Sunday, April 15, 2012

A week event

Wah, lama sudah blog tidak ber update.

Hati kata mau, mata dan jari kata lileks dulu. Tau tau dah malam, menggelupur tak sempat update blog. Esok repeat benda sama lagi. Dengan iPod baru iolls, lagi lah tidak membantu. Hari hari aku exercise, lari sambil melompat dalam Temple Run. Dasar pemalas, hahaha…

Anyway… di mana kita ye? Macam macam berlaku minggu lepas. Seperti tuan tanah sebut di atas, tuan tanah sudah mempunyai iPod baru. Eh, orang dah ada iPhone 4S kot? Takpe la, jangan nak ikut orang sangat. Sini handphone selalunya ada kontrak 2 tahun. Kalau nak jugak phone baru dalam tempoh 2 tahun tu boleh, tapi kena beli le. Tak koser you, tunggu beberapa bulan lagi ni, iolls boleh dapat phone baru, PERCUMA. Kalau nak handphone habis canggih pun, tambah dalam $100 camtu kot. Ok le kan, dari nak bayar $400 untuk phone. Bukan ada orang nak call pun, tuan tanah kan anti social orang nya, hahaha…

iPod tu sebenarnya beli pasal nak pakai pergi gym. Hari tu iolls try out Gold’s Gym. Tengok semorang ada iPod. Mak peer pressure. Kelas zumba asyik tertunda, Cik Abe keje tak tentu masa. Lagipun gym kat sini ada daycare. Diorang jaga anak korang untuk 2 jam masa korang dalam gym ni. Ok la kan, haku 15 minit pun kompem dah pancit, hahaha… Kira takde alasan la mak mak tanak workout. Elok jugak, boleh cik kak kita cari kawan. Belajar bergaduh sket, art of survival kekdahnya, hahaha…

DSC05350-e

Cik Aiyu dan Kreed. Diorang ni macam anjing ngan kucing. Asyik la berebut permainan dan perhatian. Kalau sorang main kasut, sorang lagi pun sibuk. Sorang nak duduk atas Grandma, sorang lagi pun follow. Lantak korang le, asal mak nye dapat baring baring atas sofa, gua ok aje.

Selain daripada tu, minggu lepas adalah besday Cik Abe. Tak buat apa pun, Cik Abe tak suka parti. Kitorang berkumpul kat rumah sepupu Cik Abe je, lepak lepak main kad. Bak kata Cik Abe, it’s just another day I’m getting older. Skang korang paham la ye, kot kot nanti aku meroyan Cik Abe buat bodo time besday aku. Pasal konsep itu dia aplikasi kan pada semorang, huwaaa…

Acara kemuncak minggu lepas adalah….



Mak nye tengok wayang.



Haaaa… dating kali ketiga you!

Kitorang memang jarang sangat keluar berdua sejak Cik Aiyu ada. First time dating, lepak kat Starbucks masa kat Pantai Hospital. Cik Aiyu time tu ada kat nursery. Dating kah itu? Entah…

Lepas tu masa balik Malaysia last November, kitorang gi dinner kat Las Vacas. Kejap je kot, dalam sejam gitu.

Jumaat lepas la dating lama sket, 6 jam you! Kitorang tengok Hunger Games. Last movie aku tengok dalam panggung adalah The Avatar, boleh? Time tu tengah preggy, nasib baik masa lahir tak keluar bayi biru, hihihi…

Ok lah, mak nye nak tido. Esok nak eksyen, tunjuk gambar pokok tomato kita yang dah ada buah tomato hijau Open-mouthed smile

10 comments:

s.z.a_s.z.a said... BALAS

Eh, macam sama plak.
kite pun baru beli ipod.
cik aiyu xjeles ke mama die ada ipod?
hihihihihi~

Sooyaree said... BALAS

Dak aih, dia yang lelebih pakai app flashcard atas tu, hihihih

blu4sky said... BALAS

ok gak tu dapat dating 3 kali.. i anak dah 3 orang..yg kecik dah masuk 6 tahun baru dapat gi dating tu pun gi tengok movie tapi pilih plak cerita suspen...ciss silap pilih movie daaahhh...keje ku kejap2 tutup mata, kejap2 tutup muka...sangat tak romantika..hahahahaha...

ANR said... BALAS

avatar? wah, patut lah cik aiyu cantik rupanya ade iras Jack Sulley. eh, ke bapak cik aiyu yang ade iras Jack? LOL

Amy Z! said... BALAS

Seronok sekali sekala dapat dating berdua~ Dapat makan lunch sama2 pun rasa bertuah. Hihi.

Tak sabar lah nak tgk tomato awak..!!

Nazayiena said... BALAS

Dah ada anak nie klu dpt klr berdua memang masa tu berharga sgtkan....
Cik Aiyu ngan Kreed berebut Grandma ya...

Nazayiena said... BALAS

Lupa plk nak ckp FM tu dah spi smlm 16/2, tq dear.....

Nurul Dahlya said... BALAS

kak,

u made me miss my daughter! :)

hope all is well on your end!

miss scofield said... BALAS

amboi....manjenye cik aiyu!!!

khusyuknye dgr nanny dier ber story telling.....

p/s: mommy cik aiyu...dah dpt FM... 17/04 sampai... tqvm!!!

Madam Sooyaree said... BALAS

Blu4sky,
Hahahah... nape tak peluk je Cik Abe, kata "I takuttttt". Itu la, kami dating pun sorang jalan depan, sorang jalan belakang. Tak lomantik langsung! :P

ANR,
Hahahah.. Ikut Cik Abe, dia mesti nak anak jadi Zoe Saldana. Idaman hati dia tu!

Amyz,
Itu le pasal, masa makan tu kan, kitorang rasa pelik bila takde tangan kecil yang menggapai, hahaha...

Kak Nurul,
Memang kak, lelagi kami ni takde sedara mara kat sini, susah nak tinggal anak. Diorang 2 tu memang, semua benda berebut. Kasut orang lain pun jadi bahan gaduh, hahaha.. Thanks kak for the confirmation, terima lah hadiah tak seberapa dari kita ye :)

Nurul Dahlya,
Thanks dear! Rindu anak, haruslah bermanja dengan dia lepas ni ;)

Atiqah,
Haruslah kan, nak menang hati grandma, hahaha... Thanks laling, cakap kat mak thanks jugak, hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...