Sunday, May 20, 2012

Not so one of a kind

Nak jadi mak bapak ni best kan? Kepada sesiapa yang ada anak, mesti tau rasa excited tu macam mana. Excited nak tengok muka baby macam mana, excited nak dengar perkataan baby tu, dan macam macam lagi. Tapi antara part yang paling best, adalah untuk kasi nama pada bakal bayi tu. Nak kasi nama Epal? Oren? Stokin? Pagar Rumah? Suka aku aaa.. anak aku kannnn….

Macam kitorang dulu, list nama anak memang berjela. Tapi nama anak pompuan je la, anak lelaki so so. Waima time tu kitorang tak tau pun Cik Aiyu ni lelaki ke pompuan. Kata nak surprise. Sudahnya baju newborn dia semua warna putih, kuning ngan hijau, hahaha… Anyway, kekonon motherly instinct la tu, dah tau jantina anak. Fatherly instinct pun boleh gak aaa.. pasal Cik Abe pun konpiden je Cik Aiyu tu pompuan.

Waktu tu, Cik Abe berkenan dengan nama Idayu & Amira. Idayu tu isteri rakan sekerja, dan Amira tu rakan sekerja tuan tanah. Kira bukan tetiba Cik Abe dapat firasat la, dia memang dah pernah dengar dua-dua nama tu. Ada jugak la nama lain, macam Norma, sempena nama Grandma Cik Abe. Dan Hasma, sempena nama nenek Cik Aiyu.

In the end, we settled down for Idayu. Atau nama pendek nye, Ayu. Isabella tu tuan tanah yang getik getik nak letak. Tak tau kenapa, time tu kenan sangat dengan nama Bella. Bila dah register, baru ku perasan macam nama awek dalam cerita Twilight. Cisss… tu la, tak tengok wayang lagi. Dah la awek tu memang aku ngan Cik Abe tak berapa suka. Muka sama aje, takde ekspresi langsung. Pastu asyik nak stress. Tak paham kami.

Waktu nak eja tu, Cik Abe suruh letak Aiyu. Pasal takut kalau kami eja Ayu, nanti kat Amerika diorang panggil “ey-you”. Nanti kitorang gak yang penat nak betulkan sebutan semorang kan. Jadi dari situ lah, timbul nama Aiyu Isabella ituuu…

Aku ingat takde orang lain yang akan buat ejaan Aiyu tu. Bukan la nak rasa special sangat, cuma takde sebab orang lain nak eja nama gitu kan.

Tapi, sangkaan ku salah.

Petang tadi, ku telah terjumpa Aiyu yang lagi satu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DSC05619-e

Kami jumpa kembar Cik Aiyu berenang-renang dalam minuman di Chatime.

Rupanya anak ku ni ada bau-bau bacang dengan kumpulan K-Pop rupanya. Eh, ke T-Pop untuk Taiwan?

8 comments:

sabira said... BALAS

kah kah kah..org dah perasan lama dh kat chat time..glemer aiyu...nama siap ada kat chatime...namanya sesedap airnya....:)))

Anonymous said... BALAS

kah kah kah...adoiii...senak perut ketawa dah ni...Aiyu..Aiyu...

Anyway, seronok baca blog u, tak sakit kepala, asyik nak tergelak tersengih...

Jumpa lagi...

-Silent Reader-
Bangsar

Eliss said... BALAS

me pulak letak nama dia nur nuha humayra, eja memang special sket la :p tapi bila dia lahir, rupanya ramai pulak letak nama nuha humayra cuma ejaan lain2..musim kot :p

Nanak said... BALAS

dear, nama Isabella tu mmg i dah lama berkenan..hihi..mmg plan nak letak kalau dpt girl..(sebelum dpt Fredo lg). baru2 ni aunty hubby bsalin girl n dia bg nama Arabella..apalagi, hubby ckp klu kita dpt girl nti, xpyhla letak Isabella..wakakaka...tp hati i still dgn nama tu..:)

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

*gelaktutupmulut..

but ok ler..
nama air manis..
hehehehe...

Ana Rashidah said... BALAS

hahahaha... kuingat cite pasal keghairahan apa... rupanya pasal aiyu isabella = aiyu chatime

tak pernah minum lagi air aiyu itu... nanti nak cuba lak yang tu :)

nazayiena said... BALAS

Nama nenek Cik Aiyu Hasma macam nama org melayu je,x kisah apa nama anak asalkan maknanya baik.

Nina @ BabyBoon said... BALAS

hi, i've been reading silently dah lama dah but never left a comment :) bukan apa, serammm je.. i pun ex ssp, ex uniten, tapi our worlds never collided, i think. well whatever it is, this entry demands a comment! lawak sgt sgt ;p

and fyi memang awek bella tu muka takde ekspresi langsung. nape le happy ke sedih ke tension ke semuanya guna ekspresi yg sama. memang tak paham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...