Wednesday, April 18, 2012

May day may day may day...

Iye, sekarang baru bulan April. Apa ke hal nye dah sibuk ke bulan May nye?

Tuan tanah tengah tertekan ni.

Bukan tekanan perasaan, tekanan kepala.

:(

Sejak Jumaat lepas, tuan tanah diserang selsema dan batuk. Mind you, aku bukan la senang nak dapat batuk. Selsema tu selalu gak le.

Memula ingatkan pasal perubahan cuaca. Iye le, Texas tengah panas baekk punya, datang Minnesota siap snow kejap you. Mungkin la badan ini jakun dengan perubahan cuaca.

Tapi setelah 5 hari berlalu, takde perubahan le pulak. Rasa macam ada pressure dengan tulang kening tu, bawak ke satu kepala. Cik Aiyu pun kebelakangan ni serba tak kena aje, pasal dia pun mula selsema dah. Lelagi sejak belajar perkataan NO ni kan, semua benda dia NO kan. Bangun pagi kekadang terus NO NO NO NO.. Apa yang NO, aku pun tak paham. Dia teringat kat Hajjah Helen kot, Hajjah Helen kat rumah mak ayah panggil Nor :D



Anyway, kalau esok lusa tak elok gak, iolls serah diri le kat klinik. So far tak pernah jumpa doktor lagi kat sini, harap-harap semua nya ok le. Klinik ngan spital sini kerek sket, susah nak terima orang walk in. Cik Aiyu dulu 10 orang doktor kot kitorang call, baru dapat tempat. Jadi kepada sesiapa yang ingat Amerika ini indah belaka, tidak... Cintailah Malaysia!


P/S:

Tadi first time Cik Aiyu ada 3 way communication. Selama ni aku cakap, tak tau dia paham ke tidak. Ke aku yang tak paham dia cakap ape, hehehe... Masa tu dia nak tido dah. Aku tengok crib dia buku takde, so aku pergi amik buku, letak kat hujung katil.

Cik Aiyu: Mommy, pa pa pa pa pa pa book?

Tuan tanah: Your books are over there (sambil tunjuk hujung katil).

Cik Aiyu: Thank you (sambil tersengih).



Haaaa... jakun jap aku dengan Cik Abe! Anak kami dah besar!

14 comments:

Nanak said... BALAS

wah, seronoknya...lps ni bolehlah borak2 dgn dia..hihihi...

Anonymous said... BALAS

WAaa..mesti bangga, dah ada teman nak bergossip dah pasni..

mama maman aka yana said... BALAS

pandai dah... hehehe

Nisa Ali said... BALAS

La..kesiannye...pelik no dgn rules kt US tu!

nazayiena said... BALAS

Lepas nie byk le benda2 yg cik Aiyu nak tanya......

miss scofield said... BALAS

wah....cik aiyu...sudah berkomunikasi....!! :)

Erma Azman said... BALAS

Mommy, agak nya ada no 2 kut.kadang2 boleh jadi jugak badan tiba2 system down.sekali check,2line sudah.keep us update eh.

Nota Cikgu Anum said... BALAS

sila buat bideo Cik Aiyu sedang berkata2 ye :)

Amyz! said... BALAS

Get well soon dear. Kat sini pun kejab2 batuk selsema. Kejab hujan, kejab panas. Pening kepala. Haha.

Haha. Siap sengih2 cakap thank you. Clear la eh thank you dia tu. Kalau Alam, dia hulur barang kat orang, dia yang cakap, acehh (terima kasih). Hahaha.

Anonymous said... BALAS

hai mummy aiyu, sudah lama mamary tk tinggal pesanan..

gtu la mummy..kalu cik kenit dah berkata-kata..dia akan blaja apa kita ckp..macam cik mary yg sgt talk active..serta complaint non stop..

so nanti balik aye..blh aiyu chit chat bersama mary..anyway mummy jgn lupa mkn ubat..

Unknown said... BALAS

o wow! what a miraculous moment!!mesti geli dalam perut kan sebab kesukaan hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Hehehe... itu la, nampak gaya dia ni banyak mulut. Mesti meriah!

Honey dear,
Boleh umpat daddy dalam bahasa Melayu kan, hahahaha

Mama Maman,
Tu la, kembang jap lobang idong mak bapak :D

Nisa,
Tak tau la US ke atau kawasan ni je, tapi memang bengong. Kita nak cari obgyn dulu punya la susah :(

Kak Nurul,
Jangan sampai tak terjawab sudah kan kak, hahaha

Atiqah,
Akhirnya, mak nye paham jugak apa anak cakap, hihih...

Erma,
Hahaha.. insya allah takde kot, no planning towards there yet ;) Kita pun baru lepas red flag, camno tu? :P

Nota Cikgu Anum,
Awek kita ni takleh tengok kamera, nanti dia nak terpa. Gagal projek kang

Amyz,
Thanks dear! I rasa sini pasal pollen, musim bunga kan. Aiyu cakap 'thankksssss' cara daddy dia cakap. Panjang ssss nye tu, hihih.. Dulu dia cakap aceh gak, tapi skang dah lupa diri, nak jadi homputeh, hahahaha

Azza,
Thanks dear, ubat memang jadi kawan baik lately ni, hihihi... Aiyu pun ada peluang jadi talkative, skang ni pun dah bising!

Nurul Dahlya,
Itu le, Cik Abe punya sengih, memangggg panjangggg! :D anak bapak la katanya...

T said... BALAS

Not sure kat Texas, tapi kat sini (PA) banyak walk-in clinics even at some drugstore macam cvs or walgreen. Tak pun Urgent Care clinics macam medexpess. You should look into it. These places selalunya tak yah appointment. Tapi sebenarnya kalau ada your own doctor lagi senang sebab boleh call je, and dia order ubat hantar kat pharmacy ( so boleh pick up lepas grocery shopping. Hehehe. Nampak sangat la my pharmacy dekat grocery store.)

Madam Sooyaree said... BALAS

T,
Sini leceh sikit pasal the town are not meant for a lot of people. Because of oil, everyone is here. So services memang kurang, to cater for all. Hotel pun susah nak ada kosong, what to do :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...