Wednesday, August 28, 2013

My dream pillow/mattress

Oh my, minggu depan, Cik Aiyu dah mula sekolah. Kejap aje kan.

Isnin lepas, kami ada orientasi untuk pihak ibu bapa. Anak-anak takleh ikut. Orientasi ni biasa la, berkenalan dengan cikgu, class syllabus, where to park, what to wear, snack list, dan sebagainya. Sambil-sambil tu, boleh skodeng mak bapak classmate anak, hahaha... Ada satu mak ni, I panggil Miss Burberry. Dari baju ke handbag, semua Burberry you. Seluar je I tak pasti, pasal takde corak kotak-kotak, hahaha.. Sempat lagi kan, nama pun pompuan :P

Pagi tadi pulak, giliran Cik Aiyu untuk orientasi. Takde ape pun, cuma Cik Aiyu kena datang sekolah untuk 30 minit, dengan seorang classmate lain. I guess the idea is for them not to freak out on their first day of school. Bila dah kenal cikgu, sorang classmate, takde la rasa takut sangat kan. Dalam kereta bila ditanya, Cik Aiyu kata dia buat crisscross. Menatang hape crisscross tu, I pun tak tau. Layan je la, hahaha...

Dari sekolah, Cik Abe tinggalkan I kat tempat urut. Dah jadi mak buyung ni, tak boleh sebarang urut kan. As much as I love massages, kekadang rasa takut kalau pergi massage centre. Kekadang diorang ni kata semua pun ok, tapi kalau silap urut, naya. So bila dapat tau the lady yang I selalu pergi berurut tu buat prenatal massage, I was so happy! Boleh la betulkan urat-urat ku yang dah bersimpul tahap simpulan kumpulan pengangkap ni. 

I've been to 2 different prenatal massage place before. Satu ni, diorang macam buat kawah pakai towel, suruh kita parking perut dalam tu. I was pregnant with Aiyu, around 4-5 months or so, jadi perut tak la besar mana sangat. Second time, a few months back. Yang ni diorang suruh baring on my side. Kat Malaysia pun pernah, tapi orang tu datang urut kat rumah, stail baring aje lah. So kali ni, rasa teruja jugak nak tau, stail mana yang masseur ni pakai.

Jeng jeng jenggggg.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


I didn't know such thing exist!

Rasa macam tilam, tapi ada lubang untuk perut dan bubis. Bila I baring, perghhh.... sungguh selesa! For someone who sleeps on her belly, that was pure heaven. Dah lama I tido tak nyenyak, pasal tak dapat momentum yang tepat. Jadi selama sejam tadi, I amik feel, baring atas perut balik.

I tanya tukang urut mana dia beli, dia bantai gelak. Tanya dua kali, dia gelak lagi.

Hmpphhh.. kedekut *pfftttt*.

Takpelah, sejam pun jadi lah. Life is good.

4 comments:

sabira said... BALAS

ohh my..bestnye gie massage...yeayyy aiyu go to school..this one bukan pre-school kan kak?

mama maman aka yana said... BALAS

dia ingat u gurau jer kot psl katil tuh.. hihi

Fifi Nadhrah said... BALAS

hahaha.. mungkin sebab akak orang pertame yang tanye kot.. mesti die fikir.. tilam macam ni pon ade orang nak ke? hahaha.. tapi kalau da sedap.. rupe ape pon kite nakkan..

Amyz! said... BALAS

Best gilerr.. Selalu berurut masa pregnant, kita kena baring mengiring je sbb tukang urut nak urut belakang kan? Tak de pulak tmpt camtu kat sini. Mmg best. Heavennn...!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...