Saturday, December 17, 2011

Burger Queen

Kalau di Malaysia ada Burger King….


Di Amarika ada….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Burger Queen.

DSC03401-e

Ni gambar semalam, lepas kami balik dari perjumpaan mak mak di Burger King. Nak hapdet malam tadi tak larat, ngantuk benor. Iolls skang dah mengalami kesan kesan penuaan, jam 11 malam je mata dah jadi berat. Nak ajak haku lepak Hartamas skang, jangan harap. Hartamas Square pun dah tutup kan, hahaha…

Persatuan mak mak hari Rabu ni ada cookie exchange party. Tak pernah ku sangka, satu hari aku akan join parti tukar kukis. Hari tu join parti jual lilin. Tunggu aku pergi parti Tupperware aje nanti, time tu sah sah ada cap mohor “saya gang mak mak” di dahi.

Alang alang dah jadi mak mak kan, shopping pun kena la ala mak mak skang.

Tengok ni, what say you?

DSC03399-e

Ada orang tu ada set pinggan mangkuk baru you!

Open-mouthed smile 
(sambil lobang idong kembang kuncup tahan napas)

DSC03402-e

Persatuan mak mak Malaysia jangan jeles, 18 bijik pinggan mangkuk ni rege less than RM 200 kau. Takyah gi Langkawi, next time datang aje Amarika, hahaha…

Cerita pasal Burger Queen, hari ni seronok tengok dia makan pot roast. Selalu Cik Aiyu ni kureng sket nak makan daging, tapi kalau pot roast, alhamdulillah dia nak. Daging dah lembut kot, senang nak kunyah. Satu lagi yang dia duk gila makan skang adalah kek pisang. Ingat tak kek pisang yang hari tu aku buat? Mek kita yang abiskan hari ni. Siap tarik bekas kek tu dari atas meja lagi, hehehe… Ok, lenkali kalau pisang tak abis, kita tau mana nak salurkan.

Cik Abe lak akhirnya berjaya juga siapkan projek laman belakang dia. Skang ni kami tengah tunggu keluarga mentua datang (diorang dah on the road, tapi buat road trip singgah sana sini dulu) insya allah nak carik picnic table. Baru le fefeeling duduk belakang kan, hehehe.. Cik Abe siap buat path untuk ‘future vegetable bedding’ kami, hahaha.. Agak-agak la kan, haku ni green thumb ke idok ha? Hati selalu panas, tangan boleh jadi sejuk ka?

8 comments:

アヌムちゃん said... BALAS

waaa bestnya set pinggan mgkuk tu..huuu

Umie said... BALAS

cik aiyu suka makan kek pisang memang sesuai la sbb ada mixed western gitu kan.. si muaz pulak mmg kompem2x la pure melayu + jawa + banjar...sebab tu dia suka cekodok pisang aje... kah kah kah

Anonymous said... BALAS

Gardening? belum cuba belum tahu ma. Nanti datang mood, pokok pisang pun berbuah 4X. Hambek kau.

Slowly, get the feeling. Sementara tu ambik feeling bergarden dengan Salam2Benua tu. Dia rajin betul. Gigih.

Azian

sya_zazoo said... BALAS

Ades..kalaulh amerika tu mcm pegi hatyai..harus buat kiosk corell kt umah ai..sabo je la

intan said... BALAS

u taknak jual corelle online ke?... :)

Amy Z! said... BALAS

kalau dulu, mmg pipi cik aiyu ni mcm burger. so sesuai la gelaran ni. hihihi.

Ahaha. Kita pun minat corelle ni sebab dia ada bentuk 4 segi. baru feeling2 nak gi langkawi next year nak sambar satu set. hahaha.

Kat sini takde parti tupperware, catalog tupperware aje yang berpindah dari meja ke meja. kita tengok aje la. nak beli? nanti2 laaaa.. ahaha.

Nazayiena said... BALAS

cantiknya set pinggan corelle tu....
skrg nie shopping mak maklah yea...

Madam Sooyaree said... BALAS

Anum,
Heheh.. apa lagi, kena beli sama lah ;)

Umie,
Hahahah.. Aiyu ni dia cam geli skit kalau benda berminyak. Tak Melayu langsung kan

Kak Azian,
Muahaha.. aminnnn... Itu le, tengah berangan garden cam Kak Myn le ni, hihihih

Sya Zazoo,
Huahaha... ayat bakar line aje tu :P Insya allah bila sampai, ngan bag Coach sekali angkut!

Intan,
Tak la dear, berat!

Amyz,
Hihihih.. cool kan 4 segi ni, boleh isi banyak lauk pun iye, hahahaha... Tupperware sini mahal gak, nak beli kena pikir panjang :(

Kak Nurul,
Thanks kak :) Ha ah, nak beli barang sendiri macam lambat aje skang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...