Monday, July 7, 2014

Her birthday present

Wah, sedar tak sedar, lagi beberapa hari I nak balik Malaysia you.
 
Tak tau kenapa, kali ni semangat nak balik tu kurang. Nak sampai Malaysia tu seronok, tapi proses nak sampai tu rasa macam ngeri pulak.
 
Kami balik bertiga dulu, jadi dengan abam Aaron yang tengah melasakkkk...
 
Adehhhh.... I cannot imagine.
 
Belum lagi dengan nak tolak bag dan stroller.
 
Huwaaaa.... not a pretty picture!
 
Ni pun satu benda tak kemas lagi. Alhamdulillah kotak-kotak Sooyaree's Closet dah selamat dipos. Cuma luggage sendiri yang belum dikemas. Esok lah kot mula, hehehe...
 
 
 
Anyway, hari ni I nak share dengan semua, tentang hadiah hari jadi Cik Aiyu.
 
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
Taaaa daaaaaa!!!
 
 
Ikut hati I, nak beli swing set yang besar sikit. Tapi Cik Abe membangkang. Tak sedar diri laman belakang kecik kata dia. Memandangkan tukang pasang buaian adalah Cik Abe sendiri, jadi baiklah jangan derhaka.
 
Cukuplah ni untuk mereka dua beradik main buaian nanti kan. Tak yah selalu gi taman lagi. Malas I nak mengangkut dua dua sekali. Keluar segala bicep tricep kang.
 
 
 
Ingatkan dah ada buaian baru, buaian lama boleh buang.
 
Tapi nampaknya, ada orang dah conquer.

 
Cisss... macam taska dah belakang rumah. Tu belum campur dengan kenderaan merempit dengan mainan kecik kecik lagi.
 
T__T
 
Lepas ni mommy berenti jual bag lah, mula jaga anak orang pulak nak, hahahaha...

14 comments:

nasa mulia said... BALAS

bestnye...rasa2 mak budak boleh tumpang berbuai sekali tak?

Aisah Salim said... BALAS

nice ah....
kat malaysia pun sekarang ni tak dapat nak ada halaman gini.
bebudak nak main pun kena berangkut pegi taman.

kaka...jangan stop jual beg...nanti tak dapat cuci mata selalu hik hik hik

Aziela said... BALAS

Waaahhhh..... besarrrrnyaaaaa hadiah. Oh, welcome home, sis.

FADLINA MOKHTAR said... BALAS

Ai hantaq anak I sekali kat tadika ni boleh ka.ish jauh la pulak tu 😆😆😆

Norma NML said... BALAS

Semoga selamat pulang ke tanahair..:-)

Nanak said... BALAS

happy belated bday Cik Aiyu...wah, mesti dia happy kan dpt hadiah ni..
selamat pulang ke malaysia darling n anak2..pakai baby carrier tak?..hehe..take care..

Amyz Azlie said... BALAS

Wahhh.. Cantiknya. Puas hati dapat main buaian gini belakang rumah.

Amboi abam Aaron. Why so serious? Naik buai tak seronok ke?

Boleh la mommy. Jual mainan budak pulak. Hahahah.

Haa.. Have a safe journey k? Harap2 semuanya berjalan lancar dan abam Aaron lek-lek cool2 je nanti k? Jadi supermom la gitu bicep tricep dah keluar. Hahaha.

cik chinta said... BALAS

weee..aiyu da beso. lama baca

Makcik Anak 3 said... BALAS

ok kot ..jaga ank orang.hehheee.. semua ada dah tu.... selamat balik ke Malaysia..raya di sini lah yer..

Anonymous said... BALAS

Wow! It looks so fun! Many happy childhood memories in the making, Insyaallah.

Laura Azura Zainal said... BALAS

Seronoknya. Welcome home sis. Moga dipermudahkan urusan balik

LYAfrina said... BALAS

untungnya.. dpt playground blakang rmh sendiri.. mesti happy sgt si anak tu..

moga selamat tiba di Malaysia

Nota Cikgu Anum said... BALAS

Boleh imagine cemana keadaannya nti. Iols yg ank sorg ni pun senget benget tudung klu travel

Qider said... BALAS

Selamat travel, moga2 mudahlah urusan dengan mengangkut anak2 itu..oii walaupun tak pernah travel di udara dengan anak2, tapi boleh imagine, dengan transit lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...