Duduk sendirian di petang hari, terkenang ku pada zaman dahulu kala...
Takde la purba sangat, I masih muda hokay.
Diving.
Waaa.. my feveret masa single dulu. Kalau balik Malaysia je, rasa nak ke laut. Nasib baik tak sangkut dengan abang Bajau Laut.
Minat memang dah lama, sejak dari zaman belajar lagi. Tapi tu lah, setakat hari Khamis dah mula makan maggi (tiap-tiap hujung minggu balik rumah untuk basuh baju dan top up makanan & duit, hahaha, buruk perangai), lagi ada hati nak diving tengok ikan. Driving tengok ikan kat pasar tani boleh lah.
Bila dah mula keje, hal lain pulak timbul. Dollar sign sudah mula utuh, tapi masa pulak takde. Terima kasih kepada kuasa internet, ku terjumpa Sealantis online. Dan terima kasih juga pada N yang dengan baik hati melayan luahan perasaan ku di padang pasir. So balik aje Malaysia, ku terus pergi One Utama untuk sign up Open Water course. Since Sealantis ada swimming pool, ku buat confine water kat situ aje. Theory test pun amik kat situ, senang tak yah memenatkan badan nak buat kat pulau nanti.
Untuk dapatkan cert, ku pergi ke Pulau Tioman. Trip yang best pasal disertai oleh 5 orang awek yang ala-ala nak sunbathing di Pulau Tioman. Kira all girls day out lah. Bergegar Prado dengan sesi gosip, mengumpat, sing along yang ala sumbang, teka-teki dan bermacam keseronokan lagi. Kami sampai ke Mersing agak lewat, so kena bermalam di hotel Seri Malaysia untuk naik bot awal esok pagi. 6 orang pompuan dalam satu bilik, memang tak elok. Gamat!
Di Pulau Tioman, kitorang duduk di Pulau Payar. Memang betul-betul ada paya, teringat cerita Swamp Thing dulu-dulu. Sebelum instructor kasi diving, dia ada buat refreshing course gitu. Nasib baik semuanye ok. Untuk dapat Open Water certificate, ku kena buat 3 dive yang dalamnya tak melebihi 18 meter. Pulau Tioman memang amat sesuai kerana semua dive site dia agak shallow gitu. Dan yang pasti, banyak ikan-ikan yang menarik hati. Nak Nemo? Sea turtle? Bruce? Semua ada... Mula-mula nak turun tu agak takut lah, memang tak tipu. Tapi sekali dah kat bawah tu, subhanallah, memang rasa tak nak naik. Tapi kenalah naik, pasal ku bukan Duyung Aridinata yang nak duduk dalam air kan.
Yang pasti, diving ni memang orang kata "sekali cuba nak lagi". Sejak dapat cert tu, memang semangat berkobar-kobar nak masuk laut. Tapi apa kan daya, kerja tengah padang pasir. Usahkan laut, longkang pun takde, hehehe...
P/S: Gambar diving takde pasal time ni takde underwater camera lagi :D
6 comments:
narif, i teringin nak tengok dasar laut yang ada ikan memacam colour tu but thing is i ni takut air sbnrnya... kalau mandi kat swimming pool pun kene ada ramai org. i mcm panis tengok air banyak2.. dok imagine memacam... apatah lagi masuk kat dasar laut hehe...
yang profile pic narif tu tengah diving kan hehe..nampak mcm best.. may be i shud try la one day... tapi kene try snorkeling dulu kot kan b4 diving.. hehe
one of my things to do next year! dah lama nak amik PADI tapi dulu takda duit, lepas tu takda geng pulak.
lady...geng la kita...nak snorkeling pun ketaq lutut...camna la nak dive. rasanya kena call ambulance standby siap2 kot. kih3.
lady: a ah, tu gambar kat sipadan. boleh aje mula dengan snorkeling. byk ikan cantik2 kat coral boleh tengok dengan snokeling :)
rara: masa i amik license pun sorang2, selamba terjah sealantis. buat gang kat situ, hehehe
comey: ambulance atas air charge mahal sket tau, hehehe
Wahh u pun into diving. Bestkan diving. I ambik course kat Sabah. Last day dapat dive kat sipadan. Plannya this oct pegi sana lagi utk dive + nak ambik advanced dive cert, air tix pun dah purchased tapi terpaksa postpone to nx year due to nature call huhu.
Miss B,
Nature call? Alaaa.. sayang tau! Sipadan memang cantik sangat, I've been there twice still rasa tak puas lagi (tamak haloba kan, hahaha)
Post a Comment