Sedar tak sedar, dah masuk bulan November kita kan.
Cepat sungguh masa berlalu. Macam baru je masuk tahun 2014. Tau tau, nak berakhir dah. Apa yang dicapai pada tahun ni. iolls pun tak tau. Kedut makin menular, tapi jerawat tetap ada. Nampak sangat kulit muka tu confuse, macam tuan punya badan jugak, hahaha...
Akhirnya, acara kemuncak buat kekanak di sini telah tiba pada hari Jumaat lepas. Apa lagi, hari Halloween lah. I guess they like it the best because of the candies and costume. Siapa tak suka makan jajan kan? Pastu bebudak mana yang tak perasan yang diorang tu princess atau superhero?
Jadi pada hari Halloween ni lah, segalanya mungkin. Yes, it has a morbid story behind the origin of Halloween, but honestly, I think everyone is past that. Halloween is all about getting sugar high, while being able to be what you are not.
For example, Aiyu thinks she was a cute ladybug for Halloween. She did precisely mention the "cute" part to her friend's mom.
"I am a cute ladybug for Halloween."
Hah, at times I wish I have her confidence, hehe...
Abam Aaron pulak, Captain America.
Obviously he didn't care for it, but the costume was too cute for me to pass.
Nasib baik Cik Abe tak pergi field petang tu, jadi boleh la kami keliling kawasan rumah untuk trick-or-treat ing. Tahun lepas diorang pergi kawasan happening, tahun ni kat rumah je. Abam Aaron pukul 7 lebih dah tido, kang pergi jauh jauh, kesian pulak dia.
The winner of the scariest house.
Nampak tak bayang bayang kat tingkap tu? Itu semua patung-patung yang menakutkan. Siap ada bayi berdarah lagi. I kalau part patung-patung ni, kalau baby ke budak kecik ke, kadar takut tu lebih sikit, hehehe... Tak tau la lepas Halloween ni mana diorang campak patung-patung tu semua. Jangan letak tengah jalan sudah, ada yang tak cukup tanah berlari tengah malam kang, hehehe...
The happiest girl on earth, according to her.
Cik Aiyu sangatlah excited, tak berhenti mulut dia bercakap "I really love Halloween! I have a lot of candy in my Jack-O-Lantern basket! This is so much fun!"
Ada part tu, dia siap gelak sorang sorang sambil jalan, "Mommy, I am laughing because I am so happy!".
Abam Aaron pun happy pasal dapat makan cokelat, hahaha.. Ada jiran kasi Milky Way kat tangan dia. Ingatkan dia pegang gigit gitu je la, rupa rupanya dia gigit sampai pembalut tu bocor, jadi dapat la dia hisap cokelat tu. Padanlah member senyap je atas stroller, rupanya menghayati nikmat cokelat.
Happy kids = happy parents.
Down side, sekarang ni selalu la kena dengar Cik Aiyu meratib, "Mommy, can I have candy, pleaseeeee"
T__T
