Tuesday, April 7, 2015

Hair day

Haluuuuu....

Lama sudah kita tidak bersua, blog. Apakan daya, tuan punya blog makin lama makin malas. Kesian abam Aaron, takde cerita pun kat blog, hehehe... Baby book apa tah lagi, memang dah ke laut. Waktu Aiyu dulu, tiap kali gigi tumbuh, I update baby book. Abam Aaron? Hahaha... sedar-sedar dah nak penuh gigi dia, hahaha... Sorry baby.

Sekarang ni I dah jadi baker gitu di Midland, hihihi.. I siap register tau, so kiranya memang official lah. Tax pun kena bayar, nasib GST tak perlu dikutip, hahaha.. Kecoh satu Malaysia pasal GST kan. Kitorang kat Texas 8.25% sales tax nye. Awal-awal tinggal di US ni memang pening sket, nak bayar baju ke apa, kena kali dengan tax. Siapa pulak yang hafal sifir 1.0825? Sifir 12 pun tak tentu lagi orang hafal. Nak nak skang ni telefon ada calculator kan. Semua pun pakai tekan.

Alhamdulillah, rezeki membakor memang murah. I decided to make macarons due to the unavailability here. Dulu tak la minat sangat pun, tapi tengah tahun 2014, I terjebak. Memula buat untuk syiok sendiri. Macarons kan susah nak buat, jadi bila berjaya tu, rasa kembang kempis lobang idung. Makin lama makin banyak dibuat, tup tup I register dengan Texas State Law. Besides the satisfaction, I rasa best bila dapat jumpa customer. Different people from various background. Selama ni, I jumpa mak mak sekolah je kan. Kali ni rasa dah keluar kepompong sikit lah, hahaha...

As for the kids, alhamdulillah, dua dua sihat. Abam Aaron makin banyak akal, Cik Aiyu makin banyakkkkk cakap. Skang ni dah tahap kena suruh senyap, hahaha... Semua benda pun dia nak cerita. Pergi toilet pun, kalau boleh dia nak cerita satu persatu apa dia buat. Dan dia cerita, setiap kali dia pergi toilet, boleh? Pening mak tau. Yang abam Aaron lak sket sket jerit, hentak kepala kat lantai. Oh man... the wonders of kids, hahahah..

Anyway, hari tu, tanggal 10 Februari 2015 (chewahhh.. tau pasal check tarikh di kamera), Cik Aiyu akhirnya potong rambut. Sebelum ni rambut dia memang tak pernah dipotong. Cukur pun tak. So memang selama ni dia ada rambut dari dalam perut la, hehehe... Kitorang memang dah rimas tengok rambut dia, tapi pasal penangan Elsa, haram dia nak kasi kitorang potong rambut. Tapi tah macam mana tah, tetiba dia berubah hati. Agaknya pasal dia percaya. rambut dia kena kasi trim, untuk jadi lagi panjang macam rambut Annabell (kawan sekelas dia).

 
Suka dia potong rambut, agaknya pasal hairdresser baik kot. Kitorang awal2 dah briefing hairdresser, jadi dia pun layan kan aye la.
 
Potongnya tak banyak mana pun, ada lah seinci dua kot. Nak kasi serata je kat belakang.
 
 
 
Yang abam Aaron pulak, I potong sendiri je. Selama ni potong rambut depan je, tapi memandangkan sekarang ni makin panas, rasa macam kesian pulak dia berambut panjang.
 
Mat jambu I.

 
Rambut dia lawa panjang, macam wig. Elok je terletak. Tapi tu lah, kesian dia panas. Nak ikat, rasa macam tak sesuai pulak. Sudah lah dia banyak pakai barang gegirl Aiyu (contohnya, bib warna pink, auwww). Nasib baik dia memang minat barang boboi, kalau tak, takut mak tau.
 
Untuk abam Aaron, kitorang potong dalam bilik air rambutnya. Senang, kasi terus mandi. Tapi I terpotong pendek sangat, rambut dia skang jadi macam rambut Vidal Sassoon la pulak. Pendek di belakang, panjang sket di depan. Nak potong pendek kat depan, takut tergunting telinga. Belasah la labu, nasib baik muka ensem.

 
Dua kali tengok, macam rambut Edna Mode sudah.
 
 
Sorry laling, mommy lebiu.
 

12 comments:

mama maman aka yana said... BALAS

mmg tertunggu2 gak.. lama mama tak update blog tau..

SueGinola said... BALAS

Abam Aaron rambut apapun tetap hensemmm!!hihihi..comel sangat!!...
Apapun all the best for your new business...!!

nasa mulia said... BALAS

lamanya baru dapat baca cerita dari state...rajin2lah up date business baru.

imm hassan said... BALAS

rindu cerita cik aiyu dengan abam aaron

Shamsiah Abdul Rahman said... BALAS

Amboi.. hentak kpala ke lantai.. ganazz tu.

shycat said... BALAS

yayyyy tuan tanah dah balik.. akak kalau update gambar macaron pun dah ok, kira terubat windu ni.. hehe.. take care~

lia ummiirfan said... BALAS

comell! :))

cikguAnum said... BALAS

Comey nye Aaron!!!

cikguAnum said... BALAS

Comey nye Aaron!!!

Linda Abdullah said... BALAS

Hensemlah abam Aaron.. wah kak huda ada business baru lah, ada penghantaran ke Tanah Melayu tak kalau nak beli macaron dari State nih..heheh

Linda

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said... BALAS

hahaha pesen rambyut apa pun tetp hensem u... cute face. kakak mesti melaram sangat kan

Dewi Aja said... BALAS

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...