Wednesday, June 11, 2014

Backyard picnic

One tip to wear your kids out:
 
Bring them outside.
 
Especially when it is 39 degC, hahahaha...
 
 
Haippp... I tak dera anak tauuu... Bukan pergi jauh pun, kat belakang rumah je. Pokok banyak, jadi redup lah. Bahang tu masih terasa, tapi tak lah panas sangat.
 
Bebudak dua orang ni kalau dah lama sangat terperap dalam rumah, mula lah keluar jeritan batinku. Memula main, sama-sama gelak. Pastu nanti sorang akan menjerit. Kekadang adik, kekadang kakak. Sama aje. Tapi itu lah, nama pun budak kan. Kalau senyap semacam tu, mesti tak sihat. Jadi nak jerit pun, jerit lah. Kalau mommy tak tahan, mommy jerit sama, hahahaha...
 
Untuk Cik Aiyu, dia suka main buaian dengan main pasir. Lelagi kalau pasir tu ada air. Memang dia suka. Bina sand castle gitu. Cuma pasir kat sini kasar, jadi sand castle tu nanti jadi sand dune. Abam Aaron lak, aktiviti pilihan dia adalah makan pasir dan mencabut rumput. Tak paham I, kalau pasir tu cepat aje dia masuk mulut. Kalau avocado, kekadang dia bantai mengamuk tak nak. Dah pandai memilih cik abang kita ni skang, menyampah tauuu...
 

 
Jangan tak tau, skang ni Cik Aiyu ada personality baru.
 
"Mommy, I am a cowgirl".
 
Yiihhhaaaaaaaaaa!!!!
 
Memang tak lekang dia skang dengan topi koboi dia tu. Ada anak patung kuda, dia buat jadi tunggangan. Tali pun ada tau, buat bantai lantai.
 
Dan yang pasti, but koboi pun tak tinggal.

 
But pilihan mek Aiyu. Wana merah tu dia pilih, "I want the red one because red is my favorite color". Banyak la ko, semalam kata suka purple. Kelmarin purple. Yang I tau dia tak suka, adalah warna cokelat je. Yang lain semua favorite.
 
Jangan balik Malaysia nanti dia nak pakai but koboi sudah. Pengsan atuk nenek, hehehehe...

11 comments:

Nasa Mulia said... BALAS

sweatnya dua beradik ini...tak main pondok2 ker?

SueGinola said... BALAS

Ala..comel sangat-sangatlah Kakak dan adik ni...geramnya...
Nak gigit pipi dua-duanya boleh??hihihi...

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

cik ayu pasaipa hang makin gebu?
abg aron pasaipa hang kerut muka?
kikikiki....
comel la budak berdua ni...

kausar said... BALAS

allololo comelnya si adikkk...bestlah ada backyard besaq.kalu apartmen jawabnya piknik kat balkoni je laaa

sarah said... BALAS

comeynya..

ejaMaria said... BALAS

best nya ada backyard dgn pokok rimbun... :)

Amyz! said... BALAS

Part sorang menjerit, pastu sorang lagi menjerit tu - kita pun tengah rasa ni. Adoi. Kejab abang jerit, kejab adik jerit. Masing2 tak pandai sharing is caring lagi. Hahaha. Kalau tak sabar, mama dia pulak menjerit. Hahaha. Adoii la. Kecik2 dah pandai nak gaduh kan? Stress kita. Hahaha.

Tapi bila tengok diorang main sama, hati mak ni tetiba rasa gembira..

Biasala. mama emo lebih2.

Kita due 5/7 nanti. Nervous! ape daa.. Anak nak masuk 3 pun nervous lagi. Hahahaha.

norh said... BALAS

cik aiyu...acik norh pun berkenan kat but tu..lawa sangat aih :)

n.a.n.i.e said... BALAS

dari jauh tak nampak but merah cik aiyu.. hihihi..

Anonymous said... BALAS

koboi..cam indiana jones je

Aziela said... BALAS

Betul2 dah jadik rupa orang Texas dah Cik Aiyu naaa....

Abang Aaron makin besar ni makin macho la pulak nampaknya...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...