Friday, May 18, 2012

Pulmonary hypertension & bad mother

Lama sungguh blog tidah ber hapdet. Nak kata busy sangat pun tidak, cuma biasa la, dah balik Malaysia ni rasa malas aje nak buat semua benda. Adakah kerana tuan tanah brekpes nasi lemak sebungkus, lauk ayam merah setiap pagi? Entah… yang pasti tuan tanah takut nak naik weighing scale. Alasan biasa, balik US nanti gua settle isu lelemak berlebihan. Jadi tak jadi, belakang cerita ok.

Ada yang bertanya hari tu, Helen sakit apa. Helen sakit pulmonary hypertension. Dah lama dah, cuma sebelum ni makan ubat aje. Tak pernah masuk hospital. Tetiba je hari tu, her system pretty much collapsed. Besides shortage of breath, she is suffering from really bad water retention. Sesiapa yang pernah dapat water retention issue masa pregnant mesti tau betapa annoying nye perasaan itu kan. This one double, or perhaps triple. Bengkak tu bukan kat kaki aje, naik sampai ke perut. Kesian Helen, nak jalan pun susah. Belum lagi datang semput dan batuk.

The worse part is, there’s nothing much the doctor can do, except increase her drug dosage, and for her to reduce her water intake. Kalau lah ada pin yang boleh cucuk kulit, pastu keluar semua air tu kan best. Kalau tanya Fizz Fairuz, mesti dia suruh haku mintak pin tu kat Doraemon kan, hihihi…

As for Cik Aiyu, cik kak kita makin banyaaakkkkkk berkata kata. Skang ni sebelum tido dia akan cakap ‘see you clock, see you eggs, see you juice, see you car, see you Along, see you Nenek’ and so on and so on. Belum lagi kalau dia excited, dia akan ulang ‘it’s a xxx, it’s a xxx, it’s a xxx’ sampai seploh kali. Balik US nanti mesti pak dia terkejut, homaigod… anak aku! Dah la kitorang jenis tak banyak cakap sangat kat rumah, nampak sangat siapa yang akan conquer perbualan kannn…

Harap-harap kami dapat melayan segala kerenah Cik Aiyu nanti dengan perasaan sabar. Bukan jadi macam mak ni, very bad mother I tell you.

541149_424828150874660_100000424373268_1417400_1765002872_n

Dah la anak dia letak atas lantai, susu anak dia gi minum. Siap main daun terup lagi! Iskh iskh iskh.. apa la nak jadi dengan ibu muda zaman sekarang….

11 comments:

s.z.a_s.z.a said... BALAS

hahahahhahahaha~
cik aiyu betul2 tak ley blah kan?
lawak giler tp maintain comel...
anak berguling nak susu tp mak die yg minum susu ye...
lepas "berjudi" kalah lettew :P

norashikin said... BALAS

hai dear...
i doakan agar kesihatan helen akan kembali seperti biasa..
oh cik Aiyu...so cute...tapi nape la dok biarkan baby tu terdampar gitu...hehe

jas imran said... BALAS

cik Aiyu ni sebijik mcm watak Zoe dalam Babyblues tu... hehehe

Eliss Mie said... BALAS

alahai, comel jer mak zaman sekarang tu.

sabira said... BALAS

hi kak,

sedihnya dgr kak helen mcm tu.Semoga Allah s.w.t mempermudahkan segala galanya and kesihatan dia kembali seperti biasa..:)..and for cik aiyu, tak lama lagi boleh lawan dgn mommy main daun terup...heheheheheh

Nazayiena said... BALAS

Semoga Helen cepat sembuh.

Hahaha, Cik Aiyu x nangis ke anak tu mak dia plk yg minum susu.....

Madam Sooyaree said... BALAS

Sza Sza,
Itu la dia, orang dah kata, judi tu haremm.. tapi nak buat camne, anak zaman skang mana nak dengar cakap kita, hihihi

Norashikin,
Thanks dear, really appreciate it :) Itu le, mak pemalas namanye, hehehe...

Jas Imran,
Alamak, harus lah dicari watak itu... :D

Eliss Mie,
Heheh.. comel comel jugak, anak malas jaga! :P

Sabira,
Thanks dear :) Aminnn.. ktia pun harap gitu jugak lah. Haruslah belajar, mommy dia suka main kad! :D

Kak Nurul,
Thanks kak! Itu la, kesian anak jagaan dia kan :P

Dinas Aldi said... BALAS

Akak doakan semoga keadaan Helen akan bertambah baik, amin.

Hehe camana mak "tecik" tu, anak terpelanting kat lantai & dia pulak conquer susu anak tu, kahkahkah!

miss scofield said... BALAS

aunty helen..!!

get well soon!!!

MarliZa said... BALAS

Qairyn has the same doll fr her 1st yr bday gifts,nama doll tu chichi...mmg dia syg hbs that doll..tp sejal dh ada gymbo dia dah tak lyn chichi tu..kesian pulak i tgk..mcmla doll tu ada perasaan! Haha..the botol susu tu masa qairyn mula2 dpt pn dia hsp susu tu..haha jakon tul

Reen Tart Nenas said... BALAS

hope helen is getting better

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...