Thursday, January 27, 2011

Teknik mengorat anak orang

Selalu kan, kalau korang suka seseorang tu, apa korang buat???

Korang senyum-senyum ke, cakap terkepit-kepit ke, buat jual mahal ke, buat-buat terlanggar ke, kenyit-kenyit mata ke... apa cara korang yang paling mujarab untuk tackle orang tu? Macam mana cara terbaik untuk tarik perhatian mereka? Atau korang buat tak tau aje, dengan harapan orang tu mulakan langkah pertama? T__T (betul ke icon ni untuk keadaan yang hampeh?)


Sejak 4 hari yang lepas, Cik Aiyu dah mula belajar teknik mengorat anak orang 101.

Masa tu kami tengah kat kedai makan, lepas sibuk duk cari high chair dia tu kan. Knowing Cik Aiyu, mata dia memang asyik meliar je kalau kami bawak dia keluar. Suka tengok sana sini, kalau orang bercakap dia pun sibuk nak dengar. Kalau kedai tu sibuk, memang best perhati dia. Macam beruk kena belacan orang kata. Kepala pusing sana sini.

Anyway, masa tengah makan tu, booth belakang kami ada 2 orang lelaki. Umur dalam lewat 20 an, atau awal 30 an la. Diorang duk rancak berborak, Cik Aiyu apa lagi, mula lah perhati diorang. Lepas tu salah sorang mamat tu sengih kat Cik Aiyu sambil lambai tangan kat dia. Tanpa disangka-sangka, Cik Aiyu lambai balik sambil sengih-sengih. Kitorang pun "ehh... dia reti lambai orang ke", sambil mula berasa pelik. Bukan apa, kitorang pun jarang lambai kat dia. Selalu kiss kiss aje.

Bila nak balik tu, mamat tu lambai lagi kat dia sambil cakap "bye". Cik Aiyu sengih-sengih lagi, lambai balik kat mamat tu. Soheh, anak mak dah boleh ngorat anak orang! Apa lagi, kami pun tergelak-gelak. Mamat tu rasa terharu bila kami cakap, ni first time dia lambai kat orang.

Selain dari boleh ngorat anak orang, Cik Aiyu sekarang dah boleh angkat diri sendiri untuk berdiri juga.

Sebelum:-


Selepas:-


Dah pandai berdiri tu, pandai jatuh jugak la kan, hehehe.. Takpe nak, practice makes perfect. You can do it!


13 comments:

Umie said... BALAS

woaa, pantas perkembangan cik aiyu.. sugoii.. gambare cik aiyu!!!

Kaseh said... BALAS

alahaiii aiyu...ngorat sikit2 je tau..hehehe

{f a r a h} said... BALAS

Aiyu, ngorat la abe umur 4-5 thn tua dr aiyu...yg 20-30 by the time aiyu teenagers, diaorg dh tua kerepot...haha

Madam Sooyaree said... BALAS

Umie,
Kejap aje kan.. dah besar anak mak :D

Kaseh,
Sikit-sikit aje, sini orang banyak tak hot :P

Farah,
Yang penting dollar sign, hahaha

farah said... BALAS

Friendly sungguh la Cik Aiyu :) Dah besar nnt pandai2 make friends ya.

Fyda Rahim said... BALAS

mesti cumilkn cik aiyu time duk m'lambai2 tu. hehe.

Madam Sooyaree said... BALAS

Farah,
Insya allah.. harap2 tak salah pilih la :D

Fyda,
Hehehe.. kitorang duk tergelak-gelak, orang mesti heran

FAD RMLN said... BALAS

ingatkan baby ai je gatai suke mengurat guys. rupenye aiyu pun same. haha.

Dinas Aldi said... BALAS

sweetnya! kenangan yang mahal tu, first time cik Aiyu melambai pada guys!

minahsenget said... BALAS

mak datok hebat betul cik aiyu. tgh nak imagine her face n d way she smiled kat dat guy. addoooiii. funny!

4 Kay-E said... BALAS

Dah pandai ngorat pula.. hehee..
SO cute!

Mama Kembar Tiga said... BALAS

amboi dah pandai ngorat yer, sure cute giler time tu kan hehehe

Amyz said... BALAS

cepat sungguh perkembangan cik aiyu. budak bijak ni. ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...