama ke? Laaa.. trend agaknya, hahaha... Ehh... you 2nd time dah la ada dua isi, habislah kalsium badan, hihihih

Sabira,
Itu baru satu handbag, dia ada 3 handbags! Belum lagi handbag kita yang dia buat harta, oh anak pompuan!

Norashikin,
Gambar tuan tanah malas nak upload, muka tak siap, hahaha.. Takpe, nanti kita amik gambar perut, aci tak?

Amyz! said... BALAS

Samalah Alam. Nak ambik gambar, dia pulak nak camera tu amik gambar kita pulak. Hadoii.

2nd child sindrom ni pun terkena kat anak kita gak. Masa Alam dulu, hari2 amik gambar. Ini 2-3 hari baru nak amik gambar. Tu pun 2-3 keping. Hahaha.

Fifi Nadhrah said... BALAS

gambar toleh belakang tu.. memang diva!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...