Saturday, June 7, 2014

The artistic side of me

 Eh, lama dah tak tulis blog kan.
 
Bukan takde cerita, tapi takde masa.
 
Masa tu ada, tapi biasa le.... bazir kat tempat tak sepatutnya.
 
Seperti check Instagram setiap pagi, pastu baca gossip sana sini. Apabila anak jerit minta perhatian, sendiri jadi stress. Padan muka, sape suruh sibuk baca gossip. Sibuk nak tau orang pergi mana, makan apa, beli apa. Jaga hal sendiri dah la, kan?
 
Anyway, sekarang ni musim cuti sekolah di sini. Banyak sekolah mula cuti 31 Mei, tapi sekolah Cik Aiyu cuti seminggu lagi cepat. Pening tau system sekolah kat sini, lain sekolah, lain cuti. Syllabus tu toksah cakap la kot. Nasib baik iolls memang zero knowledge pasal US school syllabus, kalau tak mesti ada perasaan tak puas hati. Ni kalau dah memang tak tau, pakat ikut je lah. Redho gitu.
 
Bila dah mula cuti sekolah ni, banyak lah ada aktiviti untuk semua. Maklumlah, cuti sampai September you. Lama. Bukan untuk anak-anak je, untuk mak pun ada sama.
 
 
 
Macam siang tadi, I pergi kelas lukisan.
 
Art101.
 
Hahahah.. gila kesian nama kelas kan.
 
I was never an artistic person, tapi pasal ada kawan nak pergi, kita follow je lah. 2 hours break from the kids sounds good, hahahaha...
 
 
 
Tak ku sangka, kelas tu best rupanya. Walaupun yang diajar basic saje, macam jenis-jenis pensel, jenis-jenis pemadam, tapi adalah amat sesuai dengan I yang buta seni ni. I just realized the existence of charcoal, and mannn... it was so much fun using it!
 
 
Fast forward, 2 hours later, I went home with this.
 
 
Not bad huh?
 
*brush off my shoulder*

4 comments:

Amyz! said... BALAS

Wahh bestnya. Boleh mengisi masa lapang gittew.

Manalah tau tetiba jadi artis yang ada lukisan masterpiece ke nanti.. Fehhh..

Anonymous said... BALAS

"ME" time actually.

Bagus Cik Abe bagi peluang ke mama Aiyu. Manafaatkan sebaiknya.

Looking forward to see more of your painting.

Ahkak

norh said... BALAS

sesekali masuk kelas yg mcm ni best la..

nanti boleh ajar cik aiyu melukis..

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Hahahah.. masa pun takde, lapang tang mana tu, hihi... Eh, awak due bila ni? Kita lak yang excited, hihihih

Ahkak,
Hihih.. Cik Abe takde time ni, diorang tinggal dengan bapak Hannah. Yang kawan kita pergi belajar melukis tu, anak dia best friend Aiyu :D

Norh,
Kita dah mula takut ni, kot kot dia yang ajar kita. Banyak benda dia dah betulkan kita skang, mak maluuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...