Monday, June 23, 2014

Aiyu's 4th birthday party

Sabtu lepas, kami buat majlis hari jadi Cik Aiyu.
 
Ikutkan, hari jadi dia 29 Jun ni. Tapi pasal Cik Abe tak off minggu depan, kitorang sambut seminggu awal. Lagipun minggu depan puasa kan, jadi baik lah uruskan sekarang. Sini puasa panjang jugak, dalam 16 jam camtu.
 
*nanges*
 
 
Tahun ni, Cik Aiyu nak rainbow cake. Dia dah booking dari November tahun lepas lagi, hahaha... ingatkan dia akan berubah fikiran, nak cake Super Mario ke, My Little Pony ke, tapi nampaknya tidak. Keputusan juri muktamad gitu. Walaupun I dah offer nak beli My Little Pony cake yang fancy schmancy, dia tetap gak nak rainbow cake.
 
Memandangkan kat Midland ni takde kedai yang jual rainbow cake, terpaksa lah mommy buat sendiri. Oh em geee... siapa yang kerja buat kek, memang lah terror. Susahnya nak sapu icing kat cake! Kalau cupcake tu boleh la pakai acu Wilton tu, ni dah besar gini, kena pakai lepa simen, hehehe... Kira halal la ni kan, kek amatur. Nasib baik cantik aje di mata anak.

 
Birthday girl kita.

 
Seperti tahun lepas, kami buat majlis di Jumping Party lagi. Senang, tak yah sibuk sibuk nak kemas rumah, hahaha... Nampak sangat taraf rajin mak nye kan, hihi...

 
Adik birthday girl. Dagu bertanda hasil cium zirafah kayu daddy.


 
They have revamped and relocated the Jumping Party place, and the new place is wayyyy nicer than the old one. Not to mention, much cleaner too, hehehe... Mommy likes!

 
Selepas sejam penat melompat, sesi makan bermula. No one can say no to cheese pizza!

 
Cake cutting ceremony oleh daddy. Dah balik baru perasan, satu pun takde gambar mommy. Kalau kasi kamera kat Cik Abe, gambar nanti jadi tah ape ape. Tapi kalau tak kasi kamera, gambar mommy takde. Camno nak buat tu?
 
The whole party lasted for 2 hours. After all the jumping and sugar rush, hopefully all the kids had good nap after that, hehehehe..

 
My flying colors cake, not bad huh?
 
Mak mak kat sini kagum tengok kek ni. Diorang tak pernah jumpa rainbow cake kot. Kembang bon bon I kejap tau, macam kita pulak yang cipta kek ni, hahahaha...

17 comments:

Syida Rasyidah said... BALAS

Tumpang kagum jugak sebab kek tu cantik kak :)

Eliss Mie said... BALAS

happy 4th bday cik aiyu in advance :) bestnya nampak kek rainbow tu...

Anonymous said... BALAS

rainbow tujuh kaler..sib baik semek tu tk reti kira

nasa mulia said... BALAS

happy birthday cik aiyu....pandai mak buat kek...

SueGinola said... BALAS

Happy Birthday in-advance Aiyu!!
Semoga jadi anak yang sihat dan cergas sentiasa...in sya ALLAH...

p.s.: cantik sangat keknya..patutlah semorang puji...hehe

Anonymous said... BALAS

AWESOME! cari gak butang LIKE. Nan Ado.

Tahniah!

pas ni boleh bisness kek pulop

Ahkak

mama bella said... BALAS

wow cantik kek you.. mesti cik aiyu happy sangat untung ada mak yang pandai bake :)

Qider said... BALAS

kek cantik, memang patut pun dikagumi...

Anonymous said... BALAS

Your cake looks marvelous! Well done!

Anonymous said... BALAS

memang cantik. tahniah ! selamat ulangtahun kelahiran Cik Aiyu. Semoga sentiasa diberkati ALLAH.

hani noordin said... BALAS

ohhh very nice...mesti yummy jugak! congrats ;-)

Happy birthday Aiyu! *hugs*

wani said... BALAS

Wahh! Cantik kek tu kak huda! Ade hidden talent tu.. Hihi! Well done! Nampak sedap jerr... Happy birthday cik aiyu!

Anonymous said... BALAS

cantikkkkk kek!!

n.a.n.i.e said... BALAS

cantiknya kek :)

happy birthday cik aiyu!

farah said... BALAS

Happy Birthday cik Aiyu. Tembun sangat pipi tu tau, aunty geram nak kiss2. Semoga membesar bagai juara and rajin2 tolong mommy jg adik Aaron hoccayyy...penat mommy baked kek for u tu nakk, hehe...good job mommy!

Madam Sooyaree said... BALAS

Syida,
Thanks dear, kita dah terlambat naik bas ni. Skang orang dah tak pandang rainbow cake kan, hahaha

Eliss Mie,
Thank you! Rasanya boleh la tahan, kita letak perisa lelain untuk lain warna :D

Anonymous,
Hahah... tapi kek selalu orang buat 6 layer je. Susah nak buat indigo ngan ungu kot

Nasa,
Terima kasih auntie kata mek kita :)

Sue,
Aminnn.. thanks dear for the kind prayers :) Hihih.. diorang tak tengok rainbow cake sebenar, kekadang tengok siap ada ombre lagi kat luar, nanges!

Ahkak,
Thanks ahkak! Hihihi.. kembang kuncup dah lobang idong mommy ni

Mama Bella,
Thanks dear :) Boleh la sesekali kan. Kalau hari2 memang tak dapek la, remeh benar nak buat!

Qider,
Thanks dear, malu pulak I, hihihh

Anonymous,
Aminnn... terima kasih dear :)

Hani,
Alhamdulillah, kek semua habis, so mommy takde la terpaksa makan extra calories semua itu, hihi

Wani,
Tq dear! Tu hasil akhir, dalam proses kita duk ketap bibir takut kek runtuh, tak nampak, hihihih

Anonymous,
Thanks dear!

Nanie,
Terima kasih :) Aiyu kata tengkiu!

Farah,
Thanks dear! Hahaha... pipi tak kuncup kuncup kan! Baru balik check up, nampak nya BMI Cik Aiyu 75%, hahahaha

Fifi Nadhrah said... BALAS

happy belated birthday aiyu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...