Friday, May 2, 2014

6 months

Pejam celik pejam celik, dah 6 bulan umur abam Aaron kita.
 
Kejap je kan.
 
Dekat sekolah Cik Aiyu pun, ramai yang rasa kejap aje abam Aaron membesar. Waktu kenal dulu, masih dalam perut. Tup tup skang dah pandai sengih. Gigi pun dah ada 2 batang.
 
Walau pun baru je ada gigi, abam Aaron dah pandai menggigit. Tak pasal-pasal hari tu makan pelempang kejap.
 
Hahahaha... jahat kan mommy. Sakit weh! Lepas kena tepuk mulut, dia pandang Cik Aiyu, buat muka mintak simpati. Yang kakak tak dan nak kesian, gelak besar ade lah. Dah adiknya menangis sambil cebik bibir, hihihi... Drama tauuu...
 
Selain daripada tu, abam Aaron skang dah pandai merangkak gak. Berdiri pun pass gak ar, asalkan dia ada tempat berpaut. Sekarang ni memang semua benda kena letak tinggi, takut dia capai. Cik Aiyu pun dah kena sound, jangan main benda-benda kecik dekat kawasan tawaf adik. Tapi kekadang adik pun off course, selamba badak dia aje masuk kawasan kakak. Sudahnya kami panggil Aaron dinasour, hahaha.. Suka betul dia, merangkak sampai easel mek Aiyu. Tangan cepat aje, semua benda dia sebat. Kertas pun dia koyakkan, pastu buat bubur, hihihi...
 
Hari tu kami pergi 6 month check up, kami tanya pediatrician, yang Aaron ni masih perlu menyusu tengah malam ke. Bukan apa, kekadang dia jaga sampai 3-4 kali, penat mommy. Aiyu dulu gitu gak, tapi masa tu mommy masih cargas. Skang ni kesan penuaan makin ketara, kerja pun makin banyak. *sel lemak pun makin ramai, ooopsss* Kekadang rasa pening aje bangun pagi tu. Nak nak bila Cik Abe tak balik 2-3 hari, lagi lah penat.
 
Bila doctor check carta pembesaran abam Aaron, dia kata tak perlu dah menyusu tengah malam. Berat ngan tinggi semua ok, so kalau nak cerai susu malam dah boleh.
 
Eh, iye ke doctor?
 
:D
 
Cik Abe dengan kadar tak menyempat, terus kata jommmm....
 
Macam Cik Aiyu dulu gak, kami cuba kaedah cry yourself to sleep method. Teknik nya agak kejam, tapi mujarab. Macam Cik Aiyu dulu, kami cuba masa dia umur setahun. 5 hari je dia nangis, pastu terus tido sepanjang malam. Doktor kata lagi awal cuba, lagi elok.
 
Well, it's time to try out our new baby monitor.
 
 
Mommy ngan daddy pindah tido bilik ofis jap.
 
Jangan nangis lelama tau sayang!

7 comments:

nazila jaafar said... BALAS

hati mau tegar dengar abam aaron nanges...

Amyz Azlie said... BALAS

Yeayyy! Dah 6 bulan. Dah boleh makan sedap-sedap dah.. Hehehe.

Adoi. Part ni memang kena tabah banyaklah. Kalau Alam dulu, suara dah la nyaring time melalak. Orang ingat kena dera je. Haha.

Part gigit ni memang lah. Dah prevent pun, ada je yang dia dapat gigit. Tengok-tengok bucu-bucu bil astro dah tak de. Sedap jadi jajan dia. Geramkan apa ntah, gigit tangan mama, papa. Adoi!

Anonymous said... BALAS

Hi Huda,

Is it a good idea to let kids sleep on their own before they are 1 yr old?

Sally

lyza said... BALAS

mummy dah ada pengalaman..tak susah dah...
memang agak kejam bunyiknya.. aye buat dulu kaw2 kena syarahan ngn org tua..shh nama d rahsiakan.. haha tp mcm biasa le aye wat muka dinding fb.. :P

<3 kakliza <3

Aziela said... BALAS

Cry Yourself To Sleep...hahahahhahaha....brilliant! Cik Abe pun tak menyempat2 kan. Mesti dia pun nak tidur lena juga...

Oh, nanti kan Abam Aaron dah umur 4-5 years, dah teringin nak adik Aaron pula kan... Lepas tu, guna lagi method nie yer....hahahahahhaa. Best..best!

Nota Cikgu Anum said... BALAS

I selongkar2 jgk mcm mn Huda buat cik Aiyu tdo sndri dlu. Skrg bb dah 10 bulan tdo bwh ketiak lg. Nk ikut cam Abam Aaron jgk la. Tp bole ke hati iols yg lemah smgt ni....huwaaa

Fifi Nadhrah said... BALAS

hati kene kental.. kalau saye.. mau atuk opah die bising dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...