Akhirnya, penantian ku sudah berakhir.
Abang USPS telah memberi sinar baru dalam hidupku.
Yeah baby, my own Brazilian waxing kit! Ok, kalau ada warga lelaki yang sedang membaca sekarang, kita nak warning awal-awal. Entry ini adalah khas untuk orang pompuan. Kalau orang lelaki nak baca jugak, read at your own risk ok. Tapi elok jugak korang baca, belajar sikit betapa susahnya nak jadi orang pompuan. Asyik nak kena maintain aje. Lepas ni kalau bini-bini korang mintak duit lebih nak pergi salon, redha kan tau. Bukan untuk orang lain, untuk korang jugak kan.
Anyway, walau di US ni membeli-belah adalah world sekali, tapi tidak kepada kegiatan yang melibatkan servis. Sebagai contoh, servis potong rambut dan urut-mengurut. Mahal gilos! Hmm.. harga adalah lebih kurang kat Malaysia, tapi dalam USD. Mak yang pahit, kepala tak berhenti meng convert. Tapi bila nafsu menguasai diri, haruslah pergi jugak kan.
Kit ni ku beli di Amazon. Setelah penat baca review sana-sini, ku pilih cap GiGi. Cara sebutnya bukan macam gigi kuning, tapi "ji-ji". Macam nama manja abang Watai, hehehe...
Kit ni datang dengan warmer, hard wax, spatula dalam 3 saiz berlainan, pre epilation oil, post wax cooling gel, manual & instruction CD. Hard wax ni best pasal tak yah pakai wax strips tu. Ni macam ala-ala plaster, tampal & koyak.
Instruction CD dia agak keji ye puan-puan. Memang bukan untuk budak-budak. Untuk bawah 18 tahun pun agak kureng sesuai, CD ni tunjuk toooootttt (sila guna imaginasi masing-masing ok)
Wax sebelum:-
Mula-mula, kena panaskan wax dulu. Pusing knob ke "H". Lepas 20 minit gitu, pusing ke "L". Biarkan sebentar dalam 10 minit, lepas tu boleh cuba di tangan. Nak tengok panas sangat ke tak. Teksturnya agak pekat sikit dari normal wax, ala-ala honey gitu.
Pertama sekali, sapukan pre epilation oil pada bahagian yang bakal di wax. Jangan sapu banyak sangat, nanti berminyak pulak. Kemudian, lumur wax pada kulit ikut arah tumbuh rambut (mahal ni, mak nye tunjuk kaki sendiri :P).
Tunggu dalam 30 saat gitu. Tekan-tekan sikit wax tu, lepas tu kopek. Kalau agak-agak cair lagi, biarkan dulu. Cuba lagi. Tapi jangan biarkan lama sangat, nanti wax jadi pecah-pecah. Jangan jerit kuat sangat ok, terkejut pulak kang anak yang sedang tido.
Lumur lagi wax pada bahagian berlainan. Senang cerita, repeat paper. Boleh sapu 2-3 bahagian sekali, supaya tidak perlu menunggu lama.
Selepas semuanya selesai, sapukan post wax cooling gel. Memang sojuk! Bintat-bintat merah pun kurang bila pakai gel ni.
Memang puas hati weh, tak rugi beli wax kit ni. Rasanya hard wax yang dia kasi tu memang boleh tahan untuk 6 bulan. Sakit pun kurang, tak macam wax biasa tu. Bila kira-kira balik wang yang dapat dijimatkan, memang makcik kayo! Boleh la mula menyimpan untuk tabung Birkin, muahahaha (harapan la kan :P)
Sekian laporan untuk hari ini.
18 comments:
hai...salam kenal. Wah bestnyer wax tu..kat cni ade ker> huhu..
salam perkenalan.tak sakit ke?saya kat sini tgk dah bkerut dahi menahan kesakitan. hahahah..... (teringat guna wax time muda remaja dulu)
wah lepas ni senang la bole bt kat umah..jimat,jimat
wahhh beraninye Huda buat sendiri.. hehehehe.. buat kat kedai pun ala-ala seram gitu.. Kalo buat sendiri cam takut je nak tarik wax tu...
