Monday, January 20, 2014

Green 2014

 Baru hari tu berazam nak rajin update blog, tapi nampaknya azam dah ke laut, hehehe...
 
Alasan ada banyak. Boleh kata pasal takde masa, tak rajin nak bawa kamera, dan lain-lain lagi. Tapi yang pelik, dalam masa takde masa tu, sempat lagi kasi Pou makan kat henpon. (Pou adalah virtual pet app di tipon)
 
Kesimpulannya, I adalah malassss... hahaha... Dah malas, rasa bersalah pulak tu. Memula akan rasa bersalah tak kemas rumah. Bila mula kemas rumah, rasa bersalah tak luangkan masa dengan anak-anak. Dah layan anak-anak, rasa bersalah tak reply e-mail Sooyaree's Closet pulak. Bila dah reply e-mail, rasa bersalah tak update blog. And the list will go on and on and on... in the end it will be a continuous loop.
 
Itu namanya, stress cari sendiri.
 
 
 
Anyhow, tahun ni I ada azam baru yang lain sikit.
 
Nak kurus?
 
Mehhh... So two thousand and eight. So two thousand and late. Baru je upgrade saiz seluar, muahaha...
 
Nak berjimat?
 
Ermmmm.......
 
Nak jaga makan?
 
Hmmm... that sounds a bit more realistic.
 
 
 
Sejak hujung 2013, I mula berjinak dengan green glowing smoothies. It's a health movement made popular by Kimberly Snyder. Lama dah famous, I je yang baru nak ikut. Late bloomer you.
 
Memula rasa macam geli je bila tengok smoothie warna hijau. Spinach and celery smoothie? Euwww... I ni dah la allergic sikit dengan benda-benda hijau ni. Kalau warna cokelat takpe. Yang tu laju je :D
 
Tah macam mana, satu hari tu tergerak hati nak cuba resipi. Surprise, surprise, it was not that bad at all! Rasa macam smoothie biasa. Minus the chocolate flavor, of course :P
 
Sejak dari hari tu, selalu juga kami buat green glowing smoothie ni. Kekadang kami ganti buah epal & pear dengan buah-buahan yang lain.
 
For example, blueberries.
 
 
Jangan tak tau, blueberries smoothie ni menjadi pojaan hati Cik Aiyu kita. 
 
Hari-hari dia mintak I buat. Masa nampak mak nya letak sayur bayam, muka dia macam pelik. Maklumlah, dia pun spesis allergic dengan sayur. Tapi bila dah rasa, terus dia keluarkan petikan dari buku The Hungry Caterpillar,
 
"Mommy, I am like the caterpillar! I eat nice green leaf, and I feel much better"
 
Lepas tu memang hari-hari tu lah alasannya,
 
"Mommy, I am sick. I need green leaf to feel much better".
 
Banyak la ko punya alasan kan, nak smoothie cakap je la!
 
:D

13 comments:

eda said... BALAS

kehkehkeh cik aiyu very clever tauu !!!

Amyz Azlie said... BALAS

Hahaha. Ye la.. caterpillar la sangattt.. Hahahaha. Kan? Budak2 suka cakap unexpected things like that. Buat kita rasa kelakar, kagum dan geram. Hahaha.

Alam hari tu ikut skrip BoboiBoy, tiba-tiba je cakap, "Tak kenang budi!" kat robot dia. LOL sgt!

I should try buat green smootie jugak. Mamat Alam tu pun allergic makan sayur. Mana la tau dia suka kannn.. Bagus untuk kesihatan jugak. Hahahaha.

Amyz Azlie said... BALAS

Btw, Its great to read your entry. Really made my day. Rajin update yach!
xoxoxo
Mwahh!

yatt said... BALAS

lama tak singgah sini makin comel n bijak cik aiyu

Dea rose said... BALAS

Tergelak baca ayat Cik Aiyu.

lily lotus said... BALAS

so cute ur anak dara cakap macam tu :) eh nak try jugaklah buat tu hihi

Anonymous said... BALAS

mcm best je smoothies..bg mariam mesti die..ckp kambem

n.a.n.i.e said... BALAS

cam menarik je..nti my try buat utk my doter gak le.. :)

Nazayiena Ayiena said... BALAS

Bijaknya cik Aiyu,klu camtu hari2 sakit ya sbb nak suruh mommy buat smoothie.

Mia Liana said... BALAS

macam sedao je.... sofea ni susah betul nak makan. katanya tak sedap.

Madam Sooyaree said... BALAS

Eda,
Kalau part mengayat tu, memang power, hahaha

Amyz,
Hhahaha... apa lah dosa robot tu kan, memang tak kenang budi Alam! :P

Cuba la dear, sedap gak smoothie ni. Kita pakai susu untuk Aiyu nye, jadi rasa lemak berkrim macam Starbucks gitu, hehe

Yatt,
Thanks dear :) Kita pun dah jarang update skang, memang rasa rindu ajeee

Lily,
Thank you :) Cuba tau, nanti kasitau kalau you suka ke tak

Azza,
Hahaha.. dia tak nampak sayur, mana dia tau kambing ke lembu, hihihihi

Nanie,
Please try dear, mana tau kan, nasib baik dia suka ;)

Kak Nurul,
Hahaha tu la kak, skang ni memang banyakkkk alasan dia. Pening kita!

Mia,
Risau kan bila anak tak suka makan ni. Kita pun memang tengah nak cuba variasi. Hari2 masak benda sama, kita pun naik jelak

Fifi Nadhrah said... BALAS

haha.. clever cik aiyu.. nak smoothie pandai berkias!~

Siti Asiah said... BALAS

Asiah ingat Asiah je ade perasaan cam Mai...tak pnh agi minum smoothie green cam Cik Aiyu sukee tu...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...