Friday, January 28, 2011

Daddy daycare

Sejak kebelakangan ni, cuaca amatlah indah. Setiap hari adalah between 1 to 6 degC you!

I know, I know, mesti ada yang wth? wtf? kan statement ku tadi, tapi bagi kami di mid West ini, cuaca begitu sudah lama tidak muncul. Cuma kalau cuaca dah above 0 degC ni, jalan kena elok-elok sikit. Snow sudah bertukar menjadi air, most of the time bertukar menjadi ais. Kalau agak-agak tak nak jadi nangka busuk atau cempedak wangi, sila berhati-hati sewaktu berjalan. Biar jalan macam penguin, jangan bon bon basah sudah, hehehe. Tak rela you....

Cik Abe telah mengambil keputusan untuk bawak Cik Aiyu jalan-jalan keliling taman. Amik udara segar gitu. Rumah pun kitorang bukak semua tingkap to circulate the air. Takde lagi bau kentut basi 7 hari lepas, hehehe...


Tengok tu, baru keluar pintu dah buat perangai. Kita punyalah seksa nak pakaikan dia mitten, dia bantai cabut pakai gigi. Cik Aiyu ni memang tak suka pakai mitten, kasut, stokin, baju dan rakan-rakan sewaktu dengannya. Kalau boleh bogel sepanjang hari, memang lagi dia suka.


Bila diorang dah mula jalan, kepala mak nye put ligat fikirkan benda-benda yang boleh dibuat. Bukan tak suka kalau Cik Aiyu ada, tapi kerja 5 minit boleh jadi 1 jam kalau dia turut serta. Plus, there are times I just need to be alone.

Kita pun mula lah mengemas barang mainan Cik Aiyu yang bersepah-sepah atas lantai tu. Rumah ni dah serupa nursery ku tengok. Mainan di mana-mana. Semua almari berkaca pulak, confirm ada cap mohor tapak tangan si kecil. Baru semalam lap, hari ni dah ada balik. Kalau CSI datang, memang banyak kerja diorang.

Tapi, tak sampai 5 minit berkemas, pintu depan berkuak.

Dah agak dah........


Cik Abe cakap, tak sempat sampai simpang hujung rumah, Cik Aiyu dah tangkap lentok. Kalau dalam rumah, punyalah susah nak suruh dia tido. Kadang-kadang mata dah merah, tapi dia tahan gak tak nak tido. Kalau keluar, 5 minit pun tak sampai!

Ini lah kan budak-budak. Macam-macam perangai!

10 comments:

Najwafieqa said... BALAS

alolo..comelnya cik aiyu..naufal pun kalau bwk keluar cpt je tdo nye...=)

Nanak said... BALAS

bby fredo klu bw keluar lglah mata melilau sn takmo tido

Dinas Aldi said... BALAS

Kahkahkah dia cabut mitten dengan gigi rupanya! masa mula2 tengok tu ingatkan benda apa la kat mulut dia :D

mamaDhea said... BALAS

ahahaha.. comey je dia lentok atas pangkuan daddy..

err, hi..

ikahcorner.blogspot.com said... BALAS

sweet sungguh cik aiyu tu. Ikah tgk hsbd akak mcm ben affleck kan..hehe..ada x yg ckp cmtu or Ikah sorang aje..kalo mudah sgt tido camni, hari2 bwk ajela dier pusing umah..mudak keje hik hik!

lemongrass said... BALAS

Cik Aiyu kan outdoor-sy kind of girl. Tu yg terus tidur bile keluar, hehehe.
I wish we have that kind of weather here instead of 40C everyday! Rasa nak pakai singlet aje keluar rumah, hehehe...

Madam Sooyaree said... BALAS

Najwa,
Tq :) Naufal pun suka angin bayu membawa dirinya, hehehe

Nanak,
Aiyu kalau dalam mall macam tu. Tapi outdoor, habiss...

Dinas,
Itulah dia anak yang mendengar kata, hihihi

MamaDhea,
Hi ;) Itu memang tangkal taik bapak, hihi

Ikah,
Tang dagunya kot. Dulu orang kata macam Tom Brady. Bila berjanggut macam penyanyi Metallica, hahaha.. Kalau cuaca ok takpe la nak keluar. Kalau sejuk, memang hibernasi dalam rumah aje

Lemongrass,
Kalau cuaca macam ni, nanti terbantut bunga ros & pokok sayuran kang ;)

Kaseh said... BALAS

wakakak nampak gak dia geget mitten tuhh...rimas la tuh kot.... angin kat luar tu fresh tu yg tido lena..lam umah ada bau kentot 7 hari kepam..heheh larikss...

fara dean said... BALAS

kentut basi? hahaha..lawakle..
cik abe awak faham ke BM?? kalau dia faham mesti dia gelak guling2 gak

Amyz said... BALAS

hahaha.

nyaman sungguh udara diluar sampai tertidur2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...