Huda, kalau kau balik kl boleh buat business waxing la. wax kawan kawan discount sket!
How much was the wax kit, and yes hard wax is less painful actually. Wax kaki memang senang, but wax tang situ.. banyak area yang tak nampak susah sket kan.
Baru ingat2 nak pegi buat brazillian wax kat kedai. kalo ada kit sendiri takde la rasa termalu2 kat kedai tu sebab terjerit2 dgn kuat.. hahaha.
mahal dak?
ouch ouch ouch ouch......
Demi kecantikan, ku tahan dari menjerit sekuat2nya, hahahhaha
wow sgt best wax ni...nak kena search dh nih..hehe :) ouch!
dulu ms kecik i jeles gila dgn my kazen yang banyak bulu2 kaki & tangan ni..sampai tanya mom, napa kaki & tangan kita takde bulu..hahaha..
now, sgt bersyukur sbb takyah risau wax2 ni..ahaha..
p/s
cabut bulu kening pun i jerit tau!..muahaha..
Elin,
Salam perkenalan :) Wax tu kat Malaysia tak banyak salon pakai. Antara yang saya tahu ialah Glitters
Anonymous,
Salam dear. Tak sakit lah, macam cabut plaster gitu
Afni,
Jimat duit & masa! Sini kalau nak ke salon selalu kena booking. Kadang-kadang makan hari, baru dapat tempat
Jai,
Awal-awal dulu takut gak, lama-lama berani. Dulu Huda selalu pakai Veet tu. Skang upgrade sket, hehe
Tita,
No prob bebeh! Kalau boleh cucuk la, sini kan 110V. The kit is USD45. Worth it gila wey. Sekali full leg wax pun paling murah USD70
Amyz,
Selalu kalau buat kat kedai, tak sempat jerit kot. Jerit tu masuk dalam, gulp gitu, hihiih... Kit tu USD 45
Lemongrass,
Kecantikan melalui penderitaan gitu, hehehe
Hidayah,
Kalau selalu pergi waxing, sekali pakai wax ni memang confirm tanak wax biasa :P
Nanak,
Best la, macam mak saya. Kulit bersih aje, jealous tau. Hahaha, threading pun jerit :P
huhuhu takuuuut..x pernah wax pun...huhuhu
pernah tanya hubby nak waxkan kaki, he say no :p baru nak berangan betis licin !
nasib baik I ni tak berapa berbulu, kahkahkahkah!
siyes ni ko wax tang kaki jek? hahahaha...ngeri jek tgk..tak sakit ker??
Akak...wax ni bley guna kt bawah tu ke?
Tp ssh jgk bak capai certain sensitive area kt bwh tu... How to wax?
Murah2...mcm naj beli lak wax tu...
Dia send ke Malaysia x?
Marina,
Ok lah wax ni, tak la ngeri mana :P
Ellismie,
Hubby suka eau naturale gitu ;)
Dinas,
I pun asal nya takde sangat bulu kaki, tapi dulu-dulu gatal gak pergi shave. Amik obat!
Kaseh,
Untuk gambar tunjuk kaki je la. Yang lain-lain tu tau-tau sendiri la, hahaha
Aika,
Wax ni memang design untuk part bawah tu. Kalau nak belajar wax bawah tu, dalam CD tu ada, hehehe.. Susah sikit nak capai, tapi boleh punya ;) Tentang send ke Malaysia tu tak sure pulak. Cuba check di Amazon
ish cam sakit jer, cam tak sanggup jer nak guna tuh huhuhu
Thanks for the recommendation narif! Nanti boleh I beli jugak. Memang tengah carik jugak wax kit ni.
Post a Comment