Friday, May 17, 2013

Her potty training story

Rasanya I belum tulis lagi kan, how did we get Aiyu to be potty trained.

Alhamdulillah, it is easier than I thought it would be.

Betul lah kata orang, only to start it when they are ready.

If you try too early, the chances for accidents would be higher. Kalau rajin mengemas silakan, tapi kalau kurang rajin macam I, toksah le. Tak pasal-pasal anak jadi mangsa.

Bila dah umur lebih 30 bulan, insya allah ok. Lelagi bila dia dah mula paham bahasa. Walaupun kekadang diorang buat tak paham jugak, hahaha...

Pada hari pertama, awalnya kami suruh dia pergi ke tandas setiap 30 minit. Bila tengok takde hasil sangat, kami up ke 45 minit. Lepas tu setiap sejam. She was ok in the beginning, lelama dia macam malas. Mak yang garang, mula la bising. I think she did have an accident once, maka lagi laaa mak nye bising, hahaha...

Apparently teknik mulut bising itu tak boleh pakai. Pasal esoknya, Cik Aiyu ada 2-3 kali accidents. Dia macam lagi malas, Nampak annoyed pun ada. Sorry baby, mommy garang sangat kot. So I switched to the "ibu penyayang" technique, yang berkata-kata dengan sangat lembut pada sang anak. Every time she went, no matter big or small, kitorang high five. I prefer not to introduce the reward system, takut bila dah biasa kasi hadiah, nanti dia mintak sampai tak sudah. Bahayaaaa.....

Nampaknya teknik tu sesuai dengan Cik Aiyu. Dia nampak lagi relaks dan tenang. She even started to tell me when she needed to go. Tapi dalam duk relaks tu, ada juga accident. Takpe lah, dia dah cuba kan. Mak nye masih mode ibu penyayang, layannnn...

On the fourth day, cik kak kita berjaya satu hari suntuk tanpa accident. Dan hari berikutnya. Dan esoknya juga, alhamdulillahhh... Kira dalam masa 4 hari tu, cik kak kita pass!

Masa potty training, kami pakaikan Cik Aiyu pull ups masa dia tido siang. Takut basah katil. Tapi bila dah 4 hari tu dia kering aje masa tido siang, kami berhenti. Untuk tido malam, sampai sekarang kami masih pakaikan pull ups. Most of the nights, she will be dry. Tapi ada juga hari dia basah, so masih was-was lagi lah. I guess we will take it off once she can go to the bathroom in the middle of the night, by herself. Macam sekarang, kekadang ada juga dia kejut kami untuk pergi pee pee. Tapi tu la, takut mak bapak tak terjaga, pasal kami ni boleh tahan spesis tido mati, hahaha...

So for all the mommies out there, how did you train your kid?

:)

11 comments:

Ep Rafizah said... BALAS

Mine baru umur 6 months. so belum lagi la kan. hehehe. just nak cakap i goggle la image 'pulls up' tu camna kan. oh my! kenapa comel sgt diapernyaa!!! bestnya kalau kat malaysia ni ada diaper yg secantik tu! walhal diapers je pn kn! hahaha.

btw, love to read ur blog. banyak jgk tips yg i simpan dlm kepala utk di praktikkan pd gegirl i ni! hiks! :D

PuanSyimaSyaz said... BALAS

ok.. noted.. nanti aisya dah 30 bln (brp tahun ek?..hehehhe) kena practice.tanak lah dia pakai pampers sampai umur dia 5 thn... shame-shame!

Ninie Hanis said... BALAS

Good tips ni..tq for sharing this. U know what, last time after reading experience sleep training cik aiyu lah i try for my Fahim Zidane.Good girl la cik aiyu. Good job!

Unaizah said... BALAS

Good for Cik Aiyu & Mommy too! I tengah berkira-kira nak try with my youngest. He's 2 yrs 7 mths. Hopefully soon I'll find the courage to go ahead with it. Dok lemau nak start tu sebab malas nak lap & bersihkan hihihi.

Kh@iLi said... BALAS

Budak2 ni mmg kene berlembut..klu buat mcm military..nan hado..My doter pee pee ok..poo poo..KO..cane nak buat..any idea??

farah said... BALAS

Tried already and failed! I can only do weekends so I guess dat was not helping, anyway recently Fatehah keeps saying she's big enough not to have to wear pampers etc so I guess I definitely hv to time out from work soon and focus on getting her potty train. Anyway pampers size dia yg paling max besar tu so kalo lps ni x reti2 gak I beli adult diapers je. Hahahaha.

Anonymous said... BALAS

hehe..cik mary trained pee pee kat playschool..sbb dia malu kot dgn kwn2..mula kerap terkencing dlm seluar..skrg tk pakai diaper..cuma ms dia tdo aje..sbb kuat minum susu dan air..utk poo poo..mamanya kejam la skit...bila dia tercicir skit..suruh la die kutip dgn wet tissue..dan cuci seluo.

Fifi Nadhrah said... BALAS

macam fifi kene tunggu ufairah besar lagi la.. baru setahun empat bulan kot..

sabira said... BALAS

kak..kita rindu mek aiyu...update gambar dia byk2 plsss...

Amy Z! said... BALAS

Kita belum start lagi potty training kat Alam. Lepas abis pantang kot. Sbb cuti lama ni, boleh la train dan pantau juga. Kalau senang mcm Aiyu, alangkah bahagianya. Haha.

Madam Sooyaree said... BALAS

Rafizah,
Eh, awal sangat tu, hahaha... Diaper sini memacam, kekadang ada yang macam seluar jeans lah, geram! Tapi tu la, kalau dah biasa pakai satu jenis, susah nak tukar, hihi.. Thanks for visiting dear, really appreciate it :)))

Syima,
2 tahun setengah yang, hahaha.. Rasanya dalam 2-3 tahun tu dah ok lah untuk cuba. Sini wajib, pasal 3 tahun nanti, kalau sekolah, memang kena potty trained.

Ninie,
No prob dear, I pun trial and error je. Ikut my abang, dia suruh kejut anak setiap jam waktu malam untuk pee pee, hahaha.. Military style! Tapi elok la, malam pun tak yah pakai diaper. All the best Fahim!

Unaizah,
Hahaha.. malasss kan part nak mencuci tu! Tapi nak buat camne, I ni peer pressure sebenarnya, hahaha

Khaili,
Tengok gak dear, pasal ada budak, kalau lembut pulak tak jalan. Asalkan kita jumpa jalan, kira halal la kan, hehehe... Selalu your daughter poo poo camne? I read yang diorang rasa poo poo tu part of their body, so takut macam tercabut anggota badan gitu lah. You ada toddler seat tak for toilet? And bench/stairs for them to rest their legs. I heard that helps.

Farah,
I baca, memang suggested untuk amik cuti kalau nak potty train. Tak pun cuba time long weekend. Nampak gaya time raya nanti la kot, hehe... Hahaha.. adult diapers, I pun nak pakai especially time jam raya! :P

Azza,
Hahaha.. stail la mama Mary! Cik Aiyu nasib baik tak pernah cicir poo poo, mau sampai hujung jalan dengar suara mak nye kang, hihihi

Fifi,
Insya allah lagi setahun boleh la cuba :)

Sabira,
Hehehe... insya allah dear :)))

Amyz,
Kita dulu sebelum cuba, memang rasa susah. Sekali dah buat, eh eh, tak la susah mana. Insya allah :)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...