Showing posts with label Being Malaysian. Show all posts
Showing posts with label Being Malaysian. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Ibu & Anak

Teka lah, siapa Tamu Blogger majalah Ibu & Anak edisi bulan November ni?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
?
 
Mai Korner uollssss!
 
*chicken dance*
 
 
Hahahah.. sorryyy... sesekali tuan punya blog nak kembangkan lobang idong yang dah sedia kembang ni kannn... kasi peluang la ek? ;)
 
Terima kasih pada wartawan Mastura yang sudi nak temuramah I yang jauh ni. Kalau sudi, sila lah singgah kedai mamak terdekat, dan dapatkan majalah Ibu & Anak keluaran November 2014 ok?
 
*muka tak malu, muahahaha*
 
 
xx
 

Tuesday, July 22, 2014

Hello again

 Hello Malaysia!
 
Ha ha, more like belated hello.
 
Dah lebih seminggu sampai, baru nak update blog.
 
What to do, tuan punya blog malas. Penat pun iye jugak.
 
Dengan melayan jet lag anak-anak selama seminggu. Penat weh, lelagi diorang dua amik giliran nak tido. Sorry Aiyu, mommy loves you very much but I have to be on #teamaaron. Aaron tido, mommy join sama. Awak dah besar kan, so boleh layan blues sesorang.
 
 
 
Alhamdulillah, perjalanan kami kali ni berjalan lancar. Memandangkan dah 2 kali flight dari Midland buat tinja, kali ni kami tekad nak fly dari Dallas. Fikir-fikir memang lah kena drive 5 jam, tapi kalau campur dengan fly time and transit at Dallas airport, lebih kurang kot. At least satu transit dah takde.
 
Walaupun rupa mommy serupa Sherpa naik gunung Everest masa kat airport hari tu, kami sampai juga ke Malaysia. Ramai juga orang yang tegur, cakap iolls berani. Tah tah diorang ingat I gila, hahaha.. What to do, sape suruh gatal kawen dengan orang Amerika. Padan muka sendiri la, nak balik kampong yang amat jauh. Tapi dalam jauh tu pun, tak yah nak gaduh laki bini tahun ni balik raya rumah sape. Kompem rumah I jadi pilihan, hihihi...
 
 
Balik kali ni seronok, pasal Sally selalu ada di rumah mak. Dia tengah mengandung, tak larat nak jaga Cik Rose sesorang kat rumah. Best lah Cik Aiyu ngan Abam Aaron, ada gang.
 
 
The usual suspects.
 
Suspect yang menghias carpet nenek dengan cereal puffs. Orang kasi dalam mangkuk elok elok, diorang nak juga sepah kan atas carpet. Pastu kutip masuk mulut dari situ.
 
T__T
 
Lantak korang la. 

Monday, February 25, 2013

Being discreet

It's hard traveling with a baby or toddler.

Especially when they are blonde, and you are not, hahaha..

Betul, acik tak tipu.



Somehow, you will attract those unwanted attention of "eh kenapa anak ko cute, tapi ko tidak?" cases.

Menyampah tauuu...

Usually, it will start as soon as I step in an Asian country. It will get worse once I enter Malaysia.

Bukan nak kutuk, tapi orang Asia memang tak reti nak coverline.

Mungkin termasuk tuan tanah kot, hehehe..



Contohnya macam masa kami sampai hari tu.

Sampai kat KLIA, orang asyik pandang-pandang. Fine, mungkin tuan tanah ni perasan kot. Jadi buat bodoh jap.

Bila masuk je aerotrain, ada pegawai kastam perempuan ni, dengan tak coverina nya, duk point point kat Cik Aiyu, tunjuk kat kawan dia.

"Blonde", kata pegawai tu.

Macam lah I tak dengar kan.

I find it uncomfortable when people are talking about us, as if we cannot hear them. I think it will much more appropriate if they actually talk to me, and ask me why Aiyu is blonde.

Macam sebelum ni, ada orang pernah tanya,

"Akak, rambut dia ni original ke?"

(Tak dik, akak dye pakai Wella #5, hehehe)

At least the lady made an attempt to ask la kan.



Tak pun, macam soalan yang pernah ku terima di Giant.

Stranger: Uishhh.. macam mat salleh!

Me: Memang bapak dia mat salleh.

Stranger: Oooo... akak babysit dia ke?



Huwaaaa... haruskah ku pergi menajamkan hidung setongkol bawang ini?

T__T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...