Tuesday, October 12, 2010

Back to reality

Akhirnya, tinggal kami bertiga.

Sebelum ni banyak khadam-khadam dayang-dayang membantu, tapi sekarang tiada lagi.

Last Sunday, kami balik rumah sendiri. Sebab tu blog agak bersawang, pasal nak kemas sawang di rumah realiti. 2 bulan tinggal rumah, paham-paham aje lah. Nasib baik Cik Abe dah vacuum bagai sebelum dia datang Malaysia, so ok lah sikit. Tapi sebagai manusia yang tidak sempurna, kenalah jugak kan dia terlupa nak buang roti dan kentang. Habis warna biru roti. Kentang pulak siap beranak pinak dah. Hahaha, asal tak berbau, ok lah, ku tak banyak komplen :D

Amik kau, tak muat kereta barang. Kena ikat kat bumbung kereta. Itu pun 2 bag tinggal rumah mertua. Kena beli kereta lagi besar lori nih.

Pandangan dalam kereta. Tak elok kan. Tapi kira ok lah, masih nampak cermin belakang. Dalam kereta, Cik Aiyu pulak kena ikat. Mujur tak melalak bersuara soprano tatkala driving. Di US, carseat kena menghadap kerusi for baby that weigh less than 22 ke 24 lbs gitu. Jadi kena lah pasang cermin kat tempat sandar kepala untuk skodeng anak masing-masing. Cik Aiyu pun vain kan, sesuai amat lah.

Jom zoom sket, apa Cik Aiyu tengah buat.

Tido.

Syabas betty, tido dengan jaya nya untuk 3-1/2 jam pertama driving.

Yang ni pulak jajan kami suami isteri.

Pit stop tempat berhenti menyusu setelah 3-1/2 jam memandu. Ntah ladang siapa kitorang terjah. Siapa suruh tak letak pagar kan, hehehe.

Baki 2-1/2 jam memandu tu, Cik Aiyu dah mula mengomel. Kesian pulak tengok dia, asyik-asyik travel aje. Penat. Mungkin lepas ni lama sikit lah baru kitorang mula jalan-jalan.

Sampai aje rumah, kami 3 orang pengsan berdengkur.

Zzzzzz...............

9 comments:

marinahunny said... BALAS

sure banyak gile kena kena kemas rumah..

fatt said... BALAS

siannya travel jauh dgn baby..tp alhamdulillah selamat smpai :)

lemongrass said... BALAS

Now it's your turn pulak ye to kemas rumah :-). Good luck with the new phase of life!

Lady of Leisure said... BALAS

wah sedap cik ayu tido hehehe... nampak lena gitu...

Dinas Aldi said... BALAS

nyenyak sungguh nampak cik Aiyu tu, hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

marina: boleh tahan la. esp part nak unload bag, huwaaa

fatt: alhamdulillah, takut jugak apa2 jadi tgh jalan

LG: belum pindah lagi, dah serabut, hehehe. thank you!

lady & dinas: tu yang pengsan sampai 3-1/2 jam. selalu siang susah dia nak pengsan gitu

Chibi Maruko said... BALAS

apa tips lagi narif sebelum tinggal rumah lelama ni, ni nanti kami nak tinggalkan rumah 3 bulan, agak agak kena cover banyak benda ngan kain supaya kurang abuk kot..

Madam Sooyaree said... BALAS

chibi, cover segala nya, buang segala dalam fridge. dan jangan lupa bayar bil in advance! :D

p/s: nanti ada kawan tukang shovel tak? beku rumah kang

ComeyBelako said... BALAS

gud luck... bagus ja anak dara comel tu dok dalam carseat. kalu anak2 cb mau nya jadi monster dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...