Saturday, February 7, 2015

Sorry blog

 Lama sudah tidak ber update, hehe...
 
 So many things to tell, but so little time to do so. Baru je nak duduk ngadap laptop, ada tangan kecil tarik seluar.
 
"Mammm?"
 
Entah la, tak tau la abam Aaron dah panggil I "mam" ke, atau pasal dia memang suka sebut "mam".
 
Nak makan pun, dia sebut "mam". Agaknya spesis spesis mak yang tak keje ni, memang kat dahi ada cap mohor makanan kan. Anak kalau lapar, confirm cari kita. Waima bapak kat depan mata. Tu yang I tak pasti, "mam" tu untuk mom ke, mamam ke...
 
Belasah la labu.
 
Selain daripada "mam", abam Aaron suka sebut "vroom vroom" gak. Itu namanya, kalau dia nak ajak berjalan, hehehe... Sejak carseat boleh pandang depan ni kan, suka dia naik kereta. Lelagi kalau bukak tingkap. Riuh mulut dia nak tunjuk itu ini. Tapi biasa la, bahasa budak 15 bulan. Mommy tak paham, ampun nak. Mommy pura pura je la buat paham ye, hihihih...
 
 
 
Yang kakak pulak, baru melabur saham di dentist.
 
*cry*
 
Nak ikutkan, Cik Aiyu gosok gigi hari-hari. Dua kali sehari, macam I jugak lah. Tapi, entah la, agaknya pasal gigi dia jenis yang cepat rosak, maka dia ada kaviti di gigi. Bukan sikit weh, 6 batang gigi! Tahun lepas sepupu dia kena kes begini, tahun ni, giliran Cik Aiyu pula. Kesian dia, duk repeat cakap "I have cavities because I like to eat candy".
 
Yes she does, but who doesn't? Mula mula I rasa bersalah jugak la, macam tak jaga kebersihan gigi anak. Tapi bila fikir fikir, banyak lagi budak lain yang I tau, jarang gosok gigi, tapi gigi maintain je. So instead of blaming myself, I blamed Cik Abe, hahaha... Kotor betul taktik, tapi takpe lah.
 
Jadinya, sekarang gigi Cik Aiyu banyak yang bertampal. Kitorang cakap kat dia, skang ni nak kunyah dawai pun takpe, gigi silver you. Memandangkan bil nya yang mahal nak mam, kemungkinan silver yang dipakai adalah silver 925 dari Tiffany & Co.
 
 
So far she is doing ok with her new appearance. She said it felt weird at first, but now since she is no longer complaining, dah ok la tu kot. Her confidence level masih tinggi menggunung, masih perasan cun. Like when we told her that she's pretty awesome, she said "Yeah I am, and I am pretty too".
 
Oh my daughter!

8 comments:

Mama Kembar 3 said... BALAS

Confident itu penting hehehe

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

my daughter pun jenis gigi cepat rosak. 4 batang kat depan dah reput. dentist kata kata by 8 paling lambat kena jugak force cabut (very painful, sbb kena korek gusi nak reach the akar).

kesian anakku.

and i blame bapaknya sbb keturunan mcm tu..kahkah..lega hati mak..

Syima Syaz said... BALAS

Adakah sebab cik aiyu cepat tumbuh gigi? Dulu2 anak i lambat sangat tumbuh, setahun baru keluar 4 batang, makcik jiran cakap elok la tu lambat sikit rosak... Katanya lah... Ayat sedapkan hati kot....

Tp kalau gigi aisya still cepat rosak, terpaksa blame diri sendiri sebab gen i la gigi cepat repot... Huwaaa

Umie Sapidah said... BALAS

pernah dengar org kata.. kalau baby cepat jalan.. giginya lambat tumbuh so lambat gigi rosak... tp kalau gigi cepat tumbuh.. nak jalannya lambat...

entah la... betul ke tidak..hehehe

memang cute la cik Aiyu ni... gegirl cantik jer pakai gaun..hehhe

indah hiasan said... BALAS

rindu nak baca entri baru..akhirnya..hhahahahahaha...

cikguAnum said... BALAS

Mmg she's pretty

cikguAnum said... BALAS

Mmg she's pretty

Shamsiah Abdul Rahman said... BALAS

Sama je yg di sini..
Asal nak mammmmmm.. semua cari Ibu.

Bab password, uploading etc.. baru cari 'ayah'.

You take care dik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